Wednesday, September 30, 2015

FITNAH KEPADA ROSMAH ADALAH SUATU KESEKSIAN, KESEDAPAN DAN KENIKMATAN TIDAK TERHINGGA!!!



Kalau keluarga Anwar Ibrahim terutama anak dan bininya berkata, orang yang paling banyak difitnah adalah Anwar Ibrahim, mereka adalah pembohong paling wahid. Kewahidan itu memang amat jelas memandangkan Nurul Izzah sendiri mengakui dalam perbicaraan fitnah melibatkannya dengan Raja Nong Chik, dia telah fitnah calon UMNO-BN PRU13 itu.

Justeru bagi mengelakkan perbicaraan lebih banyak menelanjangkan pembohongan dan fitnahnya, Nurul Izzah telah menyelesaikan kesnya di luar mahkamah dan awal sebelum itu dengan bersenjatakan air mata, berjaya memperolehi persetujuan Nong Chik.

Orang yang paling banyak menerima fitnah sebenarnya adalah Rosmah Mansor. Rosmah Mansor telah difitnah dan menarik fitnah semenjak dia mula berkahwin dengan Najib lagi.

Memandangkan kebanyakan fitnahnya tidak dijawab, dan Rosmah sendiri pun bukannya ahli politik yang menyalak dan melalak bila isu peribadinya diperkatakan dan difitnah, makin ler sedap Rosmah difitnah. Apa-apa sahaja berita bahkan walau hanya sekeping gambar Rosmah berposing di hadapan kamera, sudah cukup untuk menimbulkan pelbagai cerita sensasi.

Menjadi Rosmah dalam erti kata lain, amat malang kerana apa-apa sahaja yang dilakukannya akan dipandang serong.

Kalau Rosmah seorang penyanyi yang merakamkan lagu, albumnya pasti akan sold out. Bukan untuk didengar nyanyiannya tetapi album-album tersebut dibeli untuk dimusnahkan secara pukal.

Jadi jangan hairanlah kalau puak penyembah PALAT Kit Siang menggunakan gambar Rosmah untuk mencipta fitnah dan fenomena baru seperti tang dilakukan dan viral masakini membabitkan Persidangan PBB.


Penyembah PALAT Kit Siang itu barangkali terlalu bodoh sehingga berasakan kerusi-kerusi di dewan persidangan boleh diduduki sesuka hati.

Bodoh sangat kut sampaikan tak tahu mana satu kerusi wakil tetap negara dan pemerhati dari negara-negara anggota. Isu yang cuba ditimbulkan ialah ROSMAH DUDUK DI TEPI MENTERI dan persepsinya ialah kerusi berkenaan hanya khas untuk menteri.

Kedatangan dan kehadiran isteri-isteri ketua negara dalam persidangan PBB bukanlah perkara luar biasa dan baru. Hanya mereka yang tidak pernah ambik tahu, tak pernah berminat tetapi tiba-tiba berminat kerana wujudnya Rosmah Mansor di Persidangan PBB sahaja yang akan muncul dengan kenyataan sebodoh itu bagi tujuan fitnah.

Tapi nak buat macam mana, kan... PENYEMBAH PALAT KIT SIANG seringkali palat-palat yang lain sama SEKULOP dengan Kit Siang...

Itu yang sedap sangat buat fitnah kat Rosmah!!!



Tuesday, September 29, 2015

SUDAHLAH PENUBUHAN PARTI PUN MENIPU, SEKARANG, ORANG MISKIN PULA DIGUNAKAN UNTUK MENIPU OLEH PARTI PIMPINAN MAT SABU!!!



Berbohong dan mencari kesalahan, kemudian membuat tuduhan memang mudah. Ia adalah kerja yang tidak memerlukan sebarang modal, cukup sekadar menimbulkan persepsi dan kemudian mempropagandakan persepsi tersebut dengan cara menjaja menerusi kaedah paling murah iaitu meniupkan fitnah dan tipu daya.

Itulah yang dilakukan oleh golongan PARASIT PAS yang kini sudah keluar dan bersekutu dengan DAP di bawah pemidang Gerakan Harapan Baru atau Parti Amanah Negara. Sulaiman @ Leman Raja Lawak yang merupakan Pengerusi Penaja GHB atau PAN. 

Kerja-kerja fitnah ini dilakukan oleh Sulaiman atau Leman Raja Lawak yang menggunakan Facebook sebagai medium utamanya. Maklumat berkenaan separuh benar, tetapi separuh lagi kebenaran telah dan dengan sengaja disembunyikan bagi tujuan fitnah.



Kononnya Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK serta KEDA dan ADUN yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah tidak mengambil sebarang tindakan walaupun si penama adalah seorang penyokong kuat UMNO. Malah kononnya berita tersebut cuba dihilangkan oleh pihak terbabit.

Penama, Zainol Abidin bin Abu Bakar, berusia 36 tahun, dan beralamat di Kg. Lubuk Besar, PDM Teloi dalam DUN Jeneri. Bekerja sebagai penoreh getah dan sudah beristeri serta mempunyai dua orang cahaya mata berusia 8 dan 3 tahun. Dia telah mendirikan rumah sendiri pada pertengahan tahun 2014 di atas tanah milik ibu saudaranya.... teruskan bacaan di BULETIN 247


CATATAN TERAKHIR KHIR TOYO SEBELUM DIPENJARAKAN!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]

The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.
Dr Mohamad Khir Toyo


UMAT ISLAM WAJIB SOKONG PENUH KEENGGANAN JABATAN AGAMA ISLAM MOHON MAAF KEPADA DAP!!!



