Saturday, November 28, 2015

SAH, CHARLES MORAIS CABUT LARI... POLIS CUMA KESAN TAPI TAK DAPAT TAHAN!!!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais, Charles Morais sudah melarikan diri keluar dari negara ini melalui Tambak Johor.

Khalid berkata, Charles melarikan diri selepas mengadakan sidang media mendakwa beliau mempunyai bukti mengenai kes yang disiasat abangnya sebelum mati dibunuh. 

"Tindakan pengecut...sudah buat sidang media selepas itu lari. Polis mengesan dia melarikan diri melalui pintu Johor Bahru pada jam 1.30 pagi Khamis lalu," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, sebentar tadi. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, media sosial dan portal berita melaporkan baru-baru ini Charles membuat pelbagai dakwaan berhubung kes pembunuhan abang itu, antaranya (Kevin) terlibat dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Khalid berkata pihaknya akan memanggil peguam Charles iaitu Americk Sidhu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. 

"Jika dia (Americk) gagal membantu siasatan polis akan guna kaedah lain bagi mengesan Charles," katanya. 

Beliau berkata selain itu, polis juga membuka kertas siasatan terhadap Charles di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan maklumat dan Seksyen 124L kanun sama kerana cuba melakukan sabotaj. 

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas setelah beliau dilaporkan hilang pada 4 September lalu. 

Kevin kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. (SUMBER)

No comments:

top