Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 6, 2016

BAUKSIT DI PAHANG... KERAJAAN NEGERI PAHANG HANYA DAPAT RM8 JUTA WALAUPUN SEPATUTNYA DAPAT RM108 JUTA!!! SAPA SUDAH REMBAT?



Isu bauksit sudah semakin mendalam...

Pendedahan yang dibuat oleh Kumpulan Media Prima, bermula dengan NTV7 dan kemudian, TV3 (RUJUK SINI) menunjukkan operasi mengangkut bauksit dari lombong-lombong berkenaan telah dialihkan dari siang menjadi malam, ekoran kononnya terdapat operasi dari pihak berkuasa.

Sekaligus memberitahu kita bahawa operasi yang dijalankan, hanya pada sebelah siang, manakala sebelah malam, seperti sengaja membiarkan operasi tersebut berlarutan. Barangkali dengan alasan 'tidak cukup kakitangan'.

Namun ada sesuatu yang lebih mengejutkan!!!

Punyalah teruk perlombongan sehingga mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk, malahan telah mengakibatkan berpuluh-puluh kemalangan jalanraya antara lori-lori pengangkut bauksit dengan kenderaan milik orang awam, bahkan menukarkan laut di Kuantan sebagai Laut Merah dan membunuh ikan-ikan di sungai yang terlibat dengan enapcemar sisa perlombongan bauksit tanpa sebarang penjelasan munasabah, RUPA-RUPANYA Kerajaan Negeri Pahang hanya memperolehi RM8 juta sahaja daripada eksport bauksit tahun lepas berbanding jangkaan sebanyak RM40 juta. (RUJUK SINI)

Tiga bulan terakhir sahaja, Pelabuhan Kuantan yang mempunyai kapasiti pengendalian sebanyak satu juta tan bauksit setiap bulan, terpaksa menyelaraskan semula operasinya bagi menguruskan eksport bauksit Kuantan menjadi 3.5 juta tan.

Sekiranya jumlah tersebut disahkan, hampir 80% daripada perolehan tersebut tidak dikira. Kerajaan Negeri Pahang juga akan kehilangan lebih banyak perolehi sekiranya tidak menaikkan levi pengeluaran bauksit dari RM4 menjadi RM8 bagi setiap tan.

Akhbar NST pula menganggarkan sepanjang tahun lepas sahaja, jumlah pengeluaran bauksit dari negeri itu tidak kurang daripada 27 juta tan. Sekaligus sepatutnya membolehkan Kerajaan Negeri Pahang memperolehi sekurang-kurangnya RM108 juta daripada eksport bauksit sahaja. (RUJUK SINI)


COO Konsortium Pelabuhan Kuantan Sdn. Bhd, (KPC), Khasbullah A Kadir berkata, sebagai 'penyokong operator' mereka tidak mempunyai hak untuk menentukan sekiranya barangan tersebut adalah sah atau sebaliknya.

"Kami tidak mempunyai kuasa untuk membuka kargo bagi pemeriksaan, memandangkan ianya berada di bawah kuasa Jabatan Kastam," katanya.

Timbalan Penguatkuasa Kastam Pahang, Sarip Ismail pula berkata, mereka hanya akan membenarkan eksport apabila permit dari Jabatan Mineral dan Geo-Sains dikeluarkan.

Sarip bagaimanapun berkata, dia tidak pasti sekiranya Jabatan Mineral dan Geo-Sains bertindak secara sendiri. Dia turut menegaskan bahawa Pejabat Tanah dan Galian Negeri mempunyai kuasa penuh untuk memeriksa sekiranya para pelombong itu berlesen atau sebaliknya.


4 comments:

Anonymous said...

Geleng kepala tengok benda2 ni..bauskit lah, basket lah, dulu kat Cameron Highland, balak, pasir, bla..bla..bla..apa nka jadi dgn kerajaan negeri ? buta ke, tidor ke..buat bodoh ke..atau rasuah? Besar sangat ke Malaysia ni sampai tak tahu benda2 ni berlaku..
Amat memalukan kan sekali..

Anonymous said...

MESTI BESOR NAGA TU...SEMBUR KELUOR API.

Anonymous said...

Menteri menteri sekarang ne mana reti malu..
Lebih lebih lagi kepala menteri.

Anonymous said...

ye la..kalau nak kaut semua nak kaya, tapi sampai menjahanamkan alam sekitar dan menganiaya orang lain ada akal ke..

 
Blogger Templates