Tuesday, January 12, 2016

DULU HAPUSKAN PTPTN, SEKARANG PTPTN PULAK TAK CUKUP!!!



Antara yang paling kuat menyalak disebabkan hasutan dilakukan oleh PKR terutama sekali membabitkan Rafizi Ramli ialah, penghapusan PTPTN, sehinggakan ada yang sanggup berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS bergabung untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan PTPTN walaupun pengajian mereka sangat bergantung kepada PTPTN, bukannya bergantung kepada keputusan dan kecemerlangan akademik mereka.

PTPTN telah memberikan keistimewaan yang besar iaitu menukarkan status pinjaman kepada biasiswa sekiranya setiap pelajar memperolehi keputusan CGPA 4.0 atau Ijazah Kelas Pertama.

Alasan yang diberikan oleh puak-puak penentang PTPTN itu adalah, sepatutnya negara ini menyediakan pembelajaran pada peringkat tinggi secara percuma - sesuatu yang tidak dilakukan dan diamalkan oleh mana-mana negara di dunia ini melainkan negara yang mengenakan kadar cukai dan pungutan cukai yang sangat tinggi dan tegas kepada rakyatnya.

Itu dahulu. Sekarang sudah berubah. Isu PTPTN dihapuskan tidak lagi dibangkitkan, tetapi disebabkan isu pelajar universiti kebuluran, maka rungutan terbaru ialah, PTPTN tak cukup untuk mereka!

Daripada menghapuskan, sekarang para pelajar yang telah dipermudahkan oleh polisi kerajaan yang mereka benci untuk mereka meneruskan pengajian di peringkat tertinggi, menuntut pula agar PTPTN dinaikkan kadarnya. Sedangkan pada masa yang sama, masih ada sebilangan besar yang telah mendapat pinjaman pendidikan tersebut, enggan pula membayar hutang dan mengadu kepada media bagaimana gaji mereka hanya tinggal beberapa belas ringgit sahaja kerana potongan paksaan oleh PTPTN.

Konsep biasiswa seperti yang dinyatakan dalam peruntukan adalah pembiayaan pengajian bagi pelajar-pelajar yang layak, bukan kepada semua pelajar yang mahu meneruskan pengajian. Layak bermaksud, menepati segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, bukannya pelajar buangan yang diterima oleh mana-mana kolej IPTS atau IPTA kerana kuota bukannya merit.

Justeru, ketidakmampuan menukarkan PTPTN masing-masing menjadikannya sebagai biasiswa seharusnya menyedarkan mereka bahawa mereka perlu mencari jalan lain. PTPTN itu sendiri adalah pinjaman untuk membiayai pengajian yang merangkumi yuran serta pembelian bahan bantu belajar, bukannya untuk makan minum atau berseronok-seronok dengan GAYA HIDUP.

Pelajar-pelajar generasi awal, tidak mempunyai kemudahan PTPTN, tetapi masing-masing tetap hidup sehingga ke hari ini. Tiada sebarang masalah walaupun kebanyakannya juga ikat perut kerana keluarga masing-masing pada waktu itu bukannya mudah memperolehi wang seperti sekarang.

Kalau pelajar-pelajar zaman dahulu boleh mencari pendapatan sampingan, kreatif untuk tidak menyusahkan ibu bapa dan keluarga, malahan bersyukur kerana yuran pengajian bukan lagi satu masalah besar, mengapa pelajar-pelajar zaman sekarang banyak pula rungutan mereka.

Maka, sekarang bolehlah para pelajar yang sebelum ini kuat berhujah kononnya pendidikan tinggi di negara ini perlu diberikan secara percuma dan PTPTN dihapuskan, meminta bantuan daripada para pemimpin pembangkang, terutama sekali kaedah menjadikan kedudukan dan kewujudan mereka di IPTA atau IPTS sebagai punca dan mata pendapatan untuk mereka terus menjadi kaya-raya.

Kesimpulan mudah.... MENGADA-NGADA!


4 comments:

Norzekry Zakariah said...

Pelajar2 dan golongan muda sekarang manja,,segala kemudahan di depan mata,pelajar dan golongan muda sebelum 90 an dulu dah biasa hidup susah,pergi belajar dan kerja hanya menaiki bas

Anonymous said...

Harap PTPTN dibatalkan shj terus agar para pelajar lebih berdikari, kami dulu mampu makan walaupaun hanya ada biasiswa JPN yg diwajibkan cukup utk satu semester.

Anonymous said...

Yes..mmg mengada ngada..
Budak skrg terlalu manja..
Dulu tak macam ini pun..sedarlah.

Anonymous said...

INI SEMUA GULAU LAPIZI. LULU LIA OLANG CIAKAP TAK MAU PTPTN. SIKALANG LIA CIAKAP TALAK CIUKUP. INI MISTI SELALU MASUK JIAMBAN. MUSUK SULAH MASUK KIPALA. INI MOHAMAD LAZALI ALA CELITA.
LAPIZI PUNYA CELITA..MINYAK TULUN HALEGA..BALANG BOLIH TULUN HALEGA. INI HALI WA PIGI PASAT..AYAM SULAH NAIK HALEGA. LIA OLANG CIAKAP..HALI BUSAT CINA MAU MALI. ALA BOLO PUNYIA OLANG INI GST PUNYIA PASAT. HAIYAAA...WA KIPALA PINING INI MACIAM....

top