Thursday, March 10, 2016

ADUH MAT MASLAN... TAKKAN TELUR DALAM SELUAR PUN NAK DILONDEH TUNJUK KAT ORANG SEMATA-MATA NAK BAGITAHU KITA MEMANG BERFUNGSI DAN BEKERJA?



Tak tahulah bijak di mana apabila Ahmad Maslan mengumumkan tentang 10 kumpulan bebas dan NGO yang telah menyatakan sokongan kepada UMNO untuk menjadi ‘keyboard warrior’ bagi menjawab dan menyanggah segala tuduhan ke atas Datuk Seri Najib Abdul Razak di laman-laman media sosial.

Jikalau nama-nama kumpulan tersebut didedahkan sendiri oleh Ahmad Maslan, adakah ianya akan berkesan atau sebenarnya kumpulan-kumpulan tersebut akan menjadi bahan lelucon dan ejekan apabila mereka akan dilabelkan sebagai KUMPULAN PEMAKAN DEDAK yang bekerja mempertahankan UMNO dan Najib Abdul Razak kerana DEDAK semata-mata.

Nampaknya, Ahmad Maslan awal-awal lagi sudah MEMBUNUH kesemua 10 kumpulan Keyboard Warrior yang pasti juga akan mencetuskan dengan kumpulan Keyboard Warrior pro-UMNO dan Najib yang lain, yang mungkin tidak dipandang tetapi melakukannya atas kerelaan serta tanggungjawab.

Ahmad Maslan selaku Ketua Teknologi Maklumat, ternyata terlalu tertinggal jauh dalam taktik dan teknik yang sepatutnya dimahiri sesuai dengan jawatan yang disandang. Terlalu kuat mengampu dan cuba menunjuk-nunjuk kononnya dia sedang bekerja, sehingga ke peringkat sabotaj kerja-kerja sendiri dengan mendedahkan rahsia kepada pihak awam, bukanlah merupakan kebijakan yang diperlukan oleh UMNO mahupun oleh Najib Abdul Razak sendiri.

Semalam, dilaporkan juga Ahmad Maslan telah mempengerusikan pertemuan selama dua jam dengan kumpulan-kumpulan tersebut dan dia berterima kasih kepada tawaran mereka untuk mempertahankan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam talian.

Lebih menarik lagi ialah, Ahmad Maslan selepas itu, memberitahu pula kepada media selepas mesyuarat tertutup yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO itu.

Selain itu, Ahmad Maslan turut menamakan Persatuan Jurutera Melayu Profesional, Mawaddah Wanita Malaysia, Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Persona Selangor dan Alumni 4B Kebangsaan merupakan antara kumpulan-kumpulan yang akan menganggotai pasukan media sosial UMNO itu.

Apabila ditanya bagaimana kumpulan-kumpulan tersebut boleh membantu pasukan media sosial UMNO, Ahmad Maslan memberitahu, mereka akan bekerja secara sendiri untuk menyanggah sebarang tuduhan yang dibuat ke atas kepimpinan utama negara.

“Kumpulan-kumpulan ini tidak akan menyebarkan pembohongan atau menfitnah sesiapa tetai mereka akan menjawab setiap tuduhan dan fitnah dengan fakta sebagaimana UMNO tidak menggalakkan perbuatan menyebarkan khabar-khabar angin,” katanya.

Bijakkah Ahmad Maslan dengan reaksi yang diberikan? Atau dia sebenarnya terdesak untuk menunjukkan dia kuat bekerja sebagai elemen bodek dan ampu yang tidak terbanding dengan orang lain?



2 comments:

Sentiasa Panas said...

Intelek pointer -4 ahmad maslan. Sama tahap inteleknya dengan jawapan terbaru isu src najib di parlimen. Akal tahap longkang!

Anonymous said...

Abis korang yg mempertahankan DAPig pulak dipanggil apa???? Biar aku cdngkan nama korang .... KUMPULAN PEMAKAN BABI atau PENGHIANAT BANGSA tak pon MACAI KELAS BAWAHAN

top