Monday, December 14, 2015

GAMBAR VIRAL NURSE TIDUR DAN JAHIT LUKA LUTUT MACAM JAHIT GUNI... AMBIK KAU YANG RASA PANDAI SANGAT, PAKAR PERUBATAN SENDIRI YANG JAWAB!!!



Kami sudah biasa tubuh badan kami disimbahi dengan pelbagai bendalir badan dan kotoran.

Darah, muntah, kencing, najis, ludah, air mentuban, nanah, kahak...namakan saja dan kami mmg sudah pernah bermandikan ini semua.

Sedikitpun kami tidak pernah merungut apabila kami dikotori dengan semua ini. Malah kadang kala kami tidak hiraukan dan terpaksa meneruskan rawatan terhadap pesakit demi menyelamatkan mereka sekalipun sedar risiko jangkitan kuman yang mungkin ada dalam bendalir tersebut.

Penat, mengantuk, lapar, dahaga malah keinginan untuk kencing dan berak akan kami tangguhkan sewaktu sesuatu rawatan resusitasi agresif bagi kes2 trauma mahupun kes medical yang tidak stabil.

Pernah staf saya pengsan ketika bertugas kerana terlalu penat. Betapa ramai jururawat saya yang keguguran ketika mengandung kerana beban kerja yang begitu berat dan stress. Dan betapa ramai yg bercerai berai, putus tunang dan tidak berkahwin langsung akhirnya dek komitmen mereka yang terlalu tinggi untuk berkhidmat demi negara. Ini berlaku dek pasangan mereka tidak tahan dan tidak sanggup berkahwin dgn orang yang mempunyai komitmen tinggi dalam perkhidmatan kritikal seperti kami.

Betapa acapkali kami meninggalkan ahli keluarga kami di hari perayaan dan kenduri kendara. Malah ketika anak2 kami sakit, kami tinggalkan mereka demi berkhidmat merawat orang asing yg kami tidak kenal dan berdoa biar Allah jaga anak2 kami ketika kami menjaga pesakit.

Opss! Saya terlupa. Semua di atas itu adalah cara hidup yang kami sendiri gatal pilih. Dan kami dibayar gaji oleh macai yg kononnya membayar cukai. Oleh itu menurut macai, kami tidak mempunyai hak untuk bersuara apabila diserang di media sosial. Kami mesti akur dan buat penambahbaikan sungguhpun tuduhan adalah palsu dan tiada asas. (Inilah statement2 yang saya baca di wall KKM yang share status saya).

Semua pengorbanan di atas itu tidak boleh disebut kerana telah termasuk dalam pakej gaji. Ini termasuk pakej untuk diambil gambar curi dan diviralkan oleh macai di media sosial supaya dimaki hamun oleh netizen secara berjemaah.

Simbahilah kami dengan darah, muntah dan juga fitnah.

Bukan niat kami mengungkit semua ini tetapi apabila dengan hanya sekeping gambar staf kami yang berehat diviralkan seolah2 kami makan gaji buta, terpaksalah kami sebutkan supaya mereka yang rasional dapat melihat di luar kotak.

Kepada sahabat2 saya para petugas hospital, saya pernah nyatakan ini dan saya nyatakan sekali lagi, janganlah berduka dan kecewa dek tohmahan di media sosial.
Biarlah kita viral di langit dengan Allah dan para Malaikat memuji kita.


Nota: Gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Ini adalah senario yang biasa bagi kami di zon merah/kritikal. Baju seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) kami yang disimbahi muntah darah seorang pesakit. Beliau meneruskan merawat pesakit dalam keadaan itu demi nyawa pesakit tersebut.
Geli, penat, takut diketepikan demi anda.


MACAM JAHIT GUNI

1. Profesi ini memang tak lekang dek kutukan & kritikan. Baru sahaja semalam sahabat saya Dr. Abdul Rahman, Pakar Kecemasan Hospital Melaka menjawab post FB seorang jururawat yang dikatakan tidur di sebuah hospital awam di Johor. Hari ini viral pula post FB (post yang dibuat semalam) mengenai jahitan luka seorang pesakit di Hospital Sungai Buloh yang dikatakan ala menjahit guni. Dan doktor ni dikatakan sangat tak bertanggungjawab dan tak Ikhlas bekerja.

2. Buat saudari yang mengata ni, saya nak bagitahu satu perkara. Jahitan guni yang saudari katakan inilah jahitan yang TERBAIK bagi pesakit ini. Izinkan saya bercerita ringkas, nak fokus pasal jahitan luka sahaja. Tak perlu nak cerita bab lain pun. Bab ni pun saudari Dah silap besar.

3. Buat pengetahuan pembaca sekalian, kulit manusia pada bahagian lutut adalah agak kendur bagi membenarkan pergerakan sendi lutut (seperti juga siku) dan tidak seperti kulit di kepala atau di kawasan muka. Luka pada bahagian lutut perlu dijahit menggunakan teknik "mattress suture" seperti yang telah dilakukan oleh doktor yang melakukan pembedahan ni. Doktor yang dikatakan "tak bertanggungjawab & tak Ikhlas" ni.

