Tuesday, November 17, 2015

NAJIB TAK DIGULINGKAN, BAJET 2016 LULUS... BILA PULA LIM KIT SIANG NAK BERSARA?



Digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen, memberikan peluang dan ruang kepada Lim Kit Siang untuk berkempen di seluruh negara terutama sekali di Sarawak dan Sabah kononnya Najib sudah hampir untuk meletak jawatan apabila Bajet 2016 akan ditolak.

Dengan penuh angkuh, Lim Kit Siang pun bertanya sama ada Najib sanggup meletakkan jawatan atau tidak dengan bayangan yang diberikan ialah, Bajet 2016 akan ditolak oleh Ahli-Ahli Parlimen.

Semalam, peluang untuk Lim Kit Siang mati dengan mata terpejam rapat, tidak kesampaian. 128 orang Ahli Parlimen menyokong Najib Abdul Razak meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyokong Bajet 2016. Walaupun kehadiran Ahli-Ahli Parlimen BN hanyalah 121 orang, 6 orang dari blok Pembangkang yang dipercayai Ahli Parlimen PAS dan Khalid Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Bebas, menyokong Bajet 2016.

Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan menyatakan, dia memberikan undi 'MENYOKONG' sebagai penghargaan kepada para pengundinya di Parlimen Bandar Tun Razak. Sekaligus menjadi Ahli Parlimen pertama dari Blok bukan Kerajaan yang tampil, menyatakan sokongan kepada Najib Abdul Razak secara terang-terangan.

Lim Kit Siang berani cabar Najib letak jawatan kalau Bajet 2016 ditolak. Kenapa sekarang dia tak cabar dirinya untuk letak jawatan setelah kempennya tidak berkesan dan Bajet 2016 telah diluluskan manakala Najib Abdul Razak pula kekal sebagai Perdana Menteri?

Sementelah pula, Lim Kit Siang sendiri adalah FOSIL JURASSIC tertua di Parlimen yang kebanyakan ideanya sudah lapok dan masih lagi terkongkong dalam era DARURAT komunis dan Parti Buruh!!!

Elok dia saja yang bersara!

Lagipun, tiada apa-apa yang berbeza pun kalau dia bersara. Tengok sahajalah undian Bajet 2016. Walaupun Lim Kit Siang bersungguh-sungguh dan bersusah payah berkempen untuk menarik simpati agar Ahli-Ahli Parlimen menolak bajet tersebut, sekaligus menggulingkan Najib, tetapi akhirnya yang menyokong jauh lebih ramai. Malah lebih ironi, jumlah yang menyokong pula, mengatasi jumlah Ahli-Ahli Parlimen BN yang hadir termasuklah ketiadaan 7 orang Ahli Parlimen BN.

Untuk makluman, 7 orang Ahli Parlimen BN yang tidak hadir semalam adalah:

1. Jeli - Urusan Rasmi Negara di luar negara.
2. Semporna - Umrah
3. Kinabatangan - Rawatan Hospital
4. Besut
5.Cameron Highlands
6. Tapah
7. Saratok.


No comments:

top