Thursday, April 30, 2015

SAYANG SERIBU KALI SAYANG... SETELAH PUAS PROMOSIKAN KENAIKAN HARGA RON95 DAN DIESEL, TIBA-TIBA TIDAK JADI DINAIKKAN!!!



Pakatan Rakyat benar-benar mengharapkan, akan berlaku keajaiban yang akan membantu mereka dalam dua kempen PRK - Permatang Pauh dan Rompin.

Kenaikan harga minyak memang ditunggu-tunggu setiap hujung bulan. Dan pada setiap kali hampir hujung bulan, mereka dan para penyokong merekalah yang paling akan berspekulasi kononnya harga bahan bakar akan dinaikkan. Sekaligus menjadi umpan terbaik mereka untuk menghentam Kerajaan.

Malangnya, sudah dua bulan berturut-turut, telahan dan tekaan mereka tersasar. Bulan lepas, RON95 dan diesel tetap tidak dinaikkan. Begitu juga dengan bulan Mei, harga kedua-dua bahan bakar tersebut tetap sama.

Dalam apa juga keadaan, sama ada diteka naik atau turun, hakikatnya kedua-dua bahan bakar tersebut telah dibebaskan daripada rejim subsidi. Sekaligus tertakluk kepada perubahan harga minyak dunia.

Seperti hukum perubahan harga barang, tidak ada barang di dunia ini yang akan mengalami penurunan harga. Apatah lagi yang melibatkan bahan bakar dan bahan api yang diperlukan bukan sahaja untuk kenderaan tetapi juga industri dan keperluan lain. Ditambah pula, bahan bakar yang digunakan merupakan bahanapi fosil yang jumlahnya terhad dan tidak bertambah.

Sekaligus suatu ketika nanti, harga bahan bakar akan tetap dinaikkan walaupun desakan agar ianya diturunkan akan semakin kuat.

Melainkan seluruh dunia mula beralih pergantungan mereka daripada penggunaan bahan api fosil kepada bahan api alternatif sepertimana yang berlaku kepada getah asli suatu ketika dahulu yang berhadapan dengan penjunaman harga apabila polimer dari getah asli digantikan oleh polimer daripada petroleum yang dikatakan lebih murah dan mudah.

Secara rasionalnya, harga bahan bakar tidak akan bertahan pada suatu tahap sepertimana yang diharapkan dan diangankan oleh kebanyakan manusia. Ia samalah seperti usia kita... sentiasa bertambah dan kita tidak bertambah mahupun kekal muda sepanjang masa.


Teka meneka harga minyak akan terus berlaku. Namun realitinya, tekaan pada kenaikan harga minyak akan mengena juga kerana ia adalah kenaikan semulajadi. Tak teka, tak desak pun, ia tetap akan dinaikkan apabila tiba masanya terutama sekali membabitkan konsep permintaan dan penawaran.

Cuma apabila dipolitikkan sepertimana yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat, nampak benarlah mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya hidup di sebuah negara yang mempunyai dan mengamalkan perdagangan bebas dengan negara lain di dunia ini.

Kesian sangatlah apabila harapan untuk melihat kenaikan harga minyak dan kemudian boleh digunakan untuk dijadikan buah belasahan, tidak menjadi!!!


BETULLAH KATA ZUL NORDIN, PAS NI JANGAN HARAP SANGAT PENDIRIAN MEREKA!!!



Berita tentang Pemuda PAS Pulau Pinang buat u-turn sememangnya telah dijangkakan dari awal oleh banyak pihak. Pendapat mereka mudah, PAS tidak mempunyai pendirian dan mereka sekadar berlenggok mengikut tiupan angin. Makin kuat angin yang bertiup ke arah mereka, semakin condonglah dan akhirnya mereka akan rebah. Bunyi memanglah hebat, macam lalang jugalah bila ditiup angin... berdesir tapi rebahnya pun boleh tahan condongnya.

26 April, Pemuda PAS Pulau Pinang buat ketetapan tidak akan menyokong Pakatan Rakyat. (RUJUK SINI). Beria-ia sungguh alasan yang diberikan. Seolah-olah mereka sudah berkerat rotan berpatah arang. Zul Nordin kemudiannya mengeluarkan kenyataan di bawah apabila siaran media Pemuda PAS Pulau Pinang dihebahkan.

Semalam, Pemuda PAS Pulau Pinang buat u-turn seperti yang dijangka. Alasan yang mereka berikan, amat melucukan, tidak mahu Permatang Pauh dikuasai oleh UMNO-BN.

Alahai....

Zaman di mana dinding dan lantai juga boleh bersuara, Yusni Mat Piah nak berputar belit dan memberikan alasan cliche?


Jadi, tidak hairanlah mengapa Wan Azizah semakin kuat kokoknya dan AMK serta PKR pula bertambah juah dan takbur kerana tanpa mereka perlu akur kepada kehendak PAS pun, akhirnya duduk tak duduk, (dengan campurtangan DAP), akhirnya PAS terpaksa akur sambil merengek-rengek macam budak kecik lapar puting!!!


Tuesday, April 28, 2015

PKR BERANG APABILA PAS MAHU PROMOSIKAN HUDUD DALAM KEMPEN PRK PERMATANG PAUH!!!



AGREE TO DISAGREE nampaknya tidak menjadi...

Walaupun Azmin Ali dan Wan Azizah yang mewakili para pemimpin Islam dalam PKR menyatakan, secara peribadi mereka tidak menentang hukum hudud, tetapi ia hanyalah kata-kata retorik semata-mata bagi mengelabui dan menipu para penyokong dan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Kenyataan bahawa PAS Selangor akan digerakkan ke Permatang Pauh untuk 'membantu' PKR berkempen juga nampaknya tetap tidak menyenangkan PKR. Ini adalah kerana PAS telah melahirkan hasrat mereka untuk mempromosikan hudud di Permatang Pauh, sekaligus menerangkan rasionalnya masyarakat Islam perlu menyokong hasrat PAS melaksanakan hukuman hudud di Kelantan.

Yang paling marah sudah tentulah DAP. PKR pula sekadar menjadi pak turut. PKR beranggapan, PAS mudah dijinakkan dan disuruh akur kepada kehendak DAP. Penajaan kumpulan-kumpulan pro-Guan Eng dalam PAS termasuklah PASMA bagi menghalang dan memperkecil-kecilkan kepimpinan PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang, pada mulanya dilihat berjaya.

Namun semakin lama, gerakan dan cubaan untuk menggulingkan Hadi Awang nampak semakin pincang dan lemah. Suara-suara kuat gerombolan pro-Guan Eng dalam PAS yang menguasai media, berjaya disenyapkan oleh golongan majoriti akar umbi PAS yang kurang bersuara tetapi lebih kepada tindakan apabila pencalonan puak pro-Guan Eng, merudum dengan teruk, termasuklah nasib yang menimpa Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang jauh ketinggaln berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahmad Awang yang telah pun melahirkan hasrat untuk dicalonkan menentang Abdul Hadi Awang pula, dilihat sangat tidak popular walaupun Ahmad Awang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kejayaan menghalang Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi Awang pada tahun 2008 dahulu.

