Friday, November 27, 2015

TERKELAM-KABUT AHLI PARLIMEN MELAYU DAP BAGI ALASAN APABILA MENANTU PM HENDAK MENYAMANNYA!



Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri barangkali baru sedar bahawa kata dua agar dia menarik balik artikel dari blog peribadinya bukan sekadar gertakan kosong, sebaliknya akan disusuli dengan saman. Dan apabila menantu PM, Daniyar benar-benar mengotakan kata-katanya, mahu menyaman Ariff Sabri, dia cepat-cepat 'membela diri' menerusi blognya dan kemudian menyalahkan sebuah portal yang katanya, telah memutarbelitkan maksud artikelnya.

Dan katanya lagi, dia tidak mempunyai sebarang kuasa atau kebolehan untuk melakukan sebarang pengeditan dalam portal tersebut.

Tinjauan ke atas portal dalam talian tersebut yang kerap menyiarkan berita-berita anti-Najib termasuklah mencipta pelbagai fitnah yang bersandarkan kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal mendapati artikel yang dipetik daripada blog Ariff Sabri telah dipadamkan.

Bagaimanapun, di dalam artikel terbaru yang dilihat lebih kepada bermaksud membela diri sendiri, Ariff Sabri dilihat cuba 'membetulkan' semula beberapa maksud di dalam artikel sebelumnya. Dia cuba menjustifikasikan persepsi yang diciptanya menerusi artikel yang menyebabkan dia disaman itu.


Perkataan yang membawa maksud pertanyaan, sebenarnya terletak jauh dan tersembunyi di sebalik persepsi negatif yang telah diwujudkan terlebih dahulu.

Agak menarik ialah apabila Ariff Sabri menawarkan diri untuk berbincang bagi membuang mana-mana bahagian yang sepatutnya dalam artikel tersebut yang dirujuk sebagai fitnah dan memohon maaf kepda orang yang difitnahnya iaitu menantu Perdana Menteri.

Mengapa sepanjang tempoh yang diberikan untuk dia menurunkan artikel dan membuang artikel tersebut daripada siaran serta memohon maaf, dia tidak berbuat begitu? Bukankah Surat Tuntutan telah dihantar oleh Tetuan Noorhajran Mohd Noor kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepadanya?

Mengapa hanya setelah saman fitnah difailkan, baru dia hendak berbincang dan membuang sebahagian daripada artikel tersebut dan memohon maaf?


Semudah itu sahaja melepaskan diri? Mencipta persepsi jahat yang berunsurkan fitnah dan kemudian mahu berbincang bagi permohonan maaf.

Tetuan Noorhajran sewajarnya menasihati anak guam mereka untuk meneruskan prosiding saman fitnah dan tidak termakan dengan helah DAP yang berpura-pura naif dan meminta maaf kerana persepsi telah pun dibuat. Ianya tercatat jelas di dalam artikel berkenaan walaupun pada bahagian ayat tertentu, Ariff Sabri yang menggunakan nama pena, Sakmongkol AK47 cuba berselindung dengan kata-kata, "I hope this news is not true. If it were, it affirms how insatiable and rapacious Najib is. Even small business he wants them all."

No comments:

top