Saturday, October 31, 2015

KETAKUTAN, KEBIMBANGAN DAN SINDROM KECUT TELUR BUATKAN PARA PENYOKONG TONY PUA DAN PROTUN SALAHKAN ARUL KERANA BERANI BERDEBAT DENGAN TONY PUA!!!



Sebelum ini berkokok-kokok para penentang Najib dan 1MDB. Apa yang mereka tidak katakan. Apa tohmahan yang tidak mereka lakukan. Apa pembohongan dan putarbelit yang tidak mereka usahakan.

Anehnya pendedahan tentang kolaborasi dan konspirasi melibatkan Clare Brown, Sarawak Report, pembabitan langsung Tony Pua sebagai broker yang membawa Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat dalam fitnah dan pembohongan Sarawak Report selain pembabitan beberapa orang pemimpin UMNO seperti yang disebut dalam perbualan antara Justo dan Clare, cuba diselindungi dan kalau boleh dibuat-buat lupa.


Sampai sekarang Tony Pua masih tidak menyaman Melanyi, bekas kakitangan Clare yang mendedahkan pembabitannya dalam konspirasi menfitnah 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Tanggungjawabnya sebagai CEO 1MDB membuatkan Arul beranggapan dia tidak perlu mencampuri urusan politik atau terperangkap dengan mainan politik.

Malangnya Arul tersilap tentang hal itu. Dia wajib terjun dalam kancah politik kerana di Malaysia kalau terberak keluar cirit pun, ianya akan dipolitikkan dengan kesalahan diletakkan ke bahu Najib dan UMNO.

Cabar mencabar dan cubaan membuli kerana Arul pada mulanya keberatan untuk bermain politik, akhirnya menyerlahkan siapa sebenarnya yang banyak menipu dan hidup atas penipuan.

Mengapa Tony Pua tidak menbenarkan soalan ditujukan kepadanya, amat mudah. Semuanya disebabkan 3 November yang amat ditakutinya kerana pendedahan di mahkamah Singapura yang membabitkan saman Justo ke atas Clare, Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat akan pasti mengheret namanya juga.



Disebabkan itulah para penyokongnya baik yang sememangnya DAP Tulen mahupun golongan dari UMNO yang sebelum ini begitu terlonjak tiba-tiba sahaja bersikap defensif. Sudah ada pula yang menyatakan Arul tidak seharusnya menjawab sebaliknya meneruskan kerja sebenarnya. Ada pula yang berkata, Arul lupa bahawa gajinya dari rakyat Malaysia dan debatnya dengan Tony Pua hanya akan membazir wang rakyat padahal dia digajikan untuk menjaga institusi pelaburan negara.


Dah jadi salah pula... tak jawab dan tak layan cabaran Tony Pua dikatakan Arul tidak berani menjawab dan sedang menyembunyikan sesuatu. Bila Arul setuju nak berdebat, pun salah juga sebab Arul digajikan untuk menjaga 1MDB bukannya untuk berpolitik.

Jadi kesimpulannya mudahlah.. puak-puak yang banyak bercakap dan buat cerita tentang 1MDB dan mendewa-dewakan maklunat dari Sarawak Report sebenarnya amat takutkan kebenaran. Mereka hanya mahukan Najib jadi boneka serta perkakas bekas Perdana Menteri sahaja dan DAP!!!


ARUL KANDA SETUJU DEBAT TANPA SYARAT, DAH TONY PUA PULAK LETAK SYARAT, DIA SAJA BOLEH SOAL DAN ARUL HANYA PERLU JAWAB TAPI TAK BOLEH SOAL!!!!



Permainan kera apakah yang sedang dilakukan oleh Tony Pua?

Adakah ini sebenarnya membuktikan dia adalah seorang penakut yang cuba berlindung di sebalik nama selaku Ahli Parlimen semata-mata?

Arul Kanda dalam satu sidang media hari ini telah menyatakan persetujuan untuk menggugurkan semua syarat bagi perdebatannya dengan Tony Pua yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Dan sekali lagi, Tony Pua cuba berdalih untuk menggagalkan perdebatan yang dia sendiri cabar agar disahut oleh Arul Kanda.

Ketika sidang medianya, Tony Pua memberitahu, tiada gunanya perdebatan dengan Arul Kanda kerana semua jawapan yang diberikan oleh Arul, sekalipun benar dan tepat, tidak akan mengubah apa-apa. (RUJUK SINI) Sebaliknya peranannya dalam PAC jauh lebih besar berbanding berdebat dengan Arul Kanda, sekaligus tidak membolehkannya meletak jawatan dari PAC semata-mata untuk berdebat dengan Arul.


Kini Arul Kanda telah menggugurkan syarat agar Tony Pua letak jawatan dari PAC terlebih dahulu. Sebaliknya bersetuju untuk berdebat dengan Tony Pua tanpa sebarang syarat.

Malangnya, Tony Pua pula sekali lagi meletakkan syarat.

Syarat yang paling PALAT pernah didengar dan diberikan oleh seorang yang kuat menyalak dan melalak seperti Tony Pua.

Syarat barunya ialah, DIA SAHAJA BOLEH BERTANYAKAN SOALAN, manakala Arul pula HANYA BOLEH MENJAWAB SEMUA SOALANNYA tetapi TIDAK BOLEH MENYOAL BALAS termasuklah bertanya dari mana Tony Pua memperolehi sumber dan maklumatnya.

Bagi menampakkan cantik kepada alasannya itu, Tony Pua menukar perkataan DEBAT kepada SOAL-JAWAB!

Sekaligus mengingatkan kita kepada cabaran Lim Guan Eng kepada mana-mana pemimpin UMNO untuk mendedahkan tentang tempat-tempat maksiat di Pulau Pinang bagi membuktikan pentadbirannya bebas daripada korupsi dan rasuah serta salahguna kuasa. Apabila Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan menyatakan, dia boleh memberikan 5 lokasi bahkan boleh menunjukkan buktinya sekali, Lim Guan Eng terus tutup mulut sampai ke hari ini. Sembang besarnya konon dia akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri sekiranya cabarannya disahut oleh orang UMNO, langsung tidak kedengaran lagi!

Itu cerita tahun lepas. Tahun ini, nampaknya Tony Pua pula mengulangi perangai PENGECUT dan PENAKUT Lim Guan Eng!


Kalau setakat bertanyakan soalan, rasa-rasanya budak tadika yang baru mengenal A, B, C pun boleh mengambilalih tugas Tony Pua, apatah lagi dia tidak perlu menjawab dan pihak lawan tidak boleh bertanyakan soalan. Tony Pua mengambil jalan selamat untuk menyelamatkan air mukanya apabila memilih kerja paling mudah iaitu bertanyakan soalan berbanding menjawab soalan kembali.

Itu macam debat ke?

Itu yang dibangga-banggakan oleh puak anti 1MDB?


LAWAN TUDUH!!! RAMAI PEMUDA UMNO JADI TAUKE VAPE DIRUNGSINGKAN NIK NAZMI, YANG RAMAI PKR DAN DAP JADI BAPA AYAM PELACUR DAN TAUKE JUDI HARAM TU, BOLEH PULAK?



Nik Nazmi seharusnya menampilkan bukti apabila menuduh ramai taukeh vape yang mengancam dan menyakitkan mata serta hati puak-puak DAP yang gagal menguasai pasaran vapor atau rokok elektronik terdiri daripada kalangan Pemuda UMNO. (RUJUK SINI)

Barangkali Ketua AMK itu mahu mengikut jejak langkah Rafizi Ramli yang berjaya menghalang pasaran daging halal daripada dipelopori oleh syarikat-syarikat Bumiputera sekaligus mengekang bermaharajalelanya kartel-kartel daging yang mengimport daging-daging kerbau ke Malaysia.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Nazmi sebenarnya sekadar tuduhan semata-mata tanpa disokong oleh bukti. Namun disebabkan tuduhan itu dibuat oleh Ketua AMK dan bukannya orang UMNO, maka ia dianggap sebagai bukan satu perbuatan yang salah. Seperti biasa, orang seperti Nik Nazmi kalau buat tuduhan, ia sudah boleh diterima sebagai satu kebenaran.

Bagaimana sekiranya ada pula tuduhan yang mengatakan ramai orang PKR yang terbabit dalam pelacuran dan perjudian haram, memandangkan pusat-pusat pelacuran dan perjudian haram tumbuh bak cendawan selepas hujan sebaik-baik sahaja PKR dan DAP menguasai Selangor serta Pulau Pinang?

Apatah lagi, peningkatan kadar pusat-pusat pelacuran yang berselindung di sebalik nama SPA dan Pusat Kesihatan di Selangor, amat ketara.

Bolehkah Nik Nazmi terima tuduhan tersebut tanpa perlu disertakan bukti?

Atau Nik Nazmi akan berkata, pihaknya memerlukan bukti dan menolak andaian seperti itu jikalau tidak disertai bukti.

Vapor atau vape atau rokok elektronik dengan pusat-pusat pelacuran dan perjudian haram... barangkali yang mana satukah lebih mendatangkan masalah sosial?

Ibarat orang yang berkurap, berbopeng bernanah kohong dan berkayap di muka mencerca orang yang berpanau di perut betis!!!


Friday, October 30, 2015

PATUTLAH NURUL IZZAH LULUS DAN DAPAT IJAZAHNYA DARI 'BELAKANG PINTU'... KATANYA GURU HANYA MENGAJAR DUA JAM SEHARI!!!



