Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 6, 2015

KERANA RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, ZAHID MULA DIHUJANI FITNAH 'SKANDAL SEKS'!!!



Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara nampaknya telah dijadikan alasan terbaik untuk menghentam dan membelasah Zahid Hamidi semahu-mahunya. Dan seperti biasa, cerita-cerita sebenar, cepat-cepat dipusing dan diputarbelitkan agar golongan yang hanya percaya dengan membaca tajuk, akan cepat-cepat menyertai mereka untuk turut menghentam Zahid Hamidi dan kepimpinan negara.

Jangan terkejut sekiranya, akan ada selepas ini pelbagai 'skandal-skandal seks' yang didedahkan oleh pihak-pihak hantu untuk menjatuhkan integriti Zahid Hamidi walaupun matlamat mereka sebenarnya adalah untuk memupuk kebencian dan persepsi negatif ke atas usaha kerajaan untuk menguatkuasakan keamanan dan kesejahteraan ke atas penduduk dan rakyat Malaysia.

Kita pergi lebih jauh sedikit menelusuri sejarah yang barangkali ramai sudah terlupa.

Pada tahun 2011, ISA dan Ordinan Darurat 1969 telah dimansuhkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak. Kedua-dua akta tersebut mempunyai kuasa yang amat meluas dan telah memberi kesan kepada negara ini selama berdekad-dekad sama ada dalam bentuk yang lebih baik atau sebagainya.

Selepas pemansuhan tersebut, Kerajaan telah meluluskan beberapa rang undang-undang untuk memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan selepas kedua-dua undang-undang berkenaan dimansuhkan.

Menariknya, apabila SOSMA diperkenalkan, puak pembangkang berkata ia adalah ISA 2.0. Malah apabila Akta Perhimpuna Aman diperkenalkan, mereka juga berkata ia adalah ISA 2.0. Apabila penggubahan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) diperkenalkan, sekali lagi ia dilabelkan sebagai ISA 2.0. Dan apabila Akta Pencegahan Keganasan (POTA) diperkenalkan, labelnya tetap sama iaitu ISA 2.0.

Apabila Zahid menjadi 'jurucakap' tentang Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara, sesetengah orang dan kumpulan-kumpulan hak asasi antarabangsa turut menggelarkannya sebagai ISA 2.0.

Rang Undang-Undang tersebut memboleh Majlis Keselamatan Negara untuk mengisytiharkan kawasan-kawasan tertentu sebagai kawasan keselamatan. Apabila diisytiharkan, pasukan keselamatan akan ditempatkan dan boleh melakukan tangkapan tanpa waran ke atas orang yang didapati atau disyaki melakukan atau disyaki telah melakukan sebarang kesalahan di bawah undang-undang bertulis di kawasan keselamatan.

Skop dan kuasa di bawah MKN sangat sama dengan yang terdapat di bawah Ordinan Darurat di mana 92 ordinan-ordinan darurat, lima sehingga enam akta-akta Parlimen dan ratusan perundangan subsidiari yang telah memberi lebih kuasa kepada Kerajaan Persekutuan selama 42 tahun dari 1969 sehingga 2011, yang mana kesemuanya telah dimansuhkan oleh pentadbiran Najib.

Untuk menjustifikasikan serangan mereka, para penentang, terutama sekali yang berwajahkan DAP, menyatakan bahawa Najib Abdul Razak telah merampas kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong dengan kelulusan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara. Mereka yang tidak pernah peduli dan hormat akan institusi raja-raja Melayu di Malaysia, tiba-tiba sahaja kelihatan sangat utuh menyanjung DYMM Yang Di-Pertuan Agong.


Yang mereka tidak terangkan tentang rang undang-undang tersebut adalah:

Rang Undang-Undang ini, sekiranya sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan, perlu mendapat mandat daripada Palrimen dan boleh ditolak di Parlimen!

Ahmad Zahid turut menegasan Rang Undang-Undang MKN tidak mempunyai tujuan politik atau untuk memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri.

Sebaliknya, beliau berkata rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember itu bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

“Ketidakpuasan hati beberapa individu dan NGO (berhubung perkara ini) harus dilihat namun pihak berkenaan harus juga membaca apa yang tersirat daripada akta itu di mana kuasa tidak diberikan sepenuhnya kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertahanan atau menteri dalam negeri, atau menteri komunikasi dan multimedia, atau beberapa menteri yang berkaitan dengan soal keselamatan.

“Sebaliknya kuasa diberikan kepada majlis, iaitu sebuah badan yang tidak menyalahgunakan kuasa, ertinya kuasa eksekutif sepenuhnya tidak ada pada PM tetapi pada badan ini, pada lembaga ini, sebagaimana yang pernah dilakukan kepada POCA dan POTA, iaitu undang-undang pencegahan jenayah dan undang-undang pencegahan keganasaan, ini mesti difahami,” katanya. (RUJUK SINI)


2 comments:

Anonymous said...

Kalau zahid dilibatkan dengan skandal sex, itu kerja orang dalam.

Tidak mustahil jika zahid pula didapati mengancam kedudukan Najib.

Anonymous said...

kalau tidak ada penahanan tanpa bicara tak ada apa nak dibimbangkan kerana setiap individu ada ruang untuk mempertahankan diri di mahkamah dengan bantuan perundangan.

apapun dua kumpulan ini sentiasa ujud: 1. takut pada objek 2. takut pada bayang-bayang. ketakutan terhadap benda yang nyata senang di'rawat' sementara ketakutan terhadap bayang-bayang adalah lebih sukar.

 
Blogger Templates