Wednesday, December 16, 2015

KERJASAMA UMNO-PAS, DAP KATA MUSTAHIL DAP PERINTAH MALAYSIA!!! KEPALA HOTAK LIM KIT SIANG!!!



Apabila kisah UMNO dan PAS diura-urakan untuk bekerjasama, yang paling lantang berhujah dan kelihatan sangat melenting adalah DAP. Lim Kit Siang adalah suara DAP yang paling lancar menghujahkan betapa UMNO sedang terdesak sehingga perlu mendapatkan bantuan daripada PAS bagi mengekalkan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Anehnya, tanpa mengikut logik dan langsung tidak berasas, ada pula pemimpin PAS yang terpengaruh dengan hujah Lim Kit Siang sekaligus tidak menyedari bahawa PAS sebenarnya berada di tingkat paling bawah dengan 14 kerusi yang akan semakin berkurangan pada PRU akan datang, memandangkan terdapat beberapa orang penyokong Mat Sabu dan Parti Amanah Negara yang masih enggan melepaskan pegangan dan kepentingan mereka di dalam PAS.

Apabila Najib dalam ucapannya selaku Presiden UMNO mengingatkan orang Melayu tentang ancaman DAP, ramai juga Melayu yang anti UMNO dan anti Najib menyanggah. Malah Lim Kit Siang secara berterus-terang menyatakan, Najib sebenarnya yang ketakutan malah memberitahu, DAP bukannya ancaman kepada orang Melayu, sebaliknya Melayu diancam oleh UMNO dan Najib Abdul Razak.


Dan seperti biasa, DAP tidak pernah mahu mengaku bahawa mereka memusuhi Melayu, Bumiputera dan Islam.

Perhatikan sahaja apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak semenjak DAP mempunyai 'tempat' di kedua-dua negeri itu. Sebelum DAP bertapak, istilah Islamisasi, anti-christ, Orang Asal, penjajahan Malaya dan sebagainya tidak pernah wujud. Bukan main menentang lagi DAP ke atas UMNO yang disifatkan sebagai parti penjajah dari Malaya sedangkan DAP sendiri berpangkalankan Malaysia dan Lim anak beranak adalah Maharaja DAP yang tidak boleh digugat atau dipersoalkan.

Secara harfiahnya, semua Bumiputera adalah Melayu walaupun tidak beragama Islam. Walaupun Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Melayu itu beragama Islam, tetapi seluruh dunia kecuali spesies DAP, telah menerima pakai bahawa Bumiputera dan Pribumi di Kepulauan Melayu - sama ada di Cham, mahupun Filipina adalah terdiri daripada pelbagai suku Melayu yang beragama Islam, Hindu, Buddha, Kristian mahupun Pagan.

Namun jarum-jarum hasutan dan acuman DAP telah berjaya merobek-robekkan kefahaman tersebut. Dan sekarang, kita melihat apa yang dikehendaki oleh DAP sedang berlaku di Sabah dan Sarawak malahan di Semenanjung.


DAP turut mengeluarkan carta menunjukkan mereka tidak mungkin akan dapat memerintah Malaysia kerana kononnya tidak cukup kerusi Parlimen.

Namun apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, lain pula ceritanya. Bahkan di dalam Pakatan Rakyat yang sudah berkubur itu pun, DAP sentiasa menjadi maharaja berkuku besi yang akan memastikan PKR dan PAS mengikut telunjuknya. Kegagalan PAS akur kepada perintah DAP, akhirnya melahirkan PAN yang ditaja oleh DAP.

Justeru apabila DAP menerusi Lim Kit Siang sedang menerangkan tentang 'keburukan' kerjasama antara PAS dengan UMNO, tindakannya itu sendiri sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana berkuasanya DAP untuk mengubah segala-galanya di Malaysia, apatah lagi DAP tidak pernah peduli pun dengan peruntukan-peruntukan Perlembagan Persekutuan walaupun mereka mendabik dada kononnya mereka menjunjung Perlembagaan.

Bukti paling nyata ialah, betapa marheinnya penguasaan Bahasa Kebangsaan mereka, sehinggakan mereka terpaksa berdalih tentang kepentingan Bahasa Inggeris untuk menunjukkan mereka lebih terlatih dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Kebangsaan walaupun hakikatnya adalah sebaliknya!!!


1 comment:

Anonymous said...

Apa lagi cina mau???

Cinapek rasis dapigs balik tongsan!

top