Postingnya di dalam blog sendiri tiga hari lepas, sebenarnya mahu menghentam Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Sekali pandang, dia mahu mengutuk dan mencerca Kementerian Pelajaran yang dilihat banyak menganiayai golongan pencinta pembangkang paling ramai dalam perkhidmatan awam, iaitu GURU!

Namun, kenyataannya itu sebenarnya menjelaskan bahawa dia sebagai anak perempuan Anwar Ibrahim, tidak faham dengan apa yang disuarakannya.

Tidak dinafikan, bebanan guru memang bertambah terutama dengan pelbagai perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran setiap kali berganti Menteri dan KSUnya. Setiap penguasanya, sudah pasti akan cuba memperkenalkan wadah-wadah dan dasar-dasar baru yang akhirnya tidak ke mana malah akhirnya membebankan guru dan pelajar itu sendiri.

Maka tidak hairanlah apabila ramai guru yang memilih untuk menjadi penyokong pembangkang kerana berasakan mereka telah dibebani kerja berlebihan oeh majikan sendiri, sekalipun sekiranya pembangkang yang mengambilalih kepimpinan negara, bebanan mereka akan bertambah berkali-kali ganda, memandangkan pembangkang cenderung untuk meminimakan tenaga kerja tetapi memaksimakan output.



Sama ada Nurul Izzah faham atau tidak, tugas mengajar oleh guru di sekolah, tidak hanya melibatkan kurikulum, tetapi juga ko-kurikulum.

Jangan hairan apabila Nurul Izzah berpandangan begitu kerana dia sangat skeptik kerana sudah terlalu lama terdedah kepada pembohongan yang melibatkan ibu bapanya semenjak dia kecil lagi. Justeru, dia melihat tugas guru hanyalah di dalam bilik darjah, menulis di papan hitam, papan hijau atau papan putih dan selepas itu, tamatlah tugas guru. Pendidikan bagi orang seperti Nurul Izzah tidak lebih daripada membaca buku, buat latihan dan kerja rumah serta lulus peperiksaan. Bahagian-bahagian pendidikan lain terutama melibatkan moral, perpaduan, sukan dan sebagainya, tidak dikategorikan sebagai pendidikan.


Namun di sebalik kebodohan orang yang lulus menggunakan kaedah 'belakang pintu' itu, sebenarnya ada kebenaran tentang tugas-tugas guru yang menimbun. Di bawah ini kita senaraikan tugas-tugas guru yang rasmi mahupun tidak rasmi.

Apatah lagi dengan penggunaan 1BESTARINET yang memberikan pendapatan lumayan kepada pihak-pihak tertentu seperti YTL, tetapi bukan sahaja tidak berkesan, bahkan langsung tidak boleh digunakan, menyukarkan lagi guru-guru untuk meneruskan polisi pendidikan negara.


Namun apabila Nurul Izzah menyatakan guru-guru di Malaysia hanya meluangkan masa mengajar hanyalah 2 jam sehari, ia merupakan satu penghinaan besar kepada golongan penjawat awam itu yang ramai menyokong PKR dan Nurul Izzah sendiri. Sepatutnya Nurul Izzah mengambil kira sekali tugas mengajar dan tanggungjawab para guru yang tidak sahaja melibatkan pengajaran di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas.

Sekadar menggunakan data-data yang kemudiannya diputarbelitkannya kerana gagal faham, Nurul Izzah sebenarnya lebih kepada menghina golongan guru yang telah bertungkus-lumus untuk menjalankan tugas mereka sebaik-baik mungkin, bahkan dalam banyak kes, menjadi pengasuh dan penjaga anak-anak tanpa berbayar dan diberikan upah oleh ibu bapa!!!


TONY PUA PENGECUT TAK ADA TELUR... BANYAK PULA ALASAN DAN SONGEHNYA!!!



Mencabar dan terus mencabar, akhirnya Tony Pua sendiri menunjukkan sikap dan keperibadiannya yang tersendiri.

Ia samalah seperti Lim Kit Siang melalak-lalak tentang Malaysian Malaysia dan sayangkan negara tetapi tidak pernah berani menyuruh anak-anak atau saudara maranya menyertai pasukan tentera atau polis, sebaliknya sekadar menjadi peguam yang membela penjenayah. Malah keganasan anggota PKM yang membunuh dan mencederakan para pegawai serta anggota keselamatan juga, tidak mendapat tempat dalam hujah-hujah serta kempen Lim Kit Siang dari zaman awal 1960-an, sehinggalah sekarang. Sebaliknya yang sentiasa bermain di bibir dan tekaknya adalah tentang kuasa Melayu-Bumiputera yang perlu dibahagi-bahagikan sama rata di kalangan rakyat Malaysia, walaupun ketika bermandi darah mempertahankan negara ini, sebahagian besar daripada puak Lim Kit Siang, menyorok dan penakut. Hanya selepas negara aman, barulah mereka bercakap tentang keamanan.

Tony Pua telah lama mencabar Arul Kanda untuk berdebat tentang 1MDB. Pelbagai tuduhan telah dibuat oleh Tony Pua. Pelbagai jawapan juga telah diberikan oleh Arul Kanda namun nampaknya, Tony Pua lebih banyak menang kerana persepsi lebih mudah dibuat berbanding penerimaan kepada jawapan.

Menjelang 3 November di mana Xavier Justo telah menfailkan saman ke atas 'pembeli-pembeli data curi' yang tidak membayar sesen pun kepadanya, Tony Pua kelihatan sangat kelam-kabut bagi memantapkan persepsi yang telah ditanam lebih awal, malah sempat membuatkan ramai orang dan pemimpin UMNO sendiri melompat sakan walaupun mereka tidak dihidangkan dengan bukti-bukti kukuh bagi menyokong persepsi Tony Pua.

Tony Pua sekadar bersandar kepada jawatannya dalam PAC. Justeru, cabarannya untuk berdebat dengan Arul Kanda telah disambut dan dia pula dicabar untuk meletakkan jawatan dalam PAC terlebih dahulu sebelum perdebatan tersebut dilangsungkan.

Maka bermulalah tepis dan tai chi Tony Pua walaupun sebagai salah seorang panel dalam PAC, Tony Pua tertakluk kepada peraturan yang tidak membolehkan dia untuk membincangkan perkara yang dibincangkan oleh PAC kepada umum. Sebagai ahli PAC, Tony Pua juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

Justeru, untuk membebaskannya daripada bercakap dan berhujah, dia perlu melepaskan jawatannya dalam PAC terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Tony Pua enggan berbuat begitu. Sebaliknya dia mula meroyan menyalahkan semua pihak, termasuklah ahli-ahli PAC lain yang menurutnya tidak banyak bercakap semasa mesyuarat PAC. Malah dia juga menyandarkan kepada hujah, Najib tidak berehat dan meletakkan jawatan walaupun isu 1MDB menjadi isu hangat.


Tony Pua telah diberikan peluang untuk meletakkan paku terakhir ke keranda 1MDB tetapi nampaknya dia tidak berani berbuat begitu. Dia yang mencabar, dia yang mendedahkan, dia yang beria-ia sangat membuka laluan, tetapi akhirnya dia menyalahkan orang lain tanpa mahu melepaskan jawatan yang disandangnya bagi membolehkan dia berdebat.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Tony Pua menerusi jawatannya dalam PAC? Kalau lepaskan jawatan, apa sebenarnya yang hilang darinya? Adakah maklumat-maklumat yang dibincangkan di dalam PAC itu merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh Tony Pua memandangkan berbanding ahli-ahli PAC yang lain, Tony Pua adalah orang yang paling cepat membuat ulasan dan menimbulkan persepsi negatif.

Bagaimana pula dengan keterkaitannya dengan Claire Rewcastle-Brown, Xavier Justo, Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat?

Lebih menarik lagi ialah, sekarang ini komradnya dalam DAP sedang cuba menjadikan isu perdebatan dan perletakan jawatan Tony Pua dari PAC sebagai cubaan menutup mulut whistleblower!!!


8 KERUSI DUN YANG DIMENANGI PAS SELANGOR, AKAN DIRAMPAS OLEH DAP!!!



Kegilaan DAP untuk menguasai Selangor sepenuhnya sekaligus turut menerajang PKR agar terus melutut di telapak kakinya, tidak mampu untuk dibendung dan disorok-sorok lagi. DAP sekalipun bakal terhalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang tidak membolehkan mana-mana bukan Melayu dan bukan Islam menjadi Menteri Besar, akan berbuat sesuatu, sama seperti yang dilakukan oleh PAP di Singapura sebelum Perlembagaan negara terbabit diubah dan akhirnya Yusuf Ishak menjadi Melayu pertama dan terakhir sebagai Presiden Singapura.

Tidak menghairankan mengapa DAP awal-awal lagi melakukan provokasi ke atas PAS dengan menggunakan isu hudud. DAP sengaja berbuat begitu bagi memudahkan mereka menguasai aliran politik Pakatan, memandangkan DAP sangat yakin, mereka akan menguasai sekurang-kurangnya tiga buah negeri di Pantai Barat pada PRU akan datang.

Perak, Selangor dan Johor sangat diyakini mampu ditawan oleh DAP. Apatah lagi, DAP telah pun menaja dan mengukuhkan parti cap cangkul pimpinan Mat Sabu di ketiga-tiga negeri tersebut. Lim Kit Siang juga amat aktif di Johor dan gerakan mengguling serta menghalau DAP-DAP Johor yang asal seperti Boo Cheng Hau dan Norman Fernandez, mengukuhkan andaian sebelum ini bahawa DAP Pro-Keluarga Lim cuba mencari tapak yang lebih kukuh di Johor.

