Saturday, December 12, 2015

NAJIB-MUHYIDDIN BERDAMAI PETANG INI?



Semakin ramai di PWTC yang memperkatakan perkara yang sama.

Malah mereka juga sepakat bahawa beberapa jam sebelum acara PAU berlangsung di PWTC, Muhyiddin yang berucap di Kelab Sultan Sulaiman, sebenarnya bercakap bukan dengan nadanya, sebaliknya nada Mahathir.

Semua yang hadir di PWTC juga nampak secara ketara bagaimana Najib Abdul Razak yang kelihatan sangat tidak selesa dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada Muhyiddin oleh para perwakilan. Malah difahamkan juga, terdapat arahan daripada Pucuk Pimpinan Teratas UMNO yang dikeluarkan pada Khamis kepada para pembahas agar tidak terlalu lantang selain isyarat untuk menghentikan serangan ke atas Muhyiddin.

Semuanya kelihatan kembali tenang dan ada ucapan yang membolehkan kita tidur dengan lena selepas itu, sehinggalah Ketua UMNO Bahagian Gopeng yang dituduh terlibat dalam banyak isu termasuklah tuduhan bahawa dia melakukan sabotaj pada PRU lalu, berucap dan mengecam Tun Dr. Mahathir, sekaligus mengundang kebencian dan cemuhan daripada para perwakilan kepada dirinya.

Selepas reaksi yang ditunjukkan Hamzah Mohd Kassim, perbahasan selepas itu berlangsung lebih sopan.

Walaupun ada yang mengatakan, hubungan antara Najib dengan Muhyiddin tidak akan pulih seperti sebelum ini, namun bukan perkara rahsia, Najib sebenarnya yang enggan memecat Muhyiddin Yassin, walaupun ditekan dan didesak oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi. Malah dia juga enggan memecat keahlian UMNO Tun Dr. Mahathir walaupun pelbagai desakan dan 'nasihat' diberikan kepadanya.

Sebenarnya sebahagian besar Ahli MT dalam mesyuarat pada malam Rabu, mendesak agar Muhyiddin dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO. Satu kritikan pedas dan panas dilaporkan telah dibuat oleh salah seorang Ahli MT kepada Muhyiddin.

Najib kemudiannya secara tiba-tiba menamatkan mesyuarat selepas itu dan memberitahu salah seorang Naib Presiden, "Saya rasa bersalah terhadap Muhyiddin yang dikritik seperti itu."

Pagi tadi, sebuah risalah 28 muka surat yang mengambil ucapan yang sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin dan diedarkan kepada para perwakilan di Seri Pasific. Risalah bertajuk, "Aku Bukan Petualang' itu dilihat sebagai satu usaha untuk melebarkan lagi perpecahan, walaupun dikatakan sebagai luahan perasaan Muhyiddin.

Apakah selepas pukul 5 petang nanti, Najib dan Muhyiddin akan kembali bekerjasama untuk memantapkan UMNO dan BN bagi meneruskan kelangsungan pada PRU akan datang, atau mereka akan berpisah terus dan UMNO serta BN tumbang buat kali pertama dalam Pilihanraya Umum akan datang, selain menyerahkan kemenangan secara mudah kepada DAP? (BULETIN 247)

4 comments:

Anonymous said...

Minggu deepan ringgit mungkin 4.30 merudum lagi....langkah najib langsung sepi...ringgit boleh diselamatkan dng menganggotai pakatan BRICS ..terhegeh hegeh dipuji obama ringgit tetap jatuh lagi....

Anonymous said...

Group Najib dah mula takut dengan kebangkitan akar umbi menyokong Muhyiddin..

Dah mula gigil apabila perwakilan menunjukkan rasa marah.

Spin pula kata najib yang nasihatkan, najib sendiri bantai kaw kaw.

Kakitangan kerajaan yang ditugaskan sebagai tukang sorak ada setakat jumaat, banyak dah cabut malam tadi...

Anonymous said...

tuan ,melihat tahap kebencian ,tahap kutukan dan fitnah,keatas Najib,saya merasakan dorang ni semua tak takut ajal menjemput yang datangnya entah bila....kalau dia bersalah bagi bukti dan bawa kesprm kerana dalam sprm banyak yang anti Najib,tentu kalau ada bukti cepat sangat ambil tindakan spt kes khir toyo kan

Anonymous said...

Anon 353 ko tk penat ke jd macai. Kesian.

top