PAS Kelantan berjaya mendapatkan solidariti daripada kesemua ADUN UMNO-BN Kelantan untuk menyokong undang-undang hudud di Kelantan. Pembentangan usul undang-undang hudud di Parlimen pula, semakin memihak kepada PAS dan kumpulan Abdul Hadi Awang sehinggakan kumpulan pro-Guan Eng, terpaksa mencabar UMNO untuk menzahirkan pendirian berhubung hukum hudud di Kelantan.

Walaupun terdapat segelintir pemimpin UMNO yang menentang hukum hudud dengan alasan-alasan mereka yang tersendiri, lebih ramai pula, termasuklah akar umbi yang melihat hudud di Kelantan sebagai satu permulaan yang lebih besar berbanding kepentingan kepartian.

Justeru, tindakan PAS menghantar pasukan ke Permatang Pauh untuk mempromosikan hudud dianggap oleh PKR sebagai salah satu CUBAAN JAHAT PAS untuk mensabotaj PKR walaupun beberapa pemimpin PAS cuba menenangkan PKR dengan kenyataan putarbelit mereka!!!


HUDUD DAN ABDUL HADI AWANG, PENYEBAB 8 KETUA PEMUDA PAS DI PULAU PINANG, SEPAKAT BOIKOT PKR DAN PRK PERMATANG PAUH!!!



Pengumuman Mat Sabu bahawa Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah akan dikenakan tindakan tatatertib kerana mengeluarkan kenyataan enggan memberikan bantuan dan membekukan semua bentuk bantuan kempen selain menghalang penggunaan premis dan entiti Pemuda PAS bagi tujuan kempen serta ceramah PKR untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rupa-rupanya tidak menakutkan langsung.

Sebaliknya 8 orang Ketua Pemuda PAS di seluruh Pulau Pinang mengambil pendekatan yang lebih ekstrim untuk bersolidariti dengan Yusni Mat Piah dan mengikrarkan pemboikotan mereka ke atas PKR dan Wan Azizah.

Dua hari sudah, Saifuddin Nasution memperlekehkan akar umbi PAS dengan berkata, PKR tidak akan peduli dengan bantahan serta boikot akar umbi PAS Permatang Pauh sebaliknya menegaskan, mereka telah mendapat kerjasama serta janji daripada para pemimpin PAS Pusat. Sedangkan pada masa yang sama, akar umbi PAS Permatang Pauh adalah pengundi dan merupakan sebahagian besar daripada punca kemenangan Wan Azizah pada tahun 1999 sehinggalah kemenangan Anwar Ibrahim pada tahun 2013 dalam Pilihanraya Umum.

Ketua-Ketua Pemuda PAS tersebut adalah Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).

Kesemua mereka telah menyatakan sokongan kepada keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang dan mengutuk tindakan AMK Pulau Pinang kerana enggan memohon maaf kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

"Keputusan ini bukanlah keputusan persendirian Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang (Yusni Mat Piah) tetapi ini adalah keputusan sebulat sebulat suara majlis eksekutif."

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang turut melahirkan perasaan kecewa berhubung tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dalam mengendalikan isu berkenaan.

Semalam, Yusni Mat Piah mendesak Pemuda PAS Pulau Pinang agar tidak membantu Pakatan Rakyat dalam kempen mereka untuk PRK Permatang Pauh.

Menurutnya, Pemua PAS Pulau Pinang sentiasa menyokong kepimpinan ulama di bawah Abdul Hadi Awang dan usaha-usaha untuk mengangkat martabat Islam di negara ini.


KEPALA HOTAK KAU LER, NURUL IZZAH... SPR IKUT UNDANG-UNDANG, KAU IKUT APA?



Nak kata baghal, dia ni nampak macam manusia. Seringkali pula ditampilkan sebagai anak muda yang cerdik. Apatah lagi para penyokong mempublisitikannya sebagai anak kepada pasangan ahli politik yang cukup terkenal dengan 'kebijaksanaan' mereka melakonkan watak sebagai antagonis politik Malaysia - Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Sekaligus pernah pula dilabelkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia dari kalangan wanita yang pertama daripada generasinya.

Bagaimanapun, kesukaran memahami bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Rasmi negara ini, walaupun dia adalah orang Melayu (berdasarkan kepada status peribadinya), membuatkan kita sangsi sama ada Nurul Izzah benar-benar faham maksud perkataan 'CADANGAN' dan 'UNDANG-UNDANG'.

Ini adalah kerana, Nurul Izzah mula membelasah SPR yang disifatkannya sebagai enggan mematuhi 'cadangan' Zahid Hamidi yang mahu membenarkan banduan mengundi. Katanya lagi, SPR bertindak secara PARTISAN kerana tidak membenarkan Anwar Ibrahim keluar mengundi!

BANGANG BINTI BODOH BERTALUN-TALUN!

Cadangan dengan undang-undang pun tak mampu nak bezakan!

Takkanlah sebagai Ahli Parlimen dua penggal yang cakap bukan main pandai walaupun akhirnya terpaksa memohon maaf kepada Raja Nong Chik, dan Raja Nong Chik dengan begitu mudah melepaskan kaki fitnah itu dengan harapan menjadi teladan menerusi penerimaan permohonan maaf walaupun sebenarnya Raja Nong Chik wajar menyaman dan membangkrapkannya, tidak tahu tentang proses undang-undang di negara ini?

Cadangan Zahid Hamidi itu perlu dibentang di Parlimen dan diwartakan terlebih dahulu. Tambahan pula, perlembagaan Persekutuan telah mempunyai klaus khusus tentang kelayakan pemilih untuk sesuatu pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak melanggar undang-undang serta peruntukan yang dibuat oleh para penggubal undang-undang yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen. Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Pengerusi SPR:



Nurul Izzah fikir, asalkan ANWAR IBRAHIM dan AHLI-AHLI KELUARGANYA, maka bebaslah mereka berbuat sekehendak hati dan sebarang undang-undang di negara ini tidak tertakluk ke atas mereka sama sekali?

Patutlah beria-ia sangat Nurul Izzah melabelkan Anwar Ibrahim sebagai TAHANAN POLITIK walaupun sebenarnya, berdasarkan undang-undang dan proses mahkamah - dari peringkat mahkamah rendah sehinggalah ke mahkamah persekutuan - Anwar Ibrahim telah sah sebagai PELIWAT dan melakukan liwat merupakan kesalahan yang melanggar undang-undang di negara ini. 

Dan tidak hairan jugalah bagaimana para peguam Anwar Ibrahim yang berbelas-belas orang itu, dibantu pula oleh para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim menyatakan, masalah LIWAT adalah masalah peribadi yang tidak seharusnya dikenakan tindakan undang-undang!!!

