Wednesday, December 2, 2015

TAMBANG ERL NAIK 57%... NAJIB SALAH, TAPI PEMEGANG SAHAM DAN KONSESI ERL TERBESAR ADALAH YTL LANGSUNG TAK DISENTUH!!!


Sungguh menarik apabila melihat gelagat mereka yang tidak pernah naik ERL, yang tidak pernah tahu tentang ERL, malah yang tidak dapat membezakan antara komuter, LRT dan Monorail pun, menyalak dan melalak tentang kenaikan harga tambang pengangkutan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2 itu.

Dan seperti biasalah, Najib dan kerajaannya menjadi sasaran kononnya tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang kenaikan tambang ERL, bahkan mahu menekan rakyat dengan kenaikan tambang pengangkutan tersebut dalam usaha untuk memenuhkan semula kantung wang negara yang sudah semakin kempis.

ERL atau The Express Rail Link telah menaikkan harganya sebanyak 57% dari RM35 menjadi RM55 bagi setiap perjalanan. Namun berdasarkan kepada terma dalam perjanjian konsesi, ERL berhak menaikkan tambang sehingga RM64 bagi setiap perjalanan.

Agak menarik ialah, kenaikan tersebut sebenarnya langsung tidak munasabah memandangkan ERL mempunyai trafik pengguna yang jauh lebih tinggi terutama selepas dihubungkan dengan KLIA2 tahun lepas.

Dan seperti biasa, antara yang paling kuat melalak adalah Ahli-Ahli Parlimen DAP yang cuba menunjukkan dan membuktikan yang mereka adalah JUARA RAKYAT. Mereka cuba membuktikan yang mereka memperjuangkan nasib rakyat. Malah sehingga ke peringkat, menonjolkan diri sehingga menggambarkan seolah-olah ERL merupakan pengangkutan utama di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Antara yang paling kuat menyalak adalah Ong Kian Min, Ahli Parlimen Serdang. Dia menuduh Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia sebagai perompak. Dia menyalahkan kenaikan tersebut kepada kerajaan dan Menteri Pengangkutan.  (BACA DI SINI)

Dan seperti biasa jugalah, zombie serta golongan catuk tak berotak pun, menyokong kuat hasutan Ong Kian Min.

Sedangkan hakikatnya, perjanjian konsesi ERL telah ditandatangani pada 25 Ogos 1997 dan berkuatkuasa selama 30 tahun!

Pemilik ERL adalah YTL yang menguasai majoriti saham iaitu 50%, manakala Tabung Haji pula memiliki 40% dan Trisilco Equity Sdn. Bhd. memiliki 10% sahamnya.

Mengapa agaknya Ong Kian Min dan DAP langsung tidak menyebut tentang PERANAN BESAR YTL dalam ERL?

Siapa pemilik YTL?

Bukankah antara faktor DAP menyerang bersungguh-sungguh 1MDB sehingga IPOnya tidak dapat dibuat antara lain kerana kepentingan YTL di dalam pemilikan IPP?

YTL merupakan antara salah satu penerima manfaat besar perjanjian berat sebelah konsesi projek IPP pada awal-awal tahun 90-an. Pemilik YTL pernah menimbulkan kontroversi apabila berkata, "kini tiba masanya untuk menamatkan kapitalisme kroni di Malaysia, selepas 20 tahun" yang membuatkan dia dikecam teruk memandangkan kekayaannya yang melimpah ruah adalah hasil daripada 'keistimewaan' yang diperolehi daripada kerajaan, khususnya dua pentadbiran lalu.

Francis Yeoh kemudiannya memohon maaf kerana mengeluarkan kata-kata itu. (BACA DI SINI)

Trisilco Equity mempunyai modal berbayar berjumlah RM1 juta dan dimiliki 100% oleh Tan Sri Nadzmi Salleh yang turut dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif ERL bermula Ogos 1998.

