Monday, December 21, 2015

LELAKI BUNTINGKAN ORANG UTAN BUKTI BETAPA BEBALNYA PENGGUNA MEDIA SOSIAL MASAKINI YANG MUDAH PERCAYA DENGAN PEMBOHONGAN!!!



KECOH di media sosial beberapa hari lalu tentang kisah seorang kakitangan lelaki sebuah zoo di Indonesia didakwa melakukan serangan seksual terhadap seekor orang utan.

Malah, beberapa pihak turut mendakwa orang utan berkenaan hamil akibat perbuatan lelaki tersebut.

Walaupun berita itu kedengaran pelik, namun apa yang menjadi perhatian adalah bagaimana ramai yang memilih untuk mempercayai cerita yang disebarkan itu.

Kuasa yang dimiliki di laman sosial membuatkan manusia bebas bercerita, malah menokok tambah versi sendiri.

Hakikatnya, berita itu telah disahkan palsu oleh pengurusan zoo yang terletak di Jakarta itu.

Ya Tuhan, Terekam CCTV, Petugas Kebun Binatang SURABAYA Hamili Orang Utan!Benarkah? Ini Penelusuran Kami : http://goo.gl/jOCHP4Posted by Tribunnews.com on
Dalam kenyataannya seperti yang dipetik laman tribunnews.com, zoo berkenaan tidak memiliki orang utan seperti yang dilaporkan, malah kakitangan lelaki yang dikatakan telah menghamilkan orang utan tersebut, juga tidak wujud.

Dari segi perubatan, secara semulajadinya, adalah mustahil untuk sperma manusia disenyawakan dengan haiwan.

Persenyawaan antara dua spesis berbeza genetik disifatkan sebagai tidak mungkin berlaku, melainkan jika melalui proses biologi di makmal dengan bantuan teknologi terkini.

Laporan asal berita palsu itu diambil di portal World News Daily Report yang cukup terkenal dalam menghasilkan laporan yang 'diputar belit' atau disensasikan.

Gambar lelaki yang didakwa itu pula adalah seorang pendatang Indonesia yang ditahan di Singapura atas masalah imigresen. - ASTRO AWANI


1 comment:

Anonymous said...

so spesies barunye adalah Orang Bandar....muaahahaha...jgn marah

top