Walaupun ada yang mengaku beragama Islam dan bernama Melayu, tidak bersetuju untuk menyokong Jabatan Agama Islam Pahang dalam kemelut Khutbah Aidul Adha yang kemudiannya dijadikan senjata oleh DAP untuk memperlekeh-lekehkan institusi Islam di negara ini, yang enggan memohon maaf kepada DAP, sebaliknya menuntut parti itu yang memohon maaf kerana bersikap kurang ajar, biadap, dan tidak faham Bahasa Kebangsaan, ironinya, majoriti umat Islam di negara ini sudah jelak dengan perangai DAP.

Sekaligus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada JAIP.

Hanya golongan munafiq, zindiq dan penyokong liberalisme yang mengambil dasar Bahai yang membenarkan tempat ibadat mereka dikongsi dan digunakan oleh semua agama, sahaja yang akan menyebelahi DAP dalam isu ini.

Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman menolak paksaan DAP agar Institusi Islam Pahang itu memohon maaf kepada DAP, sebaliknya menggesa DAP memohon maaf kepadanya dan umat Islam kerana mempertikaikan khutbah yang disampaikannya pada Hari Raya Haji.

"Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana parti yang mahu jabatan kami untuk meminta maaf dan menarik kembali teks Khutbah Aidil Adha," katanya Abdul Rahman.

Menurutnya, DAP seharusnya menjadi pihak yang memohon maaf kerana cuba campurtangan dalam hal ehwal Islam. Contoh paling ketara ialah apabila para pemimpin parti tersebut bertungkus-lumus menentang pengenalan hukuman hudud di Kelantan.

Abdul Rahman memberikan reaksi kepada kenyataan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Sha yang memberikan masa selama lima hari kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk memohon maaf. Menurutnya, DAP akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Jabatan Agama Islam tidak memohon maaf kepada DAP dalam tempoh yang diperintahkan.

Dalam khutbahnya, Abdul Rahman menekankan perpecahan di kalangan umat Islam dan menyatakan bahawa ia berpunca daripada politik. Dia turut kesal dengan sebahagian orang Islam yang menjadi anggota DAP, sedangkan DAP SECARA TERBUKA MENENTANG ISLAM sepertimana yang ditunjukkan oleh DAP dalam Isu Hudud dan kebimbangan keterlaluan DAP terhadap PAS Selangor yang mungkin akan membawa isu yang sama.

Mufti Pahang itu juga melahirkan kekecewaannya dengan orang-orang Islam di dalam DAP.

"Mereka seharusnya mempertahankan institusi dan badan-badan rasmi Islam berbanding mengancamnya dengan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Menurutnya lagi, khutbah itu adalah berdasarkan ayat-ayat al Quran yang antara lain melarang golongan yang beriman daripada bersekutu dengan golongan kafir sebaliknya memerintahkan umat Islam agar bersatu.

Mufti Pahang itu turut menafikan khutbah itu mengandungi unsur-unsur hasutan sebagaimana yang didakwa oleh DAP!


KESURAMAN INSTITUSI KEHAKIMAN MALAYSIA... HUKUMAN KE ATAS KHIR TOYO KEKAL, PENJARA 12 BULAN!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Persekutuan kerana kesalahan rasuah.

Dr Khir diarah menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Ketua Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan Dr Mohamad Khir telah melakukan jenayah di bawah pengetahuan dirinya sebagai penjawat awam.


Mahkamah Persekutuan minggu lalu mengekalkan sabitan bersalah terhadap Dr Khir terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.

Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.

Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.



ISU PANGGIL DUTA CHINA KE WISMA PUTRA... ANIFAH AMAN KESAL, ADA MENTERI YANG MEMANDAI-MANDAI!!!



Ada tiga orang Menteri yang cuba menjadi suara Anifah Aman dalam isu memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataannya yang berkemungkinan besar telah diputarbelit oleh Ronnie Liu.

Menteri-menteri tersebut adalah HAMZAH ZAINUDDIN, REEZAL MARICAN dan NAZRI ABDUL AZIZ.

Hamzah Zainuddin adalah pemangku Menteri Luar. Reezal Marican adalah Timbalan Menteri Luar dan Nazri Aziz pula adalah Menteri Pelancongan.

Berikut adalah kenyataan media yang telah dibuat oleh Menteri Luar, Anifah Aman pada 28 November 2015:

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI LUAR NEGERI MENGENAI PEMANGILAN DUTA BESAR CHINA KE WISMA PUTRA

1. Saya ingin menjelaskan bahawa perkara memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra adalah merupakan satu amalan biasa. Ia bertujuan untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuat oleh beliau semasa lawatan beliau ke Petaling Street tempoh hari. Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya.

2. Memanggil Duta Besar asing ke Wisma Putra ini bukanlah kali pertama yang telah kita lakukan. Wisma Putra telah membuat perkara yang sama dengan Duta Amerika Syarikat, Duta Vatican dan Duta Singapura pada masa yang lalu. Amalan ini adalah amalan biasa dan selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961.

3. Sebagai sebuah negara berdaulat, kita juga perlu menyampaikan pendirian kita kepada China dengan jelas. Dalam perkara ini, setelah berbincang dengan YAB Perdana Menteri, saya membuat keputusan untuk memanggil Duta Desar China untuk hadir di Wisma Putra bagi memberi penjelasan..

4. Saya juga berpandangan bahawa isu ini tidak perlu dibawa ke peringkat Menteri kerana sebagai amalan biasa ianya ditangani di peringkat pegawai kanan di Wisma Putra sahaja.

5. Saya berasa amat dukacita kerana beberapa Menteri Kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu. Untuk makluman, saya tidak pernah sekali pun membatalkan arahan saya untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau. Sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan Menteri-Menteri lain. Sebaliknya campur tangan mereka telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai. Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang di masa akan datang.

DATO’ SRI ANIFAH AMAN
28 September 2015


Isu memanggil Duta Besar ke Wisma Putra mula jadi isu YO-YO. Sekejap batal, sekejap panggil... dah rupa macam iklan biskut pulak.

