Thursday, March 17, 2016

APAKAH SPRM AKAN LEPASKAN LIM GUAN ENG DARI SIASATAN SALAHGUNA KUASA DAN RASUAH?



KOMPILASI...

Dakwaan sesetangah pihak bahawa kes pembelian rumah Lim Guan Eng sama dengan kes Dr Mohamad Khir Toyo adalah tidak benar.

Dr Khir membeli rumah separuh siap mengikut harga penilaian pasaran oleh penilai hartanah Rahim and Co. Dr Khir didapati bersalah kerana membeli rumah dari orang yang ada hubungan rasmi dengan beliau walaupun tiada keistimewaan diberikan kepada Shamsudin Haryoni.

Manakala kes Lim Guan Eng, beliau dituduh menyewa rumah dengan harga murah dan kemudian membeli rumah tersebut dengan harga di bawah nilai pasaran dari pada Mr Phang.

Pada masa yang sama syarikat Phang telah membeli tanah dari kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pembangunan komersial. Tanah ini sebelumnya telah digazetkan sebagai tanah pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT).

Ini bermakna Lim Guan Eng telah memberi keistimewaan kepada penjual rumah beliau.

Mengapa Khir Toyo didakwa dan Lim Guan Eng tidak? Anda kena tanya Peguam Negara dan SPRM - fb MUZAFFAR SHAH



LGE beli rumah yang mempunyai nilai pasaran RM6.5 million dengan harga cuma RM2.8 million, way below the market value.

Ingat lagi Khir Toyo merengkok dalam penjara kenapa?

SPRM perlu siasat perkara ini atas dasar keadilan untuk semua.

Mana cytro2 UMNO? Kenapa tak viralkan issue macam ni? Asyik nak hentam Tun M saja.. wake up lah ! Siapa musuh UMNO sebenarnya?

KALAU KHIR TOYO DI PENJARA BELI HARTANAH DI BAWAH HARGA PASARAN, LIM GUAN ENG TIDAK SEWAJARNYA LEPAS.

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP - Bagan) membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.

Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.


Lim Guan Eng melalui laman sosial Twitternya sudahpun mengaku membeli 10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo. Beliau menulis akan menjawab persoalan ini esok. Persoalannya, kenapa perlu Lim Guan Eng tunggu sehingga esok untuk menjawab persoalan sama ada beliau telah membeli rumah banglo berkenaan lebih rendah daripada harga pasaran atau tidak.

Tokong Lim mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan 'subsale' tidak bermakna harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran. Malangnya Tokong Lim terlupa fakta di bawah:

1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.

2. Rumah yang telah mengalami proses pengubahsuaian oleh pemilik asal dijual dengan lebihan RM300,000 sahaja berbanding harga asal pada 2008 iaitu RM2.5 juta.

3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta.

Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tidak mengambil sikap pilih kasih dengan tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini.- fb YAACOB OSMAN



Memahami cara Lim Guan Eng beli rumah sewanya di bawah harga pasaran ala Rafizi Ramli!

Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang, 1980. - Terkandung kelayakan Ketua Menteri untuk kemudahan rumah sama ada sewa, beli ( pinjaman) atau rumah kerajaan. LGE memilih untuk tidak tinggal di kediaman rasmi Ketua Menteri ( kerana ada anai-anai/ serangga perosak). LGE ambil keputusan menyewa rumah kemudian membeli rumah sewa itu. Kefahamannya begini;

- Pemilik asal beli rumah dan tanah RM2.5 juta pada 21 Oktober 2008

- LGE pula Sewa rumah 7 tahun RM5000 sebulan

- Namun pada tahun 2015 LGE beli 10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo itu dengan harga RM 2.8 juta. Selama 7 tahun beza harganya hanya RM300k.

- Harga pasaran di kawasan itu pula adalah RM 6.5 juta.

- LGE kata rumah dia murah sebab tiada kolam renang. ( Maksud LGE mungkin kolam renangnya kalau dibina adalah RM3.7 juta)

- Apabila tuan tanah dan pemilik rumah sewa, menjual kepada LGE sebanyak RM2.8 juta di bawah harga pasaran RM6.5 juta bukankah itu ada kepentingan? Unsur kawan harga sebegitu?

Rafizi kata kita tidak boleh paksa penjual dengan harga pasaran RM6.5juta jika penjual nak jual 2.8 juta. Dan Pembeli sangat gembira dengan harga RM2.8juta itu.

Bagaimanakah Khir Toyo membeli rumah dulu? - FB JABDIN JJ

7 comments:

Anonymous said...

LGE tidak akan di dakwa, percaya lah

Anonymous said...