4. Doktor ni boleh sahaja memilih untuk menggunakan teknik yang lebih mudah seperti simple interrupted suture atau memakai stapler bedah yang lebih cepat dan mudah. Namun doktor ini telah memilih untuk berdiri lebih lama dan menjahit menggunakan teknik ini kerana beliau tahu ia adalah teknik yang terbaik bagi luka di kawasan ini.

5. Jahitan yang dilakukan kemas dan tidak terlalu ketat. Hujung2 luka dirapatkan dengan sempurna. Jika terlalu ketat, bahagian tepi luka (edge of wound) boleh mati dan menjadi hitam (necrosis). Luka pesakit ini merah dan berdarah menunjukkan bahagian tepi kulit itu hidup.

6. Dalam Perubatan, Ilmu menjahit ni amat luas. Pegawai Perubatan Siswazah yang baru masuk kerja pun tak mampu melakukan jahitan ini. Kaedah jahitan (interrupted versus continuous, simple versus mattress, horizontal, vertical or hiding mattress etc), jenis jarum (curve versus straight, round body versus cutting etc) & jenis benang (absorbable vs non absorbable, synthetic vs non synthetic etc) yang perlu digunakan adalah berbeza bagi jenis luka, kawasan luka dan organ yang perlu dijahit. Bukan macam nak jahit guni yer cik Puan.

7. Nasihat saya buat semua Rakyat Malaysia, kalau ada apa2 kemusykilan, TANYA kami. Kami sedia bercerita dan menjelaskan kemusykilan anda. Bukannya kami ada apa2 yang nak disembunyikan pun. Tugas kami ialah memberi Rawatan dan Perkhidmatan sebaik mungkin buat semua Rakyat Malaysia. Tiada apa yang kami mahu melainkan melihat pesakit kami kembali sembuh dan dapat berjalan seperti sediakala. Masalahnya segelintir Rakyat Malaysia ni berat mulut nak bertanya, lebih suka "assume" dan berprasangka buruk terhadap Perkhidmatan Kesihatan Awam.

8. Melihat kepada keadaan luka lutut dan tulang keting pesakit yang ada besi (tibial pin traction on tibia bone), dan daripada komen2, pesakit yang terlibat dalam kemalangan jalanraya ini telah mengalami luka di lutut dan patah tulang peha beliau. Pesakit ini perlu menjalani Pembedahan lagi bagi membetulkan kepatahan tulang peha beliau. Saya doakan yang terbaik buat beliau. Semoga Pembedahan beliau berjalan lancar. Saudari tak malukah nak berhadapan dengan doktor2 yang masih merawat beliau ni?

9. Buat saudari, saya nasihatkan anda mohon maaf kepada semua doktor di Malaysia terutamanya di hospital sungai Buloh. Takut nanti saudari pula yang merangkak mintak maaf kat akhirat.

10. Buat kakitangan kesihatan, saya nasihatkan kita sama2 protect each other, defend each other dalam masa yang mencabar ni. Begitu ramai di luar sana yang berusaha mencari salah silap kita. Di hospital saya Skrg Dah Ada yang dengan sengaja merakam gambar dan video dengan harapan kita membuat kesilapan. Maklumlah, disaat ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang meningkat ni, jika dapat menang saman memang lega la hidup kan? Make sure setelah kita explain to patients, document properly. Protect ourselves. And maybe we can go on the offense too, insyaAllah.

Ingat, KOMUNIKASI DAN DOKUMENTASI!

Dr. Mahyuddin Mohamed
Pakar Ortopedik HOSHAS Temerloh



18 comments:

Anonymous said...

bangang bendol

Anonymous said...

Kalau bukan pakar mengenai perubatan jangan tuduh sembarangan. Lain kali jangan ke hospital awam. Pergi dapat rawatan hospital swastalah.

Anonymous said...

assalam Dr Muhyiddin,
1. I totally agree with you with your comments.
2. It easy to comment when a person does not know what he or she is looking at. verbal comment "guna aior lior saja yop"
3. thanks for the explanation. all the best.


Ted Manoff said...

Hodoh nya tudohan orang2 Bodoh

Anonymous said...

terbaik. memang betul apa yg dijelaskan. jawab secara professional , tutup mulut celupar macai macai ni.

Anonymous said...

Semoga terus menjalankan tugas dgn penuh amanah bertanggungjawab dan yakin dgn Allah SWT

Anonymous said...

Komen hanya kpd org tlebih pandai.

