Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 24, 2015

PELAWAAN RIZAL MANSOR UNTUK MINUM PETANG, DITOLAK... SIBUK DENGAN ISU BESAR ATAU SEBENARNYA TAKUT, AKMAL NASIR NOW?



Ketakutan Akmal Nasir NOW yang cuba menjadi Rafizi Ramli dalam usaha meruntuhkan satu lagi institusi yang bertunjangkan kekuatan ekonomi umat serta kredibiliti menteri yang menjaga hal ehwal Islam di Malaysia, amat jelas apabila dia mula mengelak daripada bersemuka bagi menyelesaikan isu yang cukup mudah.

Isu yang diperkatakan bukannya membabitkan tuduhannya konon YAPEIM telah menyalahgunakan dana orang miskin atau anak yatim, atau lebih berat lagi, membabitkan saman RM10 juta yang telah difailkan oleh Menteri terbabit kepada Akmal Nasir NOW, sebaliknya sekadar isu tentang 'fungsi dan peranan PENAUNG' kepada PEMANGKIN.

Akmal Nasir cuba mewujudkan persepsi jahat bahawa Rosmah Mansor bersubahat menyonglap duit anak-anak yatim dan orang miskin menerusi PEMANGKIN yang isteri Perdana Menteri itu adalah PENAUNGnya. (RUJUK SINI)

Cubaan mewujudkan persepsi jahat itu segera mendapat reaksi daripada pegawai khas isteri Perdana Menteri, Rizal Mansor. Rizal Mansor kemudiannya mencabar Akmal Nasir agar berjumpa dengannya dalam satu sesi minum petang bagi memudahkan dia untuk memberikan penjelasan tentang peranan Rosmah Mansor sebagai PENAUNG kepada PEMANGKIN.

Bagaimanapun, ajakan Rizal Mansor itu tidak mendapat reaksi daripada Akmal Nasir. Sebaliknya Akmal Nasir cuba mengalihkan perhatian kepada satu lagi pendedahan tentang perbelanjaan YAPEIM untuk program-program bagi pelajar-pelajar tajaannya di Australia.

Rizal Mansor kemudiannya menyatakan, Akmal Nasir barangkali telah faham dengan maksud perkataan PENAUNG menyebabkan tawarannya untuk minum petang bersama, tidak diendahkan oleh anak didik Rafizi Ramli itu.

-- * * * --

Pegawai Khas kepada Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyindir Pengarah Malaysia National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir selepas pelawaannya untuk bersemuka ditolak.

Kenyataan itu dimuat naik beliau di status Facebooknya.

“Bukan dia takde masa nak jumpa saya tapi dia dah gugel makna dan tugas PENAUNG..,” tulisnya ringkas di laman Facebook.

Bagaimanapun kenyataan Rizal itu mendapat reaksi sinis.

“Itu lah nak tanya juga, kerja tuan ni sebenarnya bahagian apa dan di tugaskan sebagai apa ya? (Bukan tak tahu ramai je tahu) kesimpulannya kalau dah kuncu2 anda tu di pihak benar saman sahaja dan ambil tindakan. Takkan pandai @#$% je nak kaya sampai awan nano ke tuan. Haha,” tulis Syafiq Akram di ruangan komen Rizal.

Sebelum ini, Rizal mengajak Akmal minum petang bagi menjelaskan kedudukan Datin Seri Rosmah Mansor dalam sebuah pertubuhan kebajikan yang dibangkitkan Akmal.

Bagaimanapun, dalam sidang akhbar pada Isnin, Akmal menjelaskan dia tidak mempunyai masa untuk bersemuka dengan Rizal kerana banyak lagi tugas besar yang perlu diselesaikan.

“Tidak ada masa, banyak lagi isu lain saya kena hadap, kena hadap polis, hadap saman. Ini ajak munum teh pula,” katanya yang dipetik dalam sidang akhbar itu. (SUMBER)

2 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu ajak minum kopi, mestilah ditolak....cuba kalau cinapek dapigs ajak hirup sup tulang babi.....laju jer pondan spare Al Juburi ni join.

Anonymous said...

Ngo klu fungsi memantau kena berkecuali..tapi pengarah 'nonsense' dari parti rejim pembangkang rupanya..baik tak payah ujud..puak2 kau yg berjela2 buat fitnah kau butakan mata..lepas tu buat kerja haram curi dokumen orang..elok tu kena saman..

 
Blogger Templates