Wednesday, March 9, 2016

APA KEISTIMEWAAN BEKAS TENTERA SRI LANKA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN BERBANDING BEKAS TENTERA MALAYSIA?!!! UNTUK BERDAGANG KE?



Ada satu penyakit di Malaysia, terutama sekali di kalangan para pembuat keputusan yang kemudian menyusahkan rakyat tempatan dan pada masa yang sama pula, turut menyusahkan kerajaan untuk menjawab sehingga adakalanya ia tidak ubah seperti satu kerja sabotaj untuk menjatuhkan kerajaan oleh orang dalam kerajaan sendiri.

Penyakit tersebut adalah SIKAP AMBIL MUDAH dalam menyelesaikan masalah permintaan ke atas pekerja. Penyelesaian yang biasanya diambil adalah PEKERJA ASING, terutama sekali dari Asia Selatan membabitkan India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal dan tidak mustahil juga Butthan dan terlebih-lebih lagi Bangladesh.

Keuntungan membawa masuk pekerja-pekerja dari Asia Selatan, menyebabkan sikap ambil tidak peduli terhadap masalah-masalah sosial yang disebabkan oleh pendatang asing dan pekerja-pekerja asing termasuklah pendatang haram!

Berita terbaharu ialah, ada persetujuan untuk mengambil bekas-bekas anggota tentera Sri Lanka sebagai pengawal keselamatan di Malaysia!

Sama ada ianya satu keputusan yang TERLEBIH BIJAK atau sebenarnya satu urusniaga yang TERLALU MENGUNTUNGKAN!

Mengapa perlu mengambil bekas-bekas tentera asing sebagai pengawal keselamatan di negara ini? Tidak cukup lagikah bekas-bekas tentera Nepal sebagai pengawal keselamatan sehingga perlukan pula bekas anggota tentera Sri Lanka? Mengapa terus tidak ambil gerila Tamil Eelam sebagai Pengawal Keselamatan kerana Tamil Eelam mempunyai hubungan yang lebih dekat dengan masyarakat Tamil Malaysia, malahan turut mendapat sokongan daripada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy?

Apakah Malaysia sudah tidak cukup atau tidak ada bekas tentera, bekas polis, bekas kastam dan segala bekas atau pesara daripada agensi-agensi pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang?

Atau mahu main pukul rata bahawa kesemua bekas dan pesara di Malaysia pemalas dan tidak berminat dengan kerja sebagai Pengawal Keselamatan?

Antara faktor sesuatu pekerjaan menarik perhatian adalah tawaran gaji, serta kemudahan dan manfaat lain. Mengapa tidak dipertingkatkan daya tarikan tersebut seandainya benar-benar permintaan ke atas pengawal keselamatan sangat tinggi seperti yang didakwa oleh agensi-agensi berkaitan

Mengapa perlu kerajaan terlalu akur dengan kehendak firma dan agensi yang hanya mengaut keuntungan besar dengan membawa masalah sosial kepada rakyat Malaysia menerusi pengimportan lebih ramai pekerja asing khususnya dalam bidang kawalan keselamatan.

Naikkan tangga gaji, profesional dan seragamkan Pengawal Keselamatan, sediakan kemudahan serta manfaat yang lebih besar berbanding sekarang dan syarikat-syarikat pengawal keselamatan perlu lebih bertanggungjawab, maka sudah pasti, tidak perlu wujud lagi keperluan kepada pengawal keselamatan dari negara luar!... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


1 comment:

Anonymous said...

Pekerja asing x perlu kwsp, socso, bonus, majikan untung banyak maaaaa.

top