Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 15, 2015

PROKSI DAP KECEWA, RAYUAN PERSEMPADANAN SEMULA SARAWAK, DITOLAK MAHKAMAH PERSEKUTUAN!!!



Mengamuk sakan proksi DAP, BERSIH apabila rayuan mereka agar politik di Sarawak berjaya dikucar-kacirkan, disekat oleh Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan mereka membabitkan persempadanan semula kawasan pengundian di Sarawak, sekaligus mengesahkan dan mengabsahkan kewujudan 11 DUN baru di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan DUN di Sarawak adalah 82 DUN berbanding 71 sebelum persempadanan semula.

BERSIH menuduh SPR telah 'bermain kotor' apabila tidak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan apabila menyerahkan laporan persempadanan semula Sarawak kepada Jabatan Perdana Menteri. Menurut BERSIH, tindakan itu telah memendekkan proses keadilan. (RUJUK SINI)

Hampir tidak ada ulasan langsung daripada BERSIH atau DAP tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan mereka agar keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu, diteruskan. Sebaliknya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan sebelum itu, telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 15 Mei tahun ini yang memerintahkan SPR supaya mengeluarkan semula notis selepas memutuskan bahawa notis yang dipertikaikan oleh DAP itu kekurangan butiran.

Pada 25 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie turut mengeluarkan perintahan tambahan dengan mengisytiharkan notis persempadanan semula SPR itu batal dan tidak sah selepas memutuskan bahawa notis itu tidak selaras dengan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan semula semula kehakiman.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh hakim Datuk Mohd Zawawi memutuskan bahawa notis SPR adalah selaras dengan Seksyen 4 (a) Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Sekarang, BERSIH menyalahkan Mahkamah Persekutuan pula kerana kekalahan mereka.

"Hasil daripada keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, SPR diberi kuasa untuk membuat keputusan mengenai jenis maklumat yang ingin dibentangkannya kepada orang ramai dan untuk meminggirkan hak dan kuasa pengundi untuk mengkaji cadangan persempadanan semula itu supaya mereka boleh membuat bantahan dengan berkesan," kata Bersih. (RUJUK SINI)

Secara tidak langsung, BERSIH juga mengesahkan bahawa mahkamah tidak pernah menghalang SPR menjalankan tanggungjawab mereka. Malah mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia sendiri telah memutuskan bahawa SPR tidak melakukan sebarang perkara yang menyalahi Perlembagaan sebagaimana yang didakwa oleh proksi DAP itu.

Persoalannya sekarang, mengapa BERSIH beria-ia menghalang keras persempadanan semula ini? Mengapa pula BERSIH beria-ia meminta SPR menanti mereka membuat proses rayuan sedangkan hakikatnya, BERSIH sebenarnya yang perlu lebih pantas mengemukakan rayuan, bukan SPR yang menanti mereka?

BERSIH dan DAP seharusnya menjawab persoalan yang kerap diberikan kepada mereka atas alasan apa mereka menentang dan menghalang sangat proses persempadanan semula sedangkan ianya termaktub dalam Perlembagaan? Adakah sebenarnya mereka menentang Perlembagaan Malaysia? Atau sebenarnya mereka ingin menunjukkan yang mereka lebih pakar daripada SPR dalam menjalankan tugas-tugas persempadanan semula yang memberikan kelebihan dan keuntungan kepada DAP?

Sesuatu yang perlu diketahui ialah, proses ini masih boleh didebatkan di Parlimen. BERSIH dan dalang-dalang mereka boleh berdebat di dalam Sidang Parlimen. Malah sebelum ini pun, SPR telah memberikan ruang dan peluang secukupnya kepada semua pengundi yang terbabit tetapi See Chee How pula lebih berminat untuk membantah di Mahkamah berbanding menerusi proses yang disediakan oleh SPR, dan kemudian menyalahkan Mahkamah Persekutuan kerana membuat keputusan menyebelahi SPR.


No comments:

 
Blogger Templates