Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 14, 2015

4 PENJENAYAH GUNA TAKTIK TARIK KERETA UNTUK ROMPAK DI R&R PLUS TAPAH!!!



Salam semua apa yg akan saya ceta dan kongsikan adalah utk kebaikan bersama dan supaya kita semua lebih berhati hati.Tadi pagi anak sulong saya dlm perjalanan dari kota damansara kl ke alor setar. Beliau telah berhenti sebentar di Tapah krn tunangnya nak pergi tandas. 

Semasa menunggu dlm kereta datang sebuah kereta seramai empat org berbangsa India terus buka pintu kereta suruh keluar dan salah seorg cakap nak tarik kereta ..dlm waktu yg sama beliau beritahu kalau boleh bg duit beliau tak akan tarik kereta , anak saya nak kol bank dahulu tapi beliau ugut u nak mampus ka sb skrg saya nak settle kalau u kol bank saya akan tarik juga kereta ..

than anak saya kata nak kol saya utk minta duit nk bayar kat dia .. bila dia benarkan , anak saya jarakkan sikit dari depa dan trs kol bank .. bank kata akaun semua clear n jgn bayar apa dan kol polis immediately ..lps tu anak saya terus kol saya menangis ketakutan .. lps dia terangkan kpd saya .. lelaki india tue trs rebut fon dan suruh say byr rm 900 kalau nak settle sb katanya kalau dia tarik keta nie bank pun akan byr rm 900 .. untuk tidak membahayakan keadaan saya bersetuju utk byr rm 300 tapi dia x setuju n ugut saya lagi ..

dia cakap skrg ank perempuan awk dgn saya nk bayar atau tak .. dgn tenang sy cakap bei saya 10 min saya bank un duit .. saya kol semula anak saya dan srh beliau jauhkan diri dari mrk dan sembunyi kat toilet n pada masa yg sama anak saya kol polis dan tunang beliau kol kawan belia sekitar tapah ... menyedari polis datang mereka iaitu lelaki india telah melarikan diri dan sempat pula ugut sekali lagi dgn berkata mereka akan ikut sampai dapat ...anak saya dan tunang telah dibawa ke balai polis ..

mengikut keterangan polis kes ini telah berlaku kerap kali di tapah dan kumpulan ini meyasarkan anak anak muda utk ugut lebih lebih lagi budak perempuan muda .. dan dua hari sudah pun pemilik kereta iswara pun kena ugut juga dan pemandu malang ini krn takut telah membayarsejumlah wang .. Tapah agak black area .. tadi kawan saya baru msj beritahu beliau nmpk kereta ini dekat R & R Behrang kelmarin kul 3 pagi .. dimana empat lelaki india ini berada dalam kereta dgn mendengar lagu dengan kuat dlm keadaan mabuk.. ini no kereta mereka.

AJM 1324 ALZA PURPLE GELAP KERETA TINTED 100% GELAP X NMPK ORG PUN

So modus operandi mmg area hway tapah ..sila war warkan kpd saudara mara dan sahabat handai agar berhati hati .. seblom ini saya hanya dgr cerita sahaja tapi ini benar benar terjadi kpd anak saya .. Ya Allah terketag lutut bila bercakap sendiri dan diugut oleh pemuda indias itu.

Sila share di FB , watsapp atau mana mana media sosial agar penjenayah ini dapat didakwa. alhamdulilah skrg anak saya dah sampai alor setar .. Syukur kpd Allah swt. aminn n tq semua



NOTA THE SAVIOUR

4 Disember lalu, empat ejen jual beli emas berputih mata selepas wang tunai berjumlah RM1.4 juta yang disimpan dalam kotak Milo dan air mineral dilarikan lima perompak bersenjatakan dua pucuk pistol dan tukul besi di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah arah selatan, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 malam ketika mangsa yang terdiri daripada empat lelaki berusia 20 hingga 30 tahun berhenti di hentian berkenaan untuk membeli makanan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, semasa dua daripada lelaki itu keluar membeli makanan manakala dua lagi rakan mereka menunggu di dalam kereta, dua buah kenderaan jenis Honda Civic dan Toyota Vios bertindak mengepung kereta mangsa.

Menurutnya, kesemua suspek tersebut memakai topeng dan topi keledar dengan salah seorang daripada mereka memecahkan cermin sisi dan depan kereta mangsa menggunakan tukul besi.

“Suspek mengacukan senjata dipercayai pistol ke arah mangsa sebelum bertindak melarikan kotak Milo dan air mineral yang berisi wang tunai berjumlah RM1.4 juta. Kedua-dua kotak itu diletakkan dalam bonet kereta tersebut.

“Kesemua suspek berkenaan kemudiannya melarikan diri ke arah selatan dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas program Seminar Pencegahan Jenayah yang dirasmikan Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis (PLPGU) di sini, semalam.

Som Sak memberitahu, kesemua mangsa tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk membeli emas.

Katanya, wang yang dilarikan itu juga adalah wang yang dikutip daripada pelanggan di Pulau Pinang untuk tujuan tersebut.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan mendakwa tidak menyedari kenderaan mereka diekori oleh suspek.

“Siasatan awal mendapati, dua buah kereta yang digunakan perompak tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu,” ujarnya.

Tambah Som Sak, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – UTUSAN

1 comment:

Anonymous said...

Bukankah sebelum tarik kereta, si penarik kereta tadi akan tunjukkan borang merah dari bank. Kalau tidak ada makanya ia adalah satu perangkap tipu.

Kalau ada ditunjukkan dan pihak bank sudah membatalkannya, apakah ada orang dalam yang jadi tali barut kumpulan ber 4 itu yang mana modus operandinya ialah mengePOW pemandu kereta yang kurang arif tentang tatacara penarikan balik kereta oleh pihak bank.

 
Blogger Templates