Semalam, pemangku Menteri Luar, Hamzah Zainuddin telah MEMBATALKAN arahan memanggil Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang menerusi sepucuk surat. Arahan memanggil Duta Besar China ke Malaysia itu telah dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Reezal Marican.

Nazri Aziz yang portfolionya adalah pelancongan, turut campurtangan dengan menyatakan, tindakan Reezal Marican memanggil Duta Besar China itu sebagai tidak mengikut protokol. (RUJUK SINI)

Kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Luar, Anifah Aman jelas menunjukkan Reezal Marican mengikut arahan sebaliknya PEMANGKU Menteri Luar dan Menteri Pelancongan pula, cuba memandai-mandai dalam urusan Kementerian Luar, dengan cara mengambil kesempatan daripada ketiadaan Anifah Aman di dalam negara.

Amat jelas dalam kenyataan medianya itu, ANIFAH AMAN TIDAK PERNAH MEMBATALKAN ARAHANNYA untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra.

Sekarang, kita nak tahu, arahan siapa pula yang diikuti oleh Hamzah Zainuddin dan Nazri Abdul Aziz?


Kenapa Nazri mencemuh Reezal Marican dengan menyatakan tindakan memanggil Duta Besar China itu sebagai tidak mengikut protokol, sedangkan dia sendiri melanggar protokol selaku Menteri Pelancongan yang tidak seharusnya campurtangan dalam urusan Kementerian Luar? Dan mengapa pula Hamzah Zainuddin membuat keputusan memandai-mandai sedangkan dia hanyalah PEMANGKU yang seharusnya dalam apa cara sekalipun, mendapatkan makluman daripada Menteri Luar yang sebenarnya?

Adakah ini SALAH KOMUNIKASI atau masing-masing cuba nak tunjuk siapa paling pandai atau rampas kuasa... atau sebenarnya SIAPA YANG PALING PANDAI AMBIL HATI CINA memandangkan Ronnie Liu DAP telah memutarbelitkan kenyataan Huikang yang China akan mempertahankan 'orang Cina' bukannya 'rakyat China'?


INILAH BUKTI KERAJAAN MELAYU UMNO YANG SANGAT RASIS DAN MENGANCAM KAUM MINORITI!!!



BUKTI MELAYU RASIS BAGI CINA KAYA RAYA

1, Robert Kuok, 91, $11.3B, diversified
2, Ananda Krishnan, 77, $9.7B, telecom

3, Quek Leng Chan, 74, $5.6B, banking & real estate

4, Lim Kok Thay, 64, $5.5B, casinos
5, Teh Hong Piow, 85, $5.4B, banking
6, Lee Shin Cheng, 76, $4.6B, palm oil & real estate
7, Yeoh Tiong Lay, 85, $3B, construction & real estate
8, Syed Mokhtar AlBukhary, 63, $2.9B, diversified
9, Goh Peng Ooi, 60, $1.6B, software
10, Lee Oi Hian & Lee Hau Hian, -, $1.5B, palm oil/chemicals/real estate
11, Tiong Hiew King, 80, $1.4B, timber/media
12, Surin Upatkoon (aka K.K Lau), 66, $1.3B, telecoms/lotteries/insurance
13, Danny Tan Chee Sing, 60, $1.3B, real estate
14, Vincent Tan, 63, $1.2B, diversified
15, Lau Cho Kun, 80, $1.1B, palm oil/real estate
16, Tan Heng Chew, 68, $1B, motor vehicles
17, G. Gnanalingam, 71, $985M, ports
18, Kuan Kam Hon, 67, $980M, synthetic gloves
19, Jeffrey Cheah, 70, $950M, real estate
20, Azman Hashim, 76, $865M, banking
21, Shahril & Shahriman Shamsuddin, -, $860M, oil & gas
22, Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming, -, $820M, forestry
23, Desmond Lim Siew Choon, 54, $780M, real estate
24, Chen Lip Keong, 68, $750M, casinos
25, Syed Azman Ibrahim, 55, $740M, transport/motor vehicles
26, Mokhzani Mahathir, 54, $700M, oil & gas services
27, Lim Kang Hoo, 61, $650M, real estate
28, Ahmayuddin bin Ahmad, 59, $600M, ports
29, Chia Song Kun, 65, $560M, food production
30, Ninian Mogan Lourdenadin, 61, $550M, real estate/retail
31, Kamarudin Meranun, 54, $540M, airlines
32, Ngau Boon Keat, 67, $535M, oil & gas
33, Anthony Fernandes, 51, $530M, airlines
34, Lim Kuang Sia, 63, $510M, rubber gloves
35, Ong Leong Huat, 71, $435M, finance/real estate
36, Chong Chook Yew, 92, $380M, real estate
37, Ling Chiong Ho, 64, $350M, palm oil/ships
38, Lim Han Weng, 63, $340M, oil & gas
39, Loh Kian Chong, 39, $325M, motor vehicles/palm oil
40, Leong Hoy Kum, 58, $320M, real estate
41, Lim Wee Chai, 57, $315M, rubber gloves
42, Gooi Seong Lim, 65, $310M, property/construction
43, Kua Sian Kooi, 63, $305M, insurance
44, Khoo Kay Peng, 76, $300M, retail/hotels
45, Khoo Cheng Hai, 74, $285M, real estate
46, Lim Teck Meng, 78, $280M, Manufacturing
47, Ng Chin Heng, 66, $275M, real estate
48, Tan Chin Nam, 89, $270M, real estate
49, Abdul Hamed Sepawi, 66, $255M, timber
50. Kong Chong Soon, 74, $240M, real estate (sumber)


Monday, September 28, 2015

APA PULA TUDUHAN YANG BAKAL DILEMPARKAN SETELAH ORANG KUAT TUN MAHATHIR PULA DIARAHKAN MEMBERIKAN KETERANGAN DI IPD DANG WANGI?



