Wednesday, March 23, 2016

ADAKAH PHANG LI KOON BUTA HURUF DAN BUTA KAYU SEHINGGAKAN AKUAN BERSUMPAHNYA DIBACAKAN OLEH EXCO PASUKAN PERONDA SUKARELA YANG TERKENAL DENGAN KEBIADAPANNYA?




Agak menarik apabila Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pernah mengetuai Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dan terbabit dalam pertengkaran dengan calon BEBAS PRK Bukit Gelugor, Huan Chen Guan selain berlagak angkuh dan sombong, bertindak sebagai pembaca akuan bersumpah Phang Li Koon. 

Sekaligus, menimbulkan seribu satu persoalan yang lain memandangkan Phang Li Koon membuat akuan bersumpah tetapi yang membacanya adalah Phee Boon Poh yang membacanya dalam sebuah sidang media yang dianjurkannya di KOMTAR.

Selain itu, Phee Boon Poh yang mengaku menjadi Penasihat Phang Li Koon menegaskan, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang cuba membuat tuduhan berlaku salah laku dalam penyewaan banglo No.25 Jalan Pinhorn oleh Phang Li Koon kepada Lim Guan Eng selain penjualan tanah tapak PPRT Taman Manggis Fasa 2. (RUJUK SINI)

Difahamkan, Phang Li Koon adalah sepupu kepada Phee Boon Poh.

Yang dipertikaikan sekarang, mengapa Phee yang membaca Akuan Bersumpah tersebut, dan tidak Phang Li Koon? Mengapa Phang sendiri tidak hadir? Adakah dia sedang sakit? Atau dia seorang yang buta huruf meskipun merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya walaupun usianya masih muda? 

Persoalannya kenapa Ms Phang sendiri tidak memanggil sidang media untuk memaklumkan Akuan Bersumpah yang telah dibuatnya?

Apa kepentingan Phee Boon Poh dalam isu ini?

Kenapa Phee Boon Poh begitu "protective" terhadap Ms Phang?

Apa sebenarnya yang dilindungi oleh Phee Boon Poh?

1 comment:

Anonymous said...

Kahkahkah.. tajuk mmg win bro.. rasanya ah so tu x reti bahasa melayu.. maklum la berak pon main calit je

top