Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 7, 2015

MAJLIS HARIJADI ROSMAH MANSOR RM79,000? BESAR MANALAH GAMAKNYA KEK TU!!!



Macam dah tak tahu macam mana lagi nak membela Nurul Izzah dan Tian Chua, golongan berkenaan terpaksa mencari-cari dan mengorek-ngorek cerita sensasi Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Nak samakan pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram dengan Najib dan Netanyahu, dah puas pulak bersilat sebab nampak sangat BODOH BEBAL kerana tidak dapat membezakan antara PERTEMUAN dan TERSEREMPAK. Kalau berterusan menggunakan kes Najib terserempak dengan Netanyahu di tangga bangunan PBB dan kemudiannya menyamakannya dengan majlis makan malam, perbincangan, dan sama-sama angkat plakad bertulis 'BEBASKAN ANWAR', pasti akan digelakkan.


Jadi, kenalah cari isu lain.

Isu 'terbaik' yang mampu disediakan adalah dengan mengait dan menarik Rosmah Mansor.

Kalau Rosmah Mansor, bukan sahaja golongan yang kuat menyokong Pakatan Harapan, bahkan di kalangan orang UMNO dan BN sendiri pun akan terkesan.

Jadi, bikinlah satu cerita kononnya Rosmah Mansor telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM79,000 semata-mata untuk menyambut harijadi. Tidak cukup dengan itu, dibikin pula satu kad undangan yang bertemakan pakaian 'ALOHA' untuk menunjukkan betapa tidak sedarnya diri Rosmah Mansor.


Pegawai Khas kepada Isteri Perdana Menteri, Rizal Mansor sekali lagi tampil menafikan berita karut yang cuba diviralkan oleh puak-puak berkenaan. Malah, pada malam di mana Rosmah dikatakan akan bersuka ria menyambut harijadinya yang menelan belanja RM79,000, isteri Perdana Menteri itu sebenarnya berada di sebuah majlis meraikan mahasiswa luar negeri di Seri Perdana.

Mudah sungguh jadi penfitnah... ditambah pula dengan KEGILAAN LUAR BIASA RAKYAT MALAYSIA yang amat mudah percaya kepada mana-mana fitnah yang menyentuh Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak.

1 comment:

Anonymous said...

Pembangkang di negara besar dan maju hanya menjadikan perkara besar sebagai. Pembangkang di negara membangun hanya ada perkara kecil utk dijadikan isu.

 
Blogger Templates