Hampir kesemua Ahli Parlimen dan ADUN DAP Johor sekarang ini merupakan anggota dalam kem penyembah Tokong Dua Beranak.

Kegagalan menguasai Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 kerana dihalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri, sekarang ini telah diatasi oleh DAP menerusi pengkaderan dan pembonekaan ke atas beberapa nama Melayu oportunis yang berada di dalam parti tersebut mahupun menerusi 'biro Melayu-Islam' DAP, Parti Amanah Negara, sekaligus memudahkan usaha perampasan daripada pentadbiran ortodoks yang berasaskan Melayu-Islam.

Selangor sudah lama diidamkan oleh DAP. Tony Pua yang merupakan Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP telah membayangkan yang DAP akan memperolehi tambahan penguasaan sekaligus menjadikannya sebagai parti tunggal di Selangor yang memperolehi majoriti.

Sekarang ini, DAP menguasai 15 kerusi DUN. Ditambah kerusi-kerusi dari PAN, serta 8 lagi kerusi yang dikuasai PAS untuk dirampas, DAP sekurang-kurangnya akan memperolehi 30 kerusi DUN pada PRU akan datang.

Kemenangan DAP pada 15 kerusi DUN yang dimenanginya sekarang, sudah terjamin. Apatah lagi DAP sudah pun menjalankan kerja-kerja pemindahan pengundi dan para penyokongnya ke kawasan-kawasan yang dijangka menjadi koleksi barunya. Lebihan majoriti besar di beberapa kerusi DUN pada PRU lalu, akan dikurangkan. Lebihan tersebut akan ditompokkan ke kawasan-kawasan di mana DAP melihat peluang untuk menang lebih besar.

8 Kerusi DUN yang akan dirampas oleh DAP pada PRU akan datang adalah Sri Serdang, Dusun Tua, Paya Jaras, Cempaka, Taman Templer, Lembah Jaya, Tanjung Sepat dan Meru. (RUJUK SINI)

Dengan UMNO Selangor yang kelihatan masih bercelaru dan bercempera, manakala PAS Selangor pula masih lagi meratapi perpecahan mereka hasil CAMPURTANGAN BIJAK DAP dan kekalutan fatwa Tahaluf Siyasi, DAP berjaya mencipta lompang yang berjaya dimanipulasi dan diambil kesempatan.


Thursday, October 29, 2015

NAK SOKONG ISMAIL SABRI ATAU SUBRAMANIAM DALAM ISU PENGHARAMAN VAPE?



Vape sudah menjadi budaya baru di kalangan anak-anak muda walaupun pada mulanya alasan yang diberikan adalah untuk menghindarkan diri daripada merokok. Rata-rata kita boleh melihat di mana-mana, anak-anak muda mengusung rokok elektronik dan ramai pula anak-anak muda khususnya Melayu-Bumiputera terbabit secara aktif dalam penjualan dan pengedaran rokok elektronik tersebut.

Terdapat pelbagai laporan kesihatan tentang budaya menghisap rokok elektronik tersebut. Dan seperti biasa, ia membabitkan kesihatan organ dalaman seperti paru-paru dan jantung.

Maka, beralasankan bimbang dengan budaya yang tidak sihat tersebut, Kerajaan khususnya menerusi Kementerian Kesihatan mengeluarkan pengumuman sedang mengkaji untuk mengharamkan vape, manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pula telah menfatwakan perbuatan tersebut adalah haram.

Sekali lagi, rakyat Malaysia, terutama sekali yang terbabit aktif dalam budaya vape, melenting sakan. Banyak yang menyokong saranan mengharamkan vape, tetapi ada juga yang menyokong. Malah tidak kurang juga yang membandingkan vape dengan rokok yang juga jelas memberikan masalah kesihatan yang parah kepada para penagihnya.

Bagaimanapun, berbanding industri rokok yang cukainya dihantar kepada kerajaan, vape yang berharga lebih mahal pula, kelihatan kurang memberikan 'sumbangan' kepada pendapatan negara.

Sekaligus mengingatkan kita bagaimana syarikat-syarikat rokok di Amerika Syarikat mendanai usaha mempromosikan dan mempublisitikan ganja sebagai herba yang sangat merbahaya tetapi tidak tembakau yang menjana pendapatan lumayan kepada negara tersebut.


Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Ismail Sabri mengambil pendekatan yang sangat TIDAK ORTODOKS, malah bertentangan sama sekali dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan S.Subramaniam.

Menurut Ismail Sabri, kajian lanjut perlu dibuat memandangkan di Britain, kajian saintifik mendapati rokok elektronik seperti vape hanya menyumbang 5% risiko tembakau berbanding rokok biasa, dan sepatutnya orang ramai lebih memilih vape berbanding rokok biasa. (RUJUK SINI)

Namun agak menarik untuk kita fikirkan, rokok telah terbukti membawa pelbagai jenis penyakit bahaya termasuklah sakit jantung, darah tinggi, kencing manis mahupun kegagalan buah pinggang, tetapi sehingga kini, kerajaan hanya meningkatkan harga jualannya berbanding mengharamkannya terus!!!

Kenapa?



RAFIZI BERLAGAK DAN CAKAP BESAR SEBAB DIA TIDAK DISAMAN WALAUPUN TERANG-TERANG DIA BUAT FITNAH!!!



Rafizi muncul lagi dengan 'saya dengar' dan kemudian mengaplikasikannya di Parlimen dalam satu pertanyaan yang sebenarnya lebih kepada membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti dan fakta. Perbuatannya itu sudah diulang-ulang berkali-kali dan setiap kali itulah juga, dia biasanya berjaya meloloskan diri dengan membangkitkan dan mencetuskan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Umum mengetahui, Rafizi Ramli sekarang ini sudah tidak mempunyai pengaruh dalam PKR setelah beberapa peremajaan yang dilakukan terutama sekali LANGKAH KAJANG sudah terkangkang. Kemasukan Saifuddin Abdullah dan sebelum itu, Kamaruddin Jaafar ke dalam PKR, membuatkan ruang untuk Rafizi Ramli semakin mengecil sekalipun sekarang ini dia masih lagi memegang jawatan Setiausaha Agung.

'Kehebatan' yang dipamerkannya sebelum ini, sekadar menggegarkan pentas politik, tetapi tidak mampu menggegarkan pentas perundangan apabila dia sendiri berhadapan dengan natijah undang-undang terutama sekali BAFIA yang menyebabkan dia akan kehilangan segala-galanya, termasuklah kebebasannya.


Ketika kes BAFIAnya akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi, selain isu yang membabitkan 5 lebuhraya bertol yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR, mendapat kecaman apabila PKR menyatakan, jikalau mereka berkuasa di Pusat, tol di lebuhraya akan dihapuskan, sedang panas, Rafizi muncul dengan cerita SUPER HOSPITAL yang dibina untuk UiTM.

Kononnya berdasarkan daripada 'apa yang didengarnya' dan 'dokumen yang disiasatnya', Rafizi menyatakan SUPER HOSPITAL tersebut berharga lebih RM8 bilion dengan kontraknya diserahkan kepada salah seorang kroni UMNO.

Seorang pengguna Facebook pula sebelum itu telah mencetuskan isu dengan 'penentangannya' kepada pemberian kontrak pembinaan hospital berkenaan kepada taikun air, Razali Ismail yang menurutnya tidak banyak membantu dan memulangkan sebahagian kekayaannya kepada Bumiputera walaupun kaya-raya hasil daripada statusnya sebagai Melayu-Bumiputera.


UiTM telah menafikan tuduhan Rafizi Ramli. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam juga cuba membantu dengan menyatakan pembinaan hospital tersebut tidak sampai RM1 bilion pun.

Untuk membuatkan tuduhannya kelihatan seperti berintegriti, Rafizi Ramli meminta Irmohizam agar memujuk Perdana Menteri mendedahkan surat perjanjian bagi membuktikan ianya tidaklah RM8 bilion sepertimana yang dituduh oleh Rafizi. (BACA DI SINI)

Dengan bercakap besar, yang dia tidak disaman sebagai bukti, isu yang dibangkitkannya itu bukannya fitnah, Rafizi Ramli mencari dalih dengan meletakkan beban tuduhan kepada pihak lain. Berbeza daripada sebelumnya, Rafizi tidak terus mengeluarkan bukti dan melakukan serangan memandangkan dia tidak ada apa-apa kecuali HEARSAY yang diharapkannya akan menjadi isu besar seperti 1MDB yang terus diperkatakan dan dimanipulasikan walaupun tidak berbukti!!!

Dia pernah diseret ke mahkamah kerana menfitnah Rosmah Mansor tetapi kemudian di mahkamah, dia tidak langsung mempertahankan tuduhan-tuduhan yang dijaja ke serata pelusuk Malaysia mahupun luar negara. Sebaliknya di mahkamah, sambil tersengih dia memberitahu, dia hanya BERGURAU!

Adakah ini satu lagi gurauan yang akhirnya membebaskannya seperti juga kes-kes yang lain?


LAPOR SPRM PASAL BALAK, ADA SEBAB KENAPA HUSAM TAK KELUAR PAS DAN MASUK AMANAH DEMI KEKACAUAN DARI DALAM!!!



oleh SYAFIQ AL-JITRAWY, Mahasiswa UNISEL

Posisinya itu membolehkan dia terus buat kekacauan dari dalam.