Peguam Khairuddin Abu Hassan merangkap orang kuat Tun Mahathir, Matthias Chang telah dipanggil untuk merakamkan kenyataannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini berkenaan kes yang membabitkan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan yang telah disingkirkan dari UMNO itu

Matthis tampil sebagai saksi di balai polis itu pada jam 9:30 pagi bersama-sama peguamnya, Zainol Zakaria dan seorang lagi peguam, Ahmad Bazlan Che Kassim untuk membantu siasatan polis.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ahmad Bazlan yang ditemui oleh wartawan.

"Testimoni itu telah dirakamkan selama sejam... kami akan kembali semula ke Dang Wangi pada hari Jumaat, untuk menyambung keterangan," katanya.

Dalam satu perkembangan lain, Ahmad Bazlan berkata, Khairuddin masih lagi berada di wad Hospital Kuala Lumpur setelah disyaki dijangkiti demam denggi.

Khairuddin sebelum ini telah ditangkap di rumahnya di Mont Kiara.

Dia telah direman selama enam hari bermula 19 September di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.

Pada 23 September, Khairuddin telah ditangkap semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah SOSMA atas dakwaan cuba mensabotaj negara.


PENERANGAN TENTANG 'KEBAIKAN' TPPA SUDAH MULA DIGERAKKAN... APAKAH MALAYSIA SUDAH TERPAKSA MENANDATANGANINYA?



Hari ini, jam 11:00 pagi tadi, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn telah diadakan satu PENERANGAN KHAS Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) & Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bersama-sama Dato' Sri Mustafa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Daripada penjelasan tersebut, diberitakan bahawa Malaysia MEMERLUKAN PERJANJIAN ITU kerana bimbang terlepas peluang perniagaan. Malaysia juga adalah antara 4 negara tertinggi kebergantungan dengan perdagangan.

Diberitakan juga bahawa sekiranya Malaysia tidak menandatangani TPPA bermakna banyak 'keistimewaan' TPPA yang tidak akan dikecapi oleh Malaysia. Antaranya termasuklah peluang barangan buatan Malaysia memasuki pasaran dunia.

Untuk menghalalkan perjanjian tersebut, dimasyhurkan pula bahawa pasaran tempatan Malaysia agak kecil. Dek kerana itulah, syarikat-syarikat besar yang bertapak di Malaysia, memerlukan TPPA sekiranya ingin berniaga di seberang laut kerana TPPA dikatakan memberikan peluang yang lebih besar dan pasaran yang lebih meluas.

Bagaimanapun, Malaysia belum lagi menandatangani perjanjian TPPA sebaliknya dalam proses rundingan. Untuk menandatangani TPPA, memerlukan kelulusan kabinet. Dan kerana itulah, penerangan ke peringkat akar umbi perlu dibuat.


Selepas IMPLEMENTASI GST yang serba menggagalkan, serta meruapkan kemarahan hampir keseluruhan rakyat Malaysia, walaupun pelbagai penerangan telah diberikan, nampaknya kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO mencuba lagi untuk mengimplementasi laluan berliku yang serba tidak popular, malah kesannya jauh lebih besar berbanding tentangan terhadap GST.

Biarpun alasan yang diberikan oleh Kerajaan adalah untuk MEMBOLEHKAN syarikat-syarikat besar mengaut keuntungan besar menerusi perdagangan antarabangsa, namun tidak pula diterangkan tentang natijah yang akan diterima oleh orang awam di negara kesan daripada perjanjian TPPA yang telah ditandatangani.

'Kegagalan' GST untuk menurunkan harga barang kerana implementasi dan penguatkuasaan yang sangat lemah di pihak berkuasa, tidak akan seberapa berbanding TPPA yang turut ditentang keras oleh masyarakat di Australia, New Zealand, Jepun mahupun Korea Selatan. Biarpun diterangkan tentang kebaikan yang diterima secara makro, tetapi kebinasaan secara mikro nampaknya tidak dapat tempat.


Bagaimana dengan pesakit-pesakit yang hidup mereka bergantung kepada ubat-ubatan? Adakah harga murah ubat-ubatan atau perkhidmatan perubatan yang diterima daripada hospital-hospital kerajaan sekarang ini akan terus dinikmati atau harga ubat juga akan terpilih-pilih dengan sebahagian daripada ubat-ubat berharga mahal, akan terus meningkat harganya dan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pesakit?

Atau adakah ubat-ubatan generik yang biasa digunakan sekarang ini, berhadapan dengan masalah paten dan hakcipta, memaksa pesakit membeli ubat-ubatan keluaran asal yang harganya berlipat kali ganda?

PENANDA ARASNYA SEKARANG ADALAH GST!!!

Walaupun berbuih-buih mulut dan penjelasan yang diberikan oleh pelbagai pihak tentang GST, akhirnya apa yang diacum dan kononnya difitnah, sebenarnya adalah satu KEBENARAN HAKIKI. Semenjak implementasi GST pada April lepas, tiada suatu barangan pun yang turun harga, sebaliknya melambung berkali-kali ganda termasuklah barangan yang disenaraikan tidak dikenakan GST seperti makanan. Apatah lagi dengan KPDNKK sendiri pun, walaupun kementerian tersebut wujud, tetapi ia lebih kepada tempat dan lubuk untuk mereka yang tidak bekerja memperolehi gaji cara mudah!!!

Walau apa pun kebaikan tentang TPPA, APA KEBAIKAN YANG AKAN DIPEROLEHI oleh rakyat bawahan (bukannya syarikat-syarikat besar yang berdagang di luar negara) kesan daripada tandatangan perjanjian TPPA?

Jangan beretorik kerana kesannya adalah rakyat bawahan, bukannya syarikat besar yang akhirnya akan mengenakan bayaran lebih kepada masyarakat pengguna sebagaimana yang berlaku dalam GST. Jangan terlalu banyak berdalih kerana kesan daripada KEGAGALAN KERAJAAN MENGAWAL TELCO di Malaysia pun, masih tidak tertebus sehingga kini walaupun Menterinya pun sudah bertukar ganti!


