Wednesday, November 18, 2015

PENYELIDIKAN MENDAPATI ORANG CINA PALING KUAT MENIPU DI DUNIA INI!!!

Graf keputusan eksperimen pertama.
Graf keputusan eksperimen pertama.
NORWICH, Rabu – Seorang penyelidik dari University of East Anglia di Norwich, England merekrut lebih daripada 1,500 orang dari 15 buah negara untuk membuat kaji selidik atas talian yang melibatkan dua buah eksperimen.
Eksperimen ini direka bentuk untuk mengukur kejujuran bagi menentukan sama ada sifat seseorang itu berbeza mengikut negara masing-masing.
Kajian mendapati bahawa orang China paling tidak jujur, manakala orang Jepun dan British paling jujur.
Penulis kajian, Dr David Hugh-Jones, meninjau negara-negara yang dikaji itu berbeza mengikut kawasan, tahap pembangunan dan tahap kepercayaan sosial.
Negara-negara yang terlibat dalam eksperimen ini ialah Brazil, China, Greece, Jepun, Rusia, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Argentina, Denmark, United Kingdom, India, Portugal, Afrika Selatan dan Korea Selatan.
Graf keputusan eksperimen kedua.
Graf keputusan eksperimen kedua.
Dalam eksperimen yang pertama, responden telah diminta untuk membaling duit syiling dan memberitahu samada ia mendarat dengan “kepala” atau “ekor”.
Responden diberitahu sekiranya syiling itu mendarat dengan “kepala”, maka mereka akan mendapat ganjaran sebanyak $3 dolar atau $5 dolar.”
Jika jumlah responden dari mana-mana negara melaporkan syiling mendarat dengan “kepala” lebih daripada 50%, maka penipuan dapat dikenalpasti di situ.
Dalam eksperimen pertama ini, 70% daripada responden China berbohong manakala hanya 3.4% daripada peserta British melakukan perkara yang sama.
Kesimpulan daripada eksperimen pertama, empat negara paling tidak dipercayai di Asia ialah China, Jepun, Korea Selatan dan India.
Bagi eksperimen kedua, responden diminta untuk melengkapkan kuiz muzik di mana mereka akan diberikan ganjaran wang juga sekiranya mereka dapat menjawab semua soalan dengan betul.
Mereka tidak dibenarkan melayari internet untuk mencari jawapan dan perlu menyemak setiap kotak bagi mengesahkan jawapan mereka sendiri.
Tiga daripada soalan tersebut, telah dipilih pada tahap yang sangat sukar. Jadi, jika jawapan yang diberikan adalah betul, kemungkinan besar mereka telah menipu dalam kuiz tersebut.
Responden-responden Jepun didapati paling jujur dalam kuiz ini, dengan diikuti oleh responden British.
Turki didapati paling kuat menipu di dalam jawapan mereka pada eksperimen kedua ini, dengan China mengikuti di belakang.
“Perbezaan kejujuran dapat ditemui antara negara-negara ini, namun ianya tidak sama dengan apa yang orang jangkakan,” kata Dr Hugh-Jones.
“Kepercayaan mengenai kejujuran didorong oleh ciri-ciri psikologi, seperti unjuran diri. Yang menghairankan, orang lebih pesimis mengenai kejujuran masyarakat di negara sendiri berbanding masyarakat negara lain.
“Hal ini boleh terjadi kerana masyarakat lebih terdedah kepada berita-berita mengenai kecurangan yang berlaku di negara sendiri berbanding negara orang lain,” katanya. – Agensi


1 comment:

yeop rauf said...

ORANG MELAYU@UMNO PALING KUAT KENA TIPU....TERMASUK MU

top