Saturday, January 31, 2015

HARGA MINYAK DAH TURUN TAPI PERCAYALAH, HARGA BARANG AKAN DINAIKKAN SAMPAI RAKYAT MALAYSIA MARAH DAN SALAHKAN NAJIB!!!



Mulai tengah malam ini, harga petrol RON95, RON97 dan diesel. Sekaligus menyanggah keseronokan Rafizi Ramli, Tony Pua dan Lim Guan Eng yang awal-awal lagi telah menyatakan rancangan besar-besaran para peniaga dan peruncit Cina untuk 'menutup kedai' dalam usaha melakukan tekanan dan ugutan agar harga barang dan perkhidmatan yang tidak diturunkan, tidak dipertikaikan.

Teori kononnya harga minyak diturunkan akan mendorong penurunan harga barang dan perkhidmatan telah dibuktikan MENGARUT SAMA SEKALI!!!

Persoalannya mengapa tidak wujud desakan dan tekanan agar harga barang dan perkhidmatan diturunkan? Mana segala pemimpin parti politik yang sebelum ini amat bijaksana untuk menekan dan mewujudkan persepsi yang kerajaan tidak pandai menguruskan negara sehingga mebiarkan harga minyak naik?


Adakah lebih mudah menekan kerajaan berbanding menekan para pemborong, orang tengah, peruncit dan pengilang untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan memandangkan mereka inilah yang begitu pantas menaikkan harga barang apabila harga minyak dinaikkan?

Tiada sesiapakah yang berotak untuk mendesak dan menekan golongan pengilang, pemborong, pengedar dan peruncit yang cukup pantas memberikan alasan harga minyak untuk kenaikan harga barang dan perkhidmatan?

Atau sebenarnya memgambil kira ugutan yang para peniaga Cina akan tutup kedai dan menghentikan aktiviti perniagaan, maka kita boleh buat kesimpulan bahawa semua ini didalangi pihak berkenaan bagi mewujudkan kemarahan dan kebencian awam kepada Kerajaan UMNO-BN.

Kalau tidak, kenapa agaknya Lim Guan Eng sendiri yang mengugut para peniaga Cina akan hentikan operasi perniagaan? Takkan semata-mata untuk memastikan keengganan mereka menurunkan harga, tidak dipersoalkan?


PADA SURAT BERANAK TERTERA SI IBU MELAYU DAN BERAGAMA KRISTIAN... PIHAK BERKUASA PERLU JELASKAN!!!



Apa cerita pula nih?

Adakah dokumen ini telah dipalsukan?

Adakah dokumen negara ini sengaja disiarkan menerusi Facebook bertujuan untuk menimbulkan keresahan dan kegelisahan di kalangan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam?

Adakah ini merupakan satu lagi bentuk penghinaan kepada negara dan serangan secara langsung kepada umat Islam?

Melayu ditakrifkan mengikit Perlembagaan sebagai kaum beragama Islam yang terdiri daripada pribumi atau berketurunan pribumi yang beragama Islam, memberikan taat setia kepada raja-raja Melayu, bercakap Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan menjalani adat resam Melayu.

Gambar ini sedang viral di Facebook. Pihak berkenaan perlu memberikan penjelasan kepada awam yang semakin ramai mula melakukan perkongsian di Facebook.

Yang pasti ini bukanlah keterbukaan atau liberal tetapi sebenarnya serangan!


Friday, January 30, 2015

PKR SARAWAK YANG TONGONG DAN CUBA MENIPU DALAM ISU PERSEMPADANAN SEMULA DI SARAWAK!!!



Pada 28 Januari, PKR Sarawak menerusi ADUN Batu Lintang, See Chee How telah menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuching bagi mengarahkan SPR menyemak semula persempadanan semula yang didakwa 'tidak mengikut perlembagaan'.

Menurutnya, persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen itu dianggap batal dan tidak sah.

Sama ada terlalu tongong, tidak faham Bahasa Kebangsaan atau pun memang jenis bangang semulajadi, See Chee How rupa-rupanya tidak faham maksud perkataan 'merancang (mencadangkan)' dengan 'perlaksanaan'.

11 kawasan DUN baru masih dalam peringkat usul dan hanya akan dibentangkan dalam sidang DUN Sarawak akan datang. Belum lagi dilaksanakan.

Tetapi PKR yang sudah membuat persediaan awal dengan pemindahan pengundi ke kawasan-kawasan berkenaan, tersentak dengan cadangan SPR untuk mewujudkan 11 DUN baru di Sarawak. Turut terkesima adalah DAP yang juga tidak bersetuju dengan usul SPR setelah berhempas pulas menyediakan peluang untuk memenangi beberapa DUN menerusi pemindahan pengundi, sepertimana yang mereka lakukan di Semenanjung dan Sabah.

Perlembagaan memberikan hak untuk membantah persempadanan semula kawasan kepada 100 individu yang berdaftar dan mengundi di DUN berkenaan.

Masalahnya, PKR gagal mengumpulkan 100 orang pengundi tempatan untuk membuat bantahan dan memilih mahkamah untuk mencapai kehendak mereka. Sedangkan akta SPR bagi bantahan persempadanan semula sudah jelas menyatakan, bantahan perlu dibuat oleh 100 individu yang merupakan pengundi tempatan, bukannya wakil rakyat dan penyokong dari luar.

Lebih menarik lagi ialah BERSIH juga cuba campur tangan walaupun mereka sebenarnya tidak layak untuk membuat bantahan. Hampir kesemua pemimpin BERSIH merupakan orang luar yang menubuhkan BERSIH hanya untuk meyerang SPR agar berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Rasa-rasanya orang Sarawak tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh PKR dan BERSIH serta DAP sehingga mereka mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang berjuang untuk menghuru-harakan Sarawak itu!



SYUKUR SANGAT-SANGAT ADANYA RAFIZI RAMLI DI MALAYSIA NIH... SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERHUTANG BUDI KEPADANYA!!! NIH, BETUL NIH...



Dengar-dengar khabarnya harga runcit RON95, RON97 dan diesel akan turun lagi bermula pada 1 Februari nanti. Tapi dengar-dengarnya jugalah, walaupun harga bahanapi turun sehingga 1 sen seliter, harga barang tetap akan dinaikkan dan kuantitinya akan dikurangkan memandangkan perancangan telah dibuat lebih awal sehingga ke tahap, Lim Guan Eng, Tony Pua dan Rafizi Ramli menyatakan, ramai pekedai Cina yang akan tutup kedai kerana GST dan harga minyak.

Berita penurunan harga runcit bahan api itu sekali lagi, membuatkan Rafizi Ramli diberikan kredit.

Kononnya kerana usaha Rafizi Ramli yang bersungguh-sungguhlah mendesak kerajaan, maka akhirnya kerajaan terpaksa tunduk menurut dan menurunkan harga minyak.

Perlu diperakuilah, memang Rafizi Ramli hebatlah seperti yang diperkatakan oleh para penyokongnya itu. Apakan tidak hebatnya, tiada seorang Perdana Menteri dan Presiden pun yang dapat mengawal, mengarah dan menguasai OPEC, sekalipun ada bayangan Amerika Syarikat.

Harga minyak dunia ditentukan oleh OPEC. Kerajaan negara masing-masing menetapkan harga minyak berdasarkan kepada mekanisme atau formula-formula tertentu. Itulah sebabnya harga minyak di setiap negara tidak seragam. Ada yang berharga murah tetapi cukai kepada rakyatnya sangat tinggi sehinggakan ada yang mencecah lebih 50%.

Malaysia pula menggunakan kaedah pengiraan yang lain. Itu sebab harga bahan apinya lebih rendah dan cukainya juga rendah.

Yang tongong tak pernah keluar dari bawah tempurung besi sahaja yang berkata sebaliknya. Ditokok pula oleh ahli-ahli politik tongong seperti Rafizi Ramli!!!


SELEPAS GAGAL MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA, TAKKANLAH ANWAR IBRAHIM BERANGAN NAK JADI TYT SABAH PULA?



Kalau dah dasar perasan dan bajet bagus, sampai bila-bila pun, begitulah perangainya. Kalau dah rasa diri terlalu hebat dan selalu memperlihatkan seolah-olah dia dikelilingi ramai tukang sembah dan tukang angkat colok, gaya hidup pun memang sengaja dibuat agar tidak serupa dengan gaya hidup manusia normal.

