Friday, December 11, 2015

KENA BOO, KUT YER PUN, JANGAN NAFIKAN JASA MAHATHIR MEMBANGUNKAN NEGARA INI!!!



Insiden perwakilan dari Perak kena boo oleh perwakilan semasa sedang berucap apabila menyatakan kejayaan hari ini adalah kejayaan UMNO, bukannya kerana insan bernama Mahathir, mendapat perhatian yang 'agak luar biasa'.

Ia samalah seperti ucapan Fathul Bari yang menyentuh tentang Sirah An-Nabawi yang kemudiannya dihentikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memandangkan dalam sirah yang dibacakan itu, memperkatakan tentang fitnah yang dibuat terhadap Syaidatina Aisyah r.a dan sikap Ibu Kaum Muslimin dan Mukminat itu terhadap pembawa fitnah.

Agak ganjil juga apabila alasan yang diberikan, kisah Syaidatina Aisyah r.a difitnah berzina, jangan diceritakan kerana ianya mengaibkan, padahal kisah tersebut diceritakan sendiri oleh Allah Taala dalam Surah An-Nur ayat 11 sehingga 26, bahkan baginda Rasulullah s.a.w turut memperkatakannya dalam hadis-hadis sahih.

Sesiapa pun akan faham bahawa apa yang dimaksudkan oleh Fathul Bari adalah kesan fitnah dan perpaduan, namun tindakan menghentikan ucapannya dengan alasan 'mengaibkan keluarga Rasulullah s.a.w' sebenarnya membuka lebih banyak ruang kemusykilan serta persoalan yang lain.

Begitu juga apabila Perwakilan dari Perak kena boo...

Mungkin dia cuba menyanggah apa yang diperkatakan oleh Tun. Kata Mahathir, UMNO yang berjaya bukan pemimpin, akhirnya dia terbabas sehingga diaibkan oleh perwakilan yang mendengar dan menonton ucapannya.

Baik perwakilan dari Perak itu mahupun Mahathir barangkali terlupa bahawa UMNO adalah 'benda mati', bukan makhluk hidup yang Allah Taala memberikan sifat-sifat kepadanya. UMNO digerakkan oleh manusia di dalamnya.

Justeru, sesiapa pun memimpin UMNO, sepanjang pentadbiran UMNO di Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, mereka telah mencatatkan jasa-jasa yang tersendiri.

Jasa Mahathir kepada negara ini amat banyak. Jangan dinafikan. Daripada sebuah negara berorientasikan pertanian dan sumber alam, Malaysia menjadi pengeksport digital dan elektronik dunia walaupun tiada satu pun produk keluaran anak tempatan dihasilkan secara global.

Daripada jalanraya yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya, sekarang ini dibina oleh konsesi yang memperolehi hak dan kawalan harga yang disambung-sambung kontraknya dari 25 tahun dan seterus-seterusnya menerusi penjualan syarikat kepada syarikat yang baru ditubuh.

Daripada bangunan-bangunan berstatus pra-Perang Dunia Kedua, sekarang ini mempunyai bangunan antara tertinggi di dunia yang pemilikan Melayu-Bumiputeranya tersangat boleh dikira dengan hujung jari jumlahnya dan hartanah yang harganya sekadar mampu dipandang dan dibanggakan tetapi tidak boleh dimiliki.

Daripada menggunakan api pelita kepada api elektrik yang tarifnya bergantung kepada kedermawanan pemilik-pemilik IPP yang mempunyai pengaruh besar kepada TNB yang telah diswastakan walaupun ianya adalah penyumber tunggal tenaga di Semenanjung.

Daripada hanya mendengar bunyi deruman enjin kereta daripada basikal yang dikayuh atau motosikal yang dibeli secara ansuran daripada Boon Siew Honda, sekarang ini sudah berbaris-baris kereta di laman rumah murah atau rumah-rumah pangsa sesak yang para pemiliknya mengeluh mereka sekarang ini berada dalam keadaan serba susah.


Kalau pada zaman Mahathir, segala projek hanya berlegar-legar di kalangan orang tertentu, bahkan sehingga sekarang pun, hanya beberapa orang itu sahajalah yang mempunyai segala-galanya di Malaysia - dari beras sehinggalah kontrak membina lapangan terbang sebagai balasan atas dana-dana politik mereka - perubahan sedang dilakukan secara beransur-ansur sehinggakan perubahan tersebut akhirnya mencetuskan dan mendorong kepada gerakan menjatuhkan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jangan dinafikan jasa Mahathir kepada pembangunan negara ini. Dia ada caranya yang tersendiri yang difikirkan pada zamannya amat sesuai dan tidak akan diungkit oleh generasi selepas kepimpinannya. Apa yang dilakukan pada zamannya adalah betul dan telah meletakkan negara ini pada landasannya sehinggakan golongan buta huruf pun berasa mereka lebih pandai daripada orang lain walaupun pada akhirnya, yang menanggung segala perbelanjaan dan keuntungan besar kepada kelompok yang membantu modal kepadanya adalah rakyat marhein yang kebanyakannya dibutakan oleh pandangan dan kebanggaan kosong sendiri!

