Monday, March 28, 2016

1MDB MINTA PIHAK BERKUASA DAN PARLIMEN SIASAT RAFIZI RAMLI BERHUBUNG DOKUMEN OSA YANG DIDEDAHKAN!!!



1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminta pihak berkuasa dan Parlimen supaya menyiasat Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang didakwa berkongsi dokumen yang dirahsikan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.

“Rafizi tidak boleh mengaku dirinya tukang adu (whistleblower) atau bertindak demi kepentungan awam, kerana Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) iaitu sebuah badan sah yang dianggotai lima wakil rakyat Pembangkang, mempunyai akses dan sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Rafizi hari ini mendedahkan dokumen daripada Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB yang dirahsiakan dibawah OSA. Dokumen itu dikatakan menunjukkan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“1MDB faham bahawa LTAT, dalam masa terdekat, akan memberi penjelasan yang akan memaparkan kepalsuan dakwaan adanya kaitan antara kontrak 1MDB dengan Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), dengan pembayaran LTAT kepada anggota angkatan tentera.

“Kaitan yang dikatakan itu adalah satu penipuan yang sengaja direka Rafizi, yang tanpa malu cuba menyampaikannya sebagai fakta,” menurut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, 1MDB mengesahkan bahawa ia mengalami ketakserasian aliran tunai pada 2015 dan syarikat itu menegaskan pengesahan sebelum itu pada 21 Mac lalu bahawa semua pembayaran kepada PPHM dibawah kontrak antara mereka adalah semasa dan tiada jumlah tertunggak.

“Oleh itu, 1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia menjadi punca sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera.

“Seandainya Rafizi menganggap apa yang sedang dilakukannya itu tindakan yang betul, maka beliau bukan sahaja menunjukkan ketidakpedulian pada undang-undang tetapi juga menghina siasatan PAC, sebuah jawatankuasa Parlimen yang merentas parti.

“Sekiranya didapati ada salahlaku, kami percaya tindakan akan diambil mengikut undang-undang,” menurut kenyataan itu. - FMT


No comments:

top