Begitulah Anwar Ibrahim.

Sepatutnya hari ini, ada satu program iaitu Bicara Dengan Anak Muda di Eminent Hotel Kepayan berhadapan dengan KFC Millenium Penampang antara jam 3:30 petang sehingga 6:30 petang. Namun kurang sambutan membuatkan program tersebut dibatalkan. Begitu juga penglibatannya dalam ceramah umum di rumah Lajim Ukin malam nanti, juga diberitakan telah dibatalkan. Dan sekalipun kedatangannya ke Sabah bersama-sama dengan Wan Azizah, Anwar Ibrahim mempunyai 'ATURCARA PERIBADI' yang langsung tidak melibatkan Wan Azizah. Malah 'ATURCARA PERIBADI' itu juga turut tidak melibatkan PKR Sabah dan PKR Pusat. Ini betul-betul punya 'ATURCARA PERIBADI'.

Anwar diberitakan hanya akan melibatkan diri dengan program forum AUTONOMI Sabah yang diadakan di Palace Hotel, Kota Kinabalu pagi esok.


Tapi Anwar Ibrahim tetap Anwar Ibrahim sampai bila-bila pun.

Hari ini, Tuan Yang Terutama Sabah bersolat Jumaat di Masjid Negeri Sabah, Jalan Sembulan, Kota Kinabalu. Jadi, seperti prosedur dan protokol, apabila TYT Sabah bersolat di sesebuah masjid, akan dihampar permaidani merah yang mana TYT akan berjalan di atasnya.

Antara jam 12:45 sehingga 1:15 tengah hari tadi, kelibat Anwar Ibrahim pun kelihatan. Untuk masuk ke masjid, sebelum kedatangan TYT, dia berjalan di atas karpet merah sambil bersalaman dengan jemaah, seolah-olah mahu mewujudkan persepsi bahawa karpet merah itu dibentang untuknya dan dia merupakan tetamu kehormat di masjid tersebut. Begitu juga sesudah solat, dialah yang meluru paling hadapan untuk berjalan di atas karpet tersebut dan kemudian bersalaman dengan jemaah-jemaah yang lain.


Ini sudah kes PERASAN BERAT nih....

Tak tahulah sama ada dia sedar atau tidak, perbuatannya itu menjadi bahan umpatan dan kejian. Malah dijadikan bahan jenaka jemaah yang tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa mulut apabila mengata-ngata Anwar Ibrahim yang dianggap terlalu bercita-cita mahu menjadi TYT Sabah pula selepas gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, January 29, 2015

KERANA BAFIA, URUSAN DENGAN ANANDA KRISHNAN BERJUMLAH RM8.5 BILION BEBAS DITOHMAH DAN DIFITNAH PAKATAN RAKYAT, MEMUFLISKAN NEGARA!!!



Ananda Krishnn, orang kedua terkaya di Malaysia selepas mendapat manfaat terbesar daripada Dasar Ekonomi Baru tetapi kemudian berpindah tinggal di luar negara walaupun masih menjadikan Malaysia sebagai lokasi perniagaan dan pusat pengautan untung terbesar buatnya, menimbulkan misteri terbesar dalam penangguhan pelaburan dalam 1MDB, sekaligus menyebabkan 1MDB menjadi mangsa serangan Pakatan Rakyat.

1MDB dikatakan telah mengalami kerugian dan Kerajaan Malaysia bakal muflis kerana kepincangan urusniaga 1MDB terutama sekali yang melibatkan penguasaan 1MDB dalam sektor tenaga, sekaligus mengancam beberapa syarikat yang dimiliki oleh taikun dan taikor yang pro-DAP.

Misteri besar yang melibatkan Ananda Krishnan adalah PINJAMAN PENYAMBUNG RM2 BILION dan penangguhan pelaburannya dalam 1MDB.

Semuanya bermula pada Mac 2012 apabila pecah berita yang Ananda Krishnan mahu menjual perniagaan IPPnya: "Penganalisa hari ini berkata, tindakan Kerajaan Malaysia untuk membeli aset tenaga berkemungkinan menyaksikan permulaan kepada pembaikpulih industri tenaga di Malaysia untuk jangka panjang. (RUJUK SINI)

"Agak mengejutkan apabila Ananda Krishnan mahu melupuskan aset tenaganya dan keluar daripada perniagaan tenaga, tetapi ia akan menyebabkan perjanjian pembelian tenaga (PPA) akan berakhir."

Sumber tidak mengesahkan harga pembelian, tetapi akhbar The Star melaporkan bahawa penjualan kepada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diletakkan pada paras harga RM9.92 bilion dan RM11.16 bilion.

Sumber lain pula menyatakan Tanjong Energy Group di mana Ananda menguasai sektor aset tenaganya, telah meletakkan harga yang lebih tinggi untuk aset-aset tersebut memandangkan mereka telah membelinya pada harga tinggi (ketika mengambilalihnya pada tahun 2010).

Penjualan tersebut turut menarik perhatian 12 pembida tempatan dan antarabangsa. Akhirnya 1MDB berjaya membida pada harga RM8.5 bilion tetapi bidaan tersebut bukanlah yang tertinggi.

Banyak laporan menyebut, Saudi Water & Electricity Co, telah menawarkan bidaan tertinggi pada RM10.85 bilion tetapi gagal - besar kemungkinan kerana bantahan daripada Kerajaan Malaysia memandangkan industri tenaga adalah sektor strategik. (RUJUK SINI)

Untuk pembiayaan RM8.5 bilion, 1MDB telah menggunakan pinjaman jangka panjang berjumlah RM3.5 bilion, wang tunai mereka sendiri berjumlah RM3 bilion dan pinjaman penyambung RM2 bilion.

Namun muncul persoalan, mengapa hanya terma pinjaman melibatkan RM3.5 bilion dan RM2 bilion berbanding RM5.5 bilion? Jawapannya agak menarik!

Jawapannya ialah, janakuasa Powertek merupakan perniagaan IPP utama Ananda Krishnan. Janakuasa tersebut menghasilkan lebih kurang RM1 bilion keuntungan setiap tahun, manakala janakuasa-janakuasa lain yang dimilikinya, menghasilkan perolehan RM1 bilion selebihnya.

Bagaimanapun selepas 1MDB membelinya daripada Ananda, Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) janakuasa Powertek tidak diperbaharui pada tahun 2012. Sekaligus menyebabkan 1MDB terpaksa menurunkan nilai aset mereka kepada RM2.5 bilion. Dengan kata lain, mencatatkan kerugian.

Jadi, mengapa Kerajaan tidak memanjangkan PPA untuk janakuasa yang dimiliki oleh kerajaan sendiri sehingga menyebabkan 1MDB mengalami kerugian sehingga RM2.5 bilion dan menjadi mangsa kutukan pembangkang?

Jawapannya ialah... KERAJAAN TIDAK PERNAH MERANCANG untuk melakukannya dan 1MDB besar kemungkinan sedar yang janakuasa Powertek terlalu usang dan tidak lagi cekap untuk mempebaharui serta menawarkan kadar tenaga pada harga lebih rendah.

Justeru, timbul pula persoalan, mengapa 1MDB terlebih bayar untuk pembelian Tanjong sekiranya mereka tahu yang janakuasa Powertek yang menghasilkan separuh daripada keuntungan kesemua aset-aset tersebut tidak akan diperbaharui?

MUDAH!!!

Sebabnya ialah pasukan Ananda Krishnan barangkali berasakan atau memikirkan yang 1MDB akan membolehkan PPA janakuasa tersebut diperbaharui memandangkan mereka adalah Kerajaan. Dan Ananda juga telah membayar pada harga tinggi untuk mengambilalih aset janakuasa tenaga dan oleh itu, tidak mahu kerugian. Untuk itu, desakan dibuat agar penilaian dibuat pada kadar tinggi atau tiada urusniaga dilakukan.

Pada masa yang sama, 1MDB besar kemungkinan terlalu terdesak pada waktu itu untuk menyempurnakan urusan berkenaan memandangkan mereka berada di bawah tekanan untuk masuk dalam pasaran IPP bagi menstrukturkan semula industri berkenaan selain turut membida 3 lagi IPP baru yang ditawarkan.

