Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, October 26, 2015

KIT SIANG TERUS BERUSAHA LAGA-LAGAKAN ORANG MELAYU DALAM UMNO UNTUK KESENANGAN ANAKNYA, LIM GUAN ENG!!!



Sampai dah masuk long itu esok pun, Lim Kit Siang tetap mendakwa dia adalah ANAK MALAYSIA yang sangat cintakan negara ini.

Sampai jasadnya reput dan hanya tinggal tulang dalam kerandanya pun, Lim Kit Siang tidak akan mengaku kerja-kerja hasutan yang dibuatnya untuk meruntuhkan negara ini.

Pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri dahulu, Lim Kit Siang adalah orang yang paling kerap ke luar negara untuk memburuk-burukkan negara ini. Bila Mahathir sudah pencen dan sekarang menjadi orang yang teringin sangat hendak melihat Najib turun daripada jawatan Perdana Menteri, Lim Kit Siang tiba-tiba jadi tukang tambah kepada Mahathir dalam usaha untuk melaga-lagakan orang Melayu yang semakin berpecah belah.

Sebelum ini, Kit Siang telah berjaya menjahanamkan PAS yang banyak memberi jasa kepada Lim Kit Siang dan DAP sendiri. Tanpa bantuan daripada PAS, Lim Guan Eng sudah pasti tidak akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Tanpa bantuan berterusan daripada PAS, Betty Chew tidak akan menjadi lebih kaya dengan berboros-boros di luar negara tetapi para pengikut lakinya lebih sibuk mengata dan menuduh wanita lain.

Kini, atas peranan yang dimainkan oleh Lim Kit Siang, anaknya, Lim Guan Eng dan DAP, PAS berpecah teruk dengan sebahagian besar daripada mereka yang menang sebagai ADUN dan Ahli Parlimen atas tiket PAS, bertukar menjadi penjilat Lim Guan Eng dalam parti yang dikenali sebagai Parti Amanah cap cangkul!

Sebenarnya apabila Lim Kit Siang menyatakan 3 juta ahli UMNO tidak mempunyai suara berbanding 300 orang Ketua Bahagian 'yang telah dibeli oleh Najib', ia bukannya sesuatu yang baru. Lim Kit Siang sekadar meneruskan legasi kaumnya yang mula-mula menjejakkan kaki ke negara ini yang akhirnya menguasai tanah dan segala aset lain dengan mengambil kesempatan daripada kebaikan kaum Bumiputera dan Pribumi negara ini.

Masalah yang melanda DAP terutama sekali dari segi pendaftaran dan status CEC DAP yang sehingga ke hari ini belum selesai, langsung tidak disentuh oleh Lim Kit Siang. Lim Kit Siang terlalu bijak untuk menyelesaikan masalah ahli-ahli DAP yang sedang melakukan gerakan menggulingkan anaknya dengan mengalihkan perhatian masyarakat umum daripada masalah yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng dan DAP.

Kata Lim Kit Siang, ahli-ahli biasa UMNO tidak mempunyai sebarang hak untuk bersuara atau menyuarakan pandangan (BACA DI SINI), tetapi Kit Siang terlupa bagaimana ahli-ahli DAP yang menentang Lim Guan Eng dan dia, dipaksa menutup mulut atau keahlian mereka digugurkan. Bahkan hak mereka untuk mengundi juga dihalang. Mana-mana ahli DAP yang enggan bersekongkol di bawah Lim Guan Eng, pasti akan disingkirkan dan dipulaukan oleh para penyokong Lim Guan Eng yang berperangai tidak ubah seperti komunis bintang tiga! (RUJUK SINI)

Kegagalan mencetuskan gelombang undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen, selain sabotaj semasa pembentangan Belanjawan 2016 yang gagal, cuba diteruskan oleh Lim Kit Siang dengan menyemarakkan kemarahan dan menghasut kebencian ahli-ahli UMNO agar Najib dapat digulingkan menerusi Persidangan UMNO pula.

Itulah perangai puak seperti Lim Kit Siang.... mereka sangat bising dan memekak bahkan melabelkan RASIS dan UMNOPUTRA kalau ada orang Melayu yang mendapat kontrak kerajaan bernilai tinggi, malah menimbulkan persepsi bahawa ia adalah rasuah dan salahguna kuasa, tetapi apabila kaumnya mendapat projek-projek besar seperti yang dinikmati oleh YTL, BERJAYA, LION GROUP dan sebagainya, tiada sebarang label RASIS atau RASUAH dan SALAHGUNA KUASA, sekalipun syarikat-syarikat tersebut asalnya hanyalah sebuah syarikat kecil.

Hanya setelah 'berkawan' dengan Melayu berkuasa seperti Mahathir dan Anwar Ibrahim, tiba-tiba sahaja mereka menjadi kaya raya... dan DAP langsung tidak mempersoalkannya!!!


1 comment:

Anonymous said...

Heboh di Penang Lim Guan Eng cuba menyembunyikan satu dokumen yang membenarkan dia menjadi Ketua Menteri hanya untuk 2 penggal. Tapi dokumen tersebut berjaya diperolehi oleh geng Chow Kon Yeow. DAP penang hot sebab Guan Eng bermaharaja lela di Penang dengan menyapu semua kang taw. Geng Chow Kon Yeow cuma menggigit jari. DAP Penang yang menang penyangak dari Melaka pula yang berkuasa dan kaya raya. Macamlah orang Penang ni bodoh sangat. Pernah adakah sebelum ini KM/MB yang bukan dari anak negeri sendiri.

 
Blogger Templates