Tuesday, November 3, 2015

'DUA BOTAK' ADALAH ALASAN PALING MENARIK RAFIZI RAMLI UNTUK ELAK BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA!!!



Selain Tony Pua, yang paling kuat melalak tentang 1MDB adalah Rafizi Ramli. 1MDB adalah modal Rafizi Ramli untuk menunjukan betapa hebatnya dia, betapa cerdiknya dia dan betapa bijaksananya dia dalam serba-serbi.

Katanya, dia telah memberitahu Tony Pua tentang kehandalan Arul Kanda dalam ilmu perdebatan. Dia telah membincangkan hal tersebut.

Cadangan Anthony Loke agar tempat Tony Pua digantikan oleh orang lain, juga nampaknya tidak begitu mengiurkan Rafizi Ramli. Selalunya dia yang paling lantang dan paling cepat, tetapi untuk berhadapan dengan Arul Kanda, Rafizi Ramli sanggup memberikan alasan paling bodoh.

Ketika ditanya tentang kesediaannya menggantikan Arul Kanda, Rafizi memberitahu:

"Tidak perlu. Kedua-dua kami botak. Tidak elok untuk tv," katanya di lobi Parlimen. (RUJUK SINI)

Dalam nada yang lebih serius, Rafizi berkata, dia telah membincangkan hal tersebut dengan Tony Pua sebelum itu dan menyerahkan kepada kepimpinan Pakatan untuk memutuskan siapa yang akan berdebat dengan Arul Kanda.

"Pakatan boleh mendapatkan pengganti dengan mudah. Bukannya susah sangat nak berdebat dengan orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya," katanya, sombong.

Ironinya, Rafizi sendiri enggan menamakan dirinya untuk menggantikan Tony Pua. Malah sudah bersedia untuk memutarbelitkan isu tersebut, terutama sekali apabila sudah kedengaran, perdebatan tersebut yang akan disiarkan secara langsung oleh televisyen, tidak akan diadakan bagi mengelakkan pertembungan dengan siasatan PAC.


No comments:

top