Thursday, November 12, 2015

ZAHID CETUSKAN KEKECOHAN EKORAN PEMBATALAN PENGAMBILAN PEKERJA BANGLA DI BANGLADESH!!!... IYER KER?



Malaysiakini adalah portal yang diwujudkan untuk menghuru-harakan negara ini. Dimiliki dan dibiayai oleh George Soros, Malaysiakini dari awal kewujudannya dilihat membuat dan memberikan laporan putar belit untuk memburuk-burukkan kerajaan dan mana-mana pemimpin kerajaan.

Walaupun ada yang berpendapat, Malaysiakini adalah sebuah portal berita yang maksud penubuhan dan fungsinya adalah melaporkan sebarang berita, tetapi melihat kepada kecenderungannya untuk mencipta fitnah bagi tujuan mencetuskan persepsi dan penentangan, apatah lagi hampir tiada langsung berita-berita bercorak sama ke atas DAP dan PKR, Malaysiakini tidak syak lagi merupakan agen terlatih yang digunakan untuk memerangi Malaysia dari dalam.

Anda pernah melihat Malaysiakini bersungguh-sungguh membongkar penyelewengan tanah di Pulau Pinang? Ada atau tidak Malaysiakini melaporkan tentang Naib Pengerusi PKR Sabah yang telah diperintah membayar RM557 juta kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah kerana cubaan menipu tanah rakyat di Sabah?

Langsung tidak ada!!!

Justeru apabila Malaysiakini melaporkan kononnya Timbalan Perdana Menteri telah mencetuskan kekecohan kerana membatalkan atau menangguhkan perjanjian untuk pengambilan 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh, fitnah yang cuba dilakukan oleh Malaysiakini itu sudah dapat dihidu.

Motif fitnah yang dilakukan oleh Malaysiakini itu adalah untuk menunjukkan Zahid Hamidi mahu menganugerahkan projek pengambilan tenaga kerja berjumlah 1.5 juta orang Bangla itu kepada syarikat kroni yang ada bau-bau UMNO, SYNERFLUX yang mempunyai kaitan dengan BESTINET dan JR JOINT RESOURCES. (RUJUK SINI)

Asas kepada fitnah tersebut adalah sepucuk surat kononnya bertarikh 6 November yang berjaya diperolehi oleh Malaysiakini.

Timbul persoalan, bagaimana Malaysiakini boleh mendahului keputusan Kerajaan Malaysia dalam isu ini, sedangkan Kerajaan Malaysia belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini. Malah, Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dan Bangladesh sendiri pun masih di peringkat perbincangan.

Kalau masih di peringkat perbincangan, bagaimana Zahid boleh over-rule segala-galanya dengan membatalkan atau menangguhkan pengambilan sepertimana yang dituduh oleh Malaysiakini? Apakah Malaysiakini hendak menyatakan bahawa Zahid dan Malaysia adalah negara tuan kepada Bangladesh dan Malaysia boleh berbuat apa-apa sahaja ke atas Bangladesh tanpa sebarang Memorandum Persefahaman?

Setakat ini, tiada mana-mana syarikat sama ada dari Malaysia atau Bangladesh telah diberikan autoriti bagi menguruskan pengambilan pekerja asing. Justeru, dari mana Malaysiakini perolehi surat bertarikh 6 November itu? Mengapa Malaysiakini tidak memaparkan surat berkenaan dalam laporan mereka, walaupun sebelum ini, Malaysiakini tidak sabar-sabar untuk menyiarkan sebarang dokumen bagi mengukuhkan hujah dan fitnah sepertimana yang mereka lakukan dalam isu 'cincin Rosmah Mansor'?

Apakah sekali lagi Malaysiakini bebas berbuat fitnah sesuka hati mereka, dan kemudian meneruskan legasi menghuru-harakan negara ini dengan laporan-laporan palsu yang bertujuan mewujudkan persepsi dan menaikkan sentimen?


Yang pasti, laporan yang dibuat oleh Malaysiakini dalam isu ini ialah, TUDUHAN BAHAWA ZAHID TELAH OVER-RULE UNTUK MEMASTIKAN SYARIKAT KRONI MEMPEROLEHI KONTRAK sepertimana yang terkandung dalam artikel mereka:

"Beliau tidak menyatakan nama syarikat yang dimaksudkannya tetapi dipercayai bahawa syarikat berkenaan adalah Synerflux.

Pada 21 September lalu, Wisma Putra, dalam surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Synerflux dilantik sebagai "entiti tunggal dan eksklusif” untuk menjalankan sistem pengurusan berpusat bagi pengambilan pekerja Bangladesh.

Bulan lalu, Zahid dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan kementeriannya "memilih Synerflux selepas menilai cadangan dan perbincangan awal dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen, berdasarkan konsep pengambilan pekerja Bangladesh melalui dalam talian".

Kaitan Bestinet dan Synerflux
Isu itu menjadi tajuk utama apabila firma - Real Time Networking - milik adik Zahid, Abdul Hakim Hamidi dilaporkan adalah antara mereka dalam perbincangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut di mana setiap pekerja yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM3,000.

Zahid kemudian memberitahu Dewan Rakyat bahawa syarikat adiknya tidak akan dilantik.

Sistem pengurusan pengambilan pekerja asing dalam talian sebelum ini disediakan oleh Bestinet, tetapi khidmat firma itu digantung selepas ejen dalam dan luar negara mengadu tentang yuran tinggi yang dikenakan.


2 comments:

Anonymous said...

Kerajaan kita melalui SKMM pun slow dalam hal malaysiakini .patutnya dah lama malaysiakini tu dihapuskan terus dari internet negara ini. tapi org2 skmm pun ramai yg jenis makan gaji buta , susahlah . mereka peduli apa kerajaan kena fitnah , janji cukup bulan masyuk. itu mentaliti sebilangan besar penjawat awam skrg. kerja semata-mata kerja. dapat gaji sudah. hal lain macam nak mempertahankan dasar kerajaan , mempertahankan kerajaan dari serangan media pembangkang ,pembangkang , mereka pakat butakan mata , pekakkan telinga .sikap kebertangung-jawaban haram takda.

Anonymous said...

Tutup je malaysia kini.. xtutup pn pn org kate juge.. alang2 dh kene kate.. malaysia authoritarian state.. buat je

top