Pesona pertama RM3.5 bilion ialah fasiliti berusia 10 tahun yang dibantu oleh aliran tunai daripada gabungan janakuasa-janakuasa yang dimiliki oleh Tanjong Energy. Pihak bank memberitahu pemberi maklumat bahawa pinjaman adalah sangat selamat. Tetapi masalah yang timbulkan ialah pinjaman penyambung RM2 bilion.


Disebabkan itulah, mengapa pinjaman penyambung RM2 bilion DIJAMIN SENDIRI oleh Ananda Krishnan. (RUJUK SINI)

Bayangkanlah anda menjual rumah anda kepada seseorang tetapi kemudian anda terpaksa memberikan jaminan pinjaman ke atas rumah tersebut hanya semata-mata untuk membeli kembali rumah berkenaan. Urusniaga yang hebat, kan?

Penilaian ini boleh dipertikaikan, manakala beberapa terma dan syarat urusniaga sudah tentu telah ditetapkan antara Ananda dan 1MDB.

Mungkin kita boleh membayangkan 1MDB memberitahu Ananda, "Okey, kami akan bayar harga yang anda mahu tetapi anda perlu menguruskan RM2 bilion untuk penilaian yang boleh dipertikaikan itu memandangkan PPA Powertek tidak akan diperbaharui. Oleh kerana anda kata boleh diperbaharui,andalah yang bayar!"

Justeru itulah, mengapa 1MDB enggan membayar pinjaman penyambung dan sentiasa menangguhkannya walaupun auditor telah mengesahkan yang 1MDB mempunyai tunai yang mencukupi untuk membayar keseluruhan RM2 bilion pinjaman penyambung itu.

Besar kemungkinan juga 1MDB mahukan Ananda Krishnan menyelesaikan urusniaga ini memandangkan dia telah memberi jaminan kepada pinjaman penyambung RM2 bilion yang terhasil daripada perbezaan penilaian.

Kita menjangkakan 1MDB dan Ananda Krishnan untuk menyelesaikan perbezaan mereka dan menghasilkan keputusan yang lebih baik. Apatah lagi, sudah terdapat berita yang menunjukkan kedua-dua pihak sedang melakukan perbincangan penyelesaian termasuklah mengambil bahagian dalam IPO. (RUJUK SINI)

Ada yang bertanya  mengapa 1MDB tidak menjelaskan perkara ini kepada umum selain daripada menahan diri daripada ditohmah, dituduh, disabotaj dan difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pihak berkenaan langsung tidak peduli tentang akta BAFIA melibatkan perincian pinjaman bank. BAFIA jugalah yang merupakan faktor utama mengapa Perjanjian Jual Beli antara 1MDB dan Ananda Krishnan tidak didedahkan kepada umum.

Dan itulah juga sebabnya mengapa 1MDB hanya berdiam diri dan tidak langsung menjawab tentang tohmahan, provokasi dan fitnah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (baca: Rafizi Ramli dan Tony Pua) membabitkan 'kerugian' 1MDB kerana janakuasa Powertek tidak diperbaharui dan kegagalan (bukan gagal sebenarnya penangguhan) pinjaman penyambung RM2 bilion.

Empat persoalan yang seringkali menmbulkan tandatanya tentang urusan ini:

(1) Mengapa tidak Kerajaan memanjangkan PPA untuk janakuasa yang dimiliki oleh kerajaan sendiri sehingga menyebabkan 1MDB kerugian RM2.5 bilion dan diserang serta dibelasah oleh Pakatan Rakyat?

(2) Mengapa 1MDB terlebih bayar untuk urusniaga Tanjong sekiranya tahu yang janakuasa Powertek yang menghasilkan separuh daripada keuntungan kesemua aset tidak akan diperbaharui?

(3) Mengapakah pinjaman penyambung RM2 bilion DIJAMIN oleh Ananda Krishnan sendiri?

(4) Mengapakah Ananda Krishnan mahu melabur dalam 1MDB selepa meninggalkan sektor tenaga 2 tahun lalu?

Kesemuanya telah terjawab!

Jadi, kita tunggu persoalan yang akan dibangkitkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli yang cuba mengorek rahsia perjanjian dan urusniaga yang mahu sangat diketahi oleh pengupah-pengupah mereka seterusnya.


SEDAR DIRI TANPA PAS, DEMONSTRASI TAK RAMAI, PKR TAK MAHU BUAT DEMONSTRASI PADA 10 FEBRUARI!!!



Sama ada kerana malu akibat beberapa demonstrasi yang dianjurkan kebelakangan ini bermula selepas PRU-13 gagal mendapat sambutan apabila tidak dipedulikan oleh PAS, PKR yang pada mulanya merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi mewujudkan rusuhan sekaligus memaksa Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim, sekaligus memanjangkan nafas kebebasan Anwar, terpaksa memilih untuk mengalah.

Menurut Johari Abdul, PKR tidak merancang untuk mengadakan demonstrasi dan rusuhan pada hari Anwar Ibrahim diperdengarkan keputusan Mahkamah Persekutuan. Apatah lagi, beberapa kenyataan keras daripada pemimpin-pemimpin kanan PAS sendiri, sudah cukup untuk membayangkan yang demonstrasi dan rusuhan yang bakal diadakan, hanyalah terdiri daripada budak-budak kutu berahak yang laparkan RM50 setiap seorang, tidak cukup impak sebaliknya lebih memalukan PKR.

Ada yang berpendapat, PKR sudah perlu menerima keputusan bahawa Anwar Ibrahim bukan lagi ikon yang menjadi ikutan atau pujaan. Beberapa program ceramah dan kempen yang melibatkannya, menunjukkan penurunan ketara jumlah yang hadir.

Telah dibuktikan bahawa tanpa PAS, Anwar Ibrahim hanyalah seperti beruk dipakaikan skirt yang hanya boleh dilihat dan ditertawakan, bukannya dipuja dan dikagumi. Beberapa siri penipuannya yang telah didedahkan, menambahkan lagi kebencian HAKIM RAKYAT kepada Anwar Ibrahim sendiri.

Sekalipun Anwar Ibrahim dan konco-konconya berusaha untuk mewujudkan persepsi di kalangan orang ramai bahawa Anwar tidak bersalah dan telah difitnah, tetapi penyanggahan bersama bukti yang terpaksa dibuat-buat tak nampak oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya, menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya seorang yang bernafsu songsang dan di sebuah negara serta masyarakat beragama Islam, perbuatan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu, sekalipun hukumnya tidak diamalkan dalam perundangan di negara ini, membolehkan Anwar Ibrahim ditolak dari bangunan tinggi sampai mati.

Barangkali kerana sudah malu kerana pemimpin pujaan mereka sebenarnya bernafsu songsang selain ketiadaan sokongan daripada PAS yang mula kelihatan lebih cerdik mencatur politik mereka sendiri tanpa melibatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, para pemikir strategik PKR terpaksa memilih kaedah yang paling tidak sesuai iaitu TIADA DEMONSTRASI, TIADA RUSUHAN, TIADA HIMPUNAN dan TIADA SUARA SOKONGAN kepada Anwar Ibrahim.

Sekaligus menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah dapat menerima hakikat bahawa tempat Anwar Ibrahim bukanlah di tengah-tengah masyarakat, tetapi dikurung bersama-sama tabiat songsangnya agar dapat menyelamatkan ummah daripada dimalukan oleh perbuatannya itu!!!


RAZAK BAGINDA BUKA MULUT... SEDAP ORANG 'BEBAS' BERCAKAP!!!



Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.... TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE


HADI PATUT BERTERIMA KASIH DENGAN PASMA SEBAB PASMA YANG MERAPATKAN PAS DENGAN DAP DAN PKR!!!



Itu kenyataan yang dikeluarkan Naib Pengerusi PASMA Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Angkuh bunyinya tetapi sememangnya itulah yang berlaku selama ini pun. Apabila tembelang mereka mulai terdedah, mereka tidak lagi bertangguh menggerakkan operasi untuk menggulingkan Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS dan menggantikannya dengan Mat Sabu, Timbalan Presiden yang kini tidak lagi menjadi ayam tambatan kerana feedernya sudah tidak berkuasa dalam Kerajaan Malaysia.

