Thursday, November 26, 2015

SUDAH HAMPIR PASTI, PAS DIISYTIHARKAN PEMBANGKANG DI SELANGOR BERSAMA-SAMA UMNO-BN!!!



Majlis Presiden Pakatan Harapan sebentar tadi difahamkan telah membuat keputusan mengisytiharkan PAS sebagai parti pembangkang di Selangor di samping BN dan wakil bebas.

Keputusan ini bagi menunjukkan solidariti Pakatan Harapan sebagai satu komponen setelah Penang mengambil tindakan yang sama minggu lepas. Ia telah dipersetujui dan mendapat restu semua Menteri Besar/Ketua Menteri terlibat.

Disamping itu, ia juga bagi mengelakkan pilihanraya negeri Selangor diadakan lebih awal seperti mana yang dirancang DAP sebelum ini.

Serentak dengan itu juga, seorang wakil PKR di DUN Kelantan juga akan menjadi pembangkang seperti mana wakil PAS di Penang.

Berkuatkuasa minggu depan, semua ahli majlis PAS di Selangor akan dipecat dari jawatan itu, melainkan mereka menukar parti dengan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Harapan seperti PKR atau PAN mahupun DAP.

Ahli-ahli PAN yang telah dikenalpasti akan mengambil alih jawatan dan semua kemudahan yang dinikmati ahli majlis dari PAS.

3 Exco PAS dalam kerajaan Selangor turut akan dipecat dengan semua urusan berkaitan, termasuk mendapat perkenan pihak Istana juga akan disegerakan. Tempat mereka akan digantikan oleh 2 ADUN PAN iaitu Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Jika semuanya berjalan dengan lancar, majlis angkat sumpah akan diadakan seawal-awalnya Rabu minggu hadapan.

Setelah semua ini selesai, Pakatan Rakyat secara rasmi akan berkubur dan era Pakatan Harapan yang sebenarnya akan bermula. (SUMBER)


No comments:

top