Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 22, 2015

ROSLAN ISMAIL CUMA BAWA 6 MANGSA YANG DITIPU PENIAGA HANDPHONE KOTARAYA, NAFI TERLIBAT DENGAN KUMPULAN CETUSKAN PERGADUHAN!!!



Roslan Ismail mewakili mangsa penipuan berkata, pihaknya hanya membawa mangsa untuk mendapatkan kembali wang yang ditipu peniaga di Kompleks Kota Raya dan bukannya mencetuskan kekecohan atau rusuhan kaum.

Terdapat 2 kumpulan berbeza sewaktu tercetusnya pergaduhan di antara peniaga telefon bimbit dan pembeli di Kompleks Kota Raya di Kuala Lumpur semalam, kata wakil kepada mangsa, Roslan Ismail.

Roslan berkata, pihaknya hanya membawa mangsa untuk mendapatkan kembali wang yang ditipu peniaga di kompleks berkenaan bukannya mencetuskan kekecohan atau rusuhan kaum.

“Saya ada bawa 6 mangsa yang ditipu dan kebanyakannya adalah wanita. Kumpulan yang menyerang peniaga adalah kumpulan berbeza dan saya tidak kenal mereka.

“Saya buat sidang media pukul 3 petang dan bersama mangsa dalam satu majlis penyerahan wang diserahkan kepada mangsa,” kata Roslan yang merupakan aktivis masyarakat pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Roslan, penyerahan dibuat secara aman dan di luar kompleks berkenaan.

“Dalam pukul 4 macam itu, satu penyerahan duit dibuat daripada pihak peniaga yang menipu.

“Mereka bayar RM600 kepada mangsa wanita dan kami lakukan penyerahan di hadapan orang ramai serta disaksikan pihak wartawan. Majlis berlaku secara aman,” katanya.

Katanya, 5 mangsa yang ditipu merupakan wanita dan 2 daripada mereka warga Indonesia.

Roslan berkata, jumlah kerugian keseluruhan semua mangsa ditanggung mencecah RM10,000.

Beliau berkata, ketika pembayaran dilakukan untuk mangsa pertama, datang seorang lelaki Cina berbaju warna merah jambu pudar memarahi mereka dan mencetuskan provokasi.

“Saya tidak hiraukan provokasi kerana saya mahu fokus. Kehadiran kami bukan cetus sebarang kekacauan dan provokasi.

“Saya menegaskan saya tidak sesekali menyentuh soal perkauman,” katanya dan turut menegaskan beliau tidak mengenali kumpulan yang menyerang peniaga berkenaan.

Roslan berkata, kekecohan berlaku sebelum penyerahan mangsa kedua dituntut malah kejadian yang berlaku semalam menyebabkan tuntutan 5 lagi mangsa tipu peniaga gagal dikembalikan kerana terpaksa beredar untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Menegaskan isu ini melibatkan peniaga dan pembeli, Roslan kini menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Ini bukan isu Cina. Ini isu peniaga dan pembeli. Melayu tipu Melayu pun ramai, bukan Cina sahaja tipu Melayu,” kata Roslan yang turut memberitahu tiada kaitan dengan sidang media Presiden Persatuan Veteran Melayu Mohd Ali Baharom yang menggesa masyarakat memboikot peniaga Kota Raya berkenaan.

Klik baca: Pekerja Kota Raya salahkan peniaga menipu
Ali atau lebih popular dengan gelaran Ali Tinju hari ini turut menafikan terlibat dengan insiden pergaduhan itu dan kes penipuan diutarakannya adalah berbeza.

Semalam Bernama melaporkan sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya.

Sebuah klip video pergaduhan berdurasi 2 minit dan 30 saat menjadi viral di laman sosial selepas dimuat naik dalam YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit malah ada membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan. – The Malaysian Insider


1 comment:

Anonymous said...

TV3 pulak mcm sial anjing..

Kata penyerang dihasut NGO.
Seolah2 tiada penipu dan pengugut di kedai hanpon tu.



Astro ada pro con..bolehla diterima akal.

Mcm ni jahanam punya tv3 memang taun depan bNkrup la..

 
Blogger Templates