1 – Jika PAS ambil tindakan tata tertib, team Husam akan kaut keuntungan nama kononnya dia ditindas dan kononnya menjadi pejuang rakyat, meletakkan PAS di kandang pihak agresif walaupun asalnya dia sendiri yang memulakan onar. Begitulah Zionis meminta simpati dunia selepas dihukum Al-Qassam. Al-Qassam yang pertahankan diri pula dipandang sebagai pengganas.

2 – Jika individu PAS bangkit melawan Husam. Secara atas tanah, PAN kurang terima damage kerana Husam diposisikan oleh team mereka untuk stay buat kekacauan sebagai ahli PAS. Sama ada ahli PAS bangkit melawan atau tidak, PAS tetap akan terima damage. Bezanya damage berkala atau damage sekaligus. Begitulah taktik Amerika mencipta ISIS di Syria, rakyat bangkit melawan Isis atau tidak, tetap terima damage.
Mempergunakan nama baik untuk berperang dengan orang baik.

3 – Berada di dalam PAS, membolehkan dirinya tidak “dipukul” oleh semua orang PAS. Orang PAS rata-ratanya berhati lembut dan baik yang tidak pandai melawan kawan-kawan sendiri. Jadi, stay di dalam PAS membolehkan dia mengekalkan imej “kawan yang perlu dijaga ukhuwah”.
Maka jika ada ahli PAS yang bangkit melawan onarnya, dia boleh berselindung di sebalik tirai ukhuwah. Begitulah taktik parti Salafi An-Nur Mesir setelah Dr Mursi menjadi Presiden, duduk bersama FJP (sayap IM) tetapi membuat kekacauan dalam pentadbiran, apabila IM ingin melawan, dicanang perlu menjaga ukhuwah pula. Akhir sekali, Dr Mursi digulingkan, parti Salafi An-Nur selamba sahaja buat muka tak bersalah.



Wednesday, October 28, 2015

SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN GAJIKAN PEMBUNUH YANG KELAR DAN ROGOL PELAJAR PEREMPUAN DIMINTA UNTUK DIAMBIL TEKANAN!!!



Menteri Pelajaran Mahdzir Khalid mahu tindakan tegas diambil oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas syarikat prngawal keselamatan yang telah mengupah seorang suspek jenayah rogol-bunuh melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Menurutnya siasatan perlu dijalankan bagaimana syarikat tersebut begitu cuai sehingga mengupah seorang lelaki yang mempunyai rekod kesalahan lampau sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.

Seperti yang diketahui, mana-mana syarikat pengawal keselamatan perlu mendapat lesen daripada KDN dan syarikat tersebut perlu memastikan pengawal keselamatan yang digaji bersih daripada rekod jenayah dan kesalahan lampau.

Mahdzir mengulas tentang pembunuhan seorang pelajar yang bakal menduduki SPM membabitkan seorang suspek berusia 20 tahun yang mempunyai dua tekod kesalahan lampau mrmbabitkan dadah.

Semalam TPM Zahid Hamidi berkata syarikat terbabit perlu memberikan surat tunjuk sebab kerana telah menggaji orang yang mempunyai rekod jenayah sebagai pengawal keselamatan.


AMBOI BAIKNYA HATI NAJIB!!! BUAT FITNAH, BERIA-IA NAK KE MAHKAMAH, TAPI SUDAHNYA DIBEBASKAN DENGAN MEMINTA MAAF SAJA?!!!



Nizar Jamaluddin, manusia sarkas yang telah diprojekkan oleh DAP untuk menjadi badut, terutama selama 11 bulan DAP berkuasa di Perak berMenteri Besarkan Nizar Jamaluddin, rupa-rupanya hanya membuang masa mahkamah dan mempermain-mainkan proses perundangan.

Kes yang sepatutnya lebih mudah diselesaikan pada peringkat awal dengan permohonan maaf secara terbuka, terpaksa menjalani proses perundangan tetapi berakhir dengan benda yang sama iaitu MINTA MAAF dan NAJIB PUN MEMAAFKAN NIZAR JAMALUDDIN!!!

Kita membayangkan jikalau Najib dan Nizar bertukar kedudukan. Rasa-rasanya sekarang ini, Najib tidak cukup tanah dikerjakan. Rasa-rasanya tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk menggoreng rentung Najib dan seluruh keluarganya. Najib sudah pasti akan digambarkan sebagai manusia bajingan yang cukup laknat dan hina kerana terpaksa meminta maaf kepada Nizar kerana telah melakuan fitnah.


Sudah tentu jugalah pihak yang paling aktif sekarang adalah DAP dengan muka Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham ada di mana-mana mengejek dan mempermain-mainkan permohonan maaf Najib.

Tentu anda masih ingat ketika Najib meminta maaf bagi sebarang kesilapan pentadbiran lalu. Permohonan maaf itu telah dipolitikkan oleh para pemimpin DAP, PKR dan para penyokong mereka.

Malangnya dalam kes Nizar Jamaluddin menfitnah Najib, tidak pula jadi begitu. Sebaliknya, dengan mudah, tanpa banyak publisiti Nizar dibebaskan dengan hanya permohonan maaf di mahkamah.

Tidak menghairankan bagaimana Najib tidak bernasib baik kerana kemurahan hatinya itu tidak mengubah sebarang tanggapan dan persepsi negatif yang telah ditanam oleh para pakar saraf DAP dan PKR. Tanpa sedikit pun menceritakan tentang apa yang telah dilakukan oleh Najib kepada Nizar, si gila yang mahu menderhaka demi kecintaannya kepada Ngeh dan Nga, DAP terus mencari-cari isu yang boleh digunakan untuk menghentam Najib Abdul Razak.

Kenapalah Najib tidak terus menyaman Nizar Jamaluddin?


Orang seperti Nizar Jamaluddin dan gerombolannya tidak boleh diajar dengan budi bahasa. Mereka hanya boleh diajar dengan denda yang berat dan membuatkan mereka tertungging dengan jubur menghadap langit.

Kesilapan terbesar orang Melayu dan para pemimpin mereka ialah, TERLALU BAIK HATI di mana akhirnya BAIK HATI itu akan dibalas dengan cara limpahan najis dari puncak kepala ke hujung jari kaki.

Najib melakukan perkara yang sama!

Tengoklah, Nizar Jamaluddin tidak akan mengambil masa yang lama untuk membalas tindakan Najib dengan fitnah demi fitnah yang disambut tepuk tangan oleh para pemimpin DAP pujaan dan kecintaannya!!!


LAGI KOMPLEN DARI PARA GURU PASAL 1BESTARINET YANG DIKENDALIKAN YTL TERSANGAT LEMAH DAN LEMBAB!!!



Tajuk: Kelemahan Projek 1Bestarinet antara punca masalah kepada guru dan murid di sekolah.
Tarikh: 27 Oktober 2015

Saya memohon KPM untuk menyemak semula pelaksanaan FrogVLE di sekolah dan beberapa lagi sistem online di bawah projek 1Bestarinet dikaji semula.

Banyak masalah yang timbul sejak projek ini dilaksanakan bahkan guru menjadi tertekan akibat dipaksa melaksanakan FrogVLE yang dirasakan masih belum bersedia walaupun sudah dilaksanakan sejak tahun 2013.

Saya dapati, sistem yang disediakan oleh pihak YTL melalui 1Bestarinet adalah sangat lemah malah menyusahkan para guru dan murid disekolah. Projek ini dilaksanakan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan.

Para guru 'dipaksa' menggunakan FrogVLE sehinggakan ada KPI yang perlu dicapai walaupun sistem ini sangat lemah dan lembab. KPI ini perlu dicapai supaya apabila dibentang ke parlimen atau Audit Negara, seolah-olah 1Bestarinet ini berkesan dan digunapakai oleh semua guru sedangkan ianya adalah arahan paksa.

Saya sudah bangkitkan isu 1Bestarinet ini sejak 2013 dan 2014 sewaktu permasalahan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dilaksanakan dan kini telah dihentikan. Malah, 1Bestarinet telah didenda oleh Audit Negara gara-gara gagal menyediakan perkhidmatan yang seperti dijanjikan.

Saya mendesak agar pihak KPM bertegas kepada syarikat YTL yang telah menyusahkan para guru dan murid di sekolah malah perlu membuat aduan kepada Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat, siapakah individu yang membawa masuk projek bernilai jutaan ringgit tetapi banyak masalah.


Hj Mohd Nor Izzat bin Hj Mohd Johari
Ketua Moderator
Kelab Intelek Dan Pendidikan Malaysia (KiPM)


KPDNKK BUTA MATA DAN BUTA PERUT LAGI!!! SKIM PIRAMID AJ DI KOLEJ SAINS KSIHATAN BERSEKUTU KKM SEDANG BERMAHARAJALELA!!!



Ibu-ibu, ayah-ayah yang baru menghadiri Majlis Konvokesyen anak-anak lepasan graduan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, KKM.

Anak-anak ibu ayah menjadi sasaran skim piramid yang dijenamakan semula dengan nama Affiliate Junction (AJ).

Skim Piramid AJ ini berselindung disebalik kononnya program mengaktifkan MyKad.

Tanyalah anak-anak ibu ayah, adakah mereka ada buat pinjaman peribadi dengan bank?

Apa tujuan pinjaman peribadi tersebut?

Jika jawapannya untuk berniaga atau melabur, sila mengesyakki sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap kesihatan kewangan mereka.

