Tuesday, December 15, 2015

AKUI PAS MEMANG DAH LAMA KERJASAMA DENGAN UMNO, MENTERI BESAR KELANTAN SERAHKAN KEPADA PAS PUSAT UNTUK TENTUKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO!!!



PAS Kelantan menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menentukan kerjasama politik dengan UMNO.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob, berkata keputusan itu hanya akan diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat sudah lama berlaku.

Sehubungan itu, katanya, apa yang didakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed itu adalah benar.

"Kerjasama dari segi pengurusan perkhidmatan dan tugas kepada rakyat antara dua kerajaan ini sudah lama dan memang wujud dalam perlembagaan.

"Ada Kerajaan Pusat kerana adanya kerajaan negeri, mana boleh kerajaan negeri sahaja. Begitu juga Kerajaan Pusat, mana boleh wujud tanpa kerajaan negeri," katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Selasa-15/12/2015. (AGENDA DAILY)

1 comment:

Anonymous said...

assalam. kebanyakkan kuliah , ceramah, khutbah yg melibatkn ustaz2 mereka x akan mnceritakan kerjasama ini sebaliknya hentaman & kutukan yg berniat jahat ditabur merata2 tanpa fikir akibatnya..kesian umat islam melayu.

top