Sebelum dilantik ke jawatan Pengerusi Eksekutif ERL, Nazmi merupakan Pengarah Urusan PROTON dari tahun 1993 sehingga 1996. Sebelum menyertai PROTON, dia merupakan Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON). Dia kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi PROTON tetapi berundur dan jawatan tersebut diambilalih oleh Syed Mokhtar apabila DRB-HICOM mengambilalih PROTON pada tahun 2012. Jawatan tersebut kemudiannya diambilalih oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 2014.

Kes ini juga sama dengan kenaikan tol lebuhraya-lebuhraya dalam bandar yang melibatkan perjanjian konsesi berat sebelah yang dibuat oleh kerajaan pentadbiran terdahulu. Dan masalah yang berlaku sekarang seperti yang dapat dilihat, tetapi gagal dihadamkan ialah apabila kepentingan puak-puak konsesi tersebut diganggu dengan kadar kenaikan berdasarkan perjanjian telah diturunkan.

Mengapa DAP serang Najib dan kerajaan sedangkan sepatutnya yang diserang bagi kenaikan kadar tambang adalah konsesi yang tamak haloba dan tidak peduli dengan masalah pengguna berbanding kepentingan keuntungan besar mereka?

Anada boleh menjawabnya?


8 comments:

Anonymous said...

Menteri pengangkutan sapa lantik, spad sapa punya? Kuasa sapa bagi? Undang2 sapa tukaq? Tiba2 tadak kuasa.

Anonymous said...

rakyat malaysia banyak dah jadi benggong dan sasau kerana semua perkara nak disalahkan pada kerajaan dan Najib.....mudah jadi penjilat pembangkang dan geng "tu"...cipta fitnah dan persepsi ,yang indah dan sedap milik pembangkang dan geng tu aje ..,pastu longgokkan pada Najib segala sisa-sisa lebihan keburukkan....Najib tak bertuah mewarisi pentadbiran yang dah hancur 80% dinegara ini

Anonymous said...

Sudah2 la tu nk jd macai. Korang dgn dap 2x5 jer.. dua2 tk bole pakai. Dunia dh akhir zaman. Negara diperintah oleh org bodoh. Semua sama jer.

Anonymous said...

1. Bagi subsidi tambang.
2. Ambil alih/miliknegarakan.
3. Sekat kenaikan menggunakan otot yg ada berisiko disaman
4. Struktur semula, konsesi lebih lama.

Apapun pilihannya, ia tidak mampu menghalang kritikan yang keluar dari kepala lutut.

Anonymous said...

Kesian najib terpaksa terima pentadbiran bn yg menghancurkan negara..

Anonymous said...

Rakyat juga kena pikir rasional ke kenaikan harga barang2 yg tidak dikawal... peniaga letak harga tinggi... kita beli dengan rungutan tapi kita tak boikot pulak peniaga! Brg2 kawalan tidakle ketara membebankan ..yang ketara membebankan barang2 yg tidak dikawal... barang2 ini naik harga ikut permintaan... tengok saja contoh cookies famos amos... mahal gila. ...tapi da suka sangat... kita tetap beli bila harga naik. Nak boikot... nafsu menghalang. Yg merungut ni tak reda ditarik sedikit keselesaan.
Allah menambah pd yg bersyukur. Cuba pegi negeri2 bangla, indon... takkan nak tunggu nasib mcm mereka baru menyesal dan nk lahirkan rasa syukur.
quran sebut Allah beri kesenangan sampai waktu tertentu. Senang susah silih berganti...yg beringat masa senang....inshaAllah selamat.

Anonymous said...

kadangkala, kena percaya juga apa yang pembangkang kata... walaupun kadang2 mungkin ada beberapa perkara yang berunsur fitnah... hakikatnya banyak juga perkara yang dilaporkan pembangkang adalah benar...walaubagaimanapun saya setuju sekiranya kerajaan tidak boeh dipersalahkan semata-mata...kerana adakalanya peningkatan kadar kos dinaikkan sewenang-wenangnya oleh pihak syarikat yang bertanggungjawab... walau bagaimanapun, pihak berkuasa dalam kerajaan perlu duduk semeja dalam membincangkan semula kenaikan harga ini demi kebaikan rakyat...

Anonymous said...

Kerajaan kena selia....kerajaan kena nasihat ...bukan kerajaan tidor .....

top