Semakin jelas, puak ini langsung tidak menghormati undang-undang negara!!!

NURUL IZZAH... BAPA KAU ADALAH BANDUAN. BANDUAN TIDAK ADA SEBARANG HAK KECUALI BERADA DALAM SEL DAN KANDANGNYA!!!



PENYOKONG MAT SABU-GUAN ENG VERSI MELAYU-PAS MENGAMUK SAKAN APABILA PENYOKONG PAS BOIKOT MAT SABU DI ROMPIN!!!



Kenapa buat bakal presiden PAS macam ni?

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi membuat dakwaan itu berdasarkan sumber tertentu.“Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah ada cawangan-cawangan (PAS) yang diarahkan supaya jangan mengizinkan Abang Mat Sabu berceramah di tempat mereka.“

Jadinya, yang akan berkempen di Rompin tu hanyalah manusia-manusia macam Nasrudin Hassan At Tantawi, Nik Mohamad Abduh, Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani sahaja.“Biarlah puak-puak ni je yang berceramah di Rompin. Kita tengok lah jutaan manusia yang akan mendengar ceramah mereka,”dakwanya.

Tulang Besi turut mendakwa calon PAS untuk PRK Rompin, Ustaz Nazri Ahmad adalah anak buah Ustaz Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.Dakwanya, Mazlan Mohamed Yasin, Yang Dipertua PAS Rompin yang pro PR telah disingkirkan dan diganti dengan Yang Dipertua baharu, Ustaz Nazri Ahmad.“Waktu pemilihan parti semua yang pro Pakatan Rakyat dibersihkan.“Itulah yang berlaku di Rompin di mana YDP yang dilihat pro Pakatan Rakyat dibuang oleh geng-geng (Mokhtar) Senik dan diganti dengan YDP yang ada sekarang ni.“Tiba-tiba ditakdirkan Allah berlaku PRK Rompin.“

Bila berlaku macam ni, puak yang sama tadi nak kita semua menyokong calon sempit dan bongkak mereka.“Hendakkan Pakatan Rakyat menyokong calon mereka. Nak kita semua bergolok bergadai untuk memenangkan mereka. (SUMBER)


Monday, April 27, 2015

AIKKKK... KEMARUK NAK UNDI PENEROKA FELDA, SANGGUP TIPU JAWATAN DAN GUNA SUSPEK PECAH AMANAH DAN RASUAH DUIT PENEROKA?


PAS seringkali mendabik dada, mereka adalah parti Islam. Para penyokong dan pendokong mereka adalah golongan yang tegar menyokong Islam dan tidak bertoleransi dengan mana-mana elemen yang menentang Islam. Para pemimpin utama PAS pula seringkali ditanggapi dengan gelaran ULAMA, sebuah gelaran yang merupakan FULLSTOP dan mandatori bagi sebarang kritikan mahupun rungutan tentang kelemahan mereka dari kalangan yang dikenali sebagai golongan mubtadi atau orang awam.

Para penyokong PAS amat kukuh pendirian mereka bahawa PAS jauh lebih jujur berbanding UMNO. Lebih Islam berbanding UMNO-BN. Apa-apa sahaja keputusan PAS, semuanya Islamik dan tidak ada Islam melainkan apa-apa yang diputuskan dan diamalkan oleh PAS.

Tetapi itu hanyalah retorik semata-mata.

Hakikatnya, PAS terdesak dan apabila sudah terdesak, maka PAS akan sanggup melakukan apa-apa sahaja sebagai memenuhi cita-cita politik mereka termasuklah terpaksa menipu dan memperdayakan para pendengar, penyokong serta orang di atas pagar.

Dalam kempen mereka di Rompin, PAS tanpa pedulikan elemen Islam yang menekankan kejujuran dan keikhlasan TERPAKSA menggunakan khidmat salah seorang SUSPEK PERASUAH dan PENYELEWENG yang kesnya masih dalam proses di peringkat mahkamah. Malah turut menipu jawatan individu tersebut dengan maksud agar para pengundi terutama dari kalangan peneroka FELDA akan terpengaruh dengan dakyah yang dilakukan.


Individu yang digunakan oleh PAS sebagai tukang kempen pembohongan adalah Sarchu Sawal, yang dinamakan oleh organ rasmi PAS, HARAKAH sebagai BEKAS CEO KOPERASI FELDA. Dalam Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 yang belum mula sudah pun gagal dan bungkus khemas, Sarchu Sawal diberikan jawatan 'BEKAS CEO KOPERASI PERMODALAN FELDA HOLDING'.

Malangnya Shartu Sawal bukanlah bekas CEO KOPERASI PERMODALAN FELDA sebagaimana yang dikhabarkan oleh Harakah dan PAS, sebaliknya dia hanyalah CEO kepada anak syarikat Koperasi Felda Holding iaitu KPF QUALITY FOODS SDN. BHD, satu jawatan yang jauh lebih kecil dan kurang berdarjat berbanding CEO KOPERASI PERMODALAN FELDA.

Satu budaya di kalangan golongan perasuah dan penyeleweng ini ialah, mereka akan bersalin kulit dan mula menyangkut kopiah putih dan mula bercakap tentang agama, lantas  menjadikan PAS sebagai wadah terbaik. Pada ketika itulah, mereka akan mula mendedahkan pelbagai kepincangan dalam kerajaan atau agensi yang pernah mereka diberikan tanggungjawab dahulu. Perkara terpenting yang seringkali disebut ialah RASUAH dan SALAHGUNA KUASA yang seakan-akan wabak dalam kerajaan dan agensi berkenaan.


Itu yang berlaku apabila PAS dan PKR menggunakan bekas-bekas pegawai tinggi tentera untuk menentang kerajaan dengan kesemua mereka, telah dipecat atau dinasihatkan bersara kerana melakukan penyelewengan dan rasuah, termasuklah membabitkan kes kehilangan enjin jet pejuang serta penyelewengan peruntukan logistik.

Barangkali bila masuk PAS dan bercakap di atas pentas PAS, membuka semua rahsia penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan, maka dosa serta perbuatan jahanam mereka akan dapat dihilangkan kut?

Sarchu telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan pecah amanah dana berjumlah RM30 juta pada tahun 2013. Kesnya masih lagi berjalan dan berlawanan daripada apa yang difikirkan oleh para penyokong PAS yang menggunakan alasan, kalau betul dia menyeleweng mengapa dia tidak dipenjarakan, Sarchu dibebaskan dengan jaminan sebelum menghadapi pertuduhan.




BAGUS!!! PERANG HARGA TESCO DAN MYDIN... TAPI TESCO TETAP KALAH!!!


Nampaknya ada impak dari pendedahan saya bulan lepas tentang manipulasi harga pasca GST yg dilakukan oleh beberapa pasaraya gergasi di Malaysia. TESCO, Giant dan Big Aeon JUSCO ternyata tewas di tangan Mydin yang menawarkan harga yg amat berpatutan dan tambahan pula mereka (Mydin) menyerap GST.

