Wednesday, March 2, 2016

ANDAI RAJA ARAB SAUDI DIFITNAH BAGI DERMA, KENAPA KERAP SANGAT NAJIB KE MAKKAH?


Andai Cerita Derma Bohong, Najib Tak Akan Dibenarkan Datang Ke Arab

Seandainya benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong dalam perkara berkaitan wang derma politik bernilai RM2.08 bilion yang diberikan keluarga Diraja Arab Saudi, pastinya kerajaan negara itu akan mengharamkan kedatangan Najib ke Arab Saudi ekoran perbuatan jahat itu.

Bagaimanapun, beliau kini berada di Jeddah, Arab Saudi dalam rangka lawatan kerja serta dijadualkan akan menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di sana.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin dan para pegawai tinggi kerajaan Arab Saudi.

Pesawat khas yang dinaiki Najib dan rombongan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada pukul 11.50 malam (waktu Arab Saudi) semalam.

Setibanya beliau di Arab Saudi, acara pertama lawatan kerja Najib ialah mengerjakan umrah di Kota Suci Makkah hari ini.

Najib akan turut melawat anggota tentera Malaysia yang ketika ini sedang berpangkalan di Hafar Al Batin. Rombongan Malaysia yang diketuai Najib turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta para pegawai kanan kerajaan.

Kenyataan Kementerian Luar, lawatan kerja Najib bakal membantu usaha meningkat dan memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi merangkumi hal politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji.

Bayangkan jika cerita berkaitan wang derma yang bukan sedikit itu direka oleh Najib, pastinya beliau sudah diharamkan masuk ke Jeddah serta dikenakan tindakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Diketahui umum, perihal perkara berkaitan keluarga Diraja Arab Saudi begitu sensitif apatah lagi soal kekayaan mereka dipersendakan kerajaan negara lain. Negara berkenaan pula negara yang rapat serta mempunyai reputasi jemaah Haji yang baik serta berdisiplin iaitu Malaysia.

Dari sudut mana logiknya, Najib mengada-adakan cerita wang derma dari Arab Saudi itu seperti yang dicanangkan para pemberita portal pro-pembangkang yang tidak beretika itu.



15 comments:

Labuman Lanjut said...

Pertamanya,penderma RM2.6 bilion itu bukan Raja Arab Saudi dan bukan juga Kerajaan Arab Saudi. Mengikut AG TS Apandi dan SPRM, penderma tersebut adalah seorang putera Raja Arab Saudi (mantan).Justeru, RM2.6 bilion tiada kaitan dgn Raja Arab Saudi dan Kerajaan Arab Saudi. Sesiapa Ketua kerajaan yang membuat lawatan rasmi akan di sambut secara rasmi mengikut adab diplomatik. Jika pun Presiden Republik Rakyat China yang berfahaman kominis melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi, maka sambutan rasmi akan diberikan. Bahkan Presiden Taiwan yang ditangkap rasuah pun jika melawat Arab Saudi secara rasmi, akan diberikan sambutan rasmi. Jika Najib seorang pemimpin hebat maka Raja Arab Saudi sendiri akan menyambut Najib di airport, bukannya Duta Malaysia dan Pegawai Arab Saudi yang menyambut Najib.

Semoga ibadah Umrah yg Najib lakukan memberikan Najib kekuatan untuk mengambil tanggungjawab atau akauntabiliti atas semua perbuatan beliau. Dan semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada Najib jalan yang benar. Lihat lah akan ucapan di perenggan terakhir Pak Lah yg juga berdoa untuk Najib.
Dan semoga apabila Najib kembali nanti, beliau akan dapat menjawab isu terbaru WSJ dengan berani, telus dan berkredibiliti.


Anonymous said...

Org2 yg fitnah najib tu yg takut g mekah..

Anonymous said...

abis tu kenapa kerabat dia sendiri tak tahu?

Anonymous said...

Najib kerap ke Arab Saudi kali ni pasal ramai Pak Arab akan hadir masa forum. Senanglah nak mintak derma baru. Kalau dapat jumpa Pak Arab yang nak mengaku jadi penderma pun bagus jugak.

Ibnu Kazim said...

Assalamualaikum,

Ibadah Umrah PM kali ini satu keistimewaan dan kemuliaan dari Allah SWT..


Alhamdulillah semakin mereka hina PM DS Najib dengan sedahsyat2 cacian maki carut sert afitanh, semakin Allah SWT tunjukkan Kemuliaan-Nya pada hamba-NYA ini.

Semoga Barakah mengiringi DS Najib di kota Mekah yang berulang kali menunaikan Ibadah Umrah dibawa kembali ke Malaysia tercinta ini...

malah suatu yang amat istimewa dan ta'ajub kali ini yang diberikan Kerajaan Arab Saudi dengan Mutaawif diRaja Saudi, Sultan Mastour Althobity mengiringi DS Najib.

