Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 8, 2016

APA NI TAN SRI MUHYIDDIN... APASAL DAH KETINGGALAN KAPAL JAUH SANGAT NIH?



Mahathir di dalam blognya bercakap tentang OSA dan laporan interim 1MDB.

Wah, bukan main semua orang yang menyokongnya berkokok sakan tanpa sedikit pun mengambil kira apa sebenarnya yang dikatakan oleh Pengerusi PAC berhubung pembentangan laporan tersebut di Parlimen.

Muhyiddin juga bercakap tentang OSA dan menyatakan tentang kehairanannya mengapa laporan 1MDB diletakkan di bawah OSA.

Golongan totok dan pembangang, percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Mahathir dan Muhyiddin. 

Muhyiddin kata dalam kenyataannya, selama 40 tahun, inilah kali pertama sesuatu yang 'pelik' berlaku membabitkan OSA. Ternyata, dia bukan sahaja ketinggalan berita, barangkali dia tidak menemui sebarang berita sebenar OSA dan laporan 1MDB dalam The Edge yang menjadi sumber beritanya. 

Laporan akhir 1MDB akan dibentangkan di Parlimen. Bagaimana OSA nak digunakan di Parlimen kalau ianya akan dibentangkan? Nak membohong kot mana puak-puak Pakatun ni.

Yang diletakkan di bawah OSA membabitkan laporan 1MDB sekarang adalah interim untuk memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran maklumat sehingga boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan seperti WSJ. Kenapa takut dengan OSA kalau mereka tidak membocorkan maklumat di dalamnya sebelum pembentangan di Parlimen. 

Yang kalut sangat Muhyiddin, Mahathir dan kaum puaknya untuk maklumat mudah bocor sebelum pembentangan di Parlimen, apa hal?

Kenapa tak boleh bersabar sedangkan dia sendiri adalah Ahli Parlimen yang sudah tentu akan memperolehi laporan tersebut? Malah Pengerusi PAC sendiri pun sudah menjanjikan bahawa laporan tersebut akan 'dibuka'? Apakah sebenarnya alasan cover-up, tidak adil sudah tidak sabar-sabar untuk diluahkan kerana laporan tersebut tidak menyatakan, tiada wang yang hilang sebagaimana yang diuwar-uwarkan selama ini? 

Muhyiddin juga menyentuh tentang wang derma RM2.6 yang kononnya dikaitkan dengan OSA. 

Kenapa susah sangat untuk diterima kenyataan bahawa wang derma tersebut datangnya dari Arab Saudi memandangkan pihak Arab Saudi sendiri yang memperakuinya dan telah disahkan oleh Peguam Negara. Malah koresponden BBC yang jauh lebih berkredibiliti berbanding WSJ dan Sarawak Report juga mengesahkan wang tersebut datangnya dari derma keluarga diraja Arab Saudi.

Sekaligus secara tidak langsung, siasatan ke atas kertas RM2.6 bilion tersebut jatuh di bawah Point 3 OSA iaitu halehwal antarabangsa. 

Sebagai ketua kerajaan dan ketua parti yang memerintah di mana Perlembagaan membenarkan Presiden (atau mana-mana orang yang dilantik) untuk mengendalikan, menguruskan dan mentadbir wang yang diamanahkan untuk parti, maka Peguam Negara berhak memeriksa ke mana wang tersebut dibelanjakan dari akaun Najib atau CSR yang berkaitan untuk partinya dan telah membuat kesimpulan bahawa akaun itu juga adalah untuk parti politik pimpinannya. 

Akaun bank Najib sudah pasti tidak diklasifikasikan di bawah OSA sama seperti akaun-akaun bank orang lain kecuali di bawah BAFIA dan undang-undang yang berkaitan. 

Muhyiddin dan Najib bercakap tentang cukai yang tidak dibayar daripada derma RM2.6 bilion yang telah diterima oleh Najib menerusi akaun peribadinya dengan sebahagian besar jumlah tersebut dipulangkan semula. Kata mereka, Najib tidak membayar cukai untuk wang tersebut dan tanpa pengetahuan Bank Negara. 


Sedangkan perolehan dan pengurusan RM2.6 bilion bukanlah sebahagian daripada kerja Perdana Menteri Malaysia, sekaligus tidak memerlukan LHDN untuk mencukaikannya sebagaimana yang diterangkan oleh LHDN sendiri.

