Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 26, 2016

TAHUKAH ANDA, SJKC-SJKC DI SELURUH MALAYSIA SEBENARNYA BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG NEGARA!!!



Pejuang-pejuang sekolah vernakular seringkali menekankan, sesiapa sahaja yang menentang sistem vernakular adalah golongan penghasut. Mereka juga perlu dikenakan hukuman kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan dan cubaan memporak-perandakan negara ini.

Namun tahukah anda, sekolah-sekolah vernakular sebenarnya adalah HARAM di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Kewujudannya lebih banyak menyumbang kepada kemusnahan struktur kenegaraan dan merencatkan cita-cita mewujudkan negara bangsa yang mana rakyatnya bersatu padu dan hidup secara harmoni serta saling hormat-menghormati.

Artikel 12(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa:

(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap manamana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

 Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedudukan dan menghalalkan keberadaan sekolah-sekolah vernakular di Malaysia kecuali Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Persekutuan dan Sekolah-Sekolah Agama Negeri yang terdapat dalam Artikel 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas.

Sebaliknya, sekolah-sekolah vernakular hanya dinyatakan dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan di bawah kuasa Menteri bagi penubuhannya. Sekaligus ada persoalan tentang percanggahan kerana walaupun penubuhannya dinyatakan dalam Akta Pendidikan namun Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi Malaysia tidak pernah membenarkan penubuhannya.... TERUSKAN BACAAN DI SINI


5 comments:

kumbang said...

Haram ke halal ke kalu najib tak kata apa tak payah panjangkan isu sjkc ni

Anonymous said...

Gua dah ckp dari dulu tengok sama itu Perlembagaan Negara.


Sekarang apa macam.....


KPM MESTI JAWAB !

Anonymous said...

Aii, takkan kerajaan tak tau? Sampai nak Tanya kat sini?

Anonymous said...

bagi saya,lantaklah kalau cina nak SRJK tu kekal.lagi bagus sebenarnya.sepatutnya anak org Islam hanya sekolah di sekolah Islam dan yg cina lantak depa.perkasakan sekolah utk murid2 Islam dan angkat martabat pembelajaran al-Quran dan Hadith.masyarakat Islam kita lemah hari ini sbb terikut2 sistem pembelajaran penjajah.anak saya darjah dua diajar tentang mermaid dan fairies di sekolah.apa kejadahnya tu?!lepas tu disuruh kami ibu bapa beli alat musik suling plastic utk pembelajaran musik yg terang2 bertentangan dgn ajaran Islam.sepatutnya tekankan sejarah Islam pada anak2 kita supaya mereka sayang dan celik tentang Islam.tak payah dipisahkan sekolah kebangsaan dgn sekolah agama.menyusahkan anak2 dan ibu bapa.buat sekali jalan.masuk pukul 9 balik pukul 5 petang.kalau tak cukup kelas,padang bola di sekolah2 kebangsaan boleh di bangunkan lagi bangunan utk kelas2.padang bola cukup membazir.berapa ramai anak2 kita yg akan jadi pemain bola professional?mesti diingat bola sepak lebih byk mengundang maksiat daripada sukan2 lain.contoh,berpakaian mendedahkan aurat utk pemain bola,meninggalkan solat pada penonton di stadium,di kedai mamak dan di rumah jugak ini belum lagi pemain dan petugas2 perlawanan,melibatkan judi,melibatkan penaja2 pro israel,melibatkan rasuah,mencetuskan pergaduhan,mencetuskan makian dan amarah,membazir masa,membazir tenaga,dll.lebih baik padang sekolah yg luas itu di manafaatkan utk pengajian utk anak2 kita.di akhirat esok kita akan dipertanggungjawabkan keatas jenerasi akan datang.cina nak buat apa kat srjk lantak depa.

Johan said...

1957 Kerajaan yg baru bagi tempoh 10 tahun untuk jadikan sekolah 1 aliran. 1967 Hanya sekolah aliran Inggeris secara beransur-ansur berubah menjadi sekolah kebangsaan. SJKC dan SJKT minta tangguh lagi dgn alasan pendatang ni belum bersedia....

 
Blogger Templates