Friday, December 11, 2015

SETPOL NGA KOR MING BUAT LAPORAN SKMM DAN TUDUH TUN MAHATHIR MILIKI KEKAYAAN RM1.194 TRILION!!!



Apa yang berlaku di dalam UMNO, bahkan serangan oleh orang UMNO sendiri ke atas kepimpinan utama UMNO, amat menggembirakan DAP. Walau apa pun tuduhan yang cuba dibuktikan, si pemenang total sebenar adalah DAP.

Justeru jangan bercakap tentang kebenaran, kerana kebenaran sebenar yang tercatat dan kekal dalam lipatan sejarah adalah KEMENANGAN DAP walaupun menggunakan isu-isu dongeng yang telah dimitoskan dan dilegendakan mengikut sukatan kehendak dan objektif mereka.

DAP yang paling seronok bercakap tentang RM2.6 bilion walaupun pada masa yang sama, masih gagal untuk menerangkan bagaimana DAP boleh berbelanja mewah memandangkan kutipan derma makan malam, terlalu amat mustahil untuk membiayai keseluruhan perbelanjaan DAP yang sangat mewah.

Sehingga kini, DAP terus gagal menerangkan dari mana sumber kewangan mereka, siapa penderma dan bagaimana DAP berjaya mengumpulkan kekuatan kewangannya dalam tempoh yang singkat walaupun terdapat banyak khabar-khabar angin bahawa penderma-penderma dana politik UMNO-BN zaman sebelum Najib telah berpindah kepada DAP.

Bertepatan benarlah seperti yang dipesankan dan diperingatkan oleh Allah Taala menerusi ayat 6 Surah Al-Hujurat yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita. Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Pada ayat ini, Allah melarang hamba-hambaNya yang beriman dari mematuhi isu yang tersebar, dan memerintahkan mereka untuk meneliti kebenaran berita yang sampai kepada mereka, kerana tidak semua yang diberitakan itu benar dan tidaklah setiap yang dibicarakan itu merupakan suatu kejujuran.

Dan kerana itulah, berita yang dicetuskan oleh seorang individu bernama 'Abdul Hamid' mendapat reaksi luar biasa daripada DAP Taiping yang diketuai oleh Nga Kor Ming.


"Bekas rakan Tun Mahathir, Abdul Hamid mendakwa, antara alasan yang menyebabkan Mahathir menyerang Najib adalah kerana Mahathir gagal memindahkan wang berjumlah RM1.194 trilion ke Malaysia. Abdul Hamid juga mendakwa, Najib sebagai Menteri Kewangan enggan menandatangani dokumen yang membolehkan dana tersebut dibawa masuk.
"Seandainya pendedahan tersebut adalah benar, ianya amat memeranjatkan dan telah memecahkan tiga rekod dunia.
"Pertama, dengan RM1.194 trilion (USD279 bilion), akan menjadikan Mahathir sebagai orang terkaya di dunia, di mana nilai kekayaan bersihnya akan menjadi lebih 3.5 kali ganda lebih tinggi daripada orang terkaya di dunia menurut Forbes 2015 yang hanya memiliki USD79.2 bilion.
"Kedua, dengan RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir, akan menjadikan dia satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekayaan terkumpulan bersamaan dengan 4.47 kali ganda berbanding belanjawan negara. Jumlah perbelanjaan Malaysia sebagai dinyatakan di dalam belanjawan 2016 adalah RM267 bilion.
"Ketiga, Mahathir juga merupakan satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekyaan luar biasa yang boleh membayar keseluruhan hutang luar negara. Hutang luar negara sekarang ini adalah berjumlah RM740.7 bilion.
"Mahathir perlu menjelaskan bagaimana dia memperolehi kekayaan luar biasa itu yang merupakan 3.5 kali ganda berbanding kekayaan bersih Bill Gates, 4.47 kali ganda berbanding belanjawan negara dan 1.6 kali ganda berbanding hutang luar negara. Dia perlu menjelaskan dari mana sumber kewangannya dan juga jumlah cukai yang telah dibayarnya daripada kekayaan luar biasa itu.
"DAP Perak hari ini telah membuat laporan di SKMM Ipoh ke atas Tun Mahathir berdasarkan dakwaan oleh Abdul Hamid. Saya menggesa, SKMM untuk melakukan siasatan sekiranya RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir adalah secara haram dan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat sebarang salah laku." - CHONG ZHEMIN

BACA SETERUSNYA DI BULETIN 247

3 comments:

Anonymous said...

Seandainya benar sekalipun, aku merelakan dan aku tak kesah sebab ayahanda Tun M tak pernah menyusahkan rakyat. Tun M tak pernah kacau poket rakyat. Tun M tak pernah hapuskan subsidi, tak pernah buat gst, tak pernah hapuskan isa. Meskipun tanpa br1m, gaji kecik pon masih bole idop. Bukan macam sekarang, gaji besar pon masih rasa sempit.

Anonymous said...

Fitnah paling banggang oleh orang banggang...

saya said...

Betul, betul!

top