Gerakan menjadikan PAS sebagai biro Melayu dalam DAP sudah lama bermula iaitu semenjak Hadi Awang dan Majlis Syura PAS berjaya diperdayakan dengan TAHALUF SIYASI. Mengambil kira konsep wala' dan tsiqah, Hadi Awang akhirnya dipergunakan oleh golongan yang menyembah Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim di dalam PAS untuk mengeluarkan kenyataan berhubung Tahaluf Siyasi seperti mana Hadi Awang diperdayakan untuk mengeluarkan kenyataan, video tidak boleh jadi saksi kerana ia adalah besi yang buta dan tuli.

Saranan dan 'nasihat' Hadi Awang agar ahli-ahli PASMA keluar dari PAS, disambut sinis oleh PASMA yang berasakan mereka sudah terlalu kuat kerana di belakang mereka adalah Lim Guan Eng. Dengan Phahrolrazi Zawawi mengambil peranan sebagai Presiden PASMA walaupun pada masa yang sama, bukan rahsia lagi yang Presiden sebenar adalah seorang pemimpin buangan dari Kelantan yang sedang menyusun gerak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan pada PRU akan datang, PASMA dipertanggungjawabkan untuk memastikan PAS sentiasa tunduk dan patuh kepada DAP serta Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Sepanjang bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, PAS hanya dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan massa bagi tujuan demonstrasi selain meraih sokongan untuk PKR dan DAP di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh calon-calon parti itu. Namun berbeza di Semenanjung, di Sarawak dan Sabah di mana PAS tidaklah sekuat mana, PAS sekadar menjadi anjing patah kaki yang boleh disepak diterajang serta dibalun oleh PKR dan DAP sesuka hati.

Di Sabah dan Sarawak, PAS langsung tidak boleh buka mulut dan tidak ada hak untuk bersuara. Semuanya bergantung kepada Chong Chien Jen dan Lajim Ukin.

Menarik sekali ialah apabila Che Ibrahim menyatakan, PAS dan Hadi Awang sepatutnya dan wajib berterima kasih kepada PASMA kerana telah berjaya meletakkan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Kerana PASMAlah, maka PAS berada dalam kedudukan kuat sekarang, walaupun hakikatnya, berdasarkan fakta dan angka, semenjak bersama-sama PKR dan DAP, PAS kehilangan lebih banyak kerusi berbanding pada tahun 1999 di mana DAP dan PKR di belakang PAS, bukannya di hadapan seperti sekarang!!!

1999, PASMA belum wujud lagi... malah pemimpin yang menyembah Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim pun, masih lagi seperti tikus basah yang bukan sahaja tidak berani buka mulut, menonjolkan diri di hadapan umum pun, seringkali terkencing di dalam seluar. Hanya selepas 2008 dan 2013, barulah mereka mulai berani kerana Anwar Ibrahim dan dana daripada DAP untuk mereka beroperasi sudah tersedia.

KENAPA SUSAH SANGAT DAP UNTUK PATUH DENGAN AKTA 473 DAN AKTA 171 YANG MELARANG PILIHANRAYA PBT?



Biarpun Pilihanraya PBT bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, DAP tetap mahu mengadakannya kerana cukup yakin, undang-undang negara tidak akan menyentuh mereka memandangkan mereka sangat kebal. Sekalipun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dan melarang Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan Pilihanraya PBT, DAP peduli apa.

Pada peringkat awal, DAP cuba menyalahkan SPR. SPR dikatakan enggan bekerjasama dengan DAP untuk mengadakan Pilihanraya PBT sedangkan tugas-tugas dan kuasa-kuasa pilihanraya terletak di tangan SPR.

Penjelasan yang diberikan oleh SPR, langsung tidak diterima dan diperolok-olokkan oleh DAP. DAP sebaliknya mengecop SPR sebagai ANJING BN kerana enggan mengadakan Pilihanraya PBT.

Sedangkan SPR bertindak berdasarkan pemansuhan Akta Kerajaan Tempatan 1960 (Akta 473) di mana SPR atau pihak Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengendalikan pilihanraya PBT.

Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) menyatakan bahawa keanggotaan dalam mana-mana majlis PBT ialah menerusi perlantikan sahaja.

Secara langsung, menjadikan DAP yang merupakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) langsung tidak boleh mengadakan Pilihanraya PBT.

Akta-akta berkenaanlah yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2014 menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Agung yang mengalahkan DAP dan Lim Guan Eng sebelumnya.

DAP sekarang dalam rangka usaha untuk mengalihkan perhatian besar yang diberikan kepada Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew selain beberapa isu melibatkan keterlibatan beberapa syarikat kroni Lim Guan Eng dalam masalah tanah dan hartanah di Pulau Pinang. Pendedahan demi pendedahan berhubung skandal dan penyelewangan kuasa di Pulau Pinang, tidak memberikan gambaran yang baik kepada DAP dan Lim Guan Eng.

Justeru itulah, isu Pilihanraya Perbandaran dibangkitkan walaupun ianya bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dan memandangkan pihak berkuasa seperti tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang DAP daripada menentang Perlembagaan Persekutuan dan perintah mahkamah, makinlah naik tocang dan besar kepala DAP serta para pemimpinnya!


MASA BANJIR BESAR, ALASAN ANWAR TAK BOLEH JENGUK RAKYAT SEBAB TIKET TAK ADA, UNTUK BERDEMONSTRASI ADA PULAK TIKET UNTUK RAKYAT HAKIM NEGARA!!!



Makin seronok pula kita tengok para pecacai Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk 'membersihkan' Anwar Ibrahim daripada sebarang cacat cela, sekaligus menyediakan ruang buat Anwar Ibrahim jikalau didapati bersalah dan dipenjarakan oleh Mahkamah Persekutuan nanti dengan cerita FITNAH dan KONSPIRASI.

Kempen RAKYAT HAKIM NEGARA sudah pun bermula. Dan seperti biasa, apabila keadaan sudah terdesak, perkataan 'RAKYAT' akan kembali dimainkan semula semata-mata untuk kepentingan Anwar Ibrahim.

Masa banjir besar, ketika ditanya mengapa Anwar langsung tidak pedulikan rakyat, jawapannya mudah dan seperti tidak masuk akal seolah-olah Malaysia berada di sebuah benua yang paling terpencil dan jauh daripada trafik serta laluan udara dunia. Seolah-olah untuk ke Malaysia, perlu melalui portal masa dan terlalu sukar memperolehi tiket penerbangan ke Malaysia.

Kata Anwar, dia tidak boleh balik sebab dia tidak boleh tukar tarikh pada tiket penerbangannya. Katanya lagi, tidak ada penerbangan ke Malaysia pada tarikh yang dikehendakinya. Gambaran yang diberikan, semua penerbangan ke Malaysia, sama ada telah ditangguhkan, dibatalkan atau telah ditiadakan kerana banjir besar di Pantai Timur Semenanjung dan beberapa kawasan rendah di Sabah.

Para pecacai Anwar, menerima jawapan tersebut. Manakala golongan waras tersenyum sumbing sambil menggeleng-geleng kerana jawapan tersebut adalah jawapan paling bodoh yang pernah diberikan oleh Anwar Ibrahim. Dia boleh bebas ke sana ke mari, berada di luar negara bagaikan naik bas dari Jalan Tunku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka. Tiba-tiba dia boleh kata, tidak ada tiket bagi menghalalkan alasannya tidak balik.

Dan dia hanya melawat ke tempat-tempat yang pernah berlaku banjir setelah air kering sambil memberikan pelbagai janji bulan dan bintang tanpa secuit selut dan lumpur pun terpalit pada kasut apatah lagi hujung seluarnya.

Kini, untuk dirinya, berpuluh program telah diatur. Rafizi Ramli, BABI GEMUK yang langsung tidak nampak muka di Pandan, mahupun di tempat-tempat para penyokong setia Pakatan dan PKR yang dilanda musibah banjir, memujuk para penonton agar segera meramaikan ceramah Anwar Ibrahim kerana itu adalah peluang terakhir mereka melihat dan mendengar amanat Anwar sebelum Anwar reput di lantai penjara.