Tinjauan terbaru saya mendapati TESCO berusaha menurunkan harga barangan bagi menyaingi harga barangan Mydin. Sabun pencuci Joy misalannya diturunkan harga secara drastik setelah pendedahan dilakukan sebelum ini. Apakah penurunan harga ini signifikan atau tidak, saya serahkan kepada pengguna utk menilainya.

Berikut adalah harga beberapa barangan yg saya survey secara rawak bagi tujuan perbandingan.


1. Beras Taj Mahal (5 kg)
TESCO: RM 32.99
MYDIN: RM 34.90
Beza: -RM 1.91


2. Sabun pencuci Joy
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.45
Beza: RM 1.50


3. Sabun pencuci Dynamo (4.4 kg)
TESCO: RM 19.99
MYDIN: RM 18.60
Beza: RM 1.39

4. Sabun pencuci Dynamo (refill-1.7 kg)
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.99
Beza: RM 0.96


5. Shieldtox (800ml X 2 unit)
TESCO: RM 18.90
MYDIN: RM 18.90
Beza: Sama

6. Sardin tin jenama TC Boy 180g
TESCO: RM 5.79
MYDIN: RM 5.85
Beza: -RM 0.06


7. Sardin tin jenama Marina 425g
TESCO: RM 5.89
MYDIN: RM 5.40
Beza: RM 0.49

8. Sardin jenama TC Boy 425g
TESCO: RM 7.45
MYDIN: RM 6.20
Beza: RM 1.25

9. Sos Cili Jenama Life (Jumbo size 725g)
TESCO: RM 3.99
MYDIN: RM 4.25
Beza: -RM 0.76

10. Quaker Oat 1.2kg
TESCO: RM 15.99
MYDIN: RM 12.90
Beza: RM 3.09

11. Minyak masak jenama Naturel 3kg
TESCO: RM 22.99
MYDIN: RM 25.65
Beza: -RM 2.66

Nota: Barangan2 makanan bertin dan sabun pencuci adalah antara barangan yg dikenakan GST. Harga yg dipaparkan adalah harga termasuk GST.

Walaupun harga ditawarkan TESCO kelihatan semakin kompetitif (tidak cekik darah seperti sebelum ini), anda akan tetap mendapat penjimatan sebanyak RM 3.29 sekiranya anda berbelanja di Mydin.

Sebenarnya ini yang kita mahu. Persaingan harga yg kuat bagi memenangi hati pengguna. Jika diluar negara, para pengguna akan boikot pasaraya yg mahal hingga mereka tunduk kepada kehendak pengguna.

Terpulang kepada rakyat Malaysia (terutamanya penduduk bandar spt saya) pasaraya mana antara kedua pasaraya gergasi ini yang menjadi pilihan destinasi berbelanja.

Namun secara peribadi, saya lebih suka berbelanja di pasaraya yg tidak mengambil kesempatan seperti Mydin dan yg menawarkan harga yg berpatutan. Dalam keadaan MYDIN menyerap GST, mereka masih mampu memberikan penjimatan keseluruhan berbanding TESCO.

Namun demikian MYDIN perlu meneliti semula harga beberapa barangan seperti minyak masak dan beras yang menunjukkan perbezaan yang agak ketara dengan TESCO menawarkan harga yg lebih murah.

Kesimpulannya: Nice try TESCO...try harder. (SUMBER)

JAWAPAN MUTLAK SURUHANJAYA PILIHANRAYA.... ANWAR TIDAK ADA HAK MENGUNDI SEBAB DIA ADALAH BANDUAN!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan.

Ia disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, Anwar tidak layak mengundi kerana telah hilang kelayakan mengikut Perkara 119 (3)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara.” katanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran kepada bekas Ketua Pembangkang itu untuk menunai tanggungjawabnya pada hari pengundian dijalankan. (SUMBER)

Tahanan politik la... tak bersalah la.... teraniaya la... dizalimi la... yang pasti, Anwar setelah melalui semua proses mahkamah, selain kegagalan mendapatkan pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong, adalah seorang banduan yang hilang semua haknya selaku orang bebas!!!

Takkan benda sebegitu pun, Nurul Izzah tak faham-faham atau buat-buat tak faham sebab BANDUAN ITU PAPA JAHATNYA?


BILA TUANKU DAN TENGKU PUAN PAHANG BERENDAM DALAM SUNGAI LEMBING... DIRGAHAYU TUANKU!!!




BIAR GAMBAR BERBICARA - .KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang...Sungai Lembing sentiasa di hati baginda sekeluarga. Ada kelapangan masa baginda sekeluarga akan terjah tanpa protokol untuk mandi manda sambil menghirup udara segar di Sg Lembing..."DIRGAHAYU TUANKU" (sumber)


 

BIARLAH GAMBAR-GAMBAR YANG TERTERA BERCERITA.....



MAAFLAH AHLI-AHLI DAN PENYOKONG PAS PERMATANG PAUH... ANDA ADALAH SI BODOH YANG TIDAK BERHARGA DI MATA PKR!!!



Saifuddin Nasution mengeluarkan satu kenyataan yang menggambarkan realiti tanggapan PKR kepada PAS Permatang Pauh.

Menurut Saifuddin Nasution, Pemuda PAS Permatang Pauh mahupun PAS Kawasan Permatang Pauh jangan banyak songeh kerana mereka tidak bernilai dan berharga langsung di mata PKR. Kata Saifuddin Nasution lagi, apa ada pada PAS Permatang Pauh kerana mereka hanyalah PAS Kawasan dan Cawangan yang tidak berkuasa. PKR katanya, telah pun berunding dan mendapat persetujuan kerjasama daripada para pemimpin PAS Pusat, berbanding sikap boikot PAS Permatang Pauh.

Dalam satu perkembangan lain, Timbalan Presiden PAS yang merupakan ANJING PALING SETIA LIM GUAN ENG dalam PAS menyatakan, perkara 'hudud' yang menjadi punca kepada permasalahan antara PAS dengan PKR-DAP, telah pun 'selesai'. Masalah dan perbezaan pendapat itu, menurutnya tidak akan selesai sampai bila-bila.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata kedua-dua belah pihak 'BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU' selepas mesyuarat antara PAS dengan Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Wan Azizah dan Azmin Ali.

"Selepas menengar semua penjelasan daripada Azmin dan Wan Azizah dalam keadaan tenang dan harmoni, kami telah mencapai persetujuan iaitu 'BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU' membabitkan isu tersebut (hudud)," kata Omar. "Kami 'BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU' sebagai pemimpin PKR beragama Islam, mereka tidak boleh menolak hudud."

Ahli-ahli akar umbi PAS Permatang Pauh sebelum itu telah mengancam akan menarik balik sokongan sepanjang kempen kecuali PKR memohon maaf kerana menentang rancangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk melaksanakan hukuman hudud di Kelantan yang berkerajaan negerikan PAS.

