Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 27, 2015

KATA GHAFUR, KEGAGALAN 1BESTARINET TIDAK BOLEH DISALAHKAN KEPADA MUHYIDDIN, SEBALIKNYA KERAJAAN KENA BERTANGGUNGJAWAB!!!



Kerajaan digesa tidak berdolak-dalik dalam isu kelemahan projek rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet, demikian tegas seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata sikap kerajaan yang seolah-olah mahu lepas tangan dengan menyalahkan bekas menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu berkenaan amat dkesali.

"Timbalan menteri kata ada projek (1BestariNet) daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan. Kementerian bukan mantan.

"Kalau begini, lain kali orang akan cakap mantan punya…mana ada mantan punya, mantan itu kerajaan punya, itu kerajaan punya," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek 1BestariNet yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications bukan dibawah tanggungjawab kementeriannya.

Sehubungan itu Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengaitkan projek berkenaan dengan Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri.

"Kementerian ini iaitu di bawah program pelaksanaan jalur lebar tidak mengkhususkan mana-mana pemberi perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan di suatu-suatu tempat, maknanya tidak ada elemen eksklusiviti.

"Sebenarnya program 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah projek seluruh negara yang diterajui oleh mantan menteri pendidikan yang dahulu di bawah Kementerian Pendidikan dimana projek itu dikhususkan kepada syarikat yang diberi nama YTL Communications," katanya.

Sebelum ini Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan projek runding terus 1BestariNet bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin. (SUMBER)


2 comments:

Anonymous said...

pertubuhan Minda sosial? kih kih kih ni menate gapo ni?

Anonymous said...

Habis ....tak kan nak salahkan pengarah pendidikan?nanti silap hari bulan kena pecat sebab banyak cakap dan bangkang kata menteri.dalam kes BestariNet.yang patut disalahkan ialah Muhyiddin...kerana sebagai Menteri Pendididikan......dia perlu meneliti dan menilai dulu....siapa yang layak untuk uruskan..program yang sepatutnya beri manfaat kepada guru dan murid....siapa yang berkebolehan ....bukan membabi buta beri pada YTL.....TM yang bagus tak nak beri...sebab nanti terbongkar rahsia......rupanya ada syer ..tak caya SPRM cuba tinjau....lah...jangan tutup mata pulak....anak menantu......itulah mUhyiddin lain yang kau....rancang lain pulak yang jadinya....lain kali jangan bukak aib orang nanti Allah bukak aib kau....kan dah kena.....

 
Blogger Templates