Tuesday, January 5, 2016

SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN, TETAPI SEKOLAH PULA PEKENAKAN IBU BAPA!!!



Fenomena ini bukan perkara baru. Sudah terlalu lama berlangsung. Terutama dengan pelbagai program yang dibuat oleh Kementerian setiap kali Menteri dan Ketua Pengarahnya berbeza.

Anehnya, Kerajaan telah memberikan bantuan sepenuhnya kepada setiap pelajar. Malah seorang pelajar, Kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM8,000 bagi setiap kepala. Dengan segala skim terutama buku teks, pemansuhan yuran sekolah dan yuran peperiksaan, sepatutnya perbelanjaan yang dikeluarkan oleh setiap ibu bapa, jauh lebih rendah berbanding apa yang terpaksa dibelanjakan hari ini. Malah kerajaan turut memberikan bantuan perbelanjaan persekolahan.

Dalam hal ini, tidak timbul masalah Kerajaan membebankan ibu bapa sebaliknya, yang mengenakan dan membebankan ibu bapa adalah pentadbiran sekolah.


Kalau diperhatikan, setiap sekolah akan ada buku-buku kerja, modul dan pelbagai bacaan tambahan yang lain, yang telah disenaraikan sebagai bahan wajib beli. Termasuk jugalah segala macam yuran yang telah diwujudkan oleh pihak sekolah, termasuklah yuran PIBG yang kemudian, boleh dipertikaikan untuk tujuan apa, memandangkan bantuan yang diberikan oleh PIBG kepada anak-anak pelajar tersangat kecil berbanding jumlah yuran wajib PIBG yang perlu dibayar.

Barangkali jumlah RM200 bukanlah jumlah yang besar bagi seorang anak. Bagaimana pula dengan sebuah keluarga yang ada sekurang-kurangnya tiga orang anak di sekolah rendah dan dua orang anak di sekolah menengah?

Walaupun yuran PIBG hanya perlu dibayar oleh salah seorang anak di sekolah yang sama, tetapi hakikatnya, kepelbagaian yuran yang diwujudkan oleh pihak sekolah, ternyata menyusahkan kalau tidak pun membebankan.


Jangan kata, setiap ibu bapa perlu mempersiapkan anak-anak mereka dengan perbelanjaan sewajarnya memandangkan yang terbabit adalah SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN, bukannya sekolah persendirian yang sememangnya menjadikan keuntungan daripada perniagaan pendidikan sebagai dasar mereka.

Semenjak awal 80-an, penggunaan buku-buku kerja seolah-olah telah diwajibkan kepada para pelajar. Bermula dengan para pelajar aliran sains tingkatan empat yang perlu membeli buku-buku kerja Biologi, Fizik dan Kimia, kemudiannya berjangkit kepada matapelajaran-matapelajaran lain, termasuklah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Malah, buku rampaian atau buku tulis pula, sekadar menjadi syarat kerana pembelian buku-buku tulis pula perlu dibeli dari koperasi sekolah.

Kementerian Pelajaran di bawah Menteri yang baru ini, perlu melihat masalah yang sudah berlarutan bertahun-tahun ini. Sudah sampai masanya untuk sekolah bantuan penuh kerajaan kembali semula kepada dasar tulennya, bukannya menjadi sampingan kepada syarikat-syarikat penerbitan tertentu mengaut keuntungan berdasarkan 'WAJIB BELI' yang dikenakan kepada ibu bapa.


8 comments:

wan jamak said...

ni blogger gred apa ni?

1. cuba duduk dlm ajk PIBG kemudian datang sini bagitau yuran PIBG untuk apa?
2. apa kata war2kan pada semua ibubapa yg pensil, pemadam, botol air, beg sekolah, kasut , baju, seluar, bedak, minyak rambut, & segala bagai sepatutnya ditanggung oleh kerajaan. lagi molek.

Anonymous said...

KPM tolong siasat ...

Anonymous said...

Hendak seribu daya dan dlm konteks ini ada banyak cara boleh dapat sumber kewangan contohnya menyewakan dewan sekolah kepada masyarakat sekitar.

Anonymous said...

Kalo semua nak free... buat sekolah sendiri le....abis citer.

Groom said...

Cikgu2 sekarang asyik komplen jer kononnya beban kerja berat...padahal pemalas! Cikgu dulu2 sampai putih2 seluar menulis, melukis di papan hitam..murid salin & buat sendiri..sekarang ni cikgu2 pemalas..tak nak pegang kapur..suruh murid beli buku2 kerja termasuklah buku2 lukisan & mewarna..padahal dulu aku melukis & mewarna buat sendiri..pandai & berjaya jer aku skrg ni..tp anak2 aku..buku2 lukis & mewarna bergambar sekolah Tadika pun kena beli...cikgu2 skrg mmg pemalas! Tau komplen jer....huh!

Anonymous said...

Ho bodoh! Aku ingat ko ji cikgu yg paling pemalas! Kau malas nak pakai papan hitam kau paksa murid2 sampai sekolah tadika pun beli buku kerja..cikgu2 sekrang ramai yg pemalas! Nak tulis latihan kat papan hitam pun pemalas! Sampai budak umur 4 tahun pun ko paksa beli buku2 kerja..haram jadah cikgu pemalas! Makan gaji buta!

iskandar said...

Salam, izinkan saya berkongsi pandangan. Rasanya jangan kita buat generalisasi semua guru pemalas. Ada beza antara mengajar dengan alat yang digunakan. Bukan guru yang mengajar yang tetapkan buku apa perlu guna. Kalau ditetapkan oleh panitia pun kata putus adalah dari ketua pentadbir sekolah iaitu guru besar. Isu di sini ialah yuran atau pun perbelanjaan yang perlu ditampung oleh penjaga. Sebagai contoh, pakaian sukan sekolah. Kalau nak wajibkan cuba fikir cara yang tidak membebankan penjaga. Itu saja. Jangan pula nanti timbul untuk dapatkan komisyen. Begitu juga buku kerja atau latihan. Apa salahnya di jual ikut harga asal bukan dengan komisyen.

Anonymous said...

budak2 sekarang ni semua jadi bodoh dan tolol belaka agaknya, tu pasal ramai pengkomen kat atas yang marah cikgu2 semua malas. sekolah asrama penuh tu penuh dengan budak yang sebijik A pun takde. apa la korang ni, belasah cikgu kaw2. kalau bukan kerana cikgu, ada masa ke korang semua nak ajar anak2 korang semua. hanya kerana perbelanjaan persekolahan yang korang tak setuju, korang bubuh cikgu semua malas. aku percaya, yang malas sebenarnya korang. korang malas datang mesyuarat pibg, malas datang bincang dengan pengurusan sekolah dan malas bertanya untuk apa bayaran2 tu semua korang kena bayar. semua tu boleh bawak bincang, jangan la malas bertanya, sesat.

top