Kenyataan terbaru yang dibuat oleh Saifuddin Nasution jelas membawa maksud, ahli-ahli dan para penyokong PAS Permatang Pauh tidak diperlukan dalam PRK Permatang Pauh kerana PAS Pusat menurutnya telah bersetuju dengan keputusan PKR. Apatah lagi, Timbalan Presiden PAS yang sedang ketinggalan jauh di belakang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pencalonan untuk jawatan tersebut dalam pemilihan terbaru, turut menyebelahi mereka!!! (RUJUK SINI)

Rendah benar taraf dan status ahli-ahli serta para penyokong PAS Permatang Pauh!!!


KUTIP DERMA, BERDIRI ATAS KERUSI... ANTARA TAKTIK TAGIH SIMPATI PKR DI PERMATANG PAUH!!!



Antara taktik yang seringkali digunakan oleh DAP untuk memperlihatkan kepada pihak lawan kononnya parti mereka mendapat sambutan hangat adalah FUND-RAISING DINNER. Akan diberitakan kononnya, semua meja telah dibeli oleh ahli-ahli dan para penyokong yang mahu mendengar ceramah daripada para pemimpin DAP sekaligus jumlah yang sangat ramai 'membeli' meja makan yang nilainya mungkin mencecah dari ratusan ringgit sehingga puluhan ribu ringgit, tidak mampu ditandingi oleh Barisan Nasional.

Taktik tersebut telah digunakan secara meluas oleh DAP. DAP kemudiannya akan mengumumkan jumlah dana yang telah diperolehi daripada jualan meja makan malam yang mereka anjurkan kepada umum dan berbangga-bangga dengan jumlah tersebut.

Benar atau tidak, sekurang-kurangnya itu merupakan gimik politik yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara, terutama yang berideologikan Liberalisme Demokratik gaya Amerika Syarikat.

PKR yang masih teraba-raba idea dan imej selain membela dan mengangkat kedudukan serta martabat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, turut mencuba kaedah ini. Bagaimanapun, audiens yang digunakan oleh PKR adalah audiens yang sama dalam majlis DAP, malah dalam acara makan percuma secara awam yang dianjurkan oleh Barisan Nasional.

Golongan yang biasanya hanya datang untuk makan, dan kebanyakan daripada mereka tidak faham apa sebenarnya yang berlaku dalam negara tetapi menjadi cheapskate yang adakalanya amat memalukan masyarakat mereka sendiri.

Barangkali Saifuddin Nasution tidak cukup ilmu untuk membuat persembahan kononnya masyarakat Cina adalah golongan yang setia mengundi PKR pada PRK Permatang Pauh kali ini sehingga perlu berdiri di atas kerusi semata-mata untuk menunjukkan mukanya yang penuh dengan lubang-lubang bekas jerawat batu.


Di kalangan pengundi-pengundi Cina, fund-raising dinner dibuat. Manakala di kalangan pengundi-pengundi Melayu pula, cukup sekadar muka Wan Azizah ditempelkan sedang mengipas satay dengan kipas hikmahnya....

Suasana yang sebenarnya menggambarkan tahap pembezaan yang bukan kecil kepada para pengundi yang berlainan bangsa!

Apa sudah berlaku dengan kebanggaan PKR yang selama ini cukup gah mempamerkan gambar-gambar hadirin bersesak-sesak mendengar ceramah dan kempen mereka di pentas terbuka? Mengapa perlu berada di dalam bangunan tertutup, kembali melaksanakan taktik ceramah mikro yang mereka sering kutuk selama ini kerana ianya merupakan praktis UMNO-BN?

Apakah makhluk-makhluk pengundi di Permatang Pauh sudah berat kaki untuk berdiri di hadapan pentas terbuka untuk mendengar ceramah Saifuddin Nasution, lantas membuatkan dia terpaksa berdiri di atas kerusi?

Perkembangan terbaru PKR yang menunjukkan betapa terdesaknya PKR untuk mempertahankan Permatang Pauh dengan calon tua yang tidak berkeupayaan mereka....


Sunday, April 26, 2015

ANWAR IBRAHIM AKAN DIBENARKAN MENGUNDI PADA PRK PERMATANG PAUH?



Kalau tak ada drama, bukan PKR namanya....

Zahid baru bercadang hendak mengusulkan kepada SPR agar mencari mekanisme bagi membolehkan banduan mengundi memandangkan banduan di mana-mana sahaja di seluruh dunia ini, tidak mempunyai hak untuk mengundi, sama seperti tiadanya hak untuk mereka bebas selagi mereka belum selesai menjalani hukuman.

Dan di Malaysia, yang menjalankan tugas-tugas membabitkan pilihanraya adalah Suruhanjaya Pilihanraya yang tertakluk dengan undang-undang dan peraturan, bukannya boleh main suka-suka nak buat itu ini.

Tetapi memandangkan dia sudah biasa dengan kehidupan BOLEH BUAT APA-APA SAHAJA dan segala kesalahan dituding kepada orang lain, Nurul Izzah muncul dengan cabaran kepada Zahid Hamidi agar membenarkan bapanya, Anwar Ibrahim yang merupakan BANDUAN JENAYAH LIWAT mengundi dalam PRK Permatang Pauh sejajar dengan cadangan Zahid.

Kata Nurul Izzah, bapanya adalah seorang TAHANAN POLITIK, yang mana secara fakta dan data-datanya, tang mana TAHANAN POLITIK yang dimaksudkan, barangkali Nurul Izzah, keluarga dan penyokongnya sudah tertelan dan mabuk air ketum!!!

ANWAR IBRAHIM ADALAH BANDUAN JENAYAH LIWAT dan sebagai banduan, dia tidak ada hak mengundi!!!

Belum pernah dalam sejarah Malaysia, kertas-kertas undi pos datangnya dari penjara. Apatah lagi kertas-kertas undi tersebut dipangkah oleh pelaku seks songsang seperti Anwar Ibrahim!!!

Kalau dah salah tu, kalau dah banduan tu, buat cara banduan ler... daripada duk kata bapanya adalah TAHANAN POLITIK, baiklah Nurul Izzah kata, bapanya sebenarnya sedang BERSULUK DAN BERUZLAH DI SALAH SEBUAH BILIK DI PENJARA SUNGAI BULOH kerana ia lebih menenangkan dan mampu menghalang gangguan daripada makhluk-makhluk hidup!!!

Tapi kalau dah boleh mengundi, apa kata ubahlah sistem... BANDUAN JUGA DIBENARKAN BALIK MAKAN NASI DI RUMAH, TIDUR DENGAN BINI DAN BERMAIN DENGAN CUCU atau BERCERAMAH DI SERATA TEMPAT...



EKORAN KEPUTUSAN PAS HENTIKAN KERJASAMA DENGAN PKR DI PERMATANG PAUH, LIM GUAN KATA, PAKATAN AKAN BUBAR!!!



