Thursday, March 17, 2016

APA BEZAKAN GUAN ENG DENGAN KHIR TOYO? GANGGUAN DARIPADA AHLI-AHLI PARLIMEN DAP, JELAS CUBAAN TUTUP PENDEDAHAN TENTANG URUSNIAGA 'HARAM' GUAN ENG!!!


video

Kalau Khir Toyo dihukum penjara kerana membeli hartanah pada ketika dia masih menjadi Menteri Besar Selangor pada harga di bawah harga pasaran semasa, mengapa Lim Guan Eng bukan sahaja tidak disiasat, bahkan lepas bebas daripada hukuman?

Antara hujah pada ketika Khir Toyo dijatuhi hukuman ialah, Khir Toyo telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya bagi mendapatkan sebuah hartanah.

Hakim Zulkefli berkata khidmat masyarakat adalah tidak mencukupi kerana ia adalah untuk pesalah muda dan kesalahan ringan.
"Khidmat masyarakat tidak terpakai. Tindakannya (Khir) telah menyebabkan gangguan keyakinan terhadap penjawat awam," katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara itu sesuai dan wajar bagi kesalahan itu.
"Rasuah dalam semua cara dan bentuk tidak boleh dibiarkan. Hukuman denda tidak dapat menghantar mesej itu.
"Begitu juga dengan program khidmat masyarakat. Dalam apa-apa keadaan, khidmat masyarakat adalah opsyen hanya untuk kes pesalah muda mengikut Seksyen 293 Kanun Acara Jenayah, khidmat masyarakat bagi kes ini tidak terpakai kepada perayu (Dr Mohamad Khir)," kata Hakim Zulkefli dalam mahkamah yang penuh sesak.
Beliau berkata kesalahan itu, yang telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, bukan perkara kecil dan penjara setahun, yang tidak dirayu oleh pihak pendakwa raya, tidak terlalu berat.
"Perayu telah mempergunakan kedudukannya. Satu daripada tujuan Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah untuk mencegah rasuah seumpama itu," katanya. (SUMBER)

Ketakutan, kebimbangan dan kekalutan daripada Ahli-Ahli Parlimen DAP yang cuba mematikan hujah dan dakwaan tersebut, amat jelas apabila mereka mengganggu setiap patah perkataan Datuk Shabuddin Yahya (BN - Tasek Gelugor) dengan alasan paling logik mereka, "INI ISU KERAJAAN NEGERI" dan "AHLI PARLIMEN BAGAN TIADA DI SINI," walaupun dalam isu Khir Toyo, Parlimen juga menjadi medan serangan oleh DAP dan PKR ke atas Khir Toyo yang bukan Ahli Parlimen pun.



Shabuddin mendakwa, rumah di Georgetown yang dinilaikan berharga RM2.5 juta pada tahun 2008, dan telah diubahsuai secara intensif tetapi kemudian dijual kepada Lim Guan Eng pada tahun lepas pada hanya harga RM2.8 juta langsung tidak sepadan dengan nilai semasa pasaran memandangkan peningkatan harga hartanah di seluruh Pulau Pinang, terlalu menakjubkan. Apatah lagi rumah tersebut terletak di kawasan yang paling utama dan paling mahal di Pulau Pinang iaitu di Green Lane.

Pembelian rumah tersebut, mempunyai kaitan dengan penjualan dua lot tanah di Taman Manggis pada tahun 2012 kepada pemaju swasta bagi pembinaan klinik gigi persendirian dan hotel mewah walaupun Kerajaan Barisan Nasional sebelum tahun 2008, telah memperuntukkan tanah tersebut untuk pembinaan rumah mampu milik. Pemilik asal rumah tersebut, Pang Li Koon, adalah rakan kongsi dalam sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan pemajuan hartanah di Pulau Pinang dan telah pun mendapat anugerah projek-projek hartanah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggantikan tanah itu kembali walaupun kuasa membabitkan tanah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Kekalutan, ketakutan, kegabraan telah mendorong Ahli-Ahli Parlimen DAP membuat gangguan agar catatan tidak dapat dibuat, sekaligus menutup pendedahan tersebut. Dan yang lebih menarik lagi ialah, cabaran agar laporan SPRM dibuat.

Kes melibatkan Lim Guan Eng hampir sama dengan Khir Toyo yang telah didapati bersalah, dan dihukum penjara selama setahun.

Mengapa kes ini tidak pernah menarik perhatian SPRM sebelum ini?




Apa yang membezakan Lim Guan Eng dengan Khir Toyo dalam membeli hartanah pada harga yang lebih murah, sedangkan dalam kes Khir Toyo tiada langsung urusniaga tanah lain, sedangkan Lim Guan Eng pula jelas memperolehi diskaun yang sangat besar, berdasarkan kepada hujah Shabudin Yahya, dalam urusniaga hartanah, sehinggakan Lim Guan Eng lepas bebas daripada salahlaku dan penyalahgunaan kuasa serta rasuah?

Siapa sebenarnya di dalam SPRM yang cuba-cuba butakan mata dan telinga walaupun kes ini telah dibangkitkan beberapa tahun lalu, untuk menghalang Lim Guan Eng daripada disiasat dan anak Lim Kit Siang itu dihukum kerana salahguna kuasa?

Dalam bab Ahli-Ahli DAP buat bising dan mengganggu ucapan Shabudin Yahya, ianya langsung tidak menghairankan kerana mereka memang sepakat untuk menutup segala penyelewengan serta salahguna kuasa Lim Guan Eng dengan apa cara sekalipun, termasuklah membuat bising dan membuat kecoh di dalam Dewan ketika pendedahan membabitkan Lim Guan Eng dibuat.

No comments:

top