23w
Sebelum bercakap tentang kebaikan yang dinikmati hanya sekelompok komuniti manakala kelompok terbesar pula perlu menampung keuntungan mereka sebagaimana yang sedang berlaku sekarang, elok sekiranya Kerajaan bercakap tentang kesan-kesan buruk TPPA kepada rakyat kerana di Australia dan New Zealand, penentangan ke atas TPPA sudah sampai ke peringkat menukar Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan!!!

Apatah yang kelihatan memberikan penjelasan tadi adalah AHMAD MASLAN, fobia tentang GST seakan-akan masih terasa!!!




TUJUH SUSPEK BUNUH KEVIN MORAIS DIHADAPKAN KE MAHKAMAH... WAJAH MEREKA TERDEDAH!!!



Pakar patologi tentera Kolonel Dr. R. Kunaseegaran didakwa di hadapan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini kerana bersubahat dengan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, yang mayatnya ditemui di dalam drum konkrit berisi simen. 

Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 akta yang sama. Sementara itu, enam lagi - G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, AK Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, pelajar S. Nimalan, 22, dan pemungut hutang S. Ravi Chandaran, 44 - disyaki membunuh Kevin pada 4 September 7:00-8:00 dari Jalan Dutamas Raya ke Jalan USJ 1 / 6D. 

Mereka menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama. Pertuduhan dibacakan kepada semua tertuduh dalam Bahasa Malaysia dan mereka mengangguk tanda pemahaman mereka. 

Kesemua tertuduh muncul tanpa sebarang emosi kecuali Nimalan, yang menundukkan kepalanya semasa prosiding mahkamah. Adik lelaki Kevin, Richard, kelihatan marah-marah ketika pertuduhan dibacakan kepada tertuduh. 

Tiada pengakuan direkodkan manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa, Manoj Kurup dan Mohd Dusuki Mokhtar meminta tarikh lain sementara menunggu penyerahan laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang berkaitan. 

Kunaseegaran diwakili Datuk N. Sivanathan dan Datuk Geetha Ram Vincent, manakala peguam M. Manogaran mewakili Dinishwaran. Lima yang lain tertuduh tidak diwakili peguam dan peguam Americk Sidhu hadir sebagai peguam pemerhati keluarga Kevin. Majistret Siti Radziah Kamardin menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan semula kes. 

Ketika ditemui selepas mahkamah ditangguhkan, Richard enggan bercakap dengan pemberita. Mayat Kevin, 55, ditemui dalam dram dipenuhi dengan konkrit simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September. 

Beliau dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, menuju ke pejabatnya di Putrajaya pada sebuah kereta Proton Perdana yang mempunyai nombor pendaftaran WA6264Q. Penyiasat berkata Kevin telah diculik selepas Persiaran Duta, kira-kira 2km dari apartmen beliau di Menara Duta. 

Beliau telah didakwa turun untuk memeriksa kerosakan pada keretanya, apabila penghuni kenderaan lain sondol keretanya dari belakang dan terus dicekup bawa masuk ke dalam trak pikap besar.

SUMBER


PESTA MANDI BUIH DI PULAU PINANG DAN LIM GUAN ENG BULI AWEK HOT!!!



Anda tak teringin nak sertai Pesta Mandi Buih yang dianjurkan pada 11 Oktober di Padang Polo, Pulau Pinang dari jam 7:00 pagi sehingga 11:00 pagi? Sehari sebelum itu iaitu pada 10 Oktober pula, ada LARIAN BUIH di Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Pulau Pinang.

Sebelum ini, parti bikini yang menampilkan wanita-wanita tidak berbaju kecuali hanya mengenakan coli sahaja dan sepatutnya diadakan pada 1 Oktober, telah dibatalkan oleh kelab yang menganjurkannya.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain, Tweeter seorang individu yang bernama Alliscia Tan yang menggunakan akaun Tweeter Alice, telah dimuatnaik oleh Lim Guan Eng, atau admin laman Facebook rasminya sekaligus menjadikan wanita tersebut 'diserang' oleh para pengikut Lim Guan Eng, ekoran statusnya mengkritik Lim Guan Eng dalam menangani masalah anjing-anjing jalanan yang kini berhadapan dengan skuad pembunuh.


Tweeter Alice bukannya viral pun. Ketika Tweetnya dipetik, hanya satu perkongsian dan balasan daripada kawannya sebelum tiba-tiba menjadi sangat 'famous' setelah diangkat oleh laman rasmi peribadi Facebook Lim Guan Eng.

Kesalahan besar yang dilakukan oleh Alliscia ialah, mengadu tentang serangan-serangan RBA ke atasnya kerana mengkritik kaedah pembinasaan rabbies menerusi pembunuhan anjing-anjing jalanan liar. Kritikan Alliscia itu kemudiannya 'menarik perhatian' Lim Guan Eng sehingga perlu memuatnaikkannya ke laman rasmi Facebook Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ada juga masa untuk Lim Guan Eng untuk stalker akaun tweeter Alliscia yang jelita itu yek?

Tidak dapat dipastikan sama adalah Alliscia Tan adalah 'manusia sebenar' tetapi akaun Twitternya telah wujud semenjak 2012. Yang pasti ialah, gambar profilnya memang 'sejuk' mata memandang sekaligus mendorong tarikan tersendiri!!!

Inilah yang dinamakan UBAH dan INI KALILAH! Anda tidak boleh menentangnya kerana menentangnya bererti RASIS!!!


Ketika DAP telah menyatakan, kemungkinan besar mereka akan mengambil tindakan saman ke atas Majlis Agama Islam Pahang dan Mufti Pahang kerana khutbah Aidil Adha, di Pulau Pinang sendiri, menjelaskan apa sebenarnya DAP dan mengapa khutbah Aidil Adha yang digunakan di Pahang adalah selari dengan perbuatan mereka.