Seperti biasa, apabila dalam keadaan terdesak, Lim Guan Eng akan mula bermain jiwa. Cuba melekakan para jentera UMNO-BN di mana-mana PRK dengan kenyataan 'merendah diri'. Sekaligus mewujudkan keyakinan luar biasa dan ini akan menyebabkan jentera kempen mula bersikap sambil lewa kerana beranggapan kemenangan sudah ada dalam tangan.

Dalam perkembangan terbaru, Pemuda PAS Pulau Pinang menerusi Ketuanya, Yusni Mat Piah telah mengeluarkan kenyataan untuk memboikot kempen PKR di seluruh Permatang Pauh. Sekaligus memberikan isyarat bahawa apa yang dihajatkan sangat oleh Wan Azizah, akan diperolehi.

PAS dan sebahagian daripada penyokong serta pemimpin akar umbi PKR Permatang Pauh awal-awal lagi telah menolak pencalonan dari kalangan ahli-ahli keluarga Anwar Ibrahim. Sebarang pencalonan daripada kalangan keluarga Anwar Ibrahim, akan berkesudahan dengan boikot.

PKR terpaksa mengambil masa yang lama dan sehingga ke saat-saat akhir untuk mengumumkan pencalonan Wan Azizah dengan harapan, apabila nama Wan Azizah diumumkan pada saat-saat akhir, mereka dapat membuat damage-control kerana para penyokong PKR dan PAS tidak punya pilihan lain.

Berikut adalah kenyataan media Pemuda PAS Pulau Pinang:

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.

TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK

Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015


Bagaimanapun, beberapa pihak berpendapat, jentera dan pemimpin serta penyokong UMNO-BN tidak perlu teruja dengan keputusan dan kenyataan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang itu. Antara mereka termasuklah Zulkifli Nordin.

Menurut Zulkifli Nordin, perasaan bencikan UMNO sudah berakar umbi di dalam PAS. Justeru kepercayaan kepada mereka, tidak wajar diberikan sepenuhnya. Apatah lagi PAS sendiri seringkali menunjukkan sikap berbolak-balik dan kerap melakukan u-turn dalam banyak keputusan mereka termasuklah dalam isu hudud.

Barangkali kerana sedar masalah itulah, Lim Guan Eng menyatakan bahawa seandainya Wan Azizah kalah di Permatang Pauh, Pakatan Rakyat akan berakhir. Riwayat Pakatan Rakyat yang menggabungkan DAP-PKR-PAS akan ditamatkan dengan Lim Guan Eng cuba meletakkan seluruh kesalahan itu kepada PAS.

Sebenarnya tanpa keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang itu pun, Pakatan Rakyat sudah hampir sampai ke penghujung usia. DAP sendiri sedang bergolak dan desakan beberapa pemimpin kanan DAP agar Lim Guan Eng meletakkan jawatan dan berambus dari Pulau Pinang sudah semakin kedengaran dalam Bahasa Cina.

Begitu juga dengan PKR yang sedang menyaksikan bentengan yang cuba dilakukan oleh kumpulan pro-Wan Azizah ke atas kumpulan pro-Azmin yang semakin berjaya dalam usaha menendang dan merehatkan keluarga Anwar Ibrahim.

PAS sendiri masih bergelut dengan PASMA dan beberapa isu lain termasuklah hudud yang ditentang oleh pemimpin-pemimpin pro-Guan Eng.




ALAHAI WAN AZIZAH... DAH TAK PERLU UNDI DARIPADA PENYOKONG PAS, KATANYA!!!



Barangkali kerana cukup yakin orang PKR dan DAP cukup ramai untuk memenangkannya terutama sekali dengan majoriti besar yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2013, tanpa sedikit pun menoleh kepada keputusan tipis yang diperolehinya pada tahun 2004, Wan Azizah mula mengambil sikap bercakap besar.

Apatah lagi kemenangannya di DUN Kajang pada PRK tahun lepas, sedikit sebanyak barangkali meyakinkan Wan Azizah bahawa walau seteruk mana pun dia, walaupun dia tidak berkelayakan dan berkemampuan untuk menjadi wakil rakyat, kemenangan akan menyebelahinya.

Nampaknya dalam kempen PRK Permatang Pauh, Wan Azizah sudah kembali melakonkan wataknya dengan sebaik-baiknya.

Daripada seorang yang tidak peduli dengan masalah rakyat yang pernah diwakilinya, kini muka Wan Azizah boleh ditemui di serata ceruk dan rantau, melakukan sesuatu yang dia tidak pernah lakukan dan tidak tahu lakukan. Bahkan sampai tersesat terkeluar dari kawasan kempen kerana terlalu teruja dan mahu menunjukkan kepada para pengundi, betapa fasih dan faqihnya dia dengan Permatang Pauh yang pernah diwakilinya sebelum diserahkan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

Kajang tidak lagi dipedulikan. Walaupun Kajang sedang berhadapan dengan masalah banjir kilat, Wan Azizah tidak peduli kerana yang penting baginya adalah buruan untuk mendapatkan takhta Permatang Pauh.



Tendang bola, tunggang basikal, melawat kenduri, berjalan-jalan di pasar malam, Wan Azizah nampaknya tidak mahu melepaskan apa-apa sahaja yang dilihat sangat dekat dengan kehidupan rakyat.

Sedangkan calon daripada UMNO-BN pula, kelihatan santai melaksanakan apa yang telah dilakukannya selama ini di Permatang Pauh memandangkan dia memang tinggal di Permatang Pauh, bahkan anak watan Permatang Pauh berbanding Wan Azizah yang hanya datang untuk berceramah dan kemudian berambus pulang ke Bukit Segambut atau ke Kajang Country Height, rumah mertuanya walaupun dikhabarkan hubungannya dengan mertuanya, kurang baik.

Demi sebuah kuasa, apa-apa pun sanggup dilakukan walaupun akhirnya merupakan satu kerugian kepada para pengundi yang memilihnya.

Apakah kerana sentimen, Wan Azizah akan dipilih dan apabila timbul masalah, maka yang akan dipersalahkan nanti adalah Kerajaan Pusat memandangkan wakil rakyat mereka tidak berfungsi dan sekadar mengejar serta mengepung kuasa?

Penduduk dan pengundi di Permatang Pauh wajar menepuk dada dan bertanya dahi!!!




E8 CAWANGAN KHAS BERJAYA TANGKAP 11 ANGGOTA PENGGANAS DI KAKI GUNUNG NUANG!!!



Satu operasi melibatkan sepasukan E8 Bukit Aman di kaki Hutan Lipur Gunung Nuang, Hulu Langat telah berjaya membongkar rancangan besar puak pengganas yang bertopengkan agama yang merancang untuk mengadakan keganasan besar-besaran di ibu negara.

