Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 1, 2015

WSJ, AKHBAR PUJAAN ANTI-NAJIB, CUBA GALAKKAN CHINA BERPERANG DENGAN MALAYSIA!!!


Sekali lagi Wall Streets Journal menjulang namanya di samping cuba menjadikan Malaysia tersepit dalam pertarungan IMF v BRICS yang melibatkan blok ekonomi yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok baru ekonomi dunia yang diketuai oleh China.

Ia samalah seperti kejadian tembak jatuh pesawat MH17 oleh kuasa-kuasa bergolak di wilayah rebutan Russia dan Amerika Syarikat yang berproksikan pemerintahan Ukraine.

Amerika dan sekutunya, menyalahkan Russia dan menuduh Russia yang telah menembak jatuh pesawat malang milik Malaysia itu, manakala Russia pula menampilkan bukti yang menunjukkan tembakan peluru berpandu secara sengaja telah dilepaskan oleh pesawat-pesawat tempur Ukraine.

Sebaik-baik sahaja berita malang itu dihebahkan ke seluruh dunia, Amerika tanpa sebarang bukti telah menuduh Russia bersalah.

Dalam perebutan wilayah ekonomi, Amerika Syarikat sekali lagi menggunakan IMF dan Bank Dunia untuk menekan ekonomi rantau sebelah sini yang turut melibatkan Malaysia, sekaligus menyaksikan penyusutan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat, hutang luar yang bertambah kesan daripada penyusutan nilai Ringgit selain tekanan dan kekangan ke atas pasaran saham dan pasaran modal Malaysia.

BRICS Bank mengandungi Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan yang secara kolektif  bergerak ke hadapn dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Dollar Amerika sebagai takhta mata wang perdagangan global dan digantikan dengan matawang Renminbi China sebagai matawang antarabangsa.


Kenyataan Duta Besar China ke Malaysia yang berkaitan Petaling Street secara nyata, telah diputarbelitkan oleh Ronnie Liu. Duta Besar China itu sendiri telah menegaskan bahawa pemalsuan dan putarbelit tersebut dilakukan oleh 'pihak-pihak tertentu' yang berkepentingan serta ingin melihat kehancuran Malaysia.

Amaran turut dikeluarkan oleh Duta Besar China yang kemudian menegaskan bahawa tindakan undang-undang mungkin akan diambil ke atas Ronnie Liu yang telah dikesan melakukan penipuan ketika mengalihkan perkataan 'Rakyat China yang tinggal di Malaysia' dalam tulisan Cina menjadi 'China akan melindungi orang Cina di Malaysia' dalam tulisan rumi berbahasa Inggeris.

WSJ yang menjadi batu api dalam melaporkan berita separuh benar tentang Justogate serta 1MDB, telah mengambil dan menggunapakai kenyataan putarbelit dan penipuan Ronnie Liu. Media berkenaan menyatakan, kenyataan Huang - yang sebenarnya adalah kenyataan Ronnie Liu - adalah sesuatu yang amat memeranjatkan memandangkan China telah mengubah polisi luar mereka terutama yang membabitkan orang Cina Seberang Laut. (BACA DI SINI)




Penjelasan daripada Dr. Huang sendiri langsung tdak diterimapakai oleh akhbar tersebut. Sebaliknya, akhbar yang sekarang ini digunakan secara meluas untuk membantai Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak secara peribadi itu cuba menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sosio budaya.

Gambaran bahawa kekacauan akibat persengketaan kaum yang akan wujud serta jaminan daripada Kerajaan Negara China kepada orang-orang Cina, dengan harapan, China akan mengesyaki Malaysia sebenarnya yang meminta WSJ atau Amerika untuk melakukan serangan tersebut secara tidak langsung ke atas China.

WSJ cuba mencetuskan riak-riak reaksi negatif daripada negara-negara kuasa besar tersebut dengan menjadikan Malaysia sebagai batu loncatan mereka.

Agak menarik ialah apabila sebahagian daripada rakyat Malaysia pula, amat terpengaruh dengan WSJ yang dibenci oleh Mahathir ketika pemerintahannya, hanya kerana WSJ anti-Najib!!!


No comments:

 
Blogger Templates