Baru sekarang, Anwar ingat rakyat... dan bagi Anwar, rakyat adalah pecacai dan muncikarinya!


Wednesday, January 28, 2015

KREATIF LER NIH KUNUN... TAPI KENAPA BUKAN KEPALA ATAU PUNGGUNG ATAU BELAKANG KEPALA LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG DAN BETTY CHEW? KENAPA MESTI INSTITUSI MELAYU?



Kononnya ini adalah kebebasan berkarya ler kununnya.

Kununnya, kebebasan seni adalah sesuatu yang tidak boleh ditahan-tahan. Seni perlu dilepaskan dan dibebaskan sebagai satu ekspresi perasaan!

My foots!

Golongan yang perasan mereka golongan seni seringkali membesar-besarkan karya mereka dengan sesuatu yang bersifat mistikal. Sama macam golongan yang kunun-kununnya lebih abid berbanding golongan lain yang mula bercerita tentang karomah, kewalian, keajaiban, kesaktian dan sebagainya yang kemudian, segala-galanya bertujuan untuk pengagungan dan menyampingkan fokus kita kepada Kebesaran Allah Taala kepada kehebatan seorang atau sesuatu makhluk yang dihiasi dengan segala macam KEAJAIBAN HARRY PORTER.

Vincent Leong cuba menjadi CHARLES HEBDO versi Cina-DAP!

Dengan tajuk, KENAPAMU MALAYSIA?, Vincet Leong sebenarnya agen DAP yang cuba menghina institusi Melayu-Bumiputera-Islam yang menjadi teras pembentukan dan kewujudan negara ini.

Mungkin kalau dia tidak takut dengan ancaman keselamatan macam kartunis-kartunis Charlie Hebdos, dia mungkin akan 'melukis' atau menghasilkan karya yang mengejek-ngejek Islam yang sebenarnya jauh lebih penting berbanding Melayu-Bumiputera.

Lagipun dengan melakukan penghinaan ke atas institusi Melayu, pastinya dia akan mendapat sokongan daripada sebilangan Melayu yang terlalu teringin untuk keluar dari kepompong Melayu dan menjelma sebagai bangsa kulit putih yang tidak terikat dengan agama atau adat. Apatah lagi, tindakan keras yang diambil ke atasnya kerana penghinaan sebegitu rupa, pastinya juga akan mengundang kecaman keras ke atas Melayu dan Islam sendiri dengan beranggapan Islam dan Melayu adalah jumud, terlalu sensitif dan gila hendak menumpahkan darah!

Percaya atau tidak, TIDAK ADA SATU PUN KARYA VINCENT LEONG yang menterbalikkan badan pemimpin-pemimpin Cina? Tidak ada kepala atau belakang badan Lim Kit Siang, the supremo chinese chauvinist YANG MENGAKU warganegara Malaysia, Lim Guan Eng anaknya yang merompak rakyat Pulau Pinang untuk hidup bermewah-mewah dan Betty Chew yang perasan dia adalah isteri diktator perompak harta rakyat.

Sebaliknya Vincent Leong sangat berbangga dan angkuh dengan karya-karyanya yang menghina apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.

Ekspresi seni satu bab... penjelasan dan penafian boleh diberikan tetapi yang jelas, catannya memang menunjukkan bahawa sebenarnya seorang chauvinist!!!

LIM KIT SIANG DAN DAP MULA TAKUT BILA UMNO SOKONG HADI AWANG!!!



Meloncat dah Lim Kit Siang dan DAP apabila tumpuan dan 'sokongan' diberikan oleh kebanyakan orang Melayu-Islam-Bumiputera kepada Hadi Awang, sekalipun Hadi Awang adalah Presiden PAS, parti yang merupakan seteru kuat UMNO-BN semenjak tahun 1951 sebelum gencatan senjata sejenak pada tahun 1969 sehingga 1977.

PAS menyertai Perikatan selepas tragedi 13 Mei 1969 dan secara rasminya pada 1973 menyebabkan Perikatan bertukar menjadi Barisan Nasional. PAS bagaimanapun disingkirkan dari Barisan Nasional setelah beberapa insiden berlaku terutama sekali yang membabitkan FELDA.

DAP di sebalik perintah Mahkamah Persekutuan yang menolak hajat mereka untuk mengadakan Pilihanraya PBT memandangkan pilihanraya tersebut telah dibatalkan dari Perlembagaan Persekutuan, tetap mahu mengadakannya. DAP tidak peduli dengan perintah Mahkamah Persekutuan 14 Ogos 2014 yang tidak membenarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan pilihanraya perbandaran.

Selepas isu membabitkan Lim Guan Eng, pembalakan dan banjir di Kelantan serta kemewahan gaya hidup Betty Chew, isteri Lim Guan Eng, cuba mengalihkan isu dan perhatian dengan mengembalikan semula polemik Pilihanraya PBT. Biarpun sedar bahawa keinginan mereka itu amat bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara, namun keinginan untuk mengalihkan isu serta menyelamatkan Lim Guan Eng dan isterinya, DAP meneruskan cadangan Teresa Kok yang dibuat pada tahun 2006 itu.

Hadi Awang dalam kenyatan terbarunya telah menentang keras cadangan tersebut dan menyifatkan DAP sengaja bermain dengan sentimen perkauman. Pilihanraya PBT akan menyebabkan satu lagi tragedi berdarah perkauman akan tercetus, memandangkan pilihanraya berkenaan dibuat untuk penguasaan majlis-majlis daerah. Apatah lagi kebanyakan pengundi di kawasan perbandaran pula, merupakan penyokong kuat DAP, sekaligus akan mengenepikan sama sekali wakil-wakil dari kaum lain, sebagaimana yang berlaku dalam pemilihan CEC DAP sendiri yang menyaksikan, wakil Melayu hanya dilantik dari kalangan Cina yang mengaku dia Melayu bernama Zairil Khir Johari.

DAP cuba menafikan faktor berkenaan malahan cuba memutarbelitkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pilihanraya perbandaran akan membolehkan pihak yang menang menaikkan kadar cukai di daerah masing-masing. Selepas pemansuhan Pilihanraya Perbandaran (PBT) pada 1960-an, semua PBT di Malaysia mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Barangkali kerana melihat 'kerjasama' yang membantu Hadi Awang, dan bukannya menghentam, membuatkan DAP dan Lim Kit Siang begitu gusar. Sekaligus menyebabkan Apek Tua Dinasour Jurassic itu gementar sekiranya benar desas-desus PAS-UMNO akan bekerjasama sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara.

Maka atas sebab itulah, DAP dan Lim Kit Siang cuba menunjukkan sedikit kemesraan ke atas PAS dan Hadi Awang, walaupun pada masa yang sama, mereka sedang dengan giatnya menjalankan kempen menggulingkan Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS!

Dan seperti biasa, dalam usaha untuk membela serta menipu peranan sebenar DAP dan Lim Kit Siang dalam Tragedi 13 Mei 1969, Roketkini terpaksa menggunakan tarikh tersebut untuk membuktikan mereka teraniaya dan UMNO-BN itu jahat serta kaki fitnah!!!

AZRAN CEO AIR ASIA X LETAK JAWATAN ATAU TIDAK? YANG MANA SATU?



Ketika krisis dan tragedi melibatkan MAS, Air Asia muncul dengan kesombongan dan keangkuhan yang bukan-bukan. Bukan main lagi keluar cerita tentang betapa hebatnya juruterbang Air Asia.

Kemudian berlakulah tragedi sekalipun bukan Air Asia Malaysia, sebaliknya milik Indonesia, tetapi pembawaan nama Air Asia tetap mengaitkannya dengan Malaysia.

Namun yang paling diingati adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO AirAsia X, Azran Rani Osman pada Mei 2013 apabila dia menyatakan Air Asia tidak akan mengiklankan syarikat mereka di Utusan Malaysia kerana benci dan meluat dengan sikap rasis Utusan Malaysia terhadap kaum Cina selepas PRU-13. (BACA DI SINI)

Isu membabitkan Azran dengan Utusan Malaysia serta sikap liberal keterlaluannya (kunun-kununnyalah) senyap kemudiannya apabila dia memberikan penjelasan membela diri.

