Saturday, March 12, 2016

ARAHKAN DAHULU PULAU PINANG BUAT PILIHANRAYA NEGERI DAN PEMILIHAN JAWATAN DAP NEGERI SEBELUM CABAR NAJIB BUBAR PARLIMEN UNTUK BUKTIKAN KEPOPULARAN DEKLARASI KIT-SIANG-MAHATHIR!!!


Lim Kit Siang sudah mula meloncat...

Bodoh sangatlah kalau Najib Abdul Razak mengikut cabarannya agar segera mengadakan Pilihanraya Umum semata-mata untuk membuktikan Deklarasi Mahathir-Kit Siang mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia, walaupun daripada maklumat yang diperolehi daripada jurukempen deklarasi tersebut, jumlah yang menandatanganinya amat mengecewakan.

Lim Kit Siang membuat cabaran itu di Merbok, Kedah dalam satu program DAP. Beberapa jam sebelumnya, ketika dialog di Sungai Petani, Lim Kit Siang mengisytiharkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan mana-mana rakyat Malaysia termasuklah Najib, "sekiranya Perdana Menteri bersedia untuk mengakui yang dia telah membawa negara ini ke arah yang salah dan Malaysia perlu diselamatkan menerusi pembaharuan perlembagaan dan demokratik."

Lewat petang, dalam majlis parti ketiga di Kuala Kedah, Lim berkata, Najib terlalu salah tentang deklarasi tersebut dan kenyataan menunjukkan dia adalah Perdana Menteri yang tidak menyelami hati dan perasaan akar umbi.

Ini namanya LAWAK JENAKA LIM KIT SIANG kerana lebih ramai akar umbi yang tidak menyukai deklarasi tersebut atas faktor DAP, LIM KIT SIANG dan PKR.

Lim Kit Siang cuba membela dirinya. Cuba meletakkan kedudukannya sebagai Supremo dalam segala-gala hal. Dan kekalutan itulah yang menelurkan idea kepadanya agar Najib menyegerakan Pilihanraya Umum.

Di Pulau Pinang, desakan agar anaknya, Lim Guan Eng agar meletak jawatan, tidak dipedulikan. Mana-mana pemimpin DAP yang berbuat demikian, bukan sahaja dicantas, malahan mereka dipecat dari parti atau dipetisejukkan. Malah ada yang hilang jawatan yang disandang gara-gara enggan menyokong Lim Guan Eng terutama dalam projek penambakan laut, penghapusan kampung-kampung tradisional, dan pembotakan puncak bukit yang dibuat oleh kroni utama.

Desakan agar Lim Guan Eng bertanding dalam pemilihan jawatan-jawatan utama DAP Pulau Pinang sendiri pun, tidak dipedulikan. Lim Guan Eng dengan bantuan Lim Kit Siang mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Menteri meskipun dia tidak ada hierarki di dalam DAP Pulau Pinang.

Lim Kit siang masih lagi bercakap tentang UMNO-BN memperolehi undi majoriti 47% sedangkan penguasaan kerusi pula, UMNO-BN jauh mengatasi DAP sekalipun tidak lagi memperolehi majoriti dua pertiga.

Di dalam deklarasi yang dibacakan oleh Mahathir Mohammad pada dua minggu lepas, dan ditandatangani oleh 45 orang konco, kebanyakan daripada mereka adalah dari parti pembangkang, diusulkan agar Najib didesak letak jawatan dan tuduhan-tuduhan tentang 1MDB yang sebenarnya bukan sahaja telah dijawab oleh undang-undang, tetapi juga melalui siasatan SPRM dengan deklarasi tersebut hanya mengulangi tuduhan rambang Wall Streets Journal dan Sarawak Report yang diketahui berniat jahat ke atas Malaysia semenjak dari zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri lagi.

Kebergantungan kepada pembohongan dan pembohongan yang telah disekat atau pun didedahkan di media-media sosial itulah yang membuatkan Lim Kit Siang tidak senang duduk, lantas dia mencuba dengan idea kanak-kanak, adakan segera Pilihanraya Umum.

Bodoh sangatlah Najib kalau tidak menggunakan eksklusiviti sebagai Kerajaan Malaysia dan hak pembubaran Dewan Rakyat. Tempoh masih ada sekurang-kurangnya 2 tahun lagi sebelum PRU-14 boleh diadakan. Mengapa pula perlu ikut kata-kata Lim Kit Siang kalau sekadar hanya ingin membuktikan kononnya Deklarasi Mahathir-Kit Siang itu sangat popular.

Suruh Pulau Pinang bubarkan DUN dulu dan adakan pemilihan dalaman DAP Pulau Pinang sekali lagi untuk Lim Guan Eng membuktikan dia benar-benar layak sebagai menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum Pilihanraya Umum.

DAP dan Lim Kit Siang sebenarnya perlu WALK THE TALK, bukannya sibuk mencabar orang lain, tetapi apabila cabaran dibuat ke atas batang hidung sendiri, lari tak cukup tanah menyorok di belakang buntut isteri dan bersembunyi di hotel di Hong Kong!!!

No comments:

top