Sunday, November 29, 2015

SURAT TERBUKA 'KERAS' PARPUKARI KEPADA MUHYIDDIN... JANGAN JADI KONDOM!!!



Dah lama aku perhatikan tentang isu Tan Sri Muhyiddin ni, Aku diamkan diri dan nak bagi dia masa untuk apa tindakan dia selanjutnya. Dia yang membuka mulut tentang 1MDB dan 2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadi PM. Maka terbakarlah satu negara dengan kisah-kisah itu. Terpecah belah la UMNo dalam 2-3 kelompok, ada yang menyokong dan ada yang menentang yang pasti Ketua Bahagian semua bersama PM.

Sejak dari itu aku pun nak tengok apa yang akan dibuat oleh bekas TPM ini setelah dia dipecat dari jawatan tersebut, Hari berganti minggu, bulan nak berganti tahun dah. Apa yang kita nampak? Sekadar kisah-kisah simpati je, kata nak lawan. Tahukah Tan Sri berapa ramai penyokong Tan Sri yang tunggu bilakah harinya Tan Sri nak bukak silat. Bunga sudah bukak tapi sampai ke sekarang buah tak nampak.

So Tan Sri, you have to decide, nak lawan ke atau NAK TAGIH SIMPATI DAN ORANG DAH MULA BOSAN dan kalau dah tak nak lawan, terus sokong PM atau letak saja jawatan tanda tidak puashati. Jangan la main geli-geli macam ni, lama-lama orang dah hilang stim naik meluat pulak nanti.

Bila perasmian sayap Tan Sri itdak dipilih untuk dirasmikan, kita ingat Tan Sri akan buat satu stetement yang akan membakar semangat sesiapa yang menyokong Tan Sri, tapi apa yang kita nampak hanyalah statement tagih simpati. Tak jalan macam ni Tan Sri, maafkan saya Tan Sri, i may be sound rude but you have to make up your mind, makin lama dibuat begini adalah tidak baik untuk parti.

Ada baiknya kalau Tan Sri nampak UMNO dah tak boleh nak buat apa maka letak saja jawatan dan biarlah UMNO dengan masalah mereka dan Tan Sri boleh retire sepenuhnya. Tetapi kalau nak lawan maka Tan Sri kena bangkit. Kat bawah dah ramai mula cakap yang Tan Sri tak berani nak kedepan. Bukan saya kata tau. Orang UMNO sendiri kata begitu.

So come on Tan Sri! To be or not to be!

Saya sentiasa doakan agar anda semua bersatu kebali macam dulu dan saya cukup risau tengok statement terbaru Tun M yang kata takkan ada parti yang memerintah selamanya. Ini merisaukan sebab dulu Tun M kata dia nak tukarkan Najib tapi sekarang sebab nampak Najib tak boleh nak jatuh maka dikata sebegini. Jangan silap ya saya tetap hormat pada Tun Mahathir sebagai mantan PM dan Tan Sri sebagai Mantan TPM.

Sama-sama kita nantikan keputusan dari Tan Sri. nak lawan, lawan betul-betul, kalau tak baik tak payah buang masa dan buatlah apa yang patut!



4 comments:

Mustika said...

Baik punya jilatlah lu parpu. Apebendaaaaalah lu. Kau ni terlebih tonggaklah brader

Anonymous said...

Orang kata Parpu penjilat. Aku kata Parpu hebat. Dia bagi kenyataan terbuka. Tiada sorok-sorok.

Jika dia fitnah ambilah tindakan padar kadar segera. Full Stop!

Anonymous said...

Namapun nombor 1 yakni tak ramai yg berjaya perolehinya. Ada yang banyak langkah dan ada yg selangkah nak sampai namun tak sampai sampai. Mungkin rejeki tak di situ tapi tempat lain. Lagipun no 1 di sebelah sana, nombor satu juga.

Anonymous said...

Assalam. Pegawai tertinggi kerajaan perlu berhati2 sebelum brkata2...apakah sudah ada bukti utk komen sesuatu @ ada udang sebalik batu...d mana hati ikhlas utk negara jika kita x sabar.

top