Tuesday, December 29, 2015

PENGARAH JPJ PULAU PINANG KENA JAWAB: LELAKI BERANG, KERETANYA YANG TELAH DISITA DAN SEPATUTNYA DILUPUSKAN OLEH JPJ, KINI DIGUNAKAN OLEH ORANG LAIN DAN DIA TIDAK BOLEH PERBAHARUI CUKAI JALAN KERETA BARUNYA!!!


video

video

Marah betul abang dalam klip video yang sedang viral di Facebook ini. 

Individu yang tidak dikenali itu berang apabila percubaannya untuk menghidupkan cukai jalan, tidak dilayan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kerana sebuah keretanya yang telah dirampas kerana masalah nombor chasis pada tahun 2001 telah disita oleh JPJ, 'wujud' kembali di jalanraya.

Lelaki berkenaan telah membuat siasatan dan mendapati kereta tersebut sememangnya digunakan oleh individu tertentu semenjak dari tahun 2013. Segala butiran telah diberikan untuk tindakan lanjut, tetapi menurutnya, pihak berkenaan memberi alasan, mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan kenderaan tersebut serta pemilik barunya. 

Dia mendakwa, sepatutnya selepas disita, kereta berkenaan telah dimusnahkan. Namun pihak tertentu di dalam Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengeluarkan kereta tersebut, sehingga akhirnya mendatangkan masalah kepadanya. 

Menurutnya, kalau sekiranya individu yang menggunakan kereta tersebut melakukan kesalahan dan jenayah, dia yang akan menanggung akibatnya memandangkan namanya sebagai pemilik asal kereta tersebut masih belum dipotong dan dihapuskan.

Bagaimana agaknya, perkara seperti ini berlaku?

Tidakkah ini menganiayai orang awam?


Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pengangkutan serta SPRM perlu memberikan reaksi dan bertindak dengan sewajarnya, apatah lagi, terdapat banyak kes 'kereta-kereta hantu' yang melibatkan penggunaan satu nombor pendaftaran seperti yang didedahkan oleh media. (RUJUK SINI


11 comments:

Anonymous said...

Saya pun pernah kena..
Tak boleh perbaharui cukai jalan sebab kononnya ada saman.
Siasat punya siasat..saman dikeluarkan di negeri yg saya tak pernah pergi pun..tarikh saman pulak tepat waktu saya tengah bertugas rasmi...

Memang satu penganiayaan terhadap saya yg terpaksa keluarkan wang poket sendiri untuk selesaikan masalah ni..kena berurusan dgn pelbagai agensi kerajaan yang bla bla bla...korang paham2 je la

Anonymous said...

Pnyelewengan dan rasuah makin berleluasa oleh pihak yang menguatkuasakan undang2.Sampai bila kita nak biarkan ini berterusan berlaku.SPRM mesti aktif dan tegas dalam membasmi rasuah.

Yusof J Lee said...

Mcmana rasuah berlaku ye? Dia bermula dgn org mintak ke atau dgn org yg memberi?

Anonymous said...

SPRM terlalu sibuk 24 jam 365 hari untuk jatuhkan Najib dan siasat sampai lubang cacing rm2.6 billion sampai tak pelru kisah dah rasuah-rasuah sebenar yg bermaharajalela di kalangan penjawat awam dan agensi penguatkuasa..

selagi Najib belum dijatuhkan Dato Abu Kassim dan Datuk Bahri pengarah operasi khas tak boleh fikir benda lain..tak boleh siasat orang lain dah...

Anonymous said...

kalau ditanya lepasan sekolah 'awak nak kerja apa?', jawapan paling klise biasanya adalah: "JPJ atau kastam". tak tahulah kenapa, mungkin yang lain ada jawapannya.

Anonymous said...

Anony 6:05PM, tak habis2 dgn politik! ingat SPRM tu sorg dua je ke pekerja. Bodoh nak mampus!

Anonymous said...

rasuah ada dimana2, dalam pejabat , dalam rumah, adik beradik pun ada rasuah, dalam JKKK , dalam majlis belia , dalam masjid, dalam gereja , atas padang bola, dalam kelas, rasuah sesama cikgu , sesama murid , dimana2 ...

adik jangan bagitau mak abang balik lambat, nanti abang bagi duit saku esok , pun rasuah ..
bantu bayar bil perubatan pun rasuah , bawa main golf pun rasuah, belanja awek makan dengan niat tertentu pun rasuah , kita sendiri pun selalu merasuah sebenarnya , dan kita makan rasuah pun ada setiap hari

pejawat awam tak perlu hairan adanya rasuah, gaya hidup salah satu punca, berlagak dan nafsu mahu yg branded segala barang tapi kemampuan tarak,
kadang2 kesilapan teknikal berlakunya kesilapan pelbagai oleh jpj, orang lain yg buat kita yang kena saman, orang lain punya salah kita yg bayar ..

Johan said...

Selalu juga tuhan cuba dirasuah dgn makanan dan sebagainya. Pulak itu ditipunya tuhan bila diberi buah rak bermutu dan selalu juga buah palsu.... fikir le siapa suka bagi rasuah...

Ted Manoff said...

Kalau dalam SPRM pun macam dalam agensi lain nak buat
machamana pulak.poning.. poning den

Anonymous said...

Mcm Malaysia Boleh, JPJ pun Boleh. Kita rakyat selalu dibodoh oleh mereka.

Anonymous said...

Kau je kot camtu...kami tak pon

top