Monday, January 4, 2016

IBU REMAJA YANG PALSUKAN CERITA KONONNYA DIA DICULIK TAPI SEBENARNYA MENYOROK DI RUMAH BOYFRIEND, LUAH PERASAAN!!!



Apa yang sudah terjadi, saya sebagai ibu terima walaupun perit untuk menanggungnya,” kata Asmah Mamai, 33, ibu kepada Nur Amirah Athirah Abdul Majid,14, yang dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman.

Remaja itu menjadi perhatian di seluruh negara selepas kehilangannya menjadi viral apabila dikatakan diculik dan rakaman panggilan telefon kepada ibunya memberitahu dia diculik tersebar. Bagaimanapun, dia ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dipetik berkata, remaja itu dan lelaki terbabit yang berusia 19 tahun ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

Menurut Asmah, apapun yang berlaku, dia reda dan bersyukur kerana anaknya ditemui oleh anggota polis dalam keadaan selamat. Asmah yang ditemui di rumahnya di Bandar Sultan Suleiman petang tadi berkata, dia dan suami dihubungi anggota polis pada 10 pagi tadi memaklumkan anak mereka sudah ditemui.

“Suami segera ke balai polis untuk melihat keadaan anak sulung saya, dan dia masih dalam keadaan baik. Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bertungkus lumus menjejaki anak saya sehingga ditemui.

“Saya akan mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang lagi. Saya dan keluarga harus berbincang sama ada untuk menukarkan dia ke sekolah lain atau sebaliknya,” katanya yang sudah membuat persiapan persekolahan anaknya itu.

Asmah berkata, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, rakan Nur Amirah yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, rakannya itu mengenali seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya sejak seminggu lalu.

“Sebelum ini, Nur Amirah hanya berkelakuan seperti biasa dan tidak pernah mempunyai masalah dengan keluarga. Jika ada masalah dia ceritakan kepada saya. Saya terkejut apabila dia dikatakan dilarikan dan kemungkinan lelaki itu yang mempengaruhi Nur Amirah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Samah berkata, remaja lelaki itu dan rakannya berusia 45 tahun direman bermula hari ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan remaja bawah umur 16 tahun tanpa keizinan penjaga yang sah.

“Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu menumpang di rumah rakan teman lelakinya yang berusia 45 tahun di Bandar Sungai Emas, Banting,” katanya.

Katanya, Nur Amirah turut disiasat kerana memalsukan maklumat dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.



5 comments:

Anonymous said...

Perbuatan tidak bertanggungjawab. Menyusahkan ramai orang.

Anonymous said...

Saya keliru dengan seksyen diatas iaitu:

Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan remaja bawah umur 16 tahun tanpa keizinan penjaga yang sah.

Secara adatnya, tiada penculik atau individu yang yang hendak menculik atau melarikan remaja bawah umur akan minta izin dari penjaga mangsa yang sah.
Tiada penjaga yang akan izinkan individu dibawah jagaannya diculik.
Ada sesiapa yang boleh terangkan mengenai seksyen ini? Saya cuma keliru dan kurang faham...

Anonymous said...

hai anak , kenapalah sejauh itu kau menyakiti hati dan perasaan mak dan ayah ? tergamak kau mencipta cerita dengan segala lakonan demi untuk memuaskan hati nafsu kau sendiri, kau tak terfikir ke bagaimana remuknya perasaan mak ayah , abang adik , saudara mara, serta rakan2 yg lain apabila melihat tingkah dan olahmu itu ?

aduhai budak, kau masih mentah untuk masak, masih terlalu muda bagimu untuk menjadi dewasa, bertaubatlah dan sujudlah ..ciumlah kaki mak dan ayahmu, minta ampunlah dengan mereka,

Anonymous said...

Fikir la sampai paham

Anonymous said...

Dlm bahasa mudahnya jgn kaco anak dara sunti org.. sepatutnya kita ni lelaki kena jaga maruah perempuan terutama saudara kandung sendiri tp biasa la nafsu bro

top