Namun menambahbaik daripada kerugian jangka panjang daripada dasar-dasar Mahathir sepanjang 22 tahun juga perlu diberikan sokongan. Sampai bila negara ini hanya berlegar-legar di kalangan spesies contohnya seperti YTL, Berjaya, Ananda Krishnan dan Robert Kuok. Spesies tersebut sudah menguasai negara ini dari sekecil-kecil butiran tepung sehinggalah kepada tangga gaji rakyat dan upah rakyat Malaysia.

Ini Malaysia... dan Malaysia adalah hak milik rakyatnya, khususnya kaum pribumi dan bumiputera yang telah bermandi darah, menumpahkan segala keringat dan kesetiaan semenjak wujudnya ketamadunan pertama di wilayah ini lebih dua alaf lalu!

Bukannya milik beberapa orang kapitalis super kaya yang menyedut setiap titis darah dan mencairkan setiap inci daging rakyat negara ini....


9 comments:

Anonymous said...

benar dan itulah yang sebenarnya....tepuk dada dan gunakan akal untuk memikirnya...buat pertimbangan yang wajar,lihat keliling dan tentunya kita dapat melihat bertapa bertuah bumi ni.

Anonymous said...

Typical kelaku ketua bahagian ..loya buruk tak abis2 ..itu baru jadi senator ..kalau jadi menteri ..taktaulah apa dia nak kutuk lagi ..sahabat2 kat perak ..tukarlah ketua bahagian macam ni ..

Anonymous said...

Tun M tak bodoh pada boo perwakilan. Cuma perwakilan saja bodoh nak ambil hati presiden UMNO, nak 'show off' kesetiaan pada presiden konon. Presiden UMNO nak sahut cabaran. Kata no retreat no surrender. Kalau dah berpulh ribu rakyat Malaysia yang berani pertikaikan DSN, dengan perwakilan sekali kita boikot. Hidup Tun Mahathir.

Anonymous said...

Aku rasa ni persidangan umno paling bodoh sbb umno tdk mampu buat apa2 tuk mengawal harga brg yg naik memdadak,gst,kos sara hidup tinggi....

PAU2015 ibarat bawa makcik pakcik dr kmpung dtg bndr buat lawatan dan mkn2 percuma....

ingat jasa umno kununnn!! Jasa apa lancau kalu rakyat hidup susah...rakyat x heran ceramah najib berapi2...rakyat nk masalah kos sara hidup ditangani dgn segera....

aku jamin hbs persidangan nnti keadaan masih mcm ni juga tiada yg berubah...

#najib harus letak jawatan dan bertaubat

Anonymous said...

Masaalahnya dia nih macai tegar, dah masyok banyak dah!..satu lagi, salah ketua perhubungan umno negeri juga, mereka yang luluskan script itu, dan termasuk juga perhubungan pusat, dah lulus dia bawa lah...tapi dia tersilap langkah...bodoh punya ketua bahagian..lepas tue siapa nak dengar dia bahas ucapan dia...kantoi ler...

Anonymous said...

Padat, pedas dan tepat. Berehatlah ton madey.... Cukup2lah apa yg dibuat. Jasa dia akan tetap dikenang terutamanya..kikiki nasib org melayu bandar.

Anonymous said...

Yg ko lyn org tua tu sape suroh?

Anonymous said...

Perwakilan yang hadir sekadar menjadi TUKANG SORAK saja...
Sebenarnya kita bernasib baik kerana mendpt tinggalan warisan dari Tun.
Jika x ada tak tahu lah mungkin Malaysia dah bangkrap///
APA BUKTINYA??????
Jika kita amati ucapan Presiden adalah menyebut berkaitan harga minyak turun terpaksa kenakan GST..jika tidak negara akan menghadapi masalah..dan beliau bagitu bangga dengan kejayaan anak melayu..
Cuba fikir fikirkan..
PETRONAS ditubuhkan semasa dibawah pentadbiran siapa ?
Usaha usaha bagi memajukan dan membela pendidikan anak anak melayu dibawah pimpinan siapa???
Tidak ketinggalan juga SUBSIDI...yang kini digunakan oleh Presiden bagi menambahkan pendapatan negara..potong sana potong sini dari rakyat ...
Bayangkan sekiranya pimpinan dulu tidak kreatif...tiada PETRONAS dan tiada SUBSIDI...tiada KELAPA SAWIT apa jadi??????
Pimpinan sekarang hanya pandai mempergunakan hasil hasil tinggalan warisan terdahulu bagi mendapatkan populariti dikalangan rakyat..Tanpa disedari pemberian tak seberapa sangat jika dibandingkan dgn dikenakan GST , pemotongan subsidi dan lain lain kenaikan...akhir sekali rakyat akan mengalami KEHANGATAN EKONOMI....
Sepatutnya perwakilan seharusnya meminta kerajaan bertindak lebih kreatif bagi menjana sumber pendapatan baru negara...bukan setakat menjadi TUKANG SORAK saja...

Anonymous said...

yang hadir perwakilan dipilih itu bukan semua faham dan bijak berpolitik. majoritinya saja diberi peluang oleh ketua bhgn sebab kuat bodek, tambahan bukan musim pertandingan tarak masyuk. apapun yang hadir itu dalam kepala hanya ingatkan cash is king saja dan ramai kaki tidur. tak percaya suruh mereka cerita kembali, paling ingat pun hanya dangdut aja. hamzah di boo mmg patut pun, cakap tak selupa bikin..

top