Thursday, December 31, 2015

ZAHID HAMIDI PERLU ELAK PERANGKAP WSJ DAN SARAWAK REPORT YANG KIAN KALUT DENGAN ISU 1MDB MEREKA!!!



Golongan yang melihat 1MDB sebagai musuh mereka, bahkan berusaha untuk membuktikan bahawa 1MDB adalah punca kepada segala permasalahan di Malaysia, masih lagi terpaksa menggantungkan harapan mereka kepada dua buah media yang berpangkalan di luar negara untuk memburuk-burukkan 1MDB selain cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 1MDB tidak akan mampu membayar hutang-hutangnya.

Dan sudah ada yang berkempen kononnya, hutang-hutang 1MDB itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung risiko membayar hutang negara menerusi kenaikan cukai dan pelbagai lagi.

Berita terbaru ialah jualan kepentingan 60% Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, (RUJUK SINI) disambut sinis kononnya 1MDB tidak lagi berkeupayaan sehingga terpaksa menjual segala-galanya.

Anehnya, kumpulan yang sama menyatakan 1MDB tidak mampu membayar hutang, meskipun telah dibuktikan bahawa liabiliti 1MDB jauh lebih rendah berbanding pemilikan aset agensi yang merupakan milik penuh Kementerian Kewangan itu.

Dek kerana itulah, para penentang 1MDB masih lagi terpaksa menggunakan modal basi membabitkan Jho Low, dan segala isu-isu yang dibangkitkan oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report. Kedua-dua media tersebut pula kelihatan semakin kelam-kabut apabila berita membabitkan penyerahan bukti percakapan oleh Xavier Justo kepada PDRM mula diperkatakan.

Kenyataan Zahid Hamidi bahawa rakyat Malaysia tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat berita yang disiarkan oleh Wall Street Journal kononnya USD850 juta telah dipindahkan dari 1MDB, segera menarik perhatian golongan terbabit.

Berkempen kononnya, kata-kata Zahid tidak boleh dipercayai berbanding laporan yang disiarkan oleh WSJ sudah cukup untuk membuktikan kepada kita, betapa teruknya korupsi yang telah melanda jiwa dan pemikiran golongan terbabit.


Sedangkan pada masa yang sama, PAC yang sedang menyiasat kes tersebut, mempunyai pendapat yang sama sekali berbeza. Tidak itu sahaja, Timbalan Pengerusi PAC yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw telah meminta agar WSJ menyerahkan bukti-bukti yang mereka ada kepada PAC untuk disiasat berbanding menjadikannya sebagai isu sensasi untuk melakukan pemberitaan mereka. (RUJUK SINI)

Sebenarnya, apa yang dituduh oleh WSJ dan Sarawak Report langsung tidak mempunyai sebarang bukti. Para pengikut mereka seperti yang kita dapat baca DI SINI, tidak lebih daripada sekadar berusaha meyakinkan diri sendiri bahawa segala siasatan yang dilakukan oleh PAC yang mengandungi para pemimpin pelbagai parti politik termasuklah Tony Pua, tidak lebih daripada wayang semata-mata.

Dengan kata-kata lain, mereka sudah pun membuat kesimpulan bahawa hanya dengan melakukan tekanan kepada Zahid Hamidi, maka Timbalan Perdana Menteri itu akan melatah, melompat dan seterusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mereka putar belitkan.

Salahkah Zahid Hamidi dalam isu ini sedangkan kes 1MDB masih dalam siasatan PAC? Apa perlunya, WSJ, Sarawak Report atau sesiapa sahaja yang mempunyai prasangka buruk terhadap 1MDB cuba menjadi batu api sedangkan yang turut menyiasat 1MDB untuk membuktikan wujudnya salah laku adalah pemimpin-pemimpin parti kesayangan mereka sendiri iaitu DAP dan PKR?


2 comments:

Anonymous said...

Isu ini sama macam isu UFO. Ia dipercayai ujud dan telah mendarat di bumi. Bila diminta bukti, para penjaja isu UFO termasuk pihak media Barat hanya boleh mengatakan dek kerana ada orang yang telah nampak UFO dan ada yang telah di culik UFO, makanya terbuktilah UFO itu ujud. Walhal bukti langsung seperti bangkai UFO langsung tidak ada. Ini menunjukkan waima pihak media barat akan sanggup memperbodoh bodohkan pembaca asalkan cerita yang disajikan mampu meraih keuntungan. Kini dengan adanya cerita dongeng ala UFO di WSJ, sudah tentu berbondong bondong peminat cerita dongeng melanggan WSJ atas talian. Nak kata apa? Hmm.

Anonymous said...

Lihat apa jadi pada TSMY dan lain-lain yang dilucut hak semata persoalkan kredibiliti DSN. Bila WSJ atau Washington Post persoalkannya kerajaan hanya mampu mengatakan berita itu tidak sahih.
Dimanakah letak sahih 1MDB dan 2.6 Billion? Apakah jawapan DSN semasa di PAU 2015 itu yang sahih? Foreignpolicy.com @ Washington Post menyenaraikan Malaysia ke-3 terbesar rasuah selepas FIFA.
Ini bukan lagi sebuah benua malah dunia membaca 'kesahihan' WSJ, Washington Post, The Edge dan SR.

top