Tak tahulah kalau Parti Amanah Negara (Tanah Air Tercinta) berjaya menemui dalil-dalil naqli untuk membenarkan tindakan DAP dan Lim Guan Eng serta menyalahkan Majlis Agama Islam Pahang serta Alliscia Tan.


Sunday, September 27, 2015

UMMI HAFILDA, SUMPAH LAKNAT DAN KHAIRUDDIN ABU HASSAN... SINONIM BENAR DENGAN MENCARI KEMASYHURAN CARA MUDAH!!!



Lama menghilangkan diri selepas berkahwin dengan pak arab, akhirnya Ummi Hafilda muncul semula. Kali ini dengan bermediumkan, Kuasa Suara Rakyat, sebuah NGO yang diketuainya, mencipta cerita yang sama, menggunakan skrip 1998 dengan peralihan watak daripada Anwar Ibrahim kepada Najib Abdul Razak. Cuma ada sedikit perubahan skrip apabila jalan cerita kali ini tidak melibatkan skandal kakak iparnya dan bakal Perdana Menteri, sebaliknya hanya melibatkan Najib Abdul Razak.

Ummi Hafilda yang merupakan adik perempuan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, mendesak Najib agar membuat sumpah laknat berhubung RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri menerusi akaun peribadinya menjelang PRU-13.

Menurutnya, Najib perlu bersumpah laknat bahawa RM2.6 bilion itu diterima daripada jutawan Arab yang digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya untuk kepentingan peribadinya.

Mendakwa NGOnya dianggotai oleh 30,000 orang (angka yang sama yang turut didakwa dimiliki oleh Jamal Mohd Yunos), Ummi Hafilda turut merancang untuk mengadakan solat hajat yang turut mempelawa Tun Dr. Mahathir menyertainya sebelum menghantar memorandum kepada Najib. (RUJUK SINI)


Ummi Hafilda turut menyatakan simpati kepada Khairuddin Abu Hassan yang telah ditahan di bawah SOSMA dan menyatakan, dia faham 'penderitaan' yang dialami oleh Khairuddin Abu Hassan dengan merujuk kes bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan itu dengan nasibnya pada tahun 1997.

Penahanan Khairuddin di bawah SOSMA disifatkan sebagai 'penyalahgunaan kuasa' pihak berkuasa.

Nampaknya, 'drama queen' yang sangat gemar dengan limpahan lampu flash kamera wartawan, sudah muncul. Anehnya, dia tidak pula meminta dan mendesak abangnya, Azmin Ali membuat sumpah laknat berhubung kehilangan RM9.75 bilion daripada pelaburan DEIG yang bercempera.

Azmin Ali dan PKR mendakwa, DEIG belum lagi beroperasi, tetapi banyak pihak yang mempertikaikan pembayaran zakat yang dibuat oleh DEIG selain 7 anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang rugi teruk selain penjualan serta pelupusan beberapa aset anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bagi menampung kerugian hasil daripada pentadbiran dan pengurusan operasi yang amat lemah.

DEIG kurang menarik perhatian daripada golongan pro-Tun yang cukup bersemangat bercakap tentang RM2.6 bilion dan 1MDB, sekalipun pihak berkuasa termasuklah SPRM dan PDRM, telah mengesahkan tiada sebarang penyelewengan serta salahguna kuasa dan dana serta rasuah. Kelompok berkenaan masih kekal dengan pendirian mereka bahawa 1MDB dan RM2.6 bilion adalah satu bentuk penyelewengan tetapi langsung tidak bersuara apa-apa tentang DEIG.

Ada cubaan untuk mencungkil dan mendedahkan kepincangan DEIG, namun isu tersebut segera ditimbus dengan serangan lebih besar dan lebih kuat canangnya terhadap 1MDB dan RM2.6 bilion!


RUMAH PELACURAN DI MAKKAH... SAIFUL NANG TERUS TERKESIMA APABILA DIASAK, DI MANA LOKASI PELACURAN SEBAGAIMANA DAKWAANNYA!!!



Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang photographer terkenal negara, Saiful Nang, memuat naik status yang menyentuh isu maksiat di Tanah Haram.

Status dari Saiful Nang itu mendapat kecaman hebat dari orang ramai sehinggakan sampai ke hari ini masih ramai mengutuk tindakannya di laman Facebook rasmi beliau.

Berikutan dari status ini, seorang pengguna Facebook, Mohd Danial Madani tampil menjawab kembali apa yang ditulis oleh Saiful Nang.


Menurut Danial, beliau telah bertanya Saiful Nang secara peribadi tentang perkara ini melalui aplikasi Whatsapp dengan tujuan ingin mendapatkan penjelasan tujuan Saiful Nang memuat naik status tersebut.

Jawapan Penuh Dari Danial

MENJAWAB BALIK STATUS SAIFUL NANG - AIB TANAH HARAM

Saya telah berhubung dengan beliau di whatsapp sebelum melakukan status ini untuk meminta penjelasan terakhir sebelum saya menulis apa-apa tentang statement atas status beliau. Saya akan fokus tentang tanah haram dan Negara Arab Saudi secara umumnya. Seperti mana tulisan beliau yang saya copy terus dari status beliau:

"Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi?"

Saya yakin ramai orang Islam yang membaca tulisan ini samada yang pernah datang ke tanah haram Mekah atau belum akan rasa terkilan kerana dengan berani beilau menyebut perkara seperti ini didepan orang awam dan dibaca oleh ratusan ribu orang. Persoalan awalnya untuk tujuan apa didedahkan kepada orang awam?