Mereka mungkin menyertai (membeli lesen Skim Piramid AJ)

Anak-anak ibu ayah menjadi sasaran mudah buat penyangak-penyangak skim piramid ini.

Ini kerana, mereka tiada hutang PTPTN, baru bekerja, baru merasa pegang duit, ingin bergaya dan bekerja dengan kerajaan, di mana jika ekonomi merosot sekalipun, gaji tetap jalan.

Mereka akan dimanipulasi, ditipu hidup-hidup, dibayang-bayangkan dengan segala kemewahan dunia.

Walhal, penyangak-penyangak Skim Piramid AJ yang menjadi upline ini hanya menunggu untuk mendapatkan duit haram komisen referral dari anak-anak ibu ayah.


Kami, di PW merasakan KPDNKK terlalu lambat bertindak darihal skim piramid ini.

Sama seperti skim-skim penipuan yang telah Aidid Muaddib bongkarkan.

Sudah terlambat..... Berjuta-juta RM telah dan akan disalurkan ke Australia...

Anak-anak ibu ayah akan menanggung hutang pinjaman peribadi sepanjang 10 tahun, sehingga RM150 ribu ringgit.

Setiap bulan bayar RM1,200 untuk sesuatu yang tidak berguna.

Dimaklumkan:

1. Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Dato ' Dr. Hisham Abdullah, DG, KKM

3. Dato' Seri Dr. S. Subramaniam.

-IAG-



HEBAT JAMAL BAJU MERAH... MENGAKU DIA TERLIBAT SINGKIRKAN MUHYIDDIN!!! BESAR PUNYA AMPU...



Dalam politik, kita tidak boleh pandang sehala. Golongan yang naif, tidak dibenarkan berada dalam dunia politik kerana kenaifan mereka akan mengundang kemusnahan diri sendiri sekalipun mereka tidak berbuat apa-apa, dan cukup sekadar dengan percaya dengan apa yang dilihat dan didengar sahaja.

Politik merupakan seni pembohongan, tipu perdaya, fitnah, kerja kotor dan pulas tengkuk yang sudah tercipta semenjak dari dunia ini hanya wujud Adam a.s dan anak-anaknya.

Apa yang didengar dan diberitahu, mungkin ada perkara lain yang terselindung yang tidak ingin kita ketahui dalam masa terdekat.

Begitulah juga apabila Jamal Mohd. Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sekarang ini sedang galak untuk mengadakan road-show di setiap Bahagian kononnya, setelah gagal berbuat begitu di Ampang dua minggu sudah.

Di Ampang, sekurang-kurangnya 5000 orang yang dijanjikan, yang muncul tidak sampai pun 100 orang. Pengisiannya pun kosong, seolah-olah perhimpunan itu sengaja diadakan untuk ditunjukkan bahawa ada perhimpunan dan seterusnya 'proses seterusnya' perlulah diselesaikan.

Dalam setiap parti politik, ada pihak oportunis, ada pihak defensif dan ada pihak naif. Kategori mana yang perlu kita letakkan Jamal Mohd. Yunos, anda bolehlah membuat penilaian sendiri.

Justeru, apabila media memaparkan pengakuan dan pengisytiharan Jamal bahawa dia merupakan sebahagian daripada kumpulan dalam UMNO yang berusaha untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin dari kedudukannya selaku Timbalan Presiden UMNO, sudah tentu akan membawa pelbagai berita, kerana turut sama dalam usaha tersebut adalah pengusiran Muhyiddin dari dalam UMNO.

Konon kata Jamal, lebih dari 100 Ketua UMNO Bahagian yang telah mengadakan mesyuarat tertutup bersetuju untuk membincangkan langkah-langkah selanjutnya.

Pengakuan yang dibuat oleh Jamal itu, ditempelak pula oleh Nazri Aziz yang menganggap, Jamal Mohd. Yunos bukan 'sapa-sapa'.  (BACA SINI dan SINI)

Semakin lama semakin huru-hara... semakin ramai tukang ampu yang bertindak sebagai KHAWARIJ dalam UMNO semata-mata sedang memburu ghanimah dan nama.

Jangan mustahil kalau 'rotan' ini akan membidas kembali jikalau dibiarkan berterusan!


Tuesday, October 27, 2015

WARGA SINGAPURA CUBA BERSETUBUH DI TEMPAT AWAM DI KSL CITY MALL, JOHOR BAHRU... BANGSA JOHOR LA SANGAT NI!!!



Satu pasangan dirakam melakukan adegan-adegan terlarang di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada 14 Oktober lalu menjadi viral di laman sosial.

Yong Cheing Lee, warga Singapura yang datang berkunjung ke pusat beli-belah itu merakam adegan 'tidak sopan' pasangan itu dan memuat naik gambar itu di laman Facebook.

Menurut Yong, pasangan itu dilihat bercumbuan secara terbuka tanpa segan silu sungguh pun ramai pengunjung yang lain di pusat beli-belah itu memerhatikan kelakuan tidak senonoh mereka.


Bukan itu saja, pasangan itu juga turut 'beraksi' di sebuah kerusi urut meskipun ada sesetengah pengunjung yang menjerit pada mereka 'Menjijikan!'. Namun kedua-duanya tidak mengendahkan jeritan itu.

"Mereka ni dah hilang akal ke? Kalau ye pun dah membuak sangat nafsu tu, pergilah check in di hotel terdekat. Ini kat public pun nak beraksi," kata Amsyar.

"Mana pengawal Keselamatan KSL City Mall? Takkan tengok saja dua mangkuk ni buat maksiat? Budak-budak Control Room tak pantau ke CCTV?" soal netizen. - THEHYPEMEDIA.COM


KATA GHAFUR, KEGAGALAN 1BESTARINET TIDAK BOLEH DISALAHKAN KEPADA MUHYIDDIN, SEBALIKNYA KERAJAAN KENA BERTANGGUNGJAWAB!!!



Kerajaan digesa tidak berdolak-dalik dalam isu kelemahan projek rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet, demikian tegas seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata sikap kerajaan yang seolah-olah mahu lepas tangan dengan menyalahkan bekas menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu berkenaan amat dkesali.

"Timbalan menteri kata ada projek (1BestariNet) daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan. Kementerian bukan mantan.

"Kalau begini, lain kali orang akan cakap mantan punya…mana ada mantan punya, mantan itu kerajaan punya, itu kerajaan punya," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek 1BestariNet yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications bukan dibawah tanggungjawab kementeriannya.

Sehubungan itu Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengaitkan projek berkenaan dengan Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri.

"Kementerian ini iaitu di bawah program pelaksanaan jalur lebar tidak mengkhususkan mana-mana pemberi perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan di suatu-suatu tempat, maknanya tidak ada elemen eksklusiviti.

"Sebenarnya program 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah projek seluruh negara yang diterajui oleh mantan menteri pendidikan yang dahulu di bawah Kementerian Pendidikan dimana projek itu dikhususkan kepada syarikat yang diberi nama YTL Communications," katanya.

Sebelum ini Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan projek runding terus 1BestariNet bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin. (SUMBER)


NAK KATA BAGHAL, DIA AHLI PARLIMEN... TETAPI LIEW CHIN TONG GAGAL MELIHAT 66 AGENSI DALAM JABATAN PERDANA MENTERI SEBELUM TUDUH NAJIB NAK BALUN RM8.5 BILION!!!



DAP dan Rafizi Ramli masih menganggap rakyat Malaysia tersangat bodoh dan langsung tidak tahu apa-apa. Tapi nak buat macam mana... dah memang ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat berfikir secara waras pun. Sensasi yang dicipta oleh Pakatan mahupun yang menentang Najib, jauh lebih dipercayai tanpa perlu diselidiki terlebih dahulu.

DAP menerusi Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang cuba memainkan sentimen dan persepsi bahawa Najib mahu menyebat wang negara berjumlah RM8.5 bilion menerusi peruntukan besar kepada Jabatan Perdana Menteri.

Dia mempersoalkan peruntukan besar tersebut yang dikatakan 3% daripada keseluruhan Bajet 2016 yang baru dibentangkan minggu lepas.

"Jumlah RM8.5 bilion yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri memberi peluang untuknya bermain politik dengan penganugerahan projek," kata Liew Chin Tong.

Menurutnya lagi, tiada penjelasan lanjut bagaimana dana tersebut akan digunakan, kecuali kononnya digunakan utuk membiayai beberapa perkara yang dilabelkan sebagai 'Dana Fasilitasi,' 'Projek Mesra Rakyat' dan beberapa dana yang lain.

Perangai komunis dan penghasut Liew Chin Tong terserlah menerusi tuduhannya yang Najib akan menggunakan wang tersebut sesuka hatinya dan tanpa kelulusan Kabinet. (RUJUK SINI)

"Kami melabelkan perbuatannya ini sebagai DANA IKUT SUKA HATI NAJIB," katanya.

Isu membabitkan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri cuba disensasikan oleh pelbagai pihak yang menentang Najib dan berusaha mewujudkan kesangsian serta kebencian terhadap Najib.

Sesuatu yang tidak disebutkan oleh puak yang diketuai oleh DAP dan golongan yang berhati khaudu' itu ialah, Jabatan Perdana Menteri bukannya bermakna hanya Najib Abdul Razak semata-mata, sebaliknya mempunyai rangkaian yang lebih panjang daripada apa yang mereka cuba gambarkan.

