Wednesday, January 13, 2016

BILA ORANG KECEWA DAN HILANG JAWATAN PERASAN JADI ORANG BERKUASA DAN MEWAKILI AKAR UMBI, BUAT DESAKAN GULINGKAN NAJIB!!!



Kalau ada yang berkata, Ketua-Ketua Cawangan UMNO di seluruh Malaysia kecuali Sarawak amat berkuasa, mereka silap sebenarnya. Majoriti Ketua-Ketua Cawangan terutama sekali cawangan-cawangan 'bunian' yang diwujudkan dengan tujuan memenangkan sesetengah pihak dalam pemilihan kepimpinan peringkat UMNO Bahagian, tidaklah menonjol dan gilakan kuasa seperti yang cuba dipaparkan oleh Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sangat pro-Mahathir.

Adakalanya, fungsi Ketua-Ketua Cawangan dalam GKCM itu sendiri dipertikaikan kerana kewujudan majoriti mereka seolah-olah tidak terasa. Apa-apa hal sekalipun, akar umbi sama ada akan mengejar Ketua Bahagian, ADUN atau pun Ahli Parlimen, malah kadang-kadang Guru Besar dan Tok Imam jauh lebih besar peranannya berbanding Ketua-Ketua Cawangan UMNO itu.

Bagaimanapun, apabila membabitkan politik dalaman, politik menghentam sesama sendiri, politik menghancurkan parti dari dalam, tiba-tiba sahaja Ketua Cawangan buat gerakan untuk menggulingkan Presiden. Tiba-tiba sahaja hendak tunjuk kuat.

Malangnya, mereka sendiri tidak kenal akar umbi tetapi masih berani mendabik dada kononnya mereka mendapat sokongan daripada akar umbi!

Justeru apabila Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Pulau Pinang membuat sidang akhbar untuk mendesak dan menggesa Najib agar berundur daripada jawatan Perdana Menteri, lebih ramai yang mencebik bibir berbanding menyertai dan bersama-sama kumpulan tersebut. Cebikan bibir yang dibuat bukan kerana telah diberi makan dedak oleh Najib sebagaimana alasan yang sering diberikan oleh kumpulan tersebut apabila mereka melihat penentangan ke atas mereka sendiri, sebaliknya kerana akar umbi sendiri faham ke mana dan dari mana sebenarnya mereka yang berada di dalam GKCM itu.

Dalam sidang akhbar oleh GKCM Pulau Pinang, ketiadaan akar umbi UMNO, memaksa mereka terpaksa mengimport ahli-ahli PERKASA, menurut sumber. Dan sama seperti GKCM, PERKASA sendiri pun tidak keruan dan ketahuan hala!

Maklumat yang diberikan ialah, sidang akhbar GKCM Pulau Pinang itu dibiayai sepenuhnya oleh Yang Dipertua PERKASA Pulau Pinang, Marzuki Yahaya yang sebelum itu merupakan orang kecewa yang kalah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan dalam beberapa pemilihan UMNO lalu.

Orang kecewa lagi!

Menariknya, pada ketika Marzuki mendakwa gerakan tersebut mewakili suara akar umbi UMNO Bahagian Bagan, kehadiran Ketua Cawangan dalam sidang media tersebut, hanyalah berjumlah 3 orang tanpa pengikut sedangkan berdasarkan rekod, UMNO Bahagian Bagan mempunyai 64 Cawangan UMNO.

Apa sudah jadi dengan 61 Ketua Cawangan yang lain? Adakah mereka bukan akar umbi?

Patutlah GKCM tidak lebih daripada sekadar menjadi anjing tidak bergigi yang hanya berani menyalak dan terus menyalak apabila tokey-tokey besarnya tendang punggung. Bukan sahaja tidak bergigi, mereka juga dibuang daripada kawanan sendiri.

Macam tu yang dikatakan GERAKAN MAHA DAHSYAT yang akan menolak Najib?

Majoriti Ketua Cawangan sendiri pun menolak GKCM, macam mana pula tu?

10 comments:

Anonymous said...

Mulut lantang akan bertambah kuat kalau ada taring. Yang ada taring ialah PAU. GKCM tidak ada taring. Kalau hendak menggigit sudah tentu PAU lebih berkesan berbanding GCKM.

Anonymous said...

Hanya penjilat2 berbayar Najib saja yang percaya kat artikel ni.....takut lah api neraka wahai penulis...

Anonymous said...

Persoalanya ialah , dari manakah Marzuki mendapat duit sebanyak itu untuk menaja sepenuhnya majlis yang dia adakan ?? jeng jenggg ..

tanya sama DAP ..

Anonymous said...

Tunggulah keputusan PRU14 nanti, barulah kita terkejut,
RAMAINYA ORANG KECEWA!!!!!!!!!

Anonymous said...

??? Kau paham tak apa yg ditulis ni. ???

Anonymous said...

Yer..tunggu PRU14..sy ahli UMNO dan x sabar nak tengok najib jatuh..sy salah seorang yang kecewa...hanya penjilat2 najib saje yg percaya artikel ini..kalau dulu org cakap pak lah teruk..najib lagiiiiiiiii le teruk...dia makin kaya..rakyat makin merana..jgn sampai malaysia jadi macam india..jurang jauh sangat...ini bukan pemimpin yang rakyat nak...

Anonymous said...

bro...orang.. dia takut api neraka. dia sendiri ingatkebal api neraka? ada kebenaran ke apa yang gkcm perjuangkan. sanggup masuk neraka ke jika semua itu sekadar persepsi.

Anonymous said...

Ramainya org kecewa. siap nak mengugut masa PAU & PRU14. ugutlah ,desaklah . bagaikan anjing menyalak bukit ,bukit tak runtuh , anjing yg akan mati kehausan .Jangan fikir semua yang tak suka najib ,rela melihat puak penentang, penderhaka bebas sewenang2nya merosakkan struktur masyarakat .

Anonymous said...

3:40,

Kecewa dalm konteks kamu maksudkan tidaklah kekal. Tapi kecewa dalam konteks ultrakiasu memecahbelahkan tahaluf siyasi bakal memukul kesemua kekecewaan yang ada. Tunggu.

Anonymous said...

Sebusok BN macam pon aku tak kan vote pembangkang yg akan naungan dajjal lim. Melayu mcm seronok kena tipu dgn kapir. Aku masih percaya najib ada jiwa dan kepercayaan kpd yg Satu. VOTE NO TO KOMUNIS LIMKOMUNIS

top