11 orang lelaki dilaporkan telah berjaya diberkas bersama-sama rampasan 9 buah beg pack pelbagai saiz dan 4 buah kenderaan pelbagai jenis. Antara barangan yang turut dirampas termasuklah bahan-bahan dan unsur-unsur letupan serta kakisan. Turut dirampas adalah beberapa helai bendera hitam tertera tulisan Arab atau lebih tepat lagi kalimah syahadah dan beberapa helai kain ikat kepala berwarna hitam, juga tertera tulisan kalimah syahadah selain beberapa helai baju dan kain hitam.

Kejayaan tersebut telah diumumkan oleh Ketua Polis Negara menerusi twitter rasminya.

Difahamkan, kumpulan berkenaan telah mengakui, mereka sedang melakukan uji kaji peranti letupan rekaan (IED) di lokasi berkenaan. Dipercayai, salah seorang daripada suspek mempunyai pengetahuan asas tentang IED yang diakuinya dipelajari menerusi Internet.

Ancaman kumpulan militan ini nampaknya sudah masuk ke fasa baru. Pun begitu, masih ada ramai yang menganggap, berita-berita sebegini hanyalah satu bentuk sandiwara kerajaan untuk mengalihkan isu-isu panas yang sedang melanda negara.

Barangkali kerana sudah terlalu selesa dan hidup dalam keadaan aman, berita-berita besar sebegini, kurang dipandang berat. Ancaman daripada kumpulan militan seperti IS pula dianggap hanyalah sempelan dan tidak penting!!!


MULIANYA HATI AHMAD MASLAN... MEMAAFKAN ORANG YANG MENGHINA MUKANYA SEBAGAI 'TAIK BABI'!!!



Hanya berselang 9 hari selepas melakukan penghinaan ke atas Ahmad Maslan dan 8 hari selepas mewajarkan tindakan pihak tertentu menghina ibu Ahmad Maslan yang mendorong Ahmad Maslan mengungkapkan kata-kata terbaik, Abdul Halim Hamid meninggal dunia....

"Hinalah saya, kritiklah saya... tapi jangan hina ibu saya. Ibu saya hanya seorang penoreh getah yang sudah tua."

Abdul Halim Hamid yang terlibat dalam satu kemalangan dan koma sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, dua hari sudah.

Ahmad Maslan ketika ditanya reaksinya berhubung penghinaan yang dilakukan oleh Abdul Halim Hamid yang merupakan bapa kepada Adam Adli, hanya tersenyum dan menganggap, penghinaan ke atasnya adalah perkara lumrah terutama dari kalangan orang Pakatan.

Bagaimanapun, apabila diberitahu kematian Abdul Halim, Ahmad Maslan jelas terkejut.

"Saya maafkan dia. Saya telah maafkan dia."



Memaafkan si mati adalah budaya orang Melayu. Juga suruhan dalam agama. Menariknya, kemaafan hanya dipohon oleh ahli keluarga ketika jenazah sedang dalam perjalanan ke liang lahad. Malah lebih menarik lagi, budaya Melayu juga akan memberikan KEMAAFAN SECARA PERCUMA mengenangkan si pembuat kesalahan telah meninggal dunia. Dan kerana KEMAAFAN SECARA PERCUMA itulah, ramai yang mengambil kesempatan dan mengambil mudah kerana beranggapan, apabila mereka mati, maka semua orang akan memaafkan mereka.

Semoga, kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua....




Saturday, April 25, 2015

VIDEO NAJIB DAN ROSMAH MENARI, SEDANG VIRAL DI FACEBOOK!!!



Memang pelik perangai puak-puak ni...

Bersungguh-sungguh pulak mereka menviralkan klip video yang menunjukkan Najib dan Rosmah sedang menari dalam majlis keluarga membabitkan keluarga besan mereka di Khazakstan untuk tatapan umum sekaligus membawa kepada nada kebencian dan sentimen yang meluap-luap kepada pasangan berkenaan.

Golongan berkenaan berusaha untuk menunjukkan betapa kejinya Najib dan Rosmah menari bersama-sama anak dan ahli keluarga mereka dalam majlis keluarga itu. Konon-kononnya, gambaran yang diberikan ialah, betapa tidak senonohnya Perdana Menteri Malaysia dan isterinya sehinggakan mereka boleh menari di khalayak awam.

Apa masalahnya kalau Najib dan Rosmah buat breakdance di dalam majlis keluarga mereka?

Kalau dikatakan Najib dan Rosmah menari merupakan perbuatan jijik yang dirakamkan dalam sebuah klip video, bagaimana pula dengan gelagat Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali?



Yang mana satukah lebih menjijikkan dan begitu menghinakan maruah diri dan para penyokong?

Setakat menari, Anwar Ibrahim sendiri pun menari dengan penuh gaya dalam klip video yang berlatar belakangkan lagu KOPI DANGDUT ketika dia di puncak kuasa sewaktu di dalam kabinet.

Menari dengan anak bini pun, dah jadi satu dosa juga ke?

Dan lebih besar dari dosa bersama China Doll atau DOLL-DOLL yang lain?

Memang ler SAMDOLLL!!!!


RUPA-RUPANYA WANITA YANG TAYANG BUAH DADA DI PETALING STREET SEMALAM, RAKYAT TEMPATAN MALAYSIA!!!


Polis menahan seorang wanita warga tempatan kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Kelakuan wanita tersebut dirakam dan video yang durasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur tersebar di laman sosial, kelmarin.

Dalam video itu, wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibeli sebelum membuka baju serta baju dalamnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, susulan kejadian tersebut, wanita itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan, kira-kira jam 5.30 pagi semalam.

“Ketika ditahan wanita tersebut bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Berdasarkan maklumat lisan, wanita berusia 32 tahun itu, adalah rakyat Malaysia, dan bukannya warga Iran seperti didakwa orang ramai,” katanya.



BERMULALAH DRAMA AIR MATA, RINTIHAN, KELUHAN DAN KEPILUAN DI PRK PERMATANG PAUH DENGAN TERCALONNYA WAN AZIZAH WAN ISMAIL!!!



Barangkali cucu-cucunya sudah tidak perlu dijaga....

Atau barangkali dengan cerita kononnya, permohonan maaf kepada PAS dan Hadi Awang telah dibuat, maka berduyun-duyunlah sokongan daripada orang PAS kepadanya, akan diterjemahkan kepada kertas undi, maka Wan Azizah dengan drama pada saat-saat akhir, mencalonkan dirinya sendiri.

Namun yang pasti, apa-apa sahaja teori tentang KRONISME yang diamalkan dalam keluarga Anwar Ibrahim dan PKR, telah disahkan!

Seolah-olah tiada muka baru dalam PKR, Wan Azizah dicalonkan semula buat kali keempat di Permatang Pauh. Tidak habis dengan masalah di Kajang, nampaknya Wan Azizah berpendirian bahawa tugas seorang Ahli Parlimen dan wakil rakyat cukup sekadar menayangkan kipas hikmat, bersuara lunak sambil menceritakan kesedihan, kesepian dan kehancuran hidup seorang isteri membesarkan cucu-cucunya bersendirian apabila suaminya dimasukkan ke penjara kerana kesalahan yang dilakukan tanpa disuruh-suruh oleh orang lain.