Di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menerima peruntukan sebanyak RM20.3 bilion tahun hadapan itu, terdapat 66 entiti yang berasingan yang terbahagi kepada Suruhanjaya (8), Agensi Pusat (5), Jabatan dan Agensi (42), Badan Berkanun (5) dan Perbadanan (6). (RUJUK SINI)

Pejabat Sekretariat Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pejabat Sekretariat Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi juga 'PEMAKAN DEDAK' daripada peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri. Begitu juga dengan SUHAKAM yang banyak menyebelahi pembangkang, khususnya DAP dan PKR, juga PEMAKAN DEDAK dari Jabatan Perdana Menteri.

Mengapa 66 agensi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri itu langsung tidak diperkatakan oleh Liew Chin Tong dan puak pro-Mahathir yang sekarang ini sedang menjalankan kerja-kerja menghasut? Adakah pembelian aset-aset baru untuk APMM sebagai contohnya, menggunakan peruntukan daripada Ahli-Ahli Parlimen yang lebih banyak ponteng daripada menjalankan tanggungjawab mereka dan lebih banyak berpolitik daripada menyuarakan masalah rakyat yang diwakili di kawasan masing-masing?

Rasa-rasanya setiap tahun laporan Ketua Audit Negara ada memasukkan perbelanjaan dan peruntukan Jabatan Perdana Menteri. Mengapa tiada langsung perdebatan atau pertanyaan daripada puak-puak seperti Liew Chin Tong tentang Laporan Ketua Audit Negara?

Adakah kerana kegagalan mereka memahami tulisan dalam Bahasa Melayu menyebabkan mereka jadi tongong dan terpaksa mencipta persepsi semata-mata?


HADI AWANG SIFATKAN AHLI PARLIMEN YANG ANTI-NAJIB DAN DEMO DENGAN PLAKAD SEMASA PEMBENTANGAN BAJET SEBAGAI TIDAK BERTAMADUN!!!



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang seperti sedang membakar jambatan sekaligus mencabar kemarahan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng apabila membuat kenyataan yang persis membela Najib Abdul Razak, Presiden UMNO yang amat dibenci oleh Lim Kit Siang dan keseluruhan para pecacainya dari kalangan DAP dan PKR.

Hadi Awang mengutuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang membuat demonstrasi dan menjulang plakad semasa pembentangan bajet 2016 minggu lepas.

Menurut Hadi, Ahli-Ahli Parlimen tersebut telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan bertentangan sebagai manusia yang bertamadun.

Hadi merujuk kepada demonstrasi dalam Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2016 apabila beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang membuat bising sambil mengangkat plakad yang bertulis, 'MANA RM2.6 BILION?'

"Kita mahu proses demokrasi yang dijalankan secara bertamadun dan beretika," kata Hadi.

Ahli-Ahli Parlimen parti perampas, AMANAH, seperti Khalid Samad pula terang-terang menunjukkan sokongan mereka kepada apa-apa sahaja yang dilakukan oleh DAP. Dalam hal ini juga, Khalid Samad menyokong penuh tindakan Ahli-Ahli Parlimen DAP yang menurutnya idak ada yang salah. Sebaliknya beranggapan ia adalah salah satu hak untuk menunjukkan tanggapan masing-masing.

Reaksi yang ditunjukkan oleh Hadi Awang, sudah pasti mengundang kecaman dan serangan bertali arus ke atasnya.

Beberapa orang Ahli Parlimen PAS termasuklah Nik Abduh sebelum ini dikecam oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR dan DAP kerana tidak turut serta berdiri dan memegang plakad. Sebelum ini pun, Abdul Hadi Awang dan PAS dikatakan telah bersekongkol dengan Najib dan UMNO.

Monday, October 26, 2015

HAH? YUKTES VIJAY DIPUJUK SUPAYA MENGAKU DILIWAT ANWAR IBRAHIM?






ALASAN ROGOL DAN BUNUH MANGSA ADALAH KERANA CEMBURU, MANGSA BERKAWAN DENGAN LELAKI LAIN!!!




Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai membunuh seorang pelajar perempuan SMK Teluk Kumbar 1, ditahan oleh pihak polis malam tadi.

Suspek, Tarmizi Bin Yaakub, bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas itu ditahan dan polis turut menemui senjata yang digunakan.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang mengenali mangsa mengaku membunuhnya dengan dua bilah pisau yang diambil dari rumah mangsa sebelum membuangnya ke main hole TNB di kawasan sekolah.

"Dua bilah pisau itu ditemui dibungkus dalam anak tudung berwarna putih yang ada kesan darah. Telefon bimbit jenis Oppo milik mangsa juga ditemui disembunyikan di celah pokok bunga kawasan sekolah.

"Suspek juga turut mengaku telah merogol mangsa sebelum membunuhnya di dalam bilik tersebut," kata sumber di mana suspek telah membawa polis ke lokasi senjata pembunuhan dibuang. Telefon bimbit milik mangsa pula ditemui disembunyikan di celah pokok bunga kawasan sekolah. Polis juga turut merampas baju dan seluar suspek (telah dibasuh) yang digunakan semasa kejadian.

Siasatan polis mendapati, punca sebenar kejadian itu adalah kerana suspek cemburu dengan tindakan mangsa yang berkawan dengan lelaki lain. - THEHYPEMEDIA.COM


1BESTARINET DAN YTL BUAT UNTUNG PERCUMA DENGAN PERJANJIAN BERAT SEBELAH.... SIAPA YANG MAHU JELASKAN?



Kadang-kadang sesuatu itu hanya terdedah dan didedahkan apabila ada pihak yang mencabarnya terlebih dahulu. Cabaran tersebut tidak perlu dibuat secara langsung, tetapi menyentuh isu-isu lain yang dikendalikannya sewaktu berkuasa dahulu.

Natijah ini datang secara tidak 'disengajakan'. Kekecewaan kerana kehilangan kuasa dan jawatan, jolokan daripada orang sekeliling, faktor-faktor lain, akhirnya menyebabkan individu yang suatu masa dahulu tidak dipalitkan dengan sebarang skandal besar, mula didedahkan oleh warga Netizen.

Masalah tentang BESTARI.NET telah lama diperkatakan. BESTARI.NET dan YTL seolah-olah didiamkan dalam sebuah kotak pandora yang disembunyikan jauh ke dalam perut bumi.

Baca apa yang ditulis oleh salah seorang pengguna Facebook di bawah:

1.Pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi, di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut. Hebat….

2.YTL sepatutnya perlu membayar RM1,200 sebulan bagi setiap tapak 1BRIS berdasarkan saranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) kepada KPM. Tetapi YTL terus berdegil untuk tidak membayarnya kerana katanya kontrak dengan KPM membenarkan YTL memasang secara percuma.

3. Namun KPM pula tunduk dengan tuntutan YTL, apabila hanya meminta YTL bayar RM1,000 setahun bagi sewa setiap 1BRIS

Dijangka YTl bakal untung RM50 setahun berdasarkan perjanjian 1BestariNet KPM ini selama tempoih 15 tahun lamanya bersamaan RM750 juta keuntungan YTL kelak


4. Pemasangan menara 1BRIS meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150 hingga RM180 sebulan. Betul guru-guru? Siapa yang bayar?

5. Yang menariknya, YTL tidak perlu membayar caj elektrik melalui tapak 1BRIS dan juga caj utiliti berkaitan 1BestariNet, sebaliknya kerajaan Malaysia yang perlu menanggungnya antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun sehingga tamat tempoh kontrak

6. YTL juga untung melalui penggunaan komersil menara 1BRIS di kawasan sekolah yang mana melalui perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G boleh digunakan penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL meraih keuntungan tambahan. “Indah bukan” bunyi isi kontrak YTL dengan kerajaan Malaysia?

Adakah mana-mana pihak terutama daripada pihak Kerajaan dan Kementerian Pelajaran sendiri yang mahu menjelaskan tentang 'pemberian percuma' wang rakyat Malaysia kepada YTL menerusi 1BRIS dan BESTARI.NET?


KIT SIANG TERUS BERUSAHA LAGA-LAGAKAN ORANG MELAYU DALAM UMNO UNTUK KESENANGAN ANAKNYA, LIM GUAN ENG!!!



Sampai dah masuk long itu esok pun, Lim Kit Siang tetap mendakwa dia adalah ANAK MALAYSIA yang sangat cintakan negara ini.

Sampai jasadnya reput dan hanya tinggal tulang dalam kerandanya pun, Lim Kit Siang tidak akan mengaku kerja-kerja hasutan yang dibuatnya untuk meruntuhkan negara ini.

Pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri dahulu, Lim Kit Siang adalah orang yang paling kerap ke luar negara untuk memburuk-burukkan negara ini. Bila Mahathir sudah pencen dan sekarang menjadi orang yang teringin sangat hendak melihat Najib turun daripada jawatan Perdana Menteri, Lim Kit Siang tiba-tiba jadi tukang tambah kepada Mahathir dalam usaha untuk melaga-lagakan orang Melayu yang semakin berpecah belah.

Sebelum ini, Kit Siang telah berjaya menjahanamkan PAS yang banyak memberi jasa kepada Lim Kit Siang dan DAP sendiri. Tanpa bantuan daripada PAS, Lim Guan Eng sudah pasti tidak akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Tanpa bantuan berterusan daripada PAS, Betty Chew tidak akan menjadi lebih kaya dengan berboros-boros di luar negara tetapi para pengikut lakinya lebih sibuk mengata dan menuduh wanita lain.