Sebenarnya kes Khir Toyo adalah angkara Mahathir. Semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO, mula2 perebutan adalah diantara Khairi dan Mukhris. Diramalkan bahawa kemenangan berpihak kepada Mukhris, tetapi Khir Toyo telah menyertai perebutan tersebut. Maka ianya jadi pertandingan 3 penjuru. Apabila Mukhris kalah ianya menjadi dendam Mahathir. Dengan arahan orang2nya termasuk Gani Patail maka itulah merengkoknya Khir dalam penjara. Ikutkan tiada kesalahan pada Khir, tapi itu semua AG punya pusing.

Rafizi dah jadi bodoh ke? Halalkan cara. Bila terkena barang hidung dah mengelupuh.

SPRM nak dakwa LGE? Semua pegawai atasan SPRM sudah dibeli DAP. Bila Melayu cepat ambil tindakkan. Kalau LGE banyak helahnya. Kamu tengoklah apa alasan SPRM kali ini.

Anonymous said...

Haram Jadah punya SPRM.. SPRM memang celaka.. sekian lama kita lihat..
sampai sekarang satu fail pun tak buka bila melibatkan kes rasuah pakatan Haram.. tapi kalau kena pada org UMNO.. belum lapor lagi SPRM dan terjah masuk. Sampai pejabat PM pun mereka masuk selongkar habis KUNUN 'ketelusan'.. mmg HARAM JADAH SPRM.. tak selamatlah puak2 haram jadah ini makan gaji tp pengkhianat!


mereka hanya alat perkakas politik untuk jatuhkan org Melayu dan UMNO sahaja. Satu kes pun tak terbuka fail bila melibatkan DAPig atau Pakatan Haprak.

Terang2 di Pulau Pinang kes2 penyelewengan projek lereng bukit, tambak laut tanpa EIA atau kelulusan rasmi, tiba2 boleh naik dengan 'selamat'

Kes rasuah dan kekayaan luar biasa Lim Sial Eng DAP CM Penang langsung tak disiasat. Yang hanya galak siasat jika kena pada Najib atau org UMNO. Siasat dan sebar habis2an dokumen kemudia siap Dato Bahrin Celaka bini Ddua tu boleh jatuh hukum lagi utk tangkap PM.. Abu Kassim Salamat Pengerusi SPRM hanya jadi tukang salak dalam paper sahaja.. apa ini?

SPRM dipenuhi staf2 yang direkrut oleh Pakatan Haprak..sejak kes TBH lagi.. masih buat tak tahu lagi ke pihak Kerajaan?

Anonymous said...

SPRM berani amik tindakan? sorry lah..korang tgklah takkan lekat satupun kes rasuah jika melibatkan DAPig atau PGayR.
selagi parasit belaan Pakatan Haprak bersepah dalam SPRM tak dibersihkan..termasuk kepala parasit Dato Bahrin bini 2 tu ada.. dan Abu Kassim kayu ngok tu... boleh selamatlah tokong Lim makan lah rasuah berapa billion pun.. secured la.. DAPig dh kawtimmm maaa... tapiii kalau terbatuk sikit saje sebut nama org UMNO 'rasuah'.. nnt berguling2 Dato Bahrin dajjal tu buat statement kt media yg SPRM sgt telus utk hapuskan rasuah.. haprak sekor ni salah satu perasit dlm SPRM selain dr Abu Kassim talam 10 muka!

Anonymous said...

Ko soal..aku jwb.
Aku rasa lepas..sbb sprm berani dgn melayu ja..

Anonymous said...



Oleh kerana manusia ini bersifat lemah, dan SPRM juga dianggotai oleh manusia, maka sudah sampai masanya Kerajaan perlu mengadakan satu badan lain khusus untuk untuk menyisat SPRM sahaja,

Anonymous said...

Ingat...walau kau kononnya telus amanah...SPRM dah terrmasuk perangkap tak siasat kes Guan ENg yang selama ni semua masuk dalam tong samaph...sekarang SPRM tak boleh lari...itulah sepandai pandai tupai melompat akhirnya berkat doa kami rakyat biasa selalu berdoa agar Allah buang semua pegawai kerajaan yang korup lagi tak amanah...kita tunggu je...tak siasat tak boleh semua mata dah terarah kat SPRm kalau tak ada kes...macam pelik jekan...itulah zahid mana menteri dalam negeri yang lembab tukar je semua puak SPRm tu pada jawatan laian ganti pegawai SPRm tu dengan pegawai polis yang berintergriti mcm pasukan yang basmi dadah tu...apa namanya ...tengok tertubuh pasukan khas tu banyak keldai dadah dan rampasan dadah di tangkap.kita nak Sprm punyai pegawai macm tu tangkap je ahli politik yang gaji berapa je tapi hidup mewah lebih2 lagi Guan Eng ,Azmin,Rafizi Sprm...buta ke pekak

top