Sunday, November 22, 2015

SIASATAN DI BAWAH PENGKHIANATAN: TAKKAN NAK MAIN DRAMA AIR MATA LAGI, NURUL IZZAH?



Nurul Izzah dalam blog peribadinya menyatakan bahawa seluruh ketaatannya adalah pada Malaysia. Dia cuma kesal kerana gambar-gambarnya bersama Jacel Kiram telah didedahkan.

Dan yang menariknya, dia langsung tidak meminta maaf terutama sekali kepada rakyat Sabah, apatah lagi kepada keluarga anggota-anggota keselamatan yang telah dibunuh oleh lanun-lanun Jacel Kiram.


Jacel Kiram sendiri dalam posting terbarunya, yang begitu memuji diri, masih lagi bercakap besar tentang Sabah kepunyaan Filipina. Sekaligus menyanggah secara langsung, kepimpinan sivil seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah terhadap Jacel Kiram.



Desakan makin kuat. Keselamatan negara ini dan ancaman ke atas rakyat Malaysia, khususnya Sabah, tidak diberikan kompromi. Mana-mana anasir yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara ini, perlu berhadapan dengan natijah undang-undang yang tegas.

Hari ini, Ketua Polis Negara telah menegaskan, siasatan ke atas Naib Presiden PKR merangkap anak sulung Anwar Ibrahim, merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai akan dibuat di bawah ancaman pengkhianatan walaupun Nurul Izzah telah menyatakan kekesalan berhubung pendedahan gambar-gambarnya bersama-sama Jacel Kiram.

Menurut Ketua Polis Negara, dia secara peribadi telah mengenalpasti gambar-gambar tersebut.

"Ini adalah perkara serius. Seorang Ahli Parlimen bertemu dengan musuh negara. Kita perlu memanggilnya untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku," kata Khalid berdasarkan beberapa laporan. (SUMBER)

Menurut Ketua Polis Negara, dia amat memandang berat tindakan Nurul Izzah itu. Katanya, berdasarkan gambar-gambar tersebut, jelas ia berlaku bukan secara kebetulan.


"Ia adalah gambar 'posing'. Nurul Izzah boleh disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menderhaka. Benar dia telah meminta maaf tetapi itu adalah perkara berasingan."

Nurul Izzah juga sebenarnya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta SOSMA memandangkan tindakannya dilihat sebagai mengancam keamanan dan keselamatan negara ini.

Nurul Izzah dalam penjelasannya memberitahu, gambar-gambar tersebut telah dirakamkan dalam sebuah majlis di Manila ketika dia melawat Filipina baru-baru ini untuk berkempen bagi pembebasan bapanya, Anwar Ibrahim dari penjara.


Pada Mac 2013, Kiram yang melantik dirinya sebagai Sultan Sulu telah menghantar lebih kurang 200 orang lanun atau militannya mencerobohi dan menyerang Sabah. Jacel Kiram menjadi jurucakap bapanya seringkali muncul sepanjang tempoh serangan tersebut dan membangga-banggakan 'kejayaan' lanun-lanunnya membunuh anggota keselamatan Malaysia. Malah menggunakan gambar-gambar palsu untuk menggambarkan kejayaan lanun-lanunnya.


Dalam serangan lanun Sulu Mindanao itu sepanjang tempoh 2 minggu itu, 2 orang awam dan 10 orang pegawai serta anggota keselamatan telah dibunuh. Hampir keseluruhan lanun-lanun Sulu yang melakukan serangan itu berjaya dihapuskan dan diberkas oleh pasukan keselamatan Malaysia.


Dalam kempennya untuk menjadi Senator, Jacel Kiram turut menjadikan tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah Filipina sebagai manifestonya. Jacel Kiram turut melabelkan Malaysia sebagai perompak kerana telah 'mencuri' Sabah daripada Filipina.



No comments:

top