Pun begitu, Wan Azizah dan ahli keluarganya kekal menyalahkan pihak lain, khususnya UMNO dan Najib Abdul Razak pada kejahatan dan keganasan syahwat Anwar Ibrahim yang langsung tidak mengambil kira dosa dan pahala.

Laporan dari 'medan perang' menunjukkan keghairahan para penyokong PKR sendiri seperti yang ditunjukkan sebelum ini, tidak diterjemahkan kali ini. Malahan Abdul Hadi Awang hanya menghantar Mustafa Ali sebagai wakilnya dengan Hadi Awang sendiri mengotakan kata-katanya.

Secara rasminya, malam ini bermulalah kempen air mata. Akan terdengarlah cerita yang sama tentang kesengsaraan, tentang kezaliman pemerintah yang memenjarakan suaminya, tentang perjuangan dari dalam penjara, tentang kronisme dan salahguna kuasa, tentang kesepian dan tentang simpati yang perlu diberikan kepadanya.

Wan Azizah sudah pasti akan mengheret anak-anak perempuannya untuk berceramah di atas pentas. Tidak ketinggalan juga cucu-cucunya buat umpan menagih simpati. Akan ditemberang kononnya, PAS telah bersetuju untuk membantu memenangkannya.

Dan yang pasti juga, nama Allahyarham Fadhil Noor akan dikumandangkan dan 'semangatnya' akan diungkit oleh para penceramah PKR walaupun hakikatnya, pada penghujung hayatnya, Fadhil Nor tidak pernah peduli dengan Anwar Ibrahim pun.


Akan berduyun-duyunkah para hadirin untuk mendengar cerita-cerita sedih Wan Azizah nanti? Atau adakah ceramah-ceramah PKR tanpa PAS akan memperlihatkan kegersangan seperti yang dapat dilihat dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, termasuklah ceramah yang dihadiri oleh Azmin Ali mahupun Wan Azizah sendiri?

Atau adakah Rafizi Ramli yang menyatakan 'ADA KEJUTAN' di Permatang Pauh akan menggerakkan seluruh kekuatan PKR untuk keluar beramai-ramai, melambakkan ratusan ribu para hadirin untuk menakutkan jentera UMNO-BN di Permatang Pauh?

Pesta-pora dengan ini telah dibuka secara rasminya!!!

Guan Eng dan angkatannya sahaja yang sedang duduk di tepi padang sambil menyilang kaki, memegang cawan berisi arak dan sesetengahnya menghisap rokok sambil menulis-nulis angka dan mencongak-congak keuntungan yang bakal diperolehi!!!!


Friday, April 24, 2015

CALON PKR DI PERMATANG PAUH TETAPI DARI KALANGAN AHLI KELUARGA ANWAR IBRAHIM WALAUPUN MUNGKIN BUKAN WAN AZIZAH!!!



Berbaki beberapa jam sebelum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon, cakap-cakap kuat mengatakan tiada kejutan bakal dibuat parti itu dalam usaha menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sehingga berita ini ditulis, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan terus ‘mengawal’ kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Hanya dua nama paling kuat dikatakan menjadi taruhan PKR iaitu sama ada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau anak ketiga mereka, Nurul Nuha Anwar.

Sumber dalaman parti itu ketika dihubungi mStar Online berkata, sentimen pemenjaraan Anwar atas kesalahan meliwat merupakan ‘senjata’ paling kuat parti itu untuk menentang Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh.

Selain itu sumber berkenaan yang juga antara orang kanan kepada pemimpin utama PKR di Pulau Pinang berkata, Dr Wan Azizah dan Nurul Nuha diyakini berupaya meraih sokongan pengundi bersandarkan sentimen Anwar.

“Namun Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah calon paling layak. Selain berpengalaman dalam politik, beliau juga sudah di dikenali dikalangan penduduk setempat.

“Berbeza dengan Nuha, walaupun dikatakan boleh memberi kejutan, tapi dia tak ada pengalaman. Orang pun tak kenal dia lagi melainkan atas faktor anak Anwar. Payah (susah) nak raih sokongan,” kata sumber itu.

Ditanya mengenai cakap-cakap yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut menjadi pertimbangan PKR sebelum ini, beliau bagaimanapun tidak menolak mengenai perkara itu.

Namun katanya terdapat pelbagai faktor yang memaksa PKR untuk ‘menggugurkan’ kedua-dua nama berkenaan daripada senarai calon berpotensi bertanding di Permatang Pauh.

“Sebelum ini wujud perbalahan dalam PKR dalam menentukan calon. Kem-kem dalam PKR mula melobi untuk meletakkan calon masing-masing di kerusi berkenaan.

“Tapi tak semudah itu untuk menang di Permatang Pauh walaupun mereka beranggapan itu adalah kerusi yang mudah menang.

“Jadi sebagai usaha untuk menghentikan pertikaian dalaman, Kak Wan sebagai Presiden PKR terpaksa menggalas tugas tersebut sekali lagi,” katanya.

PKR akan mengumumkan calon mereka di Seberang Perai Arena dalam program ceramahnya yang akan bermula kira-kira pukul 9 malam ini.

Kerusi Parlimen Permatan Pauh diisytihar kosong selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.

Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

-mstar


SPRM AKAN SIASAT NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika terdapat bukti yang kukuh beliau terlibat rasuah, kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) pada Khamis berkata adalah mudah bagi orang ramai untuk membuat tuduhan tetapi suruhanjaya itu tidak boleh bertindak berdasarkan syak wasangka atau jika tidak ada bukti yang kukuh terhadap dakwaan tersebut.

“Jika ada orang yang mengetahui tentang kekayaan Perdana Menteri, mereka tahu apa yang mereka boleh lakukan. Buat laporan polis, tetapi mestilah disertakan dengan bahan.

“Ini bukan soal pergi ke balai polis, gambar anda dikelilingi orang ramai diambil diambil dan menjadi terkenal untuk satu hari.

“Saya tidak mengatakan bahawa PM perlu dilindungi atau tidak harus dipersoalkan.

“Tetapi sebelum kita menuduh beliau terlibat dengan salah laku, sila tampil dengan bukti.

“Jika anda mempunyai bukti yang kukuh, buat laporan dan polis akan menyiasat. SPRM akan bertindak jika terdapat sebarang unsur rasuah.

“Saya menggalakkan sesiapa yang mempunyai bukti salah laku PM untuk tampil ke depan dan membuat laporan. Ini adalah demokrasi,” kata Tunku Abdul Aziz pada satu sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di sini.

Tunku Abdul Aziz ditanya jika PM akan disiasat oleh SPRM bagi dakwaan memperoleh kekayaan dengan cara rasuah.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama ahli-ahli baharu lembaga, yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada 25 Februari tahun ini.

-mstar
top