Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 29, 2016

AKHIRNYA PHANG LI KOON MEMBOCORKAN RAHSIA DAN SKANDAL LIM GUAN ENG!!!



Miss P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang selama ini cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
‘Kemunculan’ Miss P melalui akuan bersumpahnya yang dibacakan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya siapa Miss P, apa kaitan dengan Phee dan apa kisah sebenar di sebalik insiden tersebut.
Kisah banglo di Jalan Pinhorn, Miss P seumpama satu ketulan ais (tip of the iceberg) yang membongkar satu gambaran besar pentadbiran Setiausaha Agung DAP, Guan Eng di Pulau Pinang.
Ia juga turut membongkarkan kroni-kroni Guan Eng dan aktiviti-aktiviti bawah tanah yang cuba disembunyikan selama ini.
Akarnya di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun dan menyerahkan Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun 2012, namun beliau (Kok Ping) dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik sebagai Penasihat Eksekutif badan tersebut.
Miss P, pemilik banglo yang dibeli Guan Eng juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PCCC itu.

Pada tahun lepas, isteri Guan Eng sendiri, Betty Chew dilantik PCCC sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah badan itu, namun apabila berita itu menjadi kontoversi, Betty Chew menarik diri daripada mengangotai organisasi tersebut.

Rangkaian kroni Guan Eng
Satu-satunya isu yang paling menonjol di sebalik skandal banglo Jalan Pinhorn milik Miss P itu adalah rangkaiAn kroni Guan Eng.

Ia bermula dari Tan Kok Ping, Penasihat Eksekutif PCCC sendiri.
Stop The Lies mendedahkan Tan Kok Ping merupakan orang kanan kepada taikun judi Sports Toto, Vincent Tan Di Pulau Pinang.
Tan Kok Ping juga tidak asing dengan kontroversi kerana beliau juga adalah ketua kumpulan kongsi gelap bawah tanah kumpulan “Pheh” (kumpulan merah) di Pulau Pinang.
“Kok Ping juga dikaitkan dengan beberapa kejadian yang dipertikaikan terutamanya yang pada tahun 2002 ketika beliau menjadi pengerusi eksekutif Magnum Corp Berhad 9syarikat judi) di mana beliau telah disoal siasat selama tiga jam oleh pihak polis di Bukit Aman berkaitan dengan surat palsu yang didakwa digunakan untuk mencapai kedudukannya dalam syarikat itu.
“Kenyataan beliau direkodkan oleh pasukan B yang diketuai oleh A. Thaiveegan daripada Jabatan Jenayah Komersial Polis Persekutuan.
“Apabila New Straits Times melaporkan berita itu, beliau telah menyaman akhbar itu tetapi beliau telah kalah saman itu apabila beliau gagal membuktikan kesnya terhadap NST,” lapor Stop The Lies.
Hubungan baik Kok Ping dengan Guan Eng amat rapat apabila beliau mewakili syarikat Berjaya Land (milik Vincent Tan) diluluskan membeli 57.3 ekar tanah dengan harga RM459 juta walaupun harga pasaran tanah sebenar untuk Penang Turf Club (Padang Lumba Kuda Penang) di Gergetown itu bernilai RM1.5 billion.
Mereka berdua (Guan Eng-Kok Ping) digambarkan sangat rapat, sering kali bercakap melalui telefon dan boleh berjumpa dengan Ketua Menteri bila-bila masa tanpa temujanji.... TERUSKAN BACAAN DI MINDA AIDC 
PENDEDAHAN YANG AMAT MENGEJUTKAN!!!

4 comments:

Anonymous said...

CINABUKIT DAN RASUAH BERPISAH TIADA.

Anonymous said...

Fuyoooo.... kalau nak kaya di mslaysia perlu ada kroni... kroni aljuboori ada... kroni mamak ada... kroni najib ada... kroni Lim Guan Eng makan keliling ooo.. Dalam kerajaan BN mereka rembat dalam Pakatan pun mereka rembat.... cakap orang politik mmw kimak... jilaka haram jadah makan keliling kemut keliling .....

Anonymous said...

mcm ni ke yg ketua pan kata lge nak perintah ikut umar ab aziz...adoiii

Anonymous said...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahhim, Engkau sahaja yang mahamengetahui...lindungilah pihak yang tidak bersalah dan kau gagalkanlah usaha pemfitnah, jika benar ada.Aminn

 
Blogger Templates