"Derma politik tidak tertakluk kepada cukai," kata ketua Inland Revenue Board (IRB) Mohd Shukor Mahfar sebagaimana yang dipetik oleh Malaysiakini. "Bagi saya, sekiranya pendapatan tersebut tertakluk kepada cukai, kami akan mencukaikannya. Tetapi sekiranya perolehan tersebut tidak tertakluk kepada cukai pendapatan, kami tidak akan mencukaikannya."

Apatah lagi, Wall Street Journal dan Clare Brown Sarawak Report sendiri telah mengaku bahawa sebahagian besar daripada RM2.6 bilion itu telah dipulangkan dalam tempoh beberapa bulan (dan dalam tahun cukai yang sama), dengan bakinya telah digunakan untuk tujuan politik atau perbelanjaan CSR.

Kalau dah tidak ada baki selepas pemulangan dan perbelanjaan, apa benda yang nak dicukai Najib?

Bagaimana pula Bank Negara boleh tak tahu tentang duit berkenaan sedangkan setiap wang yang masuk, akan masuk menerusi Bank Negara dan 'perjalanan'nya diketahui. Kalau tidak, takkan Bank Negara tidak memberikan sebarang ulasan apabila SPRM mengesahkan telah bertemu dengan wakil penderma itu?

Setiap details bank berada di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2009 (sebelumnya dikenali sebagai BAFIA). Jadi secara tidak langsung, Najib sama seperti individu lain, terlindung di bawah Akta tersebut. 

Apa benda bekas Timbalan Perdana Menteri ni cakap? Takkan benda macam ni pun dia tak tahu? Atau sebenarnya hanya untuk menaikkan sentimen dan kemarahan serta mencetuskan emosi dari kalangan si bodoh yang bermasalah dengan Najib atau mempercayai cerita-cerita curang tersebut tetapi malas mengulangkaji dan membaca?


6 comments:

Anonymous said...

1Mbd adalah ibarat benteng terakhir yang perlu keluarga Kim tumbangkan kalau mahu naik setakuk lagi dalam carta politik.

1Mbd adalah ibarat peluang kedua untuk Mantan-Mantin dapat dedak tambahan untuk ditabur pada laskar e-siber dan juga untuk terus menabur budi pada sang kroni

1Mbd adalah ibarat pucuk dicipta ulam pun datang untuk nombor bukan esa bergerak naik jadi nombor esa.

juragan 69 said...

CANTEKKKK Bhai...mknanya 1mdb atau isu 2.6b hnya utk najib sbgi pm,.pengerusi pac yg baru dilantik serta AG yg juga baru dilantik ttp tlh berjaya menyelesaikn antara kes terbesar pm.. dan tahniah kpd AG atas kejayaan beliau..kerana 'pihak arab saudi' dan 'dia'(AG) telah mngesahkn.
wow bestnya jd pm...
perenggan ke 13 mnyatakn 'sebagai ketua kerajaan dan ketua parti..bla..bla..bla..mntadbir wang yg DIAMANAHKAN kpd parti maka bla bla bla..' skrg ni duit tu utk umno ke..klu utk umno adakh mana2 MT trmasuk najib mmng mngetahui tntng derma utk umno melalui akaun najib dan 'AKAN' dipindahkn ke dlm akaun parti umno?dan adakh mana2 kenyataan dari MT serta tsmy sbgi timb presiden umno mereka sepakat utk 'MEMULANGKAN' lebihan wang tersebut kpd penderma..persoalan lain knp tiba2 wang tersebut dipulangkn?berapa jumlah derma tersebut?dan berapa baki yg tlh dipulangkan..
jika duit tu utk politik adakh utk politik najib secara peribadi?atau utk umno?atau utk BN?yg mana najib trlibat sebagai presiden dan pengerusi...yg paling kelakar 'duit derma TIBA2 dikembalikn'klu tk kecuh bila lh duit tu nk dikembalikn...hmmm

Anonymous said...

Org gilo kuasa nk jadi pm mmg mcm tu lh...

Anonymous said...

Kita semua tak usah buang bincang hal ini.Orang politik memang panjang akal penipu, tambahan pula yang ada kuasa.Apa yang kita boleh buat hanya berdoa bersungguh2 dan minta Allah hukum mereka yang tak guna disisiNya , termasuk mereka yang sering mempersendakan hukumnya.Kalau boleh minta Allah hukum mereka itu didunia ini lagi supaya menjadi contoh umat manusia yang masih hidup ini.

Anonymous said...

Urus duit negara macam ali baba . . "duit aku duit aku, duit engkau duit aku . . .".Penyokong bodoh & pemalas berfikir, mana tak lungkup ekonomi negara!

Anonymous said...

tak lingkup lagi ...ko jrr.... hati kelam.. desperado..

 
Blogger Templates