Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 27, 2015

NAK KATA BAGHAL, DIA AHLI PARLIMEN... TETAPI LIEW CHIN TONG GAGAL MELIHAT 66 AGENSI DALAM JABATAN PERDANA MENTERI SEBELUM TUDUH NAJIB NAK BALUN RM8.5 BILION!!!



DAP dan Rafizi Ramli masih menganggap rakyat Malaysia tersangat bodoh dan langsung tidak tahu apa-apa. Tapi nak buat macam mana... dah memang ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat berfikir secara waras pun. Sensasi yang dicipta oleh Pakatan mahupun yang menentang Najib, jauh lebih dipercayai tanpa perlu diselidiki terlebih dahulu.

DAP menerusi Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang cuba memainkan sentimen dan persepsi bahawa Najib mahu menyebat wang negara berjumlah RM8.5 bilion menerusi peruntukan besar kepada Jabatan Perdana Menteri.

Dia mempersoalkan peruntukan besar tersebut yang dikatakan 3% daripada keseluruhan Bajet 2016 yang baru dibentangkan minggu lepas.

"Jumlah RM8.5 bilion yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri memberi peluang untuknya bermain politik dengan penganugerahan projek," kata Liew Chin Tong.

Menurutnya lagi, tiada penjelasan lanjut bagaimana dana tersebut akan digunakan, kecuali kononnya digunakan utuk membiayai beberapa perkara yang dilabelkan sebagai 'Dana Fasilitasi,' 'Projek Mesra Rakyat' dan beberapa dana yang lain.

Perangai komunis dan penghasut Liew Chin Tong terserlah menerusi tuduhannya yang Najib akan menggunakan wang tersebut sesuka hatinya dan tanpa kelulusan Kabinet. (RUJUK SINI)

"Kami melabelkan perbuatannya ini sebagai DANA IKUT SUKA HATI NAJIB," katanya.

Isu membabitkan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri cuba disensasikan oleh pelbagai pihak yang menentang Najib dan berusaha mewujudkan kesangsian serta kebencian terhadap Najib.

Sesuatu yang tidak disebutkan oleh puak yang diketuai oleh DAP dan golongan yang berhati khaudu' itu ialah, Jabatan Perdana Menteri bukannya bermakna hanya Najib Abdul Razak semata-mata, sebaliknya mempunyai rangkaian yang lebih panjang daripada apa yang mereka cuba gambarkan.

Di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menerima peruntukan sebanyak RM20.3 bilion tahun hadapan itu, terdapat 66 entiti yang berasingan yang terbahagi kepada Suruhanjaya (8), Agensi Pusat (5), Jabatan dan Agensi (42), Badan Berkanun (5) dan Perbadanan (6). (RUJUK SINI)

Pejabat Sekretariat Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pejabat Sekretariat Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi juga 'PEMAKAN DEDAK' daripada peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri. Begitu juga dengan SUHAKAM yang banyak menyebelahi pembangkang, khususnya DAP dan PKR, juga PEMAKAN DEDAK dari Jabatan Perdana Menteri.

Mengapa 66 agensi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri itu langsung tidak diperkatakan oleh Liew Chin Tong dan puak pro-Mahathir yang sekarang ini sedang menjalankan kerja-kerja menghasut? Adakah pembelian aset-aset baru untuk APMM sebagai contohnya, menggunakan peruntukan daripada Ahli-Ahli Parlimen yang lebih banyak ponteng daripada menjalankan tanggungjawab mereka dan lebih banyak berpolitik daripada menyuarakan masalah rakyat yang diwakili di kawasan masing-masing?

Rasa-rasanya setiap tahun laporan Ketua Audit Negara ada memasukkan perbelanjaan dan peruntukan Jabatan Perdana Menteri. Mengapa tiada langsung perdebatan atau pertanyaan daripada puak-puak seperti Liew Chin Tong tentang Laporan Ketua Audit Negara?

Adakah kerana kegagalan mereka memahami tulisan dalam Bahasa Melayu menyebabkan mereka jadi tongong dan terpaksa mencipta persepsi semata-mata?


No comments:

 
Blogger Templates