Semalam, timbul pula satu isu apabila Azran dilaporkan telah meletak jawatan sebagai CEO AirAsia X (BACA DI SINI). Namun beberapa jam kemudian, muncul pula 'penafian' yang Azran telah meletak jawatan CEO AirAsia. (BACA DI SINI)

Air Asia sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang teruk. Syarikat penerbangan tambang murah yang dikatakan paling berjaya di dunia mula berhadapan dengan 'krisis' ekoran kemalangan udara yang melibatkan pesawat QZ8501 benar-benar memberi kesan kepada syarikat berkenaan.

Apatah lagi pembabitan Pengerusi Air Asia yang kurang berjaya dalam bidang sukan - bola sepak dan F1 - telah menyebabkan sebahagian imej AirAsia memburuk.

Sama ada Azran letak jawatan atau terbabit dalam 'bidang drama' yang pastinya, berita perletakan jawatan dan kemudian penafian CEO AirAsia X ini akan menarik perhatian seluruh dunia, terutama sekali para pelaburnya!!!

KARPET YANG DIA PERSOALKAN, AIR MANI BERTAKUNG DALAM LUBANG JUBUR TU, APA CERITA PLAK?



Menjelang 10 Februari, sudah mula ada pelbagai cerita versi 'ANWAR TAK BERSALAH' mula muncul dan ditekankan agar dapat diterima dan dipercayai oleh para pemercaya atau pembaca. Menurut maklumat, hampir 20 program membabitkan siri ceramah Anwar Ibrahim telah diatur sehingga 10 Februari untuk menanam kepercayaan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah difitnah.

Malek Ibrahim, salah seorang peguam dan penyokong kuat Anwar Ibrahim, cuba menimbulkan tahap kepercayaan luar biasa awam kepada Anwar Ibrahim dengan mempersoalkan tentang karpet yang faktanya telah pun dijawab dalam perbicaraan peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung.

Anehnya, dalam bab ini, pandai pula menimbulkan persoalan mneggunakanTwitter dan Facebook. Masa perbicaraan, mengapa perkara ini tidak ditimbulkan? Adakah kerana sanggahan di mahkamah lengkap dengan bukti dan fakta yang akhirnya memalukan pihak peguambela, membuatkan Malek Ibrahim terlupa nak bagitahu Karpal Singh atau Sri Ram tentang 'fakta penting' ini?

Karpet yang dipertikaikannya....


Bagaimana dengan air mani Anwar Ibrahim dalam lubang jubur Saiful Bukhari? Adakah air mani Anwar Ibrahim telah diklonkan, atau dilabelkan menrusi kaedah biologi semata-mata bertujuan untuk menfitnah Anwar Ibrahim?

Atau Jabatan Kimia dengan kerjasama Hospital Besar Kuala Lumpur telah memalsukan air mani Anwar Ibrahim dengan putih telur yang kemudian dinyatakan pula sebagai air mani Anwar Ibrahim? Adakah putih telur tersebut telah dimasukkan ke dalam dubur Saiful Bukhari dan kemudian dicatatkan sebagai terdapatnya 5 DNA yang tidak dikenali dengan salah satunya adalah DNA Anwar Ibrahim memandangkan Anwar Ibrahim mungkin telah memegang lendir putih telur tersebut sebelum dimasukkan ke dalam dubur Saiful Bukhari?

Cerita pasal karpet kunun.... bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh melompat masuk ke dalam dubur Saiful Bukhari pun sampai ke hari ini tidak dapat diterangkan atau dinafikan oleh para peguam bijaksana upahan Anwar Ibrahim termasuklah oleh Malek Ibrahim sendiri!!!


VIDEO PENDATANG ASING NAK KERAT ORANG, BEGITU POPULAR!!! CAMKAN MUKANYA....



video

Tidak dapat dipastikan lokasi atau tarikh kejadian, tetapi laman FRIENDS OF BN-BARISAN NASIONAL memaparkan sebuah klip video yang menunjukkan bagaimana samsengnya dan beraninya pendatang asing di negara ini untuk melakukan jenayah kekerasan.

Sebenarnya ini bukanlah cerita luar biasa atau terpinggir.

Berada di kawasan yang menjadi sarang mereka seperti di Ampang, Kelang, Selayang, Gombak mahupun di Kundasang, Sabah sekalipun, kita akan dapat melihat sikap agresif rakyat asing terutama sekali mereka yang masuk ke negara ini secara haram.

Rasa-rasanya sudah terlalu banyak pendedahan yang dibuat. Dan pendedahan selain pembongkaran oleh PDRM sendiri membabitkan pendatang-pendatang asing dari Myanmar yang gila membunuh dan mengerat-ngerat tubuh mangsa pembunuhan mereka, sudah cukup untuk menjadi bukti bagaimana mereka langsung tidak menghormati dan takut dengan pihak berkuasa di negara ini.

Apatah lagi, operasi-operasi besar melibatkan pendatang asing dan pendatang haram, terlalu jarang dilakukan kecuali apabila berlaku kes-kes besar seperti tanah runtuh di Cameron Highland.

Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, elok jenguk-jenguk kawasan Chow Kit terutama sekali Jalan Raja Alang antara jam 12:00 tengah malam sehingga 6:00 pagi. Perhatikan siapa yang mengambil atau menyewa atau memajak petak-petak perniagaan yang menjual sayur-sayur kampung di situ. Perhatikan juga bagaimana agresifnya kaum imigran di Jalan Silang terutama pada hujung minggu yang menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti sebuah pasar lambak Asia Selatan yang lengkap dengan air ludah bersirih, bahkan akhbar-akhbar berbahasa mereka yang mengeji negara ini.

Bila agak-agaknya pihak berkuasa negara ini benar-benar mahu melakukan operasi yang membolehkan pihak pendatang asing benar-benar mahu dan sanggup tunduk hormatkan undang-undang Malaysia? Sampai bila sebenarnya kita perlu terus membenarkan setiap inci negara ini dan kehidupan rakyatnya terus dijajah sehinggakan kini sudah muncul perkiraan, hanya pendatang asing yang boleh bekerja!!!


Tuesday, January 27, 2015

JAWI, PERKIM, PUSAT AGIHAN ZAKAT... TOLONGLAH TENGOK-TENGOK KES BEGINI!!!



Tak tahu tang mana yang silapnya...

Tapi berdasarkan pengalaman penulis sendiri, memang terlalu banyak red-tape membabitkan pihak-pihak berkenaan yang sepatutnya diselesaikan dengan sebaik-baiknya bagi kemaslahatan ummat terutama sekali golongan mualaf. 

Tak guna bercakap hebat tentang KEJAYAAN PUNGUTAN ZAKAT tetapi asnaf-asnaf berkaitan, terlalu daif dan adakalanya dinafikan hak mereka. 

Media sosial sekarang, seharusnya menjadi sumber maklumat terbaik untuk pihak-pihak berkenaan mempertingkatkan khidmat serta tanggungjawab mereka. Bukan menjadikan pendedahan menerusi media sosial sebagai permasalahan ego!

Mohon diambil tindakan dari pihak-pihak berkaitan!


RESIT PENGURUSAN JENAZAH DIPERAKUI BENAR TETAPI DIKESALI OLEH SETIAUSAHA MASJID KERANA DISEBARKAN UMUM!!!



Semalam isu pengurusan jenazah mahal, menjadi trending di media-media sosial. Ramai yang terkejut dengan angka dan harga yang tersurat di dalam sekeping resit yang dipaparkan. Malahan nama masjid yang berada di Pulau Pinang itu juga telah disebut secara jelas.

Ramai juga yang menyatakan bahawa resit berkenaan merupakan satu fitnah untuk memburuk-burukkan masjid dan jawatankuasanya.

Namun ternyata, 'pengakuan' pihak jawatankuasa masjid itu membenarkan resit berkenaan.

Alasan yang diberikan adalah tambahan RM2000 adalah untuk bacaan al Quran selama tiga malam berturut-turut.

Amalan membaca al Quran di atas kubur, sebenarnya sudah lama ditinggalkan terutama selepas umat Islam di Malaysia semakin sedar bahawa amalan tersebut sebenarnya lebih kepada adat dan bertentangan sama sekali dengan syariat. Ia merupakan sebahagian daripada adat lama yang cuba diasimilasikan dengan amalan Islam sekalipun amalan sebegitu tidak mendatangkan kebaikan kepada waris mahupun si mati.


Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Jawatankuasa Masjid berkenaan perkara tersebut tetapi yang jelas, fardu kifayah yang membabitkan kematian, sebenarnya telah bertukar menjadi fardu duit-ringgit.

Mungkin keterlaluan tetapi alasan 'perubahan persekitaran' serta kos-kos semasa seringkali dijadikan sebagai upaya menghalalkan perbuatan yang bertentangan dengan syariat.

Barangkali Pulau Pinang tidak cukup ustaz untuk mengajarkan Jawatankuasa Masjid berkenaan atau menasihati keluarga waris si mati bahawa perbuatan mereka hanyalah sia-sia.

LIM GUAN ENG KUTUK DAN KEJI KERAJAAN NEGERI KELANTAN SEBAB TAK PANDAI BUAT KERJA!!!



Semakin lama semakin menjadi pula keangkuhan dan kesombongan Ketua Menteri Pulau Pinang ni.. Kalau sebelum ini cina chauvanist ultra kiasu ini menghina adat istiadat dalam upacara yang melibatkan pihak Istana dan kemudiannya pula mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid untuk mempertahankan sebuah pertubuhan haram, PPS...

Yang terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang telah menghina Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh rakan sebantalnya sendiri di dalam Pakatan Rakyat secara terbuka di hadapan masyarakat cina dikala negeri tersebut dilanda musibah..

Kepada puak-puak PAS..tolong baca apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri kesayangan mereka terhadap Kerajaan PAS...


Sin Chew Daily, 27 JAN 2015, halaman 08,

LIM Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang membidas Kerajaan PAS Negeri Kelantan sebagai sebuah Kerajaan Negeri yg lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa musibah banjir yg melanda Kelantan pada penghujung tahun lalu. 

Katanya, semasa banjir besar berlaku, keadaan yg berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yg wujud. Kerajaan yg ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa apa utk menyelamatkan mangsa mangsa banjir. 

Menurut LIM lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dgn dasar pentadbiran yg bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yg boleh membuat kerja untuk rakyat. 

Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan. 

LIM Guan Eng berkata demikian semasa menghadiri satu majlis kempen menambah keahlian parti DAP di Bukit Mertajam semalam.



Inilah wajah sebenar kaum chauvanist ultra kiasu di negara kita hari ini yang semakin lama semakin sombong dan angkuh. Tahniah dan takziah kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang khususnya para penganut PAS kerana mengangkat Khalifah Agong Lim Guan Eng ini.

KENAPA GOBIND SINGH DEO DAN KO CHUNG SEN YANG MAHU SUBJEK TAMADUN ISLAM DIHAPUSKAN, TAKUT?



Ahli Parlimen Kampar, Ko Chung Sen pada bulan puasa lepas, telah mengeluarkan satu kenyataan yang jelas mahu membangkitkan kemarahan umat Islam. Katanya, DAP (dan dia sendiri) mendesak agar subjek TAMADUN ISLAM di semua universiti dihapuskan buat selama-lamanya kerana katanya, subjek berkenaan tidak mendatangkan sebarang faedah dan tidak juga dapat membantu mana-mana kaum untuk lebih berjaya.

Sama ada dia ni jenis bangang atau tolol, dia sendiri adalah produk sekolah vernakular. Seperti katanya, tiada universiti di dunia ini - yang dia sebenarnya main teka - mengajarkan subjek Tamadun Islam, tiada juga sebuah pun negara di dunia ini hatta China atau Taiwan yang mempunyai atau membenarkan sekolah vernakular wujud sepertimana baiknya hati orang Melayu-Bumiputera di Malaysia membenarkan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Kalau ada pun, semuanya bersifat swasta dan kerajaan tidak langsung membantu walau sesen pun atau seinci tanah pun sepertimana yang diamalkan di Malaysia.

Barangkali Ko Chung Sen tidak sanggup mendengar bahawa individu yang menemui teori-teori perubatan serta amalan perubatan, datangnya daripada dunia Islam seperti Ibn Sinna, Ibn Rushd dan sebagainya. Mungkin dia tidak mampu menerima hakikat bahawa tamadun Islam telah menemui kaedah matematik, falak atau astronomi, kejuruteraan dan sebagainya, kemudian diciplak dan dicetak rompak oleh Barat, termasuklah menamakan individu seperti Leonardo Da Vincci sebagai penciptanya walaupun gay Renaissance itu sebenarnya telah diberikan cetak biru yang dirampas dari Cordova dan Baghdad untuk disalin serta diubahsuai. Atau barangkali juga dia tidak dapat menerima hakikat bahawa teori graviti telah ditemui lebih 300 tahun oleh tamadun Islam sebelum Isaac Newton dinamakan sebagai orang pertama yang menemuinya.

Tiada sebarang kebaikan dan manfaat daripada saranan Ko Chung Sen yang ditemani oleh Ngeh Koo Ham ketika dia membuat sidang media di lobi Parlimen untuk menyuarakan isu ini. Dan menariknya pula, dia tidak pula mahu mencadangkan agar apa-apa sahaja subjek yang berkaitan Cina termasuklah kesusasteraan Cina dihapuskan buat selama-lamanya kerana ia langsung tidak mendatangkan manfaat atau sama seperti hujah-hujahnya terhadap Ketamadunan Islam.

Keputusan untuk mengheret Ko Chung Sen ke muka pengadilan kerana cubaan menghasut, cuba diremeh-remehkan oleh DAP. Gobind Singh Deo menyatakan, isu yang dibangkitkan oleh Ko Chung Sen bukanlah isu besar, sebaliknya Ketua Polis Negara yang mahu mensensasikannya dengan niat tertentu.

Hujah dangkal Gobind Singh Deo itu jelas menunjukkan bagaimana DAP mahu mempermain-mainkan sistem perundangan di negara ini dan cuba meremeh-remehkan semua akta, padahal pada masa yang sama, apabila mereka terkantoi atau mereka mempunyai kepentingan, akta tersebutlah yang akan mereka tekankan agar digunakan terhadap musuh-musuh mereka.


HARON DIN PUN BANTAI DAP YANG DISIFATKANNYA SENGAJA UNDANG PADAH DAN PERSENGKETAAN KAUM DI MALAYSIA!!!



Pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menyumbang ke arah usaha mewujudkan keharmonian politik negara ini, malah akan mengundang padah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Katanya, negara boleh ditimpa padah sekiranya DAP terus berdegil melaksanakan pilihan raya PBT itu, sedangkan kepemimpinan ulama di dalam PAS yakin kebimbangan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemungkinan ia mengakibatkan peristiwa 13 Mei berulang, ada asasnya. "Sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah.

"Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar, kerana itulah isu pilihan raya PBT ini elok dihentikan segera," kata Haron menurut laporan Utusan Malaysia hari ini. Kelmarin, Hadi mendakwa pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan jurang dalam masyarakat kerana ia menguntungkan penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina dan menimbulkan kebimbangan berulangnya peristiwa berdarah pada 1969 itu.

Haron turut memberi peringatan kepada DAP, pandangan Hadi tersebut bukan bersifat peribadi kerana ia turut tidak dipersetujui semua ahli PAS. Katanya, DAP sewajarnya bersikap prihatin sebelum melakukan sebarang tindakan yang melibatkan umum, terutamanya... TERUSKAN MEMBACA DI GERAKAN ANTI PKR

HERAN JUGA, MANA HABIH PI SUARA PENUNTUT KEADILAN DAN HAKIM RAKYAT BILA GUAN ENG NAIKKAN SEGALA MACAM HARGA!!!



Para pecacai dan penerima upah daripada DAP seringkali membayangkan Pulau Pinang sepanjang berada di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, sangat maju, jauh lebih baik berbanding ketika berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Malah, seringkali merujuk kepada data-data ekonomi dan kewangan yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng tanpa mereka mahu merujuk kepada data-data dari agensi-agensi Kerajaan Pusat termasuklah MIDA dan MITI kerana data-data tersebut menurt mereka, hanyalah fitnah.