Kini, atas peranan yang dimainkan oleh Lim Kit Siang, anaknya, Lim Guan Eng dan DAP, PAS berpecah teruk dengan sebahagian besar daripada mereka yang menang sebagai ADUN dan Ahli Parlimen atas tiket PAS, bertukar menjadi penjilat Lim Guan Eng dalam parti yang dikenali sebagai Parti Amanah cap cangkul!

Sebenarnya apabila Lim Kit Siang menyatakan 3 juta ahli UMNO tidak mempunyai suara berbanding 300 orang Ketua Bahagian 'yang telah dibeli oleh Najib', ia bukannya sesuatu yang baru. Lim Kit Siang sekadar meneruskan legasi kaumnya yang mula-mula menjejakkan kaki ke negara ini yang akhirnya menguasai tanah dan segala aset lain dengan mengambil kesempatan daripada kebaikan kaum Bumiputera dan Pribumi negara ini.

Masalah yang melanda DAP terutama sekali dari segi pendaftaran dan status CEC DAP yang sehingga ke hari ini belum selesai, langsung tidak disentuh oleh Lim Kit Siang. Lim Kit Siang terlalu bijak untuk menyelesaikan masalah ahli-ahli DAP yang sedang melakukan gerakan menggulingkan anaknya dengan mengalihkan perhatian masyarakat umum daripada masalah yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng dan DAP.

Kata Lim Kit Siang, ahli-ahli biasa UMNO tidak mempunyai sebarang hak untuk bersuara atau menyuarakan pandangan (BACA DI SINI), tetapi Kit Siang terlupa bagaimana ahli-ahli DAP yang menentang Lim Guan Eng dan dia, dipaksa menutup mulut atau keahlian mereka digugurkan. Bahkan hak mereka untuk mengundi juga dihalang. Mana-mana ahli DAP yang enggan bersekongkol di bawah Lim Guan Eng, pasti akan disingkirkan dan dipulaukan oleh para penyokong Lim Guan Eng yang berperangai tidak ubah seperti komunis bintang tiga! (RUJUK SINI)

Kegagalan mencetuskan gelombang undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen, selain sabotaj semasa pembentangan Belanjawan 2016 yang gagal, cuba diteruskan oleh Lim Kit Siang dengan menyemarakkan kemarahan dan menghasut kebencian ahli-ahli UMNO agar Najib dapat digulingkan menerusi Persidangan UMNO pula.

Itulah perangai puak seperti Lim Kit Siang.... mereka sangat bising dan memekak bahkan melabelkan RASIS dan UMNOPUTRA kalau ada orang Melayu yang mendapat kontrak kerajaan bernilai tinggi, malah menimbulkan persepsi bahawa ia adalah rasuah dan salahguna kuasa, tetapi apabila kaumnya mendapat projek-projek besar seperti yang dinikmati oleh YTL, BERJAYA, LION GROUP dan sebagainya, tiada sebarang label RASIS atau RASUAH dan SALAHGUNA KUASA, sekalipun syarikat-syarikat tersebut asalnya hanyalah sebuah syarikat kecil.

Hanya setelah 'berkawan' dengan Melayu berkuasa seperti Mahathir dan Anwar Ibrahim, tiba-tiba sahaja mereka menjadi kaya raya... dan DAP langsung tidak mempersoalkannya!!!


Saturday, October 24, 2015

JADI BETULLAH YANG AZMIN ALI AKAN DIGANTIKAN SAIFUDDIN ABDULLAH DALAM 'LANGKAH KAJANG KEDUA'!!!



Kalau bagi Rafizi cakap, nampak sangat menipunya kerana Rafizi cukup terkenal dengan penipuan demi penipuan. Apa-apa sahaja isu yang ditimbulkannya, tidak pernah disudahkan, melainkan dia akan memasukkan pelbagai elemen penipuan dan sebelum dia terkantoi kerana isu tersebut mula mendedahkan pembohongannya, dia akan mencipta isu lain.

Rafizi Ramli cuba nak jadi macam Tony Pua yang menimbun-nimbunkan pelbagai masalah ke atas diri sendiri. Hanya dengan cara itu sahaja, dia tidak akan disabitkan dengan mana-mana fitnah yang diciptanya kerana pihak lawan lebih sibuk mempertahankan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya berbanding menyerang penipuan yang dilakukannya.

Justeru, Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR yang bakal kehilangan jawatan tersebut kepada Saifuddin Abdullah, tutup mulut. Kredibiliti Rafizi Ramli sudah lama hilang. Bercakap pun tak guna, lebih baik tutup mulut dan tumpu kepada kes BAFIA yang boleh menyebabkan dia kehilangan segala-galanya termasuklah anak bininya sendiri.

PKR cukup terkenal dengan pelbagai langkah untuk menjahanamkan diri sendiri mahupun pihak lain. Mereka punya teras adalah Anwar Ibrahim. Dek kerana Anwar Ibrahim sangat suka dengan konspirasi dan tikam belakang, itulah juga yang dilakukan para pemimpin di dalam PKR terutama yang menjadi penjilat setia Anwar Ibrahim.

Zuraida Kamaruddin, sang imigran yang mendapat kerakyatan Malaysia dan kemudian mendapat keistimewaan yang tidak akan diberikan oleh negara-negara lain kepada kaum imigran, merupakan salah seorang penjilat tegar Anwar Ibrahim. Dia suatu ketika pernah menjadi kroni dan sekutu Azmin Ali yang sangat kuat terutama yang membabitkan 'perniagaan tender' dan 'kontrak' di Daerah Ampang Jaya.

Kegagalan LANGKAH KAJANG amat memalukan Rafizi Ramli sehingga dia tidak sanggup mengakui Langkah Kajang adalah langkah sumbangnya. Walaupun berjaya menabalkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, calon utama Langkah Kajang adalah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail.

Sudah kedengaran dari sumber-sumber PKR sendiri tentang LANGKAH RAWANG atau LANGKAH KAJANG II yang akan diambil bagi menggulingkan Azmin Ali dan meletakkan Saifuddin Abdullah ke jawatan tersebut. Ia sudah pecah lebih awal dan yang bercakap adalah orang-orang PKR sendiri ekoran kemasukan Saifuddin Abdullah yang dianggap sebagai SANTO oleh sebilangan besar para pemimpin dan ahli PKR.

Malu atau barangkali cuba untuk menutup rahsia yang telah terbongkar, Zuraida Kamaruddin sebagai Ketua Wanita PKR cuba menepis khabar-khabar angin tersebut walaupun yang bercakap tentang langkah tersebut adalah puak-puak PKR sendiri.

Dan seperti biasa, Zuraida Kamaruddin tidak mampu keluar daripada stigma PKR iaitu untuk menyalahkan UMNO.

Kata Zuraida, agen-agen UMNO telah melakukan fitnah yang Saifuddin akan menggantikan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor. Sebaliknya yang dirancang sekarang adalah LANGKAH PEKAN iaitu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Kesian Zuraidah... nak spin juga ler yer?

DARI LANGKAH KAJANG MENJADI LANGKAH RAWANG TETAPI AKHIRNYA TERBUKTI LANGKAH TERKANGKANG!!!


MAHFUZ TERUS BEANZZZZZZ... KENAPA TAK KATA, NILAI RINGGIT DAN PASARAN SAHAM AKAN PULIH KALAU BARISAN PEMBANGKANG MALAYSIA LETAK JAWATAN?



Pembangkang di Malaysia tidak ada kualiti dan langsung tidak boleh disandarkan untuk membangunkan negara!

Itu adalah hakikat yang sukar ditelan dan dihadam oleh golongan yang amat meminati barisan pembangkang di negara ini biarpun sudah terbukti, Pulau Pinang dan Selangor yang pernah menjadi negeri terkaya dan memiliki simpanan tunai berbilion berbanding negeri-negeri lain ketika berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional, berubah 180 darjah selepas berada di tangan DAP dan PKR.

Sekarang ini, DAP dengan Lim Guan Eng yang dikatakan sangat hebat itu, hanya mampu menjana pendapatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menjual tanah-tanah kerajaan negeri, manakala perindustrian dan pertanian di bawah DAP, hancur berkecai di seluruh Pulau Pinang. Di Selangor, kerja kerajaan PKR-DAP pula hanyalah menjual entiti-entiti dan aset-aset kerajaan negeri bagi mengimbangi pendapatan yang sangat merosot kerana kurangnya pelabur-pelabur baru.

Tiada apa-apa kebaikan yang mampu diterjemahkan dan dibuktikan oleh barisan pembangkang Parlimen Malaysia. Mereka hanya pandai bercakap dan memperlekehkan apa yang Kerajaan Pusat lakukan.

Salah seorang macai yang cukup pandai bercakap Manakala  bahkan memperolehi Mahfuz Omar seperti biasa, terus menjilat Guan Eng. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Guan Eng, akan segera dipersetujui oleh Mahfuz Omar.

Mahfuz Omar, sama seperti Ahli Parlimen pembangkang yang lain, merupakan contoh terbangang semulajadi yang dijadikan Allah Taala sebagai kiasan kepada rakyat Malaysia.

