Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 5, 2016

BUKU TEKS PUN BOLEH TERSALAH FAKTA? PENAPIS-PENAPIS DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TELAH DIBOMOH?



Buku teks Sejarah untuk Darjah Enam Sekolah Kebangsaan telah ditarik balik kerana kesalahan fakta pada Disember tahun lepas, iaitu pada ketika buku-buku teks diedarkan ke semua sekolah. Hasilnya ialah, 'pembetulan' dibuat dan memakan masa. Faktor pembetulan, perfileman, percetakan dan pengedaran untuk semua sekolah di seluruh Malaysia, pasti akan memakan masa sekurang-kurangnya dua bulan. Apatah lagi, difahamkan juga, kos penghantaran semula itu akan ditanggung oleh agen-agen pengedar, sekalipun yang melakukan kesalahan, bukanlah mereka.

Untuk pengetahuan, komisyen penghantaran buku teks terlalu kecil dan penambahan kos bagi pengedar kerana lokasi sekolah, akan ditampung daripada penghantaran ke sekolah-sekolah bandar yang mempunyai jumlah besar.

Pada 2 Disember lalu, Menteri Pelajaran, Mahdzir Khalid memaklumkan penarikan semula buku teks tersebut ekoran kesalahan maklumat mengenai kedudukan Melaka dalam peta Semenanjung yang telah dicetak pada buku berkenaan.

Menurut Mahdzir, syarikat percetakan tersebut bertanggungjawab untuk mencetak semula bahagian muka surat yang mengandungi kesilapan maklumat pada peta.

Untuk pengetahuan juga, mencetak semula, walaupun sebaris ayat di dalam sebuah buku yang telah disiapkan, jauh lebih sukar berbanding yang dibayangkan. Ini adalah kerana setiap buah buku tersebut akan diperiksa dan kemudian bahagian muka surat yang tersalah maklumat tersebut akan dibuang. Muka surat yang baru perlu dicetak dan diselitkan ke bahagian yang telah dibuang.

Prosesnya tidak sama seperti di dalam komputer dengan teknik Copy and Paste yang banyak digunakan kerana ianya melibatkan percetakan.

Kenyataan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengandaikan terdapat sabotaj, mungkin boleh diterima memandangkan setiap manuskrip mentah akan diperiksa dan dinilai sekurang-kurangnya tiga kali menerusi tapisan yang amat ketat. Sebarang kesalahan akan disemak, diperiksa dan diberikan ulasan.

Amat malang kerana kesalahan di dalam buku teks Sejarah Darjah Enam itu terlepas daripada tapisan yang berkali-kali itu.

Adakah sebenarnya manuskrip mentah buku tersebut telah terlewat disiapkan dan memandangkan dateline sudah terlalu hampir, maka pihak syarikat penerbitan mengambil jalan mudah dengan menyiapkanya tanpa melalui prosedur yang sepatutny?

Siapakah pemeriksa dan penapis yang telah melepaskan manuskrip tersebut untuk cetakan?

Atau barangkali kesilapan telah dibetulkan oleh pemeriksa tetapi Jabatan Grafik syarikat penerbitan itu terlepas pandang manakala editornya dan pembaca pruf pula sudah terlalu letih untuk menghadap buku yang sama berkali-kali?

Barangkali siasatan yang lebih menyeluruh perlu dibuat terutama sekali yang membabitkan tender penyediaan, penerbitan dan percetakan buku teks perlu diperhalusi?

Harap-harap tidak adalah yang memberi alasan bodoh terutama dari Biro Buku Teks (BBT), kononnya semua kesalahan tersebut adalah kerana BOMOH!!!



No comments:

 
Blogger Templates