Dan lebih menarik lagi ialah apabila mereka membangga-banggakan pendapatan serta perolehan negeri Pulau Pinang walaupun telah berulang-ulang kali pendedahan dibuat bagaimana Lim Guan Eng menggunakan kebijaksanaan dan tipu muslihat perisian Excel untuk menipu data termasuklah dengan menggabungkan semua FDI dari tahun 2008 sehingga 2012 sebelum diisytiharkan keseluruhan FDI selama tiga tahun itu sebagai FDI yang berjaya diperolehi Pulau Pinang pada tahun 2013.

Apa-apa sahaja pendedahan tentang penyelewengan dan KERAT TENGKUK RAKYAT oleh Lim Guan Eng, tidak dapat mereka terima langsung. Sehinggakan pendedahan terbaru membabitkan harga air yang telah dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak mahu mereka terima.

Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menarik balik keputusan mengenakan caj RM0.90 bagi bayaran bil di pejabat pos.
Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, caj tersebut tidak sepatutnya dikenakan kepada rakyat Pulau Pinang malah ia perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak PBAPP memandangkan POS Malaysia telah memberi kemudahan kepada meraka.
“Pemuda UMNO Negeri menggesa caj ini dibatalkan segera dan beban caj ini ditanggung sepenuhnya oleh PBAPP memandangkan PBAPP telah menaikkan surcaj air sebanyak 100 peratus tahun lalu dan juga masih menunggu keputusan kenaikan tarif air di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media.
Jelas Rafizal, Kerajaan Pulau Pinang seharusnya mencontohi kerajaan pusat yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dengan menurunkan kos sara hidup.
“Kerajaan Negeri sepatutnya membantu rakyat dengan menurunkan lagi kos sara hidup dan bukan memperkenalkan caj baru yang semestinya membebankan rakyat Pulau Pinang,” ujarya.
Sehubungan itu, pihaknya membantah sekeras-kerasnya pengenalan caj RM0.90 oleh PBAPP selaras dengan slogan kerajaan negeri yang kononnya prihatin terhadap kebajikan rakyat. (SUMBER)


ITULAH UBAH dan INI KALILAH yang dibangga-banggakan sangat oleh pecacai Pakatan Rakyat. Mereka benar-benar telah berubah di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, iaitu daripada membayar kos hidup pada harga yang lebih rendah kepada harga yang lebih tinggi dan tidak patut termasuklah denda yang jelas tidak munasabah bertujuan untuk mencuri wang rakyat. 

Yang betul-betul berubah hanyalah gaya hidup Lim Guan Eng. Daripada seorang CINA DARAT, kini Lim Guan Eng berlagak seolah-olah dia adalah jutawan terkenal. Isterinya, Betty Chew pula daripada seorang yang naif politik sehinggakan dibotakkan kepalanya di dalam tokong walaupun beragama Kristian semata-mata untuk meraih sokongan dan simpati, kini berlagak seolah-olah dia adalah isteri seorang jutawan, sekalipun tarafnya dengan Lim Guan Eng sama iaitu CINA DARAT!!!


FUHHH... PHAHROLRAZI ZAWAWI ARAHKAN HADI AWANG KELUAR PAS KALAU TAK BOLEH TUNDUK KEPADA LIM GUAN ENG DAN ANWAR IBRAHIM!!!



Haaaaa...

Yang ni lawak!!!

Mentang-mentanglah di belakang dia ada Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, bukan main besar lagi lubang hidung Phahrolrazi Zawawi.

Buta perut ke haper bekas Exco Kedah yang pernah 'bergasak' dengan Allahyarham Ustaz Azizan berhubung kontrak buat jalanraya nih...

Hadi Awang adalah Presiden PAS. Dia dipilih oleh ahli-ahli PAS. Sedangkan Phahrolrazi Zawawi pula hanyalah Presiden yang dilantik proksi atau melantik diri di dalam sebuah kumpulan kecil yang terpaksa menumpang dan bersandar pada PAS.

Justeru, kenapa pula kalau Presiden PAS tak mahu lagi mengikut cakap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Phahrolrazi Zawawi memberi kata dua kepada Presiden PAS itu agar keluar dari PAS?

Bukankah sepatutnya dia dan kumpulan PASMAnya yang sepatutnya keluar dari PAS untuk bercantum atau bersetubuh dengan DAP atau PKR?

Kenapa dia tak keluar? Kenapa dia terus bertahan dalam PAS walaupun sudah beberapa kali 'dinasihati' agar keluar dari PAS?

Adakah kerana dia takut, PASMA sekadar menjadi tahi cicak yang tidak bernilai suatu apa pun, termasuklah untuk dijadikan baja jikalau PASMA dan dia sendiri keluar dari PAS? Adakah kerana kalau tanpa PAS, Lim Guan Eng takkan pandang dia walau sebelah mata pun, bahkan kalau dia jejak sahaja pintu KOMTAR, Lim Guan Eng akan kerahkan pengawal-pengawal keselamatan menghalaunya seperti anjing kurap buruk kepala?

Besar lubang hidungnya, besar lagi keinginannya untuk menggulingkan Hadi Awang, tetapi terlalu kecil hati dan keberaniannya untuk melangkah keluar dari PAS!!!

Itulah Phahrolrazi Zawawi!!!


SEPERTI DIJANGKA, SEBELUM MAHKAMAH PERSEKUTUAN BUAT KEPUTUSAN, ANWAR IBRAHIM DAH RANCANG UNTUK HURU-HARAKAN NEGARA TERLEBIH DAHULU!!!



10 Februari 2015 adalah hari penentuan buat Anwar Ibrahim sama ada dia kekal menjadi orang bebas yang boleh melakukan apa-apa sahaja, hatta melakukan hasutan dan menghuru-harakan negara ini dalam usahanya untuk merampas tampuk pemerintahan negara daripada Najib Abdul Razak, atau dia akan berkawan dengan lipas, dengan nyamuk, dengan sabun di atas lantai dan meja pingpong yang dikawal oleh pengawal bersenjata.

Namun sementara menantikan 10 Februari 2015, Anwar Ibrahim sudah pun mempunyai pelbagai rangka dan rancangan untuk menghimpunkan para penyokongnya, malah pada masa yang sama, mengatur agar pesanan-pesanannya tidak akan mati dan kemenangan PKR serta Pakatan Rakyat pada PRU-14 kelak, bukan sahaja akan membersihkannya tetapi juga akan menghilangkan terus catatan LIWAT BEKAS PEKERJA dari catatan biografinya.

Bermula pada 30 Januari, antara jam 8:00 malam sehingga 11:00 malam, bertempat di rumah Lajim Ukim, Taman Likas Jaya, Likas, Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim akan berucap dan berceramah dalam program anjuran PKR Sabah.

Antara pemimpin yang dijangka hadir dalam acara tersebut adalah:

(a) Anwar ibrahim sendiri.

(b) Lajim Ukim

(c) James Ghani

(d) Darrel Leiking

(e) Jimmy Wong

(f) Christina Liew

(g) Roland Chia.

Keesokannya iaitu pada 31 Januari, antara jam 8:00 pagi sehingga jam 1:00 tengah hari, bertempat di Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim akan membakar sentimen pemimpin-pemimpin pribumi dan Bumiputera agar mempertingkatkan sentimen kebencian kepada Putrajaya dan akan menekankan bahawa Sabah dijajah oleh Putrajaya selain Sabah dianiayai dan dizalimi oleh Putrajaya dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh Persatuan Warisan Budaya Bumiputera Sabah berjudul, Autonomi dan Masa Hadapan Rakyat Sabah.

Antara ahli panel yang akan hadir adalah:

(a) Anwar Ibrahim sendiri

(b) Lajim Ukim

(c) Prof. Madya Muhammad AgusYusoff

(d) Darrel Leiking

(e) Simon Sipaun

(f) Maijol Mahap

(g) Chong Eng Leong.

Sama ada dia masuk ke dalam atau dibebaskan, Anwar Ibrahim sudah pun mempunyai pelbagai rancangan untuk menghuru-harakan negara ini menerusi kaedah hasutan dan fitnah selain mempertingkatkan sentimen KELUAR MALAYSIA yang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai sasaran, memandangkan kedua-dua negeri itu telah mengekalkan penguasaan Barisan Nasional di Putrajaya.

top