Saya telah bertanya beliau apa motif status ini?
Jawab beliau:

"Supaya manusia sedar islam sudah masa untuk dibangkitkan bukan terus menerus dalam kebatilan yang nyata dihadapan mata"

Persoalanya apakah dengan cara menulis status itu adalah cara yang betul dan paling baik serta menjadi jalan untuk membangkitkan Islam? Apakah semua perkara yang kita tahu kita perlu beritahu? Dan apakah medan FB adalah tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya lebih-lebih lagi berkaitan keaiban tanah haram yang mulia?

Saya tanya lagi, apakah nama kampung yang banyak tempat pelacuran tu?
Jawab beliau:

"Tahan pemandu teksi badwi.. tanyakan sahaja tempat pelacuran disekitar perkampungan (saya tidak tulis nama kampung) dan sebuah lagi kampung jika nak ke arafah akan melaluinya. Saya pernah dengar perkara itu dan saya tanyakan orang biasa disana dan ramai mereka juga yang tahu"
Jika kita diteliti tulisan beliau seakan-akan beliau pernah pergi sendiri dan melihat, walhal beliau hanya tanya orang biasa disana (mekah) dan minta saya tanya pemandu teksi badwi. Ini jelas menunjukkan beliau tidak pernah pergi dan nampak sendiri, atau jika pernah pergi sekalipun atas tujuan apa? dan bagaimana tergamak boleh sampai ke sana dan ambil tahu keburukan-keburan tanah haram? Sepanjang saya bermuamalat dengan jemaah umrah dan haji tiada yang ringan mulut mereka mahu bercerita perkara-perkara buruk apatah lagi mahu mencari-cari keburukan dan menceritakan bila sampai ke tanah air. Na'uzubillah.

عن حفص بن عاصم رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " كفى بالمرء كذبا أن يحدّث بكل ما سـمع
Daripada Hafs bin 'Asim radiallahu 'anhu, berkata Rasulullah saw: "Cukuplah seseorang itu dianggap seorang penipu jika dia menceritkan apa sahaja yang dia dengar. (HR Muslim)

Jika ia benar sekalipun, ia tidak wajar disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah yang besar dan mengelirukan perasaan orang awam tentang kebaikan tanah haram.

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها
"Fitnah itu sifatnya seperti sesuatu yang tidur, dan laknat Allah atas mereka yang mengejutkannya"

Kami sebagai pelajar yang duduk tanah haram pun tidak sanggup nak tahu, dan nak dengar apatah lagi menceritakan kepada orang awam kerana tiada keperluan bahkan mewujudkan perasaan benci dan sangka buruk kepada tanah suci haram. Kami tahu ada kelemahan-kelemahan atau kekurangan yang berlaku di tanah haram atau Arab Saudi yang kami nampak didepan mata sendiri, tapi kami anggap itu ialah dosa atau keburukan yang tidak dapat dielak seperti sikap orang arab yang kasar dan lain-lain, tidak pula kami mahu tangkap gambar-gambar buruk atau menyibukkan dengan bercerita tentangnya. Ini tugas kita untuk menjaga aib ini dari orang Islam sendiri atau musuh-musuh Islam.

Saya tanya beliau kenapa ambil khabar hanya dari bertanya sahaja? JIKA benar apakah wajar untuk memburukkan nama bumi haramaian di status FB? Kenapa tidak bertindak memberi teguran terus kepada pihak berkuasa?

Jawab beliau:
"Saya berani cakap kerana saya takut memfitnah tanah haram jika itu tidak benar. "All the best kami ada cara kami untuk kembalikan islam pada islam, tuan buat cara tuan, jika tujuannya sama kita akan berselisih lagi nanti"

Apakah jika tidak berani memfitnah tanah haram menjadi harus dan perlu untuk mengaibkan tanah haram? Mengaibkan tanah haram itu kenapa boleh jadi berani? Kenapa tidak diadukan kepada pihak berkuasa, samada polis sendiri, badan-badan dakwah seperti badan amar makruf nahi mungkar, maktab-maktab yang berkaitan dan banyak lagi jalan untuk berkongsi maklumat dengan tujuan mencegah kemungkaran. Bukankah itu lebih baik? Menutup aib dan menegur secara senyap. Jika tidak lebih baik DIAM dan cegah dalam hati bukan beritahu semua orang! dan bukankah lebih MENDAMAIKAN dari menyibukkan lidah menceritakan keburukan. Saya tidak dapat pastikan tentang "banyaknya" rumah pelacuran seperti yang beliau dakwa, dan saya tak nak tahu perkara-perkara buruk seperti itu. Jika ada wajib untuk simpan dan berdosa memberitahu tanpa tujuan yang jelas.

Buat pengetahuan pembaca, kerajaan Arab Saudi telah melakukan terbaik dalam urusan dakwah, banyak buku-buku agama disebarkan secara percuma dan poster-poster dakwah ditampal serta pamplet-pamplet diedarkan secara percuma untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Situasi seperti ini dirasai oleh kami sendiri yang hidup disini. Selain itu ada kereta yang meronda dikawasan pekan untuk mengajak masyarakat solat dan segera tutup kedai untuk menunaikan solat. Saya tidak pernah rasa situasi seperti ini di Malaysia malah beberapa negara yang saya pernah singgah, iaitu waktu solat dihormati sepenuhnya dan masjid dipenuhi untuk menunaikan solat dan kedai-kedai ditutup kesemunya. Subhanallah. Apakah ini bukan sesuatu yang baik dan wajar ditiru dan diikuti dan dijadikan tauladan yang baik buat semua umat Islam?