Anonymous said...

hello miela..kan dah kena sebiji..hahaha
itulah nak tunjuk pandai sgt..kalau bukan dalam bidang kita duduk ja diam2..x puas hati tanya mcm doktor itu kata. Pandai x bertempat..kan malu sendiri. nak sgt yg terbaik masuklah hospital swasta yg ribu2 tu..itu pun blm tentu terbaik.
kpd semua staf perubatan teruskan usaha anda..

Anonymous said...

komen saya...kepada rakyat biasa yang tak kenal bidang perubatan tak payah lah nak tunjuk pandai, mereka di bidang perubatan lebih tahu kerja mereka, kalau pandai kenapa tak dapat jadi doctor, score semua A masih sekolah dulu, cuba paham mereka yang kerja melibatkan nyawa manusia bukan nyawa pokok dan haiwan...sedar lah kamu wahai manusia yang sombong dan bongkak..berapa sangat lah kamu bayar cukai kalau kamu kata duit rakyat...senang kata kamu pergilah ambil ubat dapat rawatan dengan ubat singseh dan bomoh...baru kamu tahu betapa murninya khidmat mereka di bidang perubatan...insaflah..

Anonymous said...

terlalu ramai diluar sana yg hanya tahu komen , kutuk seolah mereka pakar , apa sahaja yg tidak sedap dimata mereka akan di komen, tembak dengan peluru dalam media Fb atau blog , ini salah itu salah , begini yg betul ..katanya.

malah kerja pakar pun mereka pertikai, macamlah kerja mereka seharian itu perfect, malah silap2 merekalah ular dalam pejabar yg selalu keluar minum di kantin berjam2 , kerja tak siap pun ,
terlalu ramai manusia jadi pakar dalam media, key warrior itulah kepakaran dia,
manusia-manusia inilah yg jadi kuman, jadi virus sebenarnya , mereka umpama langau yang kerjanya membusukan makanan yg sedap ,

Anonymous said...

Terbaik jawapan Dr Mahyuddin Mohamed

Anonymous said...

Manusia kalau niatnya nak menimbulkan kebencian, maka segala cara akan digunakan. Wlaupun cara Tue akan menunjukkan kebebalan, kebodohan Dan kejahilan diri sndri. Benda2 macam nie sebenarnya memperlihatkan sisi hitam masyarakat kita masa ini. Perangai mengadu domba, menimbulkan fitnah, & malas menimba ilmu. Hanya tahu menyebarkan kebencian & menyemarak kemarahan, konon nak tnjuk kita nie prihatin, peka, telus & integrity.

Anonymous said...

Jangan dibiarkan orang2 yang begitu. Saman saja, makin dibiarkan makin menjadi. Mutakhir ini semacam ada satu gerakan terancang untuk menimbulkan persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan kesihatan awam. Golongan ini tanpa disedari dipergunakan untuk menghancurkan perkhidmatan kesihatan awam untuk digantikan dengan perkhidmatan swasta sepenuhnya.

Anonymous said...

Inilah satu masalah besar dalam dunia ni, manusia bangang paling lantang bercakap PUNG PANG PUNG PANG tanpa kira fakta. Tukang dengar pulak tak da otak langsung tak filter maklumat tolong si bangang viralkan kebangangannya.


Maka itu sebab orang macam Anwar sekeluarga & Lim Kit Sial family boleh hidup mewah kat Malaysia ni.

Anonymous said...

Respons balas dalam hal sebegini harus tanpa emosi, terus kepada isu, tidak berlebih lebihan, mendidik dan bukan ke arah merumitkan dan memanjangkan isu.

Anonymous said...

Ada baju dijahit ropol ropol dan ada yang tidak. Ada yang dijahit gunakan benang putih dan ada yang gunakan benang berwarna. Semua itu keutamaannya adalah fesyen.

Ada baju yang dipotong labuh agar dapat menutup bahagian itu dan ini. Ada potongan baju sendat dan ketat bagi menonjolkan bahagian2 tertentu.

Ada yang pilih kain kapas untuk dibuat baju, ada yang pilih fabrik, lace dan ada yang pilih sutera. Semua itu ada kaitan dengan keanggunan.

Soalnya apakah lojik untuk mempercayai bahawa apabila hendak menjahit luka maka pertimbangnya harus fesyen dan keanggunan dan bukan pertimbangan akal profesional?

Sememangnya konsumer semua betul. Semua permintaan mungkin cuba dipenuhi tetapi kalau minta baju, ukurannya harus badan sendiri.

Anonymous said...

Tkyah bela kaum kaki fitnah ni. Hentam je kawww2

PENA PERJALANAN said...

esok lusa kalau si macai yg komen melulu tu masuk hospital,nazak dsb biarkan je die mampos..pedulikan die..baru die tau langit tu tinggi ke rendah...mencari salah org memang mudah tanpa memikirkan kesan..sptutnya kita menghargai petugas2 ini bkn menghina pekerjaan mereka..org2 bodoh dan bangang ni kalau masuk hospital jgn dilayan.biar die mati kering..

top