Kali ini DS Najib dapat mengucup Hajarul Aswad, kemudia bersolat di Hijr Ismail, seumpama DS Najib bersolat dalam Baitullah Kaabah (bukan hanya masuk tengok, itu tiada makna). Satu Sunnah besar Rasulullah Solallhualaihi Wasallam ketika melakukan ibadah di Baitullah.

Kelebihan yg amat besar bagi org yg dapat kucup Hajarul Aswad malah dapat Bersolat di Hijr Ismail suatu PENGIKTIRAFAN oleh Tuhan Yang Maha Esa kerana tidak semua manusia Allah berikan keizinkan untuk berbuat demikian dgn MACAM2 halangan.

Doa yg teramat Mustajab bagi mereka yang dapat bersolat sunat dan berdoa di Hijr Ismail, tapak tempat tinggal Nabi Allah Ismail, tempat di mana Siti Hajar berdoa pd Allah sehingga segera Allah turunkan air ZAM-ZAM..

Subhanallah.. Allahu Akbar.. jarang ada pemimpin dunia Islam yang seistimewa ini mendapat peluang ibadah berkali2 di tempat2 sunnah ini.

Amat takut dgn org2 yang berterusan fitnah, memaki caci hamun DS Najib sedangkan Allah SWT berikan Kemuliaan-NYA kpd mereka berdua ketika di Tanah Suci Kota Mekah..

Semoga Allah SWT berikan Barakah yang diperolehi DS Najib kepada seluruh rakyat Malaysia yang beriman dengan-NYA. Aminn.


Allahu Akbar!

Anonymous said...

Rasuah ugama!

Anonymous said...

Buat umrah guna duit siapa?????

Anonymous said...

Nak ucap dlm forum jeddah najib bayar...kui kui kui...

Labuman Lanjut said...

Komen yang saya hantar semalam, tidak boleh di siarkan kah?

Anonymous said...

Assal Bro,kami tak kisah tentang derma tu TAPI yang kami kisah ialah kenapa Najib tak umum awal-awal lagi.Dia senyap aje.Bila dah terbongkar sibuk mencari jawapan.Pulak tu jawapannya ada pelbagai versi lebih-lebih lagi yang tolong jawap semuanya bengong.Ini yang kami marah.

Anonymous said...

Dia kerap pi Arab Saudi sebab dia mintak nyawa, pasai nyawa dia nak habeh dah!. Kat m'sia ramai sangat dok isap telok nyawa dia dok mangkin tipeh.

Al Kelakerns said...

Aku memang penyokong Parti UMNO dari dulu hingga kini. Yang aku tak sokong Najib. Aku bukan pengikut LUNCAI(Najib) yang terjun dengan labu labu nya bersama sama semua akar akar dan bibit bibitnya sekali. Ini bukan lagi era kami naik kaduk. Ini era Globilisasi berita tanpa sempadan. Bertaubatlah moderator dari memakan hasil yang haram.

Anonymous said...

Betul tu. Kadang2 logik mengatasi segala persepsi.

Anonymous said...

Amerika/obama bom dan bunoh orang islam pun diterima dan dirai negara islam termasuk malaysia. Kalau ada akal pikir sendirilah

juragan 69 said...

Bhai...isu skrg bkn arab brbohong,cuma yg jd isu knp najib dn pembodek beliau pd mulanya menafikn..hnya setelah didedahkn baru keluar tntng cerita 'derma'...persoalannya
1.siapa yg di arab keluarkn statmnt mngatakn duit itu 'derma'
2.knp siapa itu mnjd teka teki?
3.adakh najib mmberi kenyataan kpd MT slps terima duit derma itu..
4.status penerima..adakh derma itu peribadi kpd najib utk politik peribadi beliau sbgi pm...atau kpd UMNO parti yg najib sbgi 'presiden' atau kpd BN yg najib sbgi pengerusi...
5.jika tidak didedahkn adakh wang derma tersebut mnjd warisan kpd waris najib atau kpd umno atau kpd BN sdgkn ia berada dlm kawalan najib(akaun peribadi)
6.bagaimana dgn kenyataan royal family arab yg mnyatakn wang tersebut adalah wang pelaburan

admin rasanya tkda isu langsung yg menunjukkn rakyat malaysia mngatakn Arab berbohong!!! Yg ketara dan di persoalkn ialah sikap telus najib sbgi PRESIDEN,PENGERUSI dan PM.Adakh najib ada mngatakn TSMY mmng mngetahui..dan ke tiga2 Naib presiden umno tahu tntng duit yg najib terima sbgi derma politik...jika derma peribadi maka adakh najib tk bersalah...jika tk bersalah maka mana2 yg dituduh terima rasuah blh tukar kpd terima derma..
pemberian tnpa syarat atau balasan...hahaha lawak betul knyataan ini jika itu mnjd knyataan selamat...hnya najib dan pemberi derma yg betul2 tahu apa syarat dan balasannya...adakh kerajaan arab atau rakyat arab tidak ada
langsung yg terlibat dgn pelaburan dinegara kita..dan yg paling best,tiba2 wang derma dikembalikn setelah jd ISU...KALAU TAK..hmmm

top