Apakah sehingga sekarang kita masih tidak sedar bahawa SYIAH LAKNATULLAH selalu memburuk-burukkan nama ARAB SAUDI bagi kepentingan nafsu dan agenda mereka? Apakah kita masih jahil bahawa IRAN sentiasa mengambil peluang untuk memburuk-burukkan negara Ahlus Sunnah seperti Arab Saudi? Bacalah kenyataan-kenyataan fasad dan batil mereka seperti yang dalam akhbar. MEREKALAH sebenarnya yang menjadi orang tengah yang memecah belahkan kaum muslimin sunni. Mereka mencari apa sahaja jalan untuk memburukkan Arab Saudi terutamanya Mekah dan Madinah agar kaum muslimin timbul rasa benci, sangka buruk dan bertelagah sesama sendiri. Hayatilah surah al-Hujurat ayat 6 yang mana Allah mengarahkan kita memeriksa (tabayyun) apa sahaja berita yang datang dari orang fasiq agar kita tidak menyesal kerana menyebarkannya.

PERSOALAN TERAKHIR:

1. Kenapa beliau menulis status diwaktu ini yang mana dunia sedang mencari-cari keburukan Kerajaan Arab Saudi dalam isu haji, ini akan menyebabkan kemarahan orang lain yang susah memahami isu dengan baik dan menyebabkan ramai orang salah faham. Apakah beliau menyimpan sesuatu dendam?

2. Apakah tanah haram itu sifatnya mensucikan? apakah semua yang duduk ditanah haram mesti kena suci dari dosa? apakah langsung tiada pelaku maksiat di zaman Nabi saw, bahkan ramai melakukan syirik menyembah berhala di kota Mekah ketika Nabi saw masih hidup? Apakah tugas dan yang dilakukan Nabi saw ketika itu?

Tidakkah beliau tahu dizaman Nabi saw ada seorang lelaki yang kuat minum arak dan telah dihukum tetapi Nabi saw tetap melarang para sahabat melaknatnya kerana kata Nabi saw

لا تلعنوه فالله ما علمت أنه يحب الله ورسوله
"Janganlah kalian melaknati beliau, demi Allah aku mengetahui bahawa beliau mencintai Allah dan Rasul" (HR Bukhari)

3. Apakah Kerajaan Arab Saudi perlu jadi sempurna sentiasa dimata beliau tanpa sedikit pun kekurangan dan kelemahan yang pasti akan berlaku? Apakah tugas orang Islam bila mengetahui kekurangan seseorang? apakah mengaibkan? menambah rosak? menjatuhkan?

عن المبارك قال : كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر , فيؤجر في ستره , ويؤجر في نهيه , فأما اليوم فإذا رأى أحد ما يكره استغضب أخاه وهتك ستره
Berkata Ibn Mubarak:
"Dulu, seseorang apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang dibenci diapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas teguran secara sembunyi dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang dia benci, dia membuat saudaranya marah dan dia sebarkan aibnya(saudaranya)."

Persoalan saya apakah dengan status itu akan menambah baik? atau menambah kebencian sesama muslim?

4. Apakah wujud negara yang maksum atau sunyi dari segala maksiat, dosa, dan jenayah? Apakah Mekah dan Madinah telah dijamin maksum oleh Allah dan Rasul bahawa penduduknya akan bersih dari dosa!

5. Apakah beliau dikatakan tidak bertanggungjawab jika andaikata beliau ada pekerja-pekerja yang berdosa dan melakukan jenayah walhal beliau telah melakukan terbaik untuk menjaga pekerja-pekerja beliau. Situasi yang sama, maka apakah Kerajaan Arab Saudi tidak melalukan apa-apa tindakan, arahan dan gerak kerja bagi membasmi jenayah di Arab Saudi khususnya di Mekah dan Madinah jika wujud juga rakyatnya yang melakukan jenayah?

6. Tulisan beliau di status:
"Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh nabi muhammad saw. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna tiada setitikpun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5% sahaja"
Ini adalah qiyas (anologi) yang fasid, bagaimana air susu boleh diqiyaskan dengan sesebuah negara?

Apakah Tanah suci itu bermakna tiada kekotoran maksiat dalamnya? Jadi jika begitu cara fikirnya iaitu tidak sanggup minum susu yang jatuh tahi cicak, maka apakah beliau tidak sanggup juga ke tanah haram atas sebab rumah pelacur dan keburukan-keburukan lain?

7. Beliau menyatakan dengan jelas, terdapat BANYAK rumah pelacuran ditanah haram. Dimanakah bukti banyak tersebut?

Kesimpulan saya untuk isu ini, saya tidak menafikan kebaikan beliau dan ada kritikan-kritikan dalam status beliau sebelum ini yang baik dan boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia tetapi TIDAK untuk status ini. Bahkan kami pernah berhubung sebelum ini untuk saya kongsi maklumat berkaitan Universiti Islam madinah kepada beliau TETAPI untuk isu ini saya anggap beliau tersasar jauh dan seperti yang saya sebutkan "BUKAN SEMUA PERKARA KITA KENA TAHU DAN BUKAN SEMUA PERKARA YANG KITA TAHU KITA KENA BERITAHU" - Jangan cuma jadi ahli untuk semua perkara! Contohilah akhlak lidah Imam Malik yang tidak malu untuk menjawab " Ana La Adri " saya tidak tahu walhal beliau adalah Imam Darul Hijrah!

Rasulullah saw bersabda:

من حسن اسلام المرء تركه ما لايعنيه
"Antara kebaikan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buatnya" (HR Termizi)

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرا أو ليصمت
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau DIAM" (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mukmin yang jauh dari hasad, dendam dan sukakan kebencian sesama muslim. Moga Allah pimpin terus hati kita untuk jadi 'agent' ISLAH dan sentiasa memberi nasihat demi Maslahat kepentingan kesatuan Umat Islam dengan cara yang betul. Saya bersedia berjumpa beliau untuk menyambung silaturrahim kerana kita masih ada banyak kerja untuk Islam dan Umat Islam kearah mengajak manusia kepada tauhid, akhlak dan Ilmu yang sahih.

Wallahu'alama bissawab

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" ( Ali-Imran: 96)

Mohd Danial Madani,
Sabtu 26 September,
Jeddah KSA

Siakapkeli.my 
top