Seperti mengikut telunjuk Guan Eng, atau barangkali juga, itulah sahaja yang mampu difikirkan oleh Mahfuz Omar, menurutnya, Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri petang semalam, tidak lebih daripada sekadar satu topeng semata-mata, bahkan Bajet 2016 itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kerajaan mahu mengatasi masalah kejatuhan Ringgit Malaysia. (RUJUK SINI)

Jangan salahkan Mahfuz Omar kerana zombie memang diketahui mempunyai otak yang telah mati dan mereka tidak mampu berfikir secara jauh. Lebih RM200 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan 2016 itu, dengan perincian pengagihan, terutama yang membabitkan sektor hartanah, perniagaan, saham andil dan sukuk serta pekerjaan, langsung tidak mampu dilihat oleh Mahfuz Omar indikasi kepada usaha kerajaan untuk menaikkan nilai Ringgit.

Dia fikir, nilai Ringgit boleh dinaikkan suka-suka dan bersandarkan kepada konsep persepakatan dan konspirasi seperti yang sering diamalkan dalam Pakatan Harapan @ Pakatan Rakyat yang telah rabak. Dan Mahfuz Omar fikir, di planet ini hanya ada satu benua dan di benua itu, hanya ada negara Malaysia dan perdagangan semuanya adalah secara barter trade.

Namun yang paling kelakar ialah apabila Mahfuz berkata, nilai Ringgit hanya akan naik kembali apabila Najib Abdul Razak meletak jawatan!

Mengapa tidak dia menyatakan bahawa nilai Ringgit jatuh kerana perangai jahat Pembangkang yang bangang, yang bertungkus lumus cuba menakut-nakutkan para pelabur dengan demonstrasi jalanan, yang beria-ia mencipta fitnah seperti yang dilakukan ke atas Lynas, yang mengekang pertumbuhan perkilangan dengan premium dan cukai tanah yang keterlaluan seperti di Selangor dan berpolitik pada semua isu?

Secara logiknya, para pelabur mahupun spekulator matawang seringkali menjadikan gelagat dan perangai ahl-ahli politik dari barisan Pembangkang sebagai indikasi untuk mereka bertindak.

Pelabur mana yang mahu kerugian apabila aktiviti pelaburan mereka diganggu-gugat oleh puak pembangkang di sesebuah negara yang menjadi destinasi pelaburan mereka. Kalau tidak, takkanlah ada banyak undang-undang yang melindungi pelabur termasuklah BAFIA di mana Rafizi Ramli bakal berhadapan dengan hukuman penjara jikalau didapati bersalah!!!

Tapi nak buat macam mana... kan namanya pun MR.BEAN...


KESIAN PAKATAN HARAPAN... USUL UNDI TAK PERCAYA GAGAL, CUBAAN BOIKOT PEMBENTANGAN BAJET KANTOI, BAJET ALTERNATIF SALIN TAMPAL BUKU JINGGA YANG LAPOK!!!



Disebabkan kecewa kerana semua rancangan mereka tidak membuahkan hasil, akhirnya para Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAPigs terpaksa angkat plakad dan cuba menyembunyikan kegagalan dengan menyebut ulang tentang RM2.6 bilion.

Menariknya, ramai juga kalangan penyokong mereka yang jenis haprak, turut bersetuju dengan gelagat BERUK MATYEH LAPAR PISANG yang ditunjukkan oleh para pemimpin mereka sekalipun mereka juga tahu bahawa petang semalam adalah PEMBENTANGAN BAJET bukannya perbahasan.

Lebih malang lagi, mereka cuba menimbulkan persoalan tentang RM2.6 bilion walaupun telah dijawab berkali-kali oleh pelbagai pihak, malah turut dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman bahawa sekali lagi jawapan akan diberikan di Dewan Rakyat, para BERUK MATYEH LAPAR PISANG itu tetap juga mahu menimbulkan sensasi.

Barangkali mereka sangat takut sekiranya Azmin Ali didesak tentang DEIG dan kehilangan RM9.75 bilion wang rakyat Selangor berbanding RM2.6 bilion dari sumber luar, maka mereka terpaksalah bertungkus-lumus menghangatkan kembali isu RM2.6 bilion.

Sebelum ini, DAP awal-awal lagi menyerang Azmin Ali dalam usaha untuk mengelak daripada dikenalpasti sebagai rakan subahat. DAP kalau bab berlakon jadi wali, memang hebat... macam Lim Guan Eng bercakap tentang anti-rasuah dan anti-penyelewengan ler juga walhal isu dia laki bini kuasai hartanah di Pulau Pinang menerusi anak syarikat yang diwujudkan oleh proksi utamanya, langsung tidak terjawab sampai ke hari ini. Bahkan isu puncak bukit yang digondolkan oleh pemaju hartanah kroni Lim Guan Eng juga, terus senyap sampai ke hari ini.


Beberapa pihak pula mula mengungkit tentang kilang-kilang besar di Pulau Pinang yang telah berpindah operasi ke negeri-negeri lain seperti Johor dan Melaka walaupun Zairil Khir Johari, si balaci Guan Eng yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya Cina, cuba bercakap besar kononnya, Pulau Pinang jauh lebih maju dan makmur serta menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu kerana pentadbiran yang sangat cekap.

Pendedahan tersebut sebenarnya sangat memalukan Guan Eng. Dia yang mahu dipandang sebagai TOKONG BESAR, kehilangan maruah dengan pendedahan sebegitu. Beberapa pendedahan lain termasuklah layanan istimewa daripada PENGURUS DANA rakyat Pulau Pinang yang menetap di Hong Kong, membuatkan Guan Eng merah muka dan bertambah malu kerana anti-rasuahnya terpatuk balik ke batang hidung sendiri.

Isu-isu itulah yang membuatkan barisan Pakatan Harapan menjadi gila dan tidak waras. Mereka terpaksa mencipta isu demi isu demi menutup salahlaku dan kesilapan pentadbiran mereka sendiri.


Dan tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng menyatakan, pembentangan bajet 2016 oleh Perdana Menteri adalah semata-mata untuk menutup skandal yang lebih besar sahaja. (RUJUK SINI)

Sebabnya bukan apa, Lim Guan Eng adalah PAKAR dalam bab mengalihkan perhatian daripada isu sebenar dan tidak mampu dijawabnya, sepertimana yang berlaku apabila pendedahan dibuat, isterinya, Betty Chew dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hartanah di seluruh Pulau Pinang. (RUJUK SINI). Itu sebablah dia kata, bajet 2016 adalah untuk tutup skandal.

Sebab dia memang semulajadi macam tuh!





Friday, October 23, 2015

PARA PENYOKONG BERUK MATYEH LAPAR PISANG MARAH BILA HADI AWANG DAN AHLI PARLIMEN PAS ENGGAN SERTAI AKTIVITI PEMBERUKAN DI PARLIMEN!!!



Ternyata, puak-puak penyokong BERUK MATYEH LAPAR PISANG naik angin apabila Hadi Awang, Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi tidak bangun sambil memegang plakad mengejek-ngejek dengan slogan 'MANA PERGI RM2.6 BILION' bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN.

Golongan BERUK MATYEH LAPAR PISANG segera membuat asumsi yang Hadi Awang dan bloknya telah menghalalkan RM2.6 bilion yang kata mereka 'itu adalah wang rakyat'.

Mai mana tang wang rakyat itu, itu hanya mereka sahaja yang lebih mengetahui memandangkan mereka tidak dapat menghadirkan bukti dan mereka juga tidak dapat menerima kenyataan daripada penafian SPRM bahawa wang tersebut adalah wang 1MDB atau parking haram di dalam akaun Najib.

Berbeza dengan DEIG yang mana Azmin Ali dan DAP terlibat di Selangor, penafian oleh SPRM, diimani bersungguh-sungguh oleh mereka dan mereka seringkali menegaskan bahawa SPRM telah menafikan sebarang salahlaku atau salahguna kuasa dalam isu DEIG. Bagaimanapun penafian SPRM tentang RM2.6 bilion dan kaitannya dengan 1MDB tidak pula digunapakai.

Nak buat macam mana, BERUK MATYEH LAPAR PISANG ler katakan...



BERUK seringkali mengejek-ngejek makhluk lain. Itu sebab dalam cerita beruk dengan kura-kura, beruk tanam pucuk pisang, sedangkan kura-kura pula tanam perdu pisang dan hasilnya yang berbuah adalah perdu pisang. Bila dah berbuah, beruk teringin nak makan pisang daripada pokok yang ditanam oleh kura-kura dari perdu pisang. Akhirnya beruk mencuri dan kemudian mengejek kura-kura kerana tidak boleh memanjat pokok dan membaling kulit pisang kepada kura-kura. Beruk terlupa, di perdu pokok pisang, kura-kura telah melonggokkan duri dan onak.

Samalah dalam kes ini. BERUK-BERUK MATYEH yang berkot dan bertali leher serta berstatus Ahli Parlimen itu sengaja buat-buat lupa, persidangan di mana mereka menjunjung plakad adalah pembentangan bajet, bukannya perbahasan dan persidangan khas tentang 1MDB atau RM2.6 bilion.

Yang bukan tergolong sebagai BERUK MATYEH sahaja yang tahu hakikat dan mereka tidak akan buat perangai BERUK. Yang sah-sah BERUK MATYEH sudah pasti akan berperangai BERUK walaupun masing-masing menyembur minyak wangi paling mahal atau membuat lilitan tali leher paling sukar.

BERUK MATYEH kekal sebagai BERUK MATYEH.... dek kerana malu nak mengaku mereka BERUK MATYEH, mereka mahu orang lain turut menjadi BERUK MATYEH seperti mereka. Bila orang tak mahu ikut, diejek-ejeknya orang itu seperti yang sedang dilakukan oleh para penyokong BERUK MATYEH ke atas Hadi